Anda di halaman 1dari 2

 

Pada hari minggu yang lepas, saya telah meraikan hari jadi saya yang ke-12 di
rumah saya. Saya telah menjemput semua rakan sekelas ke majlis hari jadi
saya.
                        Pada hari tersebut, ayah dan abang sibuk menghias ruang tamu
dengan belon dan reben yang beraneka warna. Saya dan kakak pula membantu
ibu menyediakan makanan di dapur.
                           Ibu telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak.
Antaranya ialah nasi minyak, mi goreng, ayam goreng, keropok, agar-agar, jus
buah-buahan dan lain-lain lagi. Ibu juga membuat sebiji kek yang besar untuk
saya. Kami menghidangkan makanan dan kek di atas meja.
                        Kira-kira pada pukul 6.00 petang, kawan-kawan pun tiba. Mereka
membawa hadiah untuk saya. Saya menyambut kedatangan mereka dengan
tangan terbuka. Semua kawan berdiri mengelilingi saya. Kami menyanyi lagu
“Selamat Hari Jadi” sambil bertepuk tangan dengan gembira.
                        Selepas membuat hajat, saya pun meniup lilin lalu memotong
kek. Saya menjemput kawan-kawan menikmati kek dan makanan yang
dihidangkan di atas meja.
                        Selepas menjamu selera, kami bermain permainan cari cucu dan
meniup belon di halaman rumah. Saya juga mengambil gambar bersama kawan-
kawan untuk dijadikan kenangan.
                        Pada pukul 10.00 malam, majlis hari jadi saya telah berakhir.
Semua kawan pun pulang ke rumah ke rumah masing-masing. Saya berasa
sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah pada hari jadi saya.
Saya lahir pada 15 September 2002. Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah
menyambut hari jadi saya yang ke -12. Majlis Hari Jadi saya telah diadakan
di rumah saya pada waktu malam. Emak telah menyediakan pelbagai jenis
makanan yang enak. Bapa pula menghias ruang tamu rumah dengan
barang hiasan yang cantik seperti belon, riben, kad-kad ucapan dan bunga-
bungaan. Ramai kawan telah datang ke rumah saya pada malam tersebut.
Mereka membawa banyak hadiah untuk saya. Pada mulanya,kawan-kawan
saya memasang lilin di atas sebuah kek yang besar.

Kemudian, mereka menyanyikan lagu “ Selamat Hari Jadi” untuk saya. Kami
menyanyikan lagu

tersebut bersama-sama sambil bertepuk tangan. Selesai menyanyi, saya


pun meniup lilin. Selepas itu, saya memotong kek dan menjemput kawan-
kawan menjamu selera dengan juadah yang disediakan. Kami makan
sambil berbual-bual dengan gembira. Selepas itu, saya membuka hadiah
yang saya peroleh. Pada pukul 9.30 malam, Majlis Hari Lahir saya pun
tamat. Kawan-kawan saya mengucapkan terima kasih dan pulang ke rumah
masing-masing. Saya membantu emak mengemaskan rumah manakala
kakak pula membasuh pinggan mangkuk di dapur. Saya berasa sangat
gembira pada hari itu kerana dapat menyambut Hari Lahir saya dengan
meriah sekali. Saya tidak sabar untuk menunggu Hari Lahir yang seterusnya.
Saya berharap agar Majlis Sambutan Hari Jadi saya akan menjadi lebih
meriah pada tahun depan

Anda mungkin juga menyukai