Anda di halaman 1dari 13

Tajuk 8 PEMULIHAN, PENGAYAAN DAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Sinopsis
Bab ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Pendidikan
Pemulihan dan Pengayaan serta Pendidikan Inklusif. Tajuk pendidikan pemulihan merangkumi tajuk-
tajuk berkaitan konsep,rasional dan objektif pemulihan.Juga dijelaskan jenis-jenis masalah
pembelajaran dan faktor-faktor penyebab serta cara-cara yang sesuai untuk mengesan masalah
pembelajaran dalam bilik darjah.Sebagai seorang guru biasa perlu mengetahui peranannya dalam
pelaksanaan pemulihan di kelas biasa.

Dalam bab ini turut membincangkan konsep,rasional dan objektif pengayaan seterusnya menerangkan
apakah aktiviti-aktiviti pengayaan yang sesuai dan cara-cara untuk mengelolakan aktiviti pengayaan
di bilik darjah.

Seterusnya, bagi merealisasikan slogan pendidikan untuk semua, kita perlu mengetahu tentang
adanya pendidikan inklusif yang melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas.Dalam bab ini ada
dijelaskan kategori murid-murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah di Malaysia dan peranan guru
biasa serta guru resos semasa mengelolakan sesi pengajaran inklusif di bilik darjah.

Hasil Pembelajaran

Setelah mempelajari bab ini, adalah diharapkan pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep,rasional dan objektif pemulihan.


2. Menghubungkaitkan jenis-jenis masalah pembelajaran dan faktor-faktor penyebab.
3. Mencadangkan cara-cara yang sesuai untuk mengesan masalah pembelajaran dalam bilik
darjah.
4. Menjelaskan peranan guru biasa dalam pelaksanaan pemulihan di kelas biasa.
5. Menjelaskan konsep,rasional dan objektif pengayaan.
6. Menerangkan aktiviti-aktiviti pengayaan yang sesuai dijalankan berdasarkan subjek
7. Menjelaskan cara-cara untuk mengelolakan aktiviti pengayaan di bilik darjah.
8. Menghuraikan kategori murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah di Malaysia.
9. Menjelaskan konsep,rasional dan keperluan pendidikan inklusif di sekolah.
10. Menerangkan peranan guru biasa dan guru resos semasa mengelolakan sesi pengajaran di
bilik darjah.

1
8.1 Pendidikan Pemulihan

Sebagai seorang guru, kita perlu akui bahawa secara fitrahnya, murid-murid ini adalah
individu yang berbeza-beza. Mereka juga berbeza dari segi kesediaan belajar dan keupayaan
menerima pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan prestasi murid yang
dikesan melalui pentaksiran,murid-murid yang mendapat prestasi yang cemerlang akan diberi
pengayaan dan mereka yang mendapat prestasi yang rendah perlu diberi pemulihan di dalam
kelas. Manakala murid-murid berkeperluas khas yang menunjukan prestasi cemerlang perlu
mengikuti program inklusif. Ini penting bagi memastikan semua murid mendapat peluang
sesuai dengan slogan pendidikan untuk semua.

8.1.1 Konsep Pemulihan

Menurut Kamus Dewan, perkataan. ”pulih” bermaksud kembali seperti biasa. Dalam konsep
pendidikan ia berkaitan dengan murid-murid yang menghadapi kesulitan dalam
pembelajarannya. Secara keseluruhannya,istilah murid-murid pemulihan membawa erti
bahawa murid-murid ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah berbanding dengan
rakan-rakan sebayanya. Mereka ini perlu diberi pengajaran pemulihan yang sesuai supaya
jurang perbezaan dapat dikecilkan kalaupun tidak dapat dihapuskan sama sekali.

8.1.2 Rasional
Murid-murid merupakan individu yang berbeza-beza dari segi pengalaman, minat dan
kebolehan. Jika perbezaan ini tidak diberi perhatian boleh menjadi punca utama kepada
keciciran. Pengajaran pemulihan adalah untuk memenuhi keperluan murid yang tidak dapat
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah biasa.

8.1.3 Objektif Pemulihan


Objektif-objektif pemulihan :
 membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu
 murid-murid mendapat layanan dan kemudahan pembelajaran yang sesuai
 guru dapat membantu murid-murid yang mengalami masalah secara personal
 membolehkan murid-murid mengembangkan potensi mereka

2
 memberi peluang murid yang lemah mengalami kejayaa dalam pembelajaran mereka
 mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti
 membolehkan murid-murid menerima pengajaran individu mengikut kebolehan
 dapat meningkatkan motivasi murid

Cuba dapatkan bahan rujukan dari pusat sumber yang berhampiran dan buat rujukan mengenai jenis-jenis

8.1.4 Masalah Pembelajaran Dan Faktor-Faktor Penyebabnya

Sebagaimana yang diketahui murid-murid di dalam sesebuah kelas, biasanya mempunyai


perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan,fizikal, minat dan bakat. Oleh kerana itu, ada
murid yang boleh belajar dengan cepat dan ada yang sukar memahami apa yang diajar oleh
guru. Golongan murid yang lemah ini akan terus ketinggalan jika tidak diberi pemulihan.
Dalam konteks sekolah di Malaysia, masalah pembelajaran boleh dikategori kepada masalah
membaca, menulis dan mengira. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid ini
mengalami masalah pembelajaran seperti :

 kurang kecerdasan- berkaitan dengan masalah mental yang menyebabkan lambat berfikir,
cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan. Ini berkemungkinan disebabkan
keturunan,masalah ketika kelahiran dan kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan.

 masalah kesihatan –tubuh badan yang tidak sihat dan sentiasa mendapat sakit
menyebabkan tumpuan pada pelajaran terjejas.Kebanyakan masalah kesihatan adalah
berpunca daripada masalah kekurangan zat makanan.

 masalah deria – Ini termasuklah masalah penglihatan,masalah pendengaran dan pertuturan.


Masalah penglihatan akan menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran untuk melihat
dengan jelas seperti mengenal huruf untuk membaca. Masalah pendengaran menyebabkan
murid sukar memahami apa yang disebut oleh guru dan masalah pertuturan akan menghalang
mereka berkomunikasi dan berinteraksi sesama sendiri.

3
 emosi yang tidak stabil –gangguan emosi boleh menyebabkan murid-murid tidak
memberi perhatian kepada pelajaran. Banyak punca yang menyebabkan ketidakstabilan emosi
seperti masalah keluarga, kemiskinan dan kesempitan hidup.

 konsep kendiri yang rendah – perasaan rendah diri menyukarkan murid-murid untuk
memberi fokus kepada pelajaran.Apatah lagi jika mereka selalu dimarahi oleh guru dan
dipandang rendah oleh rakan-rakan kerana prestasi mereka yang rendah.

8.1.5 Cara-Cara Yang Sesuai Untuk Mengesan Masalah Pembelajaran Dalam Bilik
Darjah

Mengesan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran adalah salah satu tugas guru
yang amat penting. Guru perlu mempunyai kemahiran mengesan masalah ini sebagai langkah
awal untuk mengatasi masalah tersebut. Guru boleh menggunakan beberapa cara untuk
mengesan masalah pembelajaran di kalangan murid-murid seperti berikut:

Cara mengesan masalah Huraian

Membina inventori Inventori yang digunakan boleh dalam pelbagai bentuk mengikut
keperluan dan tujuan. Guru boleh menggunakan inventori jenis betul(
/ ) atau salah (X) ,ya atau tidak, baik atau lemah. Contoh: Inventori
kemahiran bertutur

kemahiran menyebut vokal membaca suku kata


Nama murid
1.Amin / X
2.Bedah / /
Pemerhatian Dilakukan sewaktu menjalani aktiviti pembelajaran. Guru boleh
memerhati aspek perlakuan,pertuturan,kebolehan dan sikap. Melalui
pemerhatian, guru boleh mengesan masalah penguasaan pembelajaran.
Contohnya, membuat kesilapan sebutan seperti ”banyak” disebut
”manyak”, ”khas” disebut ”kas”. Guru juga boleh memerhatikan sifat
murid seperti hiperaktif, gagal, mengikut arahan yang mudah dan gagal
melukis bentuk mudah yang boleh mempengaruhi penguasaan
pembelajaran

4
Cara mengesan masalah Huraian
Ujian kertas dan pensel samada dalam bentuk objektif atau subjektif
Membina ujian kertas boleh mengesan pencapaian murid dalam menguasai kemahiran
dan pensel mengira, membaca dan menulis. Skor yang rendah menunjukkan murid
perlu Pendidikan Pemulihan untuk
mengatasi masalah penguasaan pembelajaran.
Latihan harian yang diberikan oleh guru selepas setiap pengajaran dan
Latihan harian pembelajaran boleh juga digunakan oleh guru untuk mengenal pasti
murid yang mengalami masalah penguasaan pembelajaran.
Sehubungan itu, guru perlu peka kepada kesilapan sama yang berulang
kali dilakukan oleh murid
terutama yang melibatkan kemahiran asas.
Maklumat yang jelas tentang perkembangan dan pencapaian dalam
Rekod prestasi semua mata peljaran secara keseluruhannya iaitu pada
awal,pertengahan dan akhir semester.
Sesi soal jawab atau kuiz Guru boleh mengadakan sesi soal jawab selepas setiap pengajaran
dan pembelajaran untuk mendapatkan maklum
balas yang segera tentang penguasaan pembelajaran murid.

Berdasarkan pemerhatian di kelas pemulihan di sekolah anda, ceritakan cara-cara yang digunakan oleh g

5
8.1.6 Peranan Guru Biasa Dalam Pelaksanaan Pemulihan Di Kelas Biasa
Guru kelas memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid yang mengalami
masalah penguasaan pembelajaran. Peranan guru kelas dalam pelaksanaan pengajaran
pemulihan boleh dilakukan secara berperingkat seperti berikut:

I. Mengenal pasti murid


Guru kelas perlu mengenal pasti murid-murid yang mengalami penguasaan pembelajaran
melalui cara-cara yang telah disebutkan di atas.

II. Mengenal pasti masalah pembelajaran


Setelah guru mengenal pasti murid yang bermasalah itu, guru perlu pula mengenal pasti
jenis masalah yang dihadapi oleh murid itu. Guru boleh terus melakukan pemerhatian
terhadap murid itu semasa murid berkenaan menjalankan aktiviti harian dan membuat
kerja latihan harian. Ujian diagnostik juga boleh digunakan untuk mengesan jenis
masalah murid.

III. Merancang
Guru membuat perancangan yang rapi untuk pengajaran pemulihan dengan memasukkan
hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran dan
pembelajaran serta penilaian. Perancangan adalah berdasarkan kebolehan, keperluan ,
minat, pengalaman dan kekuatan murid berkenaan. Fokus perancangan adalah kepada
masalah penguasaan pembelajaran yang dihadapi oleh murid berkenaan.

IV. Mengajar
Guru boleh melaksanakan aktiviti pemulihan kepada murd yang bermasalah dalam
pembelajaran semasa murid lain membuat tugasan atau aktiviti pengayaan. Teknik yang
boleh digunakan oleh guru ialah pengajaran kumpulan kecil, pengajaran rakan sebaya
dan pengajaran individu.

V. Menilai
Guru perlu melakukan penilaian untuk mengesan pencapaian murid hasil daripada aktiviti
pemulihan yang dilakukan.

VI. Membuat tindakan susulan


Selepas membuat penilaian , guru perlu membuat tindakan susulan kepada murid
berkenaan untuk memastikan kesinambungan aktiviti pemulihan. Sekiranya murid belum
menguasai kemahiran yang disasarkan, guru perlu merujuk murid kepada guru khas
untuk pemulihan agar murid dapat dibimbing lebih lanjut untuk menguasai sepenuhnya
pembelajaran.

6
8.2 Pengayaan
8.2.1 Konsep Pengayaan
Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (1988), konsep pengayaan bermaksud: ”
Aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelanjaran yang mengandungi
unsur- unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran
yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar akan mendapat peluang tambahan
untuk mengembangkan lagi minat,daya kreatif,sifat ingin tahu,sikap berdikari dan bakat
kepimpinan mereka”

8.2.2 Rasional
Secara umumnya,prestasi murid-murid boleh dibahagikan kepada 3 aras iaitu murid yang
cemerlang, sedehana dan lemah.Oleh yang demikian,pertimbangan yang wajar seharusnya
diberikan dalam menentukan corak layanan yang diperlukan.Mereka yang cemerlang dalam
pembelajaran patut diberi pengayaan agar mereka berpeluang mengikuti pelbagai bentuk
aktiviti yang menarik dan mencabar.

8.2.3 Objektif Pengayaan


Aktiviti –aktiviti pengayaan dilakukan bertujuan untuk membolehkan murid-murid :
 menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka
 meningkatkan kemahiran berfikir dalam usaha menyelesaikan masalah
 menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu ke arah
perkembangan potensi
 menggunakan masa lapang dengan berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat
mereka,
 mendapat kemahiran untuk belajar sendiri bagi membolehkan mereka sebagai usaha
pembelajaran sepanjang hayat.
 melahirkan daya kreativiti dan inovasi
 mempunyai asas kepimpinan untuk dikembngkan ke peringkat yang lebih tinggi sesuai
dengan kemampuan mereka.

8.2.4 Aktiviti-Aktiviti Pengayaan yang Sesuai


Guru perlu membuat perancangan yang rapi supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan
bersesuaian dengan murid-murid mengikut perkembangan umur dan kebolehan
mereka.Sebagai panduan, aktiviti-aktiviti yang hendak disediakan itu haruslah:
1. Bercorak belajar sendiri yang mengandungi arahan dan penerangan yang jelas supaya
murid dapat menjalankan tugasan tanpa banyak memerlukan banyak tunjuk ajar daripada
guru.

7
2. Menarik,mencabar dan sesuai dengan kebolehan minat dan bakat yang berbeza- beza.
3. Boleh berbentuk program harian atau projek yang mungkin mengambil masa satu
atau dua minggu,
4. Diletak atau disimpan di tempat yang mudah digunakan oleh murid-murid.
5. Mengandungi bahan-bahan yang dipelbagaikan sama ada dibuat sendiri atau dibeli di
pasaran. Sebaiknya,bahan-bahan itu mengandungi aktiviti yang berkaitan dengan
kemahiran yang telah dipelajari.

Aktiviti-aktiviti pengayaan yang dicadangkan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian yang


penting iaitu:
1. Bacaan dan latihan tambahan
 kad bacaan yang disediakan oleh guru mengikut tema-tema tertentu
 buku-buku pengetahuan dan cerita
 majalah
 surat khabar
 risalah-risalah
 laman sesawang

2. Kerja projek
 membuat lawatan sambil belajar
 memelihara pelbagai jenis ikan
 membuat kebun sains
 membuat zoo mini di sekolah
 menjalankan kegiatan kemasyarakatan
 membuat persembahan seperti aktiviti bercerita, lakonan, deklamasi sajak
 membuat blog

Catatan: Perhatian perlu diberikan sebelum kerja projek dijalankan


 mempunyai tujuan tertentu
 alat-alat disediakan dengan baik
 memohon kebenaran daripada pihak tertentu seperti guru besar, ibu bapa,JPN dan lain-
lain
 faktor keselamatan
 pengurusan semasa aktiviti dilaksanakan

8
3. Permainan dan rekreasi
 Teka silang kata
 Teka-teki
 Mencari arah bunyi
 Bermain dengan bentuk
 Menyusun blok
 Sahiba
 Bermain catur

Kategori Murid Berkeperluan Khas

Rehat sebentar dan uji diri....

Apakah yang anda ketahui tentang program pendidikan khas?

Pernahkah anda terlibat dengannya?

Murid-murid berkeperluan khas boleh dikategorikan seperti berikut:

Kategori Ciri-ciri
Lewat  kecerdasan akal di bawah kecerdasan purata
perkembangan/lembam
 lemah pencapaian dalam bahasa dan Matematik
 tumpuan perhatian adalah singkat
 kadar belajar,kuasa ingatan dan kemahiran pemprosesan maklumat
adalah rendah
 kekurangan motivasi instrinsik menyebabkan tidak ada minat
Disleksia  kekurangan keupayaan pembelajaran yang melibatkan kesukaran
membaca dan menulis kerana gangguan penglihatan
 kemajuan pertuturan yang lambat
 lemah dalam mengingat
 kemahiran kawalan otot lemah

Kecelaruan tingkah laku-  aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan akibat rangsangan
hiperaktif cahaya,bunyi dan warna
 tidak takut kepada orang
 sukar memberi tumpuan kerja yang dilakukan
 mudah mengamuk jika kehendaknya dihalang

9
 sukar menyesuaikan diri dan sukar untuk berinteraksi dengan
rakan sebaya yang lain

Autistik  masalah dalam berkomunikasi


 menarik diri bermain bersama-sama dengan rakan
 masalah mengawal emosi
 menunjukan kebimbangan/tidak suka kepada perubahan rutin
 selalu menumpukan percakapan diri sendiri daripada
percakapn orang lain
 lambat memproses maklumat dan hanya memberi fokus
kepada sesetengah perkataan tertentu

Cacat penglihatan  Ada beberapa jenis seperti rabun dekat, rabun jauh,rabun
malam,rabun warna,astigimatisme, katarak dan juling.
 kesukaran dalam membaca
 sering membawa buku dekat matanya untuk membaca

Sindrom down  mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat


 lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung terjelir
 mata sepet sentiasa berair dan merah
 bentuk muka yang kecil
 tangan yang lebar dan pendek serta satu garisan tapak tangan
melintang
 berbadan gempal dan pendek serta badan yang agak bongkok
 suka bermanja,bermain dan dapat bergaul dengan baik

Pintar cerdas dan  maju atau berbakat dalam pelajaran


berbakat istimewa  menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat
 mempunyai IQ 120 ke atas yang dikategorikan sebagai murid
cerdas.
 daya ingatan yang tinggi
 tahap kemahiran berfikir yang tinggi
 kreatif dan inovatif
 mempunyai masalah pergaulan,kelakuan dan emosi

10
Rujuk kepada guru pakar murid berkeperluan khas di sekolah anda untuk
berbincang secara mendalam tentang strategi bagi membantu kanak-kanak khas
mengikut kategori.

8.3 Pendidikan Inklusif di Sekolah

8.3.1 Konsep Pendidikan Inklusif


Semua kanak-kanak di Malaysia mempunyai hak dan peluang untuk mendapat pendidikan,
termasuk kanak-kanak berkeperluan khas. Di bawah program pendidikan inklusif kanak-
kanak berkeperluan khas yang mempunyai potensi belajar akan ditempatkan dalam kelas
biasa di bawah bimbingan seorang guru resos yang akan bekerjasama dengan guru biasa.

8.3.2 Rasional Pendidikan Inklusif


Setiap rakyat Malaysia mempunyai peluang pendidikan untuk mengembangkan potensinya
secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani supaya
menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan berupaya
memberi sumbangan terhadap keharmonian serta kemakmuran masyarakat dan negara.
Program ini telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan
yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka.

8.3.4 Keperluan Dan Objektif Pendidikan Inklusif


Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan semua sekolah dan
murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Maka, pendidikan
inklusif mempunyai keperluan bagi mencapai objektif seperti berikut:

 meningkatkan kesedaran kanak-kanak normal tentang kanak-kanak berkeperluan khas


bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat.
 memberi peluang kanak-kanak khas untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang
normal dan menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka
 memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak khas yang setanding dengan
kanak-kanak normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.

11
 untuk mengelak daripada berlakunya diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan
yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran.
 membantu kanak-kanak khas agar dapat menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua
aspek kemansyarakatan supaya mereka lebih berupaya dan mampu berdikari dan menjadi
anggota masyarakat yang menyumbang kepada bangsa dan negara.

8.3.5 Peranan Guru Biasa Dan Guru Resos


Untuk pendidikan inklusif yang berkesan, guru biasa dan guru resos perlu bekerjasama untuk
mewujudkan persekitaran yang boleh membawa kepada integrasi yang optimum. Peranan
penting guru resos ialah membantu guru biasa mengenalpasti kanak-kanak berkeperluan khas
supaya intervensi awal boleh dibuat.

Guru resos membantu guru biasa dengan memerhatikan murid yang meempunyai masalah
pembelajaran atau masalah tingkah laku dan membantu guru kelas dengan strategi intervensi
yang tertentu bagi menggalakkan pembelajaran. Sesuatu strategi pembelajaran itu boleh
melibatkan pengajaran individu, tugasan penyelesaian masalah, dan kerja dalam kumpulan
kecil.

Guru resos boleh juga membantu dalam pembinaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
untuk setiap murid berkeperluan khas. RPI menentukan matlamat individu untuk setiap murid
dan disesuaikan dengan gaya belajar dan kebolehan murid tersebut. Guru akan membuat
ulasan tentang RPI bersama-sama ibu bapa murid tersebut. Guru juga bekerjasama dengan ibu
bapa dan memaklumkan kepada mereka tentang kemajuan anaknya serta mencadangkan
teknik untuk menggalakkan pembelajaran di rumah.

Peranan lain guru resos ialah:


 membantu memperkembangkan emosi murid, rasa selesa dalam situasi sosial dan
prihatin terhadap tingkah laku yang diterima oleh masyarakat
 membantu memperkembangkan tingkah laku dan akademik murid
 membantu guru mengadaptasi bahan kurikulum dan teknik mengajar untuk memenuhi
keperluan murid keperluan khas
 mengubahsuai tugasan untuk memenuhi keperluan individu
 membantu dalam penilaian murid berkeperluan khas

12
Berhenti sebentar dan buat refleksi.

Cadangkan cara bagaimana melaksanakan program pendidikan inklusif yang berkesan dalam kelas bagi mata pelaja

Rujukan

Ang Huat Bin (1999). Konsep dan kaedah pengajaran dengan penekanan inklusif. Kuala Lumpur:
Utusan Publications Distributors Sdn. Bhd.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan khas dan pemulihan: Bacaan asas .
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Lewis,T. & Sugai,G.(1999). Effective behaviour support: A systems approach to proactive


schoolwide management. Focus on Exceptional Children, Vol 31(6).

13

Anda mungkin juga menyukai