Anda di halaman 1dari 4

‫الر ِحْي ِم‬ ِ ‫بِس ِم‬

َّ ‫اهلل الرَّمْح َ ِن‬ ْ


.‫احلمد هلل رب العاملني والصالة والسالم على أشرف األنياء واملرسلني وعلى اله وصحبه ومن تبيعهم باحسان إىل يوم الدين‬
‫َأما َب ْع ُد‬.
َّ
ِ
ُ‫الساَل ُم َعلَْي ُك ْم َو َرمْح َةُ اهلل َو َبَر َكاتُه‬
َّ
Terima kasih saya ucapkan kepada saudara pengerusi majlis. Yang dihormati, barisan panel hakim
yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan detik randiknya,seterusnya sidang hadirin
warga dewan yang dirahmati Allah SWT sekalian.

Alhamdulilah..Alhamdulilah..bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayah-


Nya,dapatlah kita bertemu dan berhimpun pada majlis yang penuh berkah ini. Tidak lain dan tidak
bukan tujuannya untuk mengagungkan kalam ALLAH SWT. Sidang hadirin sekalian, Saya Siti Rahah
Binti Sanusi, ingin mengajak kalian, marilah sama-sama kita menghayati tajuk syarahan tafsir saya
yang berbunyi: “Kepentingan Solat”.

Firman Allah SWT didalam surah Al-Baqarah ayat 45.:

‫أعوذ باهلل من الشيطن الرجيم‬

7َ‫ ني‬7ِ‫ ع‬7‫ش‬7ِ 7‫ ا‬7َ‫خْل‬7‫ ا‬7‫ ى‬7َ‫ ل‬7‫ ِإ اَّل َع‬7ٌ‫ ة‬7 ‫ َري‬7ِ‫ ب‬7‫ َك‬7َ‫ ل‬7‫ ا‬7‫ َه‬7 َّ‫ ِإ ن‬7‫و‬7َ ۚ 7‫ اَل ِة‬7‫ص‬ َّ 7‫ل‬7‫ا‬7ِ‫ ب‬7‫ا‬7‫و‬7ُ‫ن‬7‫ ي‬7ِ‫ ع‬7َ‫ ت‬7‫ ْس‬7‫ ا‬7‫و‬7َ
َّ 7‫ل‬7‫ ا‬7‫و‬7َ 7ِ‫ رْب‬7‫ص‬

Maksudnya: Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya, solat itu
benar-benar berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

Sidang hadirin sekalian,

Menurut Imam Jalalain dalam tafsirnya yang mengatakan bahawa mohonlah pertolongan terhadap
Allah SWT ketika mana menghadapi kesulitan dengan cara bersabar dalam menahan diri dari hal-hal
yang tidak baik dengan mendirikan solat. Imam Jalalain menegaskan tafsirannya bahawa pentingnya
menjaga solat dalam kehidupan agar memperoleh kesenangan di dunia dan di akhirat kelak. Di
dalam sebuah hadis menyebutk bahawa jikalau Nabi Muhammad SAW berasa resah gelisah
disebabkan dilanda sesuatu masalah, maka baginda akan segera mendirikan solat.
Terdapat juga yang mengatakan bahawa kalimah sabar ini ditujukan kepada orang Yahudi yang
mana mereka terhalang daripada beriman disebabkan sifat tamak dan merebut pangkat. Maka
mereka disuruh untuk bersabar agar dapat melenyapkan perasaan tersebut.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Meniti wacana fikrah minda saya yang pertama, marilah kita menelusuri kalimah solat secara
terperinci. Saya akan menghuraikan definisi solat dari sudut bahasa dan istilah. Perkataan “solat”

diambil dari kalimah bahasa arab yang merupakan kata terbitan dari kata kerja : (77‫ى‬7ّ‫ل‬7‫)ص‬, (77‫ي‬7ّ‫ل‬7‫ص‬7‫)ي‬, (

7‫ة‬7 ‫ال‬7 7 7‫)ص‬ yang memberi maksud doa, istighfar dan keampunan. Manakala menurut al-Raghib al-

Isfahani, solat dari sudut bahasa dapat didefinisikan sebagai doa, memohon keberkatan dan
kepujian.

Solat juga boleh membawa dua makna: (i) doa dan memohon keberkatan. (ii) ibadah.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kata kunci dalam tajuk syarahan ini ialah “solat”. Solat merupakan tiang agama dan salah satu rukun
Islam yang wajib ditunaikan haknya. Seyogianya Luqman Al-Hakim telah menasihati anaknya
mendirikan solat sepertimana di dalam firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 17:

‫ك ِم ْن َع ْزِم ااْل ُُم ْو ِر‬ ِ ِ


َ ‫صابَ ۗكَ ا َّن ٰذل‬
َ َ‫اصرِب ْ َع ٰلى َمٓا ا‬ َّ ‫ٰيبُيَنَّ اَقِ ِم‬
7ِ ‫الص ٰلو َة َوْأ ُم ْر بِالْ َم ْع ُر ْو‬
ْ ‫ف َوانْهَ َع ِن الْ ُمْن َك ِر َو‬

Wahai anakku! Laksanakanlah salat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah
(mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang
demikian itu termasuk perkara yang penting.

Jelaslah bahawa solat menjadi tonggak kekuatan serta keimanan bagi setiap insan yang lahir sebagai
muslim.

Hadirin yang saya hormati,

Hujah saya yang pertama ialah solat sebagai benteng maksiat kerana solat mendekatkan diri dengan
maha pencipta. Allah SWT berfirman di dalam surah al-ankabut ayat 45 yang berbunyi:

َّ ‫اِ َّن‬
‫الص ٰلوةَ َتْن ٰهى َع ِن الْ َف ْح َشا ِۤء َوالْ ُمْن َك ِر‬
Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar

Ayat ini jelas menerangkan bahawa individu yang menunaikan solat mampu membina kubu
pertahanan kepada hawa nafsu yang sentiasa mengajak manusia kepada kemungkaran. Antara
contoh nafsu yang sentiasa membisikkan kata-kata untuk mengabaikan tunjuk ajar Islam dari
membawa kepada kemaksiatan dengan menunaikan solat, maka keimanan dalam diri akan menolak
manusia daripada melakukan maksiat.

Sidang hadirin sekalian,

Hujah saya yang kedua ialah solat merupakan makanan jiwa dan terapi kepada roh manusia. Solat
dalam unsur makanan jiwa merupakan syi’ar atau lambang keagamaan yang lebih tinggi, mulia dan
agung daripada ibadat yang lain di mana apabila dikaji kebaikannya, ia meliputi aspek-aspek akidah,
ibadat, kejiwaan, akhlak, sosial (termasuk pendidikan), politik, ekonomi dan kebudayaan (cara hidup)
manusia sebagai hamba Allah S.W.T. yang patuh, bahagia dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan
di akhirat. Kehidupan mereka tidak seperti kehidupan orang bukan Islam yang sesat dan dimurkai
oleh Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

ِ ‫الص‬ ِ ‫الرج ِل وبني الش‬


‫الة‬ َ َ‫ِّرك َوال ُكف ِر ت‬
َّ ‫رك‬ َ َ َ ُ َّ ‫ني‬َ َ‫ِإ َّن ب‬

Sesungguhnya perbezaan (kelainan) antara seseorang itu syirik (menyekutui Allah) dan kufur ialah
sebab meninggalkan solat.

Dengan itu, solat yang sempurna mampu mencegah dari perbuatan mungkar. Disamping itu, solat
memberi ketenangan jiwa. Jiwa yang tenang mampu memberikan nur dalam hati manusia. Namun,
jiwa yang kacau membentuk lapisan kejahatan yang menjadikan bunga-bunga ke jalan kemungkaran.
Solat menjadikan manusia berdiri kerana Allah. Berjalan kerana ilmu dan berfikir ke jalan kebenaran.
Jadi,solat bukanlah sekadar perkataan yang perlu diucap tetapi perlu dipratikkan di dalam kehidupan
harian. Oleh itu, solat membentuk diri manusia untuk menghadirkan rasa malu dengan Allah SWT.
Abdullah Ibn meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda: “orang yang malu kepada Allah dengan
sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki
tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan amalan
akhirat sebagai hal yang lebih utama.”

Hadirin dan hadirat sekalian,


Secara keseluruhannya, seseorang yang mendirikan solat boleh dikelaskan kepada lima martabat
iaitu; pertama, orang yang menzalimkan diri, mendirikan solat dalam serba kekurangan tentang
wuduknya, waktu solatnya, rukun dan sunat-sunatnya; kedua, orang yang memelihara wuduk, waktu
solat, rukun dan sunat-sunatnya akan tetapi solatnya penuh dengan was-was (dipenuhi oleh
lintasan-lintasan hati yang sentiasa mengikuti bacaan dan perbuatan dalam solatnya; ketiga, orang
yang memelihara wuduk, waktu solat, rukun dan sunat-sunatnya akan tetapi di dalam solatnya
penuh dengan kecelaruan iaitu menolak perasaan was-was di luar solat; keempat, orang yang dapat
menyempurnakan segala hak solat dan dapat menghadirkan hati untuk menyembah Allah; dan
kelima, orang yang dapat menyempurnakan segala hak solat dan dapat menguasai hatinya serta
meletakkannya di hadapan Allah S.W.T. di mana dia dapat memandang Allah S.W.T. dengan hatinya
yang penuh rasa cinta dan kebesaran Allah S.W.T. Solat bukan sahaja penting tetapi wajib
dilaksanakan oleh seluruh umat islam.

Ingatlah bahawa “Solat itu tiang agama”. Runtuh tiang maka runtuhlah agama.

Sekian walillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai