Anda di halaman 1dari 6

1

Perancangan Akademik

JKA 101/4

PENGANTAR

ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI

Sidang Akademik 2020/2021


WEBEX

Tarikh Waktu Catatan

WEBEX 1
WEBEX 2
WEBEX 3
WEBEX 4
WEBEX 5
WEBEX 6
WEBEX 7
WEBEX 8
Tarikh dan masa webex perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Webex Sidang Akademik
2020/2021 yang telah dimuatnaik dalam portal.

JKA 101/4

PENGANTAR ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI


PENGENALAN KURSUS

Antropologi dan Sosiologi adalah dua disiplin utama dalam bidang sains kemasyarakatan. Semenjak abad
ke lapan belas, komuniti sarjana dalam kedua-dua bidang ini telah mengembangkan disiplin-disiplin ini untuk
tujuan memahami dan menjelaskan fenomena sosial, iaitu kehidupan masyarakat manusia. Dalam apa juga
urusan hidup yang melibatkan perhubungan antara dua atau lebih individu akan terbentuk apa yang kita
sebut sebagai interaksi sosial. Rangkaian interaksi sosial inilah yang menjadi asas dalam pembentukan
kehidupan sosial manusia yang disebut sebagai fenomena sosial atau dunia sosial.

1
2

Urusan hidup manusia adalah pelbagai. Justeru dunia kehidupan sosial yang manusia alami adalah suatu
pembentukan sosial yang amat luas dan kompleks. Dalam kehidupan sosial, selain pola-pola hubungan,
kuasa-kuasa sosial seperti budaya, kuasa pemerintah, kelas, gender, ras, etnik, kapitalisme, ideologi dan
sebagainya membentuk apa yang disebut sebagai struktur-struktur sosial dan proses-proses sosial.
Kedinamikan kehidupan sosial manusia berlaku khususnya menerusi penglibatan mereka dalam pelbagai
kumpulan sosial seperti keluarga, organisasi formal, institusi-institusi sosial, negara dan masyarakat itu
sendiri. Manusia adalah menjadi pelakon/ pelaku atau agen dalam dunia sosial tersebut. Sebagai
pelakon/pelaku kita adalah peserta aktif yang bertindak secara sedar untuk membentuk, mengubah dan
menghasilkan kedinamikan hidup dalam dunia sosial. Tetapi sebagai manusia sosial kita juga dikawal dan
dikuasai tingkah laku sendiri. Selain itu, kita juga secara berterusan dibentuk dan dikuasai oleh kuasa-
kuasa, struktur-struktur dan proses-proses sosial yang mempengaruhi kehidupan kita. Justeru kita sebagai
manusia sosial selain membentuk semula struktur dan proses sosial juga pada masa yang sama
mengalami secara pasif kehidupan sosial tersebut.

Kepelbagaian dan kedinamikan fenomena sosial tidak mudah untuk difahami. Kajian secara saintifik
menerusi disiplin-disiplin antropologi dan sosiologi memberi kita peluang untuk terus meneroka dan
memperolehi kefahaman dan memberi penjelasan tentang fenomena sosial ini dari sudut pembentukan,
penerusan dan perubahan yang dialaminya dalam sejarah.

Antropologi dan sosiologi mempunyai perkaitan yang rapat antara satu sama lain. Ini disebabkan kedua-
dua disiplin tersebut adalah berasaskan matlamat yang sama iaitu untuk memahami kehidupan sosial
dengan menggunakan berbagai perspektif dan perkaedahan yang tersendiri mengikut kecenderungan
masing-masing dalam memahami aspek-aspek kehidupan sosial masyarakat. Secara umumnya, sosiologi
pula dilihat sebagai disiplin yang cuba memahami fenomena sosial yang berlaku dalam konteks masyarakat
industri moden. Tumpuan utama diberi pada peranan institusi-institusi sosial, sementara antropologi
terhadap fenomena sosial yang berlaku dalam konteks masyarakat dan memberi tumpuan pada peranan
budaya secara khususnya. Biar apa juga perbezaan di antara kedua-dua disiplin ini, anda di PPPJJ USM
berpeluang mengikuti kombinasi kursus-kursus antropologi dan sosiologi yang menyampaikan pengetahuan
saintifik tentang kehidupan sosial masyarakat manusia. Justeru sekaligus disiplin-disiplin tersebut membantu
kita memahami kehidupan diri kita sendiri dan orang lain. Ia memberikan kesedaran-kesedaran baru yang
amat berguna dalam proses membuat keputusan dan membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat
manusia. Kursus ini memberi kefahaman yang sistematik lagi mendalam tentang pola-pola hubungan sosial
dan kuasa-kuasa sosial yang saling membentuk dan dibentuk oleh individu sosial. Proses-proses dan
perubahan sosial yang dialami oleh individu dan individu lain sebagai anggota masyarakat adalah amat
penting kepada kehidupan sosial masyarakat.

Kursus JKA 101 adalah kursus pengenalan kepada disiplin-disiplin antropologi dan sosiologi. Dalam kursus
ini para pelajar akan diperkenalkan kepada pelbagai perspektif teori dan konsep-konsep asas antropologi
dan sosiologi yang digunakan untuk menganalisis dan memahami kehidupan masyarakat.

SINOPSIS KURSUS / COURSE SYNOPSIS

Kursus ini memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang konsep asas dan perspektif utama dalam bidang
antropologi dan sosiologi. Kursus ini juga bertujuan untuk menjelaskan kepelbagaian budaya, isu manusia dan
masyarakat. Kursus ini merangkumi topik seperti kelompok dan organisasi sosial, interaksi sosial, kekeluargaan
dan persanakan, ketaksamaan sosial dan gerakan sosial.

This course exposes the students to basic concepts and main perspectives of anthropology and sociology. This
course also explains the diversity and issues of human and society. The discussion includes social groups and
organisations, social interactions, family and kinship, social inequality and social movements.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

HASIL PEMBELAJARAN /
No PO LT SS
Course Outcomes (CO)

2
3

CO1 MENERANGKAN konsep asas PO1 C2


antropologi dan sosiologi
Explain the basic concepts of
anthropology and sociology

CO2 MENJELASKAN perspektif PO1 C2


antropologi dan sosiologi
Explain anthropological and
sociological perspectives

CO3 MENTAKRIFKAN konsep PO1 C2


etnosentrisme dan relativisme budaya
dalam kajian antropologi dan
sosiologi.
Define the concepts of ethnocentrism
and cultural relativism in
anthropological and sociological
CO4 MENGHUBUNGKAITKAN PO3 C3 CTPS1
pengetahuan dan pemahaman PO5 A3 TS1
tentang kepelbagaian budaya, isu
manusia dan masyarakat dengan
menggunakan konsep antropologi dan
sosiologi
Relate the knowledge and
understanding of cultural diversity,
human and community issues using
the concepts of anthropology and
PO1 - Pengetahuan

PO3 – Kemahiran berfikir dan saintifik

RANGKA LIPUTAN KURSUS DAN AGENDA WEBEX

Pokok perbincangan dalam kursus ini meliputi tajuk-tajuk yang terkandung dalam buku teks Ketidaksamaan
Sosial. Maka, bahan perbincangan akan meliputi perkara-perkara berikut:

Bil Topik / Topics CO PO LT

Sejarah perkembangan sosiologi


Institusi sosial CO1 PO1 C2
1
History of sociological development
Social institution

Sejarah perkembangan antropologi


2 Kebudayaan, agama dan masyarakat CO1 PO1 C2
History of anthropological development CO4 PO3 C3
Culture, religion and society CO4 PO5 A3

3
4

3 Perspektif antropologi dan sosiologi


Perspectives of anthropological and sociological CO1 PO1 C2

4 Kelompok, organisasi sosial, Interaksi sosial dan struktur sosial


Groups, social organizations, social interactions and social structures CO1 PO1 C2

5 Devian dan jenayah


Devian and crime CO2 PO1 C2

6 Nilai dan norma sosial


Social values and norms CO2 PO1 C2

7 Kekeluargaan dan persanakan


Family and kinship CO2 PO1 C2

8 Kelas social dan stratifikasi social


Social class and social stratification CO3 PO1 C2

9 Perubahan sosial dan gerakan social


Social change and social movement CO3 PO1 C2

10 Kaedah penyelidikan antropologi dan sosiologi


Research methods of antropology and sociology CO3 PO1 C2

BAHAN BACAAN

Modul Asas:

Mariappan, Kntayya (2000), Ketidaksamaan Sosial. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Buku:

Bottomore, T (1991). Classes in Modern Society. London: Routledge.

David B. Grusky (ed.) (2001). Social Stratification Class, Race and Gender in Sociological Perspective 2nd
edition. USA: Westview Press.

Giddens, A (1979). The Class Structures of the Advanced Societies. London: Hutchinson.

Kerbo, H.R. (1996). Social Stratification and Inequality: Class Conflict in Historical and Comparative Perspective.
New: York: Mc Graw-Hill Companies, Inc.

Kriesberg, L. (1979). Social Inequality. New Jersey: Prentice Hall, Inc.

Rujuk bahan-bahan yg telah dimuatnaik di portal.

4
5

PENILAIAN

7. GRED / GRADE
Gred A A- B+ B B C+ C C- D+ D D- F
-
Nilai 4.00 3.67 3.33 3.00 2.67 2.33 2.00 1.67 1.33 1.00 0.67 0.00

Julat 80 -100 70 -79 64 -69 58 -63 52 -57 46 -51 40 -45 36 -39 32 -35 23 -31 25 -27 0 -24
markah

TUGASAN (BERKUMPULAN)

Tugasan adalah dalam bentuk kumpulan. Setiap kumpulan perlu terdiri daripada empat orang pelajar.
Penulisan lengkap harus meliputi perkara-perkara berikut:

a) Pengenalan
b) Permasalahan yang dikaji
c) Perbincangan
d) Kesimpulan

TOPIK TUGASAN BERKUMPULAN

PO3 C3 CTPS2
Gunakan konsep Antropologi- Sosiologi yang tepat untuk PO5 A3 TS1
CO4 membincangkan artikel yang diberikan.

Rujuk artikel untuk tugasan di portal.

Tarikh akhir penyerahan tugasan - 22 Februari – 14 Mac 2021.

Arahan:

(i) Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang ahli
sahaja. Daftarkan kumpulan anda di portal. Setiap kumpulan mesti melantik ketua kumpulan. Jika
anda menghadapi masalah untuk membentuk kumpulan sila hubungi saya di talian 046532280
atau email saya (soijah@usm.my)

(ii) Panjang tugasan ialah 10 – 15 mukasurat. Gunakan kertas A4 berwarna putih. Jumlah mukasurat
tidak termasuk senarai rujukan. Tugasan hendaklah di staple sebanyak tiga kali. Tidak dibenarkan
menggunakan file/plastik sebagai cover.

(iii) Size font ialah 12. Jenis font ialah Times New Roman. Spacing yang digunakan ialah single
spacing.

(iv) Tidak kurang daripada 5 bahan rujukan/buku akademik yang sesuai (bukan modul, nota kuliah
atau penulisan-penulisan blog) dan disenaraikan mengikut format penulisan bibliografi yang piawai.

(v) Ketua kumpulan mesti menyerahkan tugasan di kaunter pejabat utama PPPJJ pada minggu
intensif. Tarikh terakhir tugasan diterima ialah hari terakhir minggu intensif. Selepas tarikh tersebut,
tugasan anda diberi markah 0.

(vi) Scan barcode setiap ahli kumpulan dan tulis nama ahli kumpulan di muka surat hadapan rasmi
PPPJJ. (Jika menghadapi masalah atau tidak faham sila email atau telepon saya (046532280).

PEPERIKSAAN BERTERUSAN DAN PEPERIKSAAN AKHIR

5
6

(i) Peperiksaan berterusan akan diadakan semasa kursus intensif 22 Februari – 14 Mac 2021.

(ii) Peperiksaan akhir akan diadakan pada 12 Julai – 1 OGOS 2021.

E-PORTAL

Sila rujuk ruangan e-forum dari semasa ke semasa. Pelajar juga digalakkan memanfaatkan e-mel untuk
berkomunikasi dengan pensyarah.

BAHAN BACAAN

Selain Modul untuk kursus ini anda patut menggunakan buku bacaan lain. Di perpustakaan juga terdapat banyak
buku yang membincangkan Ketidaksamaan Sosial. Anda boleh membuat rujukan sendiri di Perpustakaan
Hamzah Sendut, USM.

RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN

Mark
MARK - Low to high Allocation
Course Assessment Assignment (%)
Outcome Weight
1 2 3 4 5

Tidak boleh Boleh mengenal pasti Boleh mengenal pasti Boleh mengenal pasti Boleh mengenal pasti
Mengenal pasti
mengenal pasti isu isu antropologi- isu antropologi- isu antropologi- isu antropologi-
masalah
antropologi-sosiologi sosiologi dalam sosiologi dalam sosiologi dengan sosiologi dengan 5
(5%)
dalam masyarakat. masyarakat tetapi masyarakat tepat. sangat tepat dan jitu.
kurang tepat.

Boleh menganalisis Boleh menganalisis


Tidak boleh Boleh menganalisis Boleh menganalisis
konsep antropologi- konsep antropologi-
Analisis menganalisis konsep konsep antropologi- konsep antropologi-
sosiologi dalam isu sosiologi dalam isu
masalah antropologi-sosiologi sosiologi dalam isu sosiologi dalam isu
budaya dan budaya dan 10
[PO3] (10%) dalam isu budaya budaya dan budaya dan
masyarakat dengan masyarakat dengan
Pemikiran dan masyarakat masyarakat tetapi masyarakat.
tepat. sangat tepat dan jitu.
Tugasan kritis dan kurang tepat.
CO4 Kemahiran
(20%) menyelesai
masalah
Pemahaman yang
(20%) Tidak mempamerkan Pemahaman agak Pemahaman yang Pemahaman yang
lemah tentang
pemahaman mendalam dan mendalam tentang amat mendalam
kandungan yang
terhadap soalan kandungan yang kandungan yang tentang kandungan
relevan
Penilaian relevan relevan yang relevan
berjustifikasi Banyak hujah yang
Hujah tidak disokong
 5
(5%) tidak relevan Beberapa interpretasi Interpretasi yang Interpretasi yang
dengan contoh dan
yang jelas dan jelas dan pengolahan menyeluruh dan
data
Tidak menjurus pengolahan idea idea yang jelas dan pengolahan idea logik
kepada isu dalam agak jelas dan logik logik dan koheren
Interpretasi idea yang
soalan
sangat lemah

TOTAL 20

SELAMAT BELAJAR

Pengurus Kursus:Puan Soijah Likin

Alamat: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang

E-mel : soijah@usm.my

Tel: 04-653 2280

Anda mungkin juga menyukai