Anda di halaman 1dari 26

D

SITI SULHA SANUSI

KOTA KUCING
Sinopsis

Sang Kancil dan Burung Merak Yang berhati Mulia Cerita ini mengisahkan dua
haiwan yang sangat bijaksana di Rimba Sejahtera iaitu Sang Kancil dan Burung
Merak. Pada suatu hari, Sang Belalng iaitu ketua rimba telah mengumumkan
bahawa mereka berdua akan bertanding untuk merebut gelaran haiwan terbijak di
Rimba Sejahtera. Sang Kancil yakin bahawa dia adalah pemenang dan menolak
pelawaan Burung Merak untuk berlatih dan membuat persediaan untuk
pertandingan. Namun begitu, Sang Kancil mula risau apabila Sang Semut
menyatakan Merak telah berguru dengan beberapa bijaksana di Rimba Sebelah.
Sang Kancil mula mencari helah dan dia telah mengajar ilmu yang salah kepada
Merak. Sang Kancil juga telah meletakkan ubat sakit perut ke dalam air Merak.
Pengakhiran cerita menunjukkan Sang Kancil mula sedar apabila dalam apapun
keadaan Merak tetap menerimanya walaupun Merak sakit, Merak tetap mahu
membantu Sang Kancil. Mereka berdua akhirnya menjadi sahabat yang baik.
Tempat : Kawasan Lapang di Rimba Sejahtera (Tirai dibuka. Rakyat Rimba
Sejahtera sedang berkumpulan diperkarangan rumah Sang Belang iaitu Ketua
Rimba Sejahtera. Sang Belang berdiri di atas koridor rumahnya.) Mencari timba si
anak dara,

Sang

Di bawah sarang burung tempua,

Belang:

Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. (Rakyat rimba
tersenyum mendengar pantun alu-aluan sang belang). Selamat datang ke
mesyuarat penghuni Rimba Sejahtera warga rimba sekalian. Maafkan saya
sekiranya terpaksa mengganggu masa tuan-tuan dan puan-puan untuk ke
mesyuarat ini. Sang

Tidak mengapa sang bedal. Kami sangat besar hati untuk menghadiri

Bedal:

mesyuarat ini dan akan menerima segala pengumuman daripada kamu dengan hati
terbuka. (Haiwan yang lain mengangguk tanda setuju)

Sang

Begini ceritanya. Saya dan ketua-ketua kawasan Rimba Sejahtera ini telah
Belang:

bulat hati untuk mengadakan Ujian Kebijaksanaan kepada dua bijaksana di Rimba
ini semasa Bulan Purnama yang akan datang. Pertandingan ini juga diadakan untuk
menentukan haiwan yang manakah paling bijaksana di Rimba ini.

Penduduk (Saling melihat sesama sendiri dengan air muka yang penuh persoalan
dan Rimba:

cuba meneka siapa yang dimaksudkan) Siapa dua bijaksana yang bertuah itu?
(Tanya serentak sekumpulan haiwan di suatu sudut)

Sang

Haaaaa! Haiwan tersebut adalah Sang Kancil dan..... (Lama Sang Belang

belang:

berjeda kerana suka melihat reaksi ingin tahu penduduk rimba) Burung Merak.

Sang

Oh! Mereka rupanya. Haiwan terbijak di hutan ini. (Menoleh ke arah Sang

bedal:

Kancil dan Burung Merak). Semoga berjaya Merak dan Kancil


Sang

Aku pasti menang kerana aku adalah haiwan yang haiwan yang terbijak di

kancil:

rimba ini. (Ujar Sang Kancil di dalam hati sambil tersenyum sinis dihadapan
penduduk rimba)

Burung

Terima kasih Sang Bedal. Saya akan berusaha dan tidak akan berat tulang

Merak:

untuk berlatih supaya dapat mengalahkan Sang Kancil. (Ujar Merak sambil
tersengeh tanda malu).

(Tirai ditutup. Pentas menjadi gelap) Babak Dua Tempat : Rumah Sang Kancil (Tirai
dibuka. Sang Kancil sedang duduk di ruang tamu sambil menghirup teh panas yang
disediakan oleh dirinya sendiri.) Sang

Kalau rasa gembira tepuk tangan. Kalau rasa gembir beginilah caranya.
Kancil:

(Menyanyi sambil membuat pergerakan yang menarik). Burung merak burung


pelatuk, Sayapnya boleh terbang tinggi, Sungguh gembira menjadi bijak, Tidak perlu
persediaan rapi. (Ketawa dengan kuatnya setelah mengujarkan pantun tersebut)
Pintu diketuk dengan dentuman yang sangat lembut. Terdengar suara Merak
memanggil nama Kancil.

Sang

Eh! Merak. Apa khabar? Apakah hajat tuan hamba datang ke mari di pagi

Kancil:

yang indah ini?

Burung

Akar memanjat pohon ara,

Merak:

Nampak berseri di pagi hari, Besar hajat tidak terkira, Ingin bertemu bijaksana ini.
(Sambil menunding jari kepada Kancil) Nah Kancil. Ini saya bawakan buah tangan
kepada kamu. Diharapkan kamu besar hati untuk menerimanya.

Sang
Wah! Murah hati sungguh kamu Merak. Terima kasih ya Merak. Masuklah ke

Kancil:

rumah saya yang serba kekurangan ini.

Burung

Baiklah Kancil. Rendah hatinya kamu. Rumah yang besar begini kamu kata

Merak:

serba kekurangan.

Sang

(meletakkan buah tangan yang diberikan oleh Merak di atas meja). Haa

Kancil:

Merak. Nyatakanlah hajat kamu kemari? Jauh kamu terbang semata-mata ingin
berjumpa dengan saya.

3
Burung

Begini Kancil, saya berhasrat untuk kita belajar bersama-sama untuk

Merak:

pertandingan nanti kerana kita kita tahu bagaimanakah pengujian yang akan
dilakukan oleh mereka.

Sang

Aku tidak perlukan latihanlah Merak yang bodoh! Aku sudah cukup bijak untuk

Kancil:

membuat persediaan. (Bisik hatinya sambil mengutarakan senyuman kepada Merak)

Burung

Mengapa kamu hanya tersenyum?

Merak: Sang

(Janganlah risau, sayangku ujian itu mesti senang – Melodi Lagu Sabar Izzani

Kancil:
Ismail). Merak, soalan ujian itu pasti akan dapat dijawab oleh kita.. Eh! Silap pula.
Soalan itu pasti akan dapat dijawab oleh saya tanpa persediaan kerana saya sudah
cukup bijak (Ujarnya dengan riak sambil ketawa). Latihan hanya diperlukan orang
yang tidak cukup bijak seperti kamu. Hahahahaha.

Burung

(Tergamam mendengar jawapan Sang Kancil). Sungguh hidung tinggi sikap

Merak:

kamu Kancil. Tidak mengapalah saya minta diri dahulu ya. Namun begitu, sekiranya
kamu hendak berlatih bersama saya, datanglah sahaja ke rumah saya. Saya jalan
dulu ya. (Menyediakan sayapnya untuk terbang dan menyanyikan lagu Bukan Hal
Aku – Kaka)

Sang

Burung jentayu rebah ke tanah,

Kancil:

Sayapnya pada di langit tinggi, Jika takut untuk kalah, Elok kiranya tarik diri.
(mengujarkan pantun sambil ketawa besar)

(Tirai ditutup. Pentas menjadi gelap )


4

Babak tiga Tempat : Kawasan penempatan semut (Tirai dibuka. Sang Kancil bersiar-
siar di Rimba Sejahtera untuk mendapatkan makanan. Burung Merak sibuk
melakukan latihan bagi mengahadapi pertandingan) Semut

(Nyanyian lagu semut berkawad). Penatnya mencari makanan hari ini.

merah:

Namun tidak mengapalah kerana habuan yang kita dapat pada hari ini sangat
banyak dan lumayan. Cukuplah untuk kita bawa pulang ke busut. Sang kancil yang
melalui jalan tersebut terserempak dengan sekumpulan semut dan terus datang
menyapa semut-semut tersebut.

Sang

Hai semut-semut sekalian. Ringan tulang betuk sifat kamu semua ini.

Kancil:

bekerjasama mencari makanan. Sikap ini yang kita mahukan! (Ujar dengan penuh
teruja)

Semut

Buah langsat buah mengkudu,


merah:

Rasanya manis tidaklah kelat, Kerjasama itu amatlah perlu, Agar sentiasa hidup
muafakat. Mestilah kancil. Kita mesti bekerjasama jikalau tidak bekerjsama sama
kami akan ikat perut untuk beberapa purnama. Kami juga mungkin akan mati
kelaparan. Oh ya kancil. Bagaimana persiapan kamu untuk mengahadpi
pertandingan bersama dengan Merak. Saya dengar Merak sedang berusaha
bersungguh dengan melakukan latihan yang banyak untuk melawan kamu. Adakah
kamu tidak berasa tergugat dengan usaha Merak? Dia juga telah bertemu dengan
beberapa bijaksana daripada Rimba sebelah untuk berguru tau! Sungguh rendah diri
sifatnya. Walaupun telah bijaksana tapi dia tetap juga mahu berguru.

Sang

Oh! Begitu. Semut-semut, saya tidak perlu latihan kerana saya merupakan

Kancil:

haiwan yang paling bijak di Rimba ini. Saya pasti akan menang. Sudah berpuluh
purnama saya menyertai pertandingan itu. Saya yang menang. (ujuarnya dengan
riak)

Sang

Amboi! Bongkak sungguh sifat kamu Sang Kancil. Saya berharap agar

semut:
Merak akan menang perlawanan ini kerana usaha yang Merak sudah cukup jelas
menunjukkan dia yang patut menang.

Sang Kancil:

Buah manggis buah tarap, Dimakan pula si tuan puteri, Jangan kamu terlalu
mengaharap, 5

Nanti malu memakan diri. Sudahlah semut. Kamu pulang sahaja ke busut membawa
makanan kamu. Orang yang tidak bijak seperti kamu tidak boleh bercakap dengan
orang yang bijak seperti saya. Hahahaha (ketawa besar) Sang

Saya yakin Merak akan menang. Haiwan yang mempunyai sifat sombong

semut:

seperti kamu ini tidak boleh memang. Kami minta diri dulu Kancil. Diharapkan kamu
mengubah perangai kamu Kancil.

Sang

Ahhhh! Ini tidak boleh jadi. Aku perlu mengambil cara untuk aku menang

Kancil:

pertandingan itu. (Bisik hati Kancil sambil menghentakkan kakinya)


Sang

Haaa! Aku ada idea yang bernas. Hahaha. Siaplah kau Merak kau tidak

Kancil:

akan menang bertanding dengan aku.

(Tirai ditutup) Babak empat Tempat : Perkarangan rumah Burung Merak (Tirai
dibuka. Burung Merak sedang tekun membaca buku di perkarangan rumahnya yang
mempunyai pondok kecil. Burung Merak tidak sedar akan kedatangan Sang Kancil)
Sang

(Menerjah Merak sambil menyanyikan lagu Assalmualaikum – Faizal

Kancil:

Tahir). Hai Merak. Rajin sungguh kamu menelaah buku itu. Nampaknya macam
saya tidak dapat menandingi kamulah Merak.

Burung

Opocot! Apalah kamu ni kanci. Lain kali berilah salam dulu sebelum datang

Merak:
menerjah saya. Terkejut saya. Kalau saya libas kamu dengan sayap saya tadi mati
katak kamu balik nanti. Hahahaha (gurau si Merak)

Sang

Hahahahaha. Maafkan saya Merak. Saya tidak berniat untuk mengejutkan

Kancil:

kamu.

Burung

Tidak mengapa Sang Kancil. Apakah hajat kamu kemari? Adakah kamu

Merak:

sudah berubah angin ataupun hanya bersiar-siar makan angin sahaja sehingga ke
sini?

Sang

Hatiku ini amatlah gelisah,

Kancil:
Tidak membuat persiapan, Datang ke sini minta bantuan, Untuk sang merak
mengajar saya. (Melodi bapaku pulang dari kota)

Pertandingan akan berlangsung dua hari lagi. Tapi saya tidak mempunyai sebarang
persiapan pun Merak. Jadi saya datang ke sini adalah untuk berlatih bersama-sama
dengan kamu. Mungkin kamu boleh memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk
membuat persiapan. Jika kamu tidak keberatan. Burung

Wah! Saya sangat besar hati menerima hasrat kamu kancil. Jikalau kamu

Merak:

tidak kisah, kamu tidurlah di rumah saya malam ini sehingga hari pertandingan nanti.

Sang

Hahahaha. Inilah peluang aku untuk menjahanamkan kau Merak. Aku

Kancil:

memang lama sudah iri hati dengan kau (Bisik Kancil sambil tersenyum sini). Merak
tidak perasan tentang apa-apa perangai pelik yang ditunjukkan oleh Sang Kancil.
Merak seorang yang sangat baik hati sehingga kejahatan orang lain tidak boleh
dihidu olehnya.

Sang
Terima kasih banyak-banyak Merak. Kamu seorang yang putih hati.

Kancil:

Walaupun telah ditolak permintaanmu hari itu tapi kamu masih lagi mahu menerima
permintaanku. (Senyuman diberikan kepada Merak)

Burung

Tidak mengapalah Kancil. Saya sedia membantu kamu. Kamu juga perlu

Merak:

membantu saya kerana saya tidaklah berapa mahir dalam bidang-bidang yang
tertentu. Bunga selasih bunga kemboja,

Sang

Dipetik pula si tuan puteri,

Kancil:

Bantu-membantu amalan kita, Supaya kelak kita berjaya. Baiklah. Bilakah boleh kita
mulakan latihan ini? Saya sudah tidak sabar untuk berlatih bersama kamu. Burung

Kita akan bermula malam ini. Sekarang tidak boleh. Hal ini adalah kerana
Merak:

saya ingin pergi ke sungai terlebih dahulu mengambil air.

Sang

Baiklah Merak.

Kancil:

Babak lima Tempat : Di tepi sungai (Tirai dibuka. Suasana yang tenang di tepi
sungai dirasai dengan bunyi air sungai. Kelihatan Kancil dan Merak sedang
menyanyi kegembiraan.) Sang Kancil

Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey.. – Nyanyian lagu rasa sayang.

dan Burung

Ketawa sambil membawa bekas untuk menadah air.

Merak: Sang

Di sungai ini kita boleh mempelari pelbagai ilmu tau. Manalah tau nanti
Kancil:

ujian itu ada mengarahkan kita untuk memikirkan cara menangkap ikan dengan
mudah ataupun cara mencedok air dengan mudah.

Burung

Oh! Betul juga apa yang kamu katakan itu Kancil. Ilmu ini tidak semestinya

Merak:

dibuku sahaja. Bidang ilmu ini bidang yang luas. Tidak boleh juga kita menjadi ulat
buku sahaja kerana yang di dalam buku itu perlu dipraktikkan kan. Betul tak Kancil?

Sang

Betul itu Merak. Adakah kamu tahu cara mencedok air dengan cepat atau

Kancil:

menangkap ikan dengan cepat?

Burung

Sebenarnya saya kurang mahir untuk menangkap ikan mahupun

Merak:
mencedok air dengan cepat. Seringkali, sekiranya saya pergi mencedok air, saya
akan menggunakan masa satu hari untuk menimba air.

Sang

Lama sungguh kamu mencedok air keperluan. Bagus kamu belajar dengan

Kancil:

saya cara mencedok air dengan cepat. (hahahaha. Inilah masanya aku akan
menjahamkan kau Merak. Aku akan mengajar teori yang salah kepada kau. Dasar
bodoh!) – Bisi hati Sang Kancil

Burung

Wah. Terima kasih Kancil.

Merak: Sang Kancil mengajar Burung Merak dengan teori yang salah dan ilmu yang
tidak betul. Burung Merak hanya mengikuti dan percaya dengan apa yang dijelaskan
oleh Sang Kancil. Burung

Eh! Kancil. Apa yang saya belajar di buku lain dengan apa yang kamu

Merak:

ajarkan kepada saya ini. Adakah kamu cuba memperdaya saya?


Sang

Burunglah Merak janganlah kau takut,

Kancil:

Apa yang ku ajar benar-benar belaka, Tidak semestinya buku itu betul, Bila
dilakukan ilmu jadi lain. (Melodi lagu Can Malican) 8

Betul Merak. Aku tidak menipu engkau pun Merak. Beginilah caranya untuk
mengambil air dengan cepat. (Sambil mencedok air) Burung

Lega saya mendengarnya. Baiklah Kancil. Maafkan saya kerana telah

Merak:

berprasangka buruk terhadap kamu. Diharapkan kamu tidak ambil hati dengan apa
yang saya katakan kepada kamu tadi.

Sang

Tidak mengapalah Merak. Hari sudah mulai senja. Marilah kita pulang ke

Kancil:

rumah sebelum hari menjadi gelap.


Burung

Marilah kita pulang. (Menyanyikan lagu bapaku pulang dari kota)

Merak:

(Tirai ditutup) Babak enam Tempat : Di rumah Merak (Tirai dibuka. Rasa tenang dan
nyaman dirasakan di rumah Merak yang sungguh kemas. Merak dan Kancil duduk di
ruangan belajar di suatu sudut rumah Merak. Persediaan terakhir dilakukan oleh
Merak dan Kancil) Indah sungguh bulan purnama,

Sang

Ditemani bintang indah bersinar,

Kancil:

Harinya sudah hampir tiba, Penentuan segalanya akan berkahir. Tidak sangkanya
esok adalah hari pertandingan kita berdua. Saya akan berusaha untuk mengalah
kamu. Terima kasih diucapkan kerana sudi menerima saya dengan hati terbuka.
Burung

Betul apa yang kamu cakap itu Kancil. Saya juga akan berusaha untuk

Merak:
mengalahkan kamu. Kita bertanding dengan cara yang sihat ya Kancil. Jadi nanti
tidak akan berlaku berat sebelah dalam pertandingan kita. (Ujarnya sambil
tersenyum) Merak tertidur di atas kerusi kerana terlalu asyik membaca buku. Kancil
mengambil peluang tersebut untuk menyelinap masuk ke dapur Merak dengan
mengambil air dan meletakkan racun sakit perut ke dalam air Merak. Kemudiannya
Kancil membawa air tersebut kepada Merak untuk diberikan Merak minum.

Sang

Merak. Bangun. Tidurlah di atas katil kamu. Nanti kamu sakit belakang pula.

Kancil;

Sebelum itu kamu minum dulu air ini. Sebelum tidur kamu perlu minum air supaya
badan akan berasa segar untuk keesokan harinya.

Burung

Baiklah Kancil. Terima Kasih.

Merak:

(Tirai ditutup) Babak tujuh Tempat : Kawasan lapang di Rimba Sejahtera (Tirai
dibuka. Penduduk Rimba Sejahtera berkumpul bagi melihat pertandingan penentuan
siapa yang paling bijak di Rimba Sejahtera ini) Sang
Saya yakin dan percaya bahawa Burung Merak akan memenangi

Semut:

pertandingan ini nanti.

Sang

Saya rasa mereka berdua berpotensi untuk menang kerana kedua-dua

Bedal:

sememangnya hebat.

Sang

Kompang bergema pusaka bangsa, Dipalu oleh si anak muda,

Belang:

Hadir tuan meriahkan suasana, Kami menyambut penuh gembira. Selamat pagi
semua penduduk Rimba Sejahtera. Hari ini adalah hari penentuan bagi menentukan
siapa yang paling bijaksana di dalam rimba ini. Adakah anda semua bersedia?
Penduduk

Kami sudah bersedia!


rimba: Sang Kancil berjalan menuju ke Sang Belang dengan penuh yakinnya. Sang
Kancil seperti yakin bahawa dia akan memenangi pertandingan tersebut. Sang

Hatiku ini sungguh riang,

Kancil:

Bila melihat ramai orang, Pastinya kamu inginku menang, Pastinya aku adalah
pemenang. (Melodi bapaku pulang dari kota) Selamat pagi warga rimba sekalian.
Hari ini saya akan tunjukkan yang saya adalah orang yang paling bijak di Rimba ini.
Merak tidak akan dapat mengalahkan saya. Hahahahaha. 10

Burung Merak datang dengan badan yang lebih penat dan muka yang lesu. Dia
tetap juga ingin meneruskan pertandingan berbekalakn tulang empat keratnya. Sang
Kancil terkejut melihat Merak datang walaupun dalam keadaan yang tidak sihat.
Burung

Saya akan melakukan yang terbaik untuk memenangi pertandingan ini.

Merak: Pertandingan dimulakan dan pada ujian yang terakhir, kaki Sang Kancil
tersangkut di Celah batu semasa ujian mengangkat batu. Merak dengan tulang
empat keratnya membantu Kancil. Semua warga rimba bertepuk tangan dan Kancil
sedar akan kekilafannya dan terus meminta maaf. Kancil sedar bahawa dia tidak
boleh melakukan Merak seperti itu kerana Merak sangat baik dengannya. Burung

Kancil. Kamu tidak apa-apa? Mari saya tolong kamu.

Merak: Sang
Tidak mengapalah Merak. Saya boleh.

Kancil: Burung

Saya tetap mahu membantu kamu.

Merak: Sang

Baik sungguh hati kamu Merak. Walaupun kamu sakit, kamu masih lagi

Kancil:

mahu membantu saya, walaupun kamu tahu kamu akan menang jika tidak
membantu saya, kamu tetap juga membantu saya. Saya sudah cari jalan untuk
jatuhkan kamu tetapi kamu tetap bertahan juga. Sebenarnya saya yang
membuatkan perut kamu sakit (Kancil membuat pengakuan di hadapan penduduk
rimba sambil menangis)

Burung

Saya tahu kamu telah meletakkan sesuatu di dalam minuman saya semalam.

Merak:

Tetapi saya tetap meminumnya kerana saya ingin menjaga hati kamu. Saya
berharap agar kamu mengubah sikap dan tidak sombong dan mempunyai hasad
dengki di dalam diri kamu.
Sang

Baiklah Merak. Terima Kasih.

Kancil: Penduduk rimba bertepuk tangan melihat kebaikan Merak. Pertandingan


tersebut dimenangi oleh Merak. Merak dan Sang Kancil akhirnya bersahabat baik
dan tidak ada lagi penyelewengan dalam persahabat mereka. Sang Kancil telahpun
berubah dan Rimba Sejahtera terus berada dalam keadaan yang aman. Nyanyian
lagu Sahabat-Upin Ipin Tirai ditutup 11

Anda mungkin juga menyukai