Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

31150 HULU KINTA, PERAK

GPP 1063 PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

LATIHAN TUTORIAL 10

Jawab semua soalan.

1. Bagi meningkatkan profesionalisme keguruan anda, cadangkan pendekatan dan cara


untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
[20 markah]
Dalam meningkatkan profesionalisme keguruan, pendekatan dan cara untuk
membudayakan pembelajaran sepanjang hayat ialah menjadikan sekolah sebagai multi-
focus centre dalam komuniti setempat. Hal ini kerana dalam konsep pembelajaran
sepanjang hauat bukan sahaja menjadi agenda penting malah telah menukar cara berfikir
masyarakat khususnya golongan muda. Sekolah yang merupakan tempat atau organisasi
pembelajaran bukan sahaja dapat memberi tumpuan kepada pelajarnya semata-mata
tetapi melibatkan semua orang dalam komuniti termsuk guru. Hal ini kerana di sekolah
ramai kakitangan sekolah seperti guru, kerani , pekerja kebersihan serta pelajar
merupakan orang yang terlibat dalamo organisasi pembelajaran ini. Kakitangan ini
melakukan pekerjaan mereka berdasarkan kemahiran atau jawatan yang telah diberikan
kepada mereka di sekolah. Dalam melakukan pekerjaan mereka, dapat diperhatikan di
sekeliling bahawa terdapatnya lifelong learning ini. Hal ini menunjukkan bahawa bukan
sahaja pelajar yang dapat belajar di sekolah malah semua orang yang berada di sekolah
dapat belajar mengenai kehidupan yang dapat dikatakan sebagai pembelajaran sepanjang
hayat.
Selain itu, pendekatan dan cara membudayakan pembelajaran sepanjang hayat
bagi meningkatkan profesionalisme keguruan ialah guru memberikan pembelajaran bukan
sahaja berkenaan kurikulum ataupun akademik, malahan guru juga sebagai warga
pendidik dapat memberikan soft skill, atau kemahiran berkaitan dengan kehidupan.
Contohnya, guru mengajarkan cara bertahan hidup di dalam hutan. Dengan adanya
kemahiran ini, pelajar dapat mencari ikhtiar hidup sekiranya mereka berada di kawasan
hutan. Ilmu-ilmu atau kemahiran-kemahiran ini amat penting dalam diri murid-murid dalam
mengatasi masalah yang bakal dihadapi dalam kehidupan ini. Pembelajaran berkenaan ini
merupakan pembelajaran sepanjang hayat oleh kerana perkara ini tidak boleh dianggap
remeh oleh sesiapa sahaja jika kita tiba-tiba terjebak didalam masalah yang sama.
Walaupun ada segelintir masyarakat yang mengambil enteng perkara ini, namun perkara
ini adalah merupakan elemn penting dalam kehidupan kita untuk bertahan hidup.
Disamping itu, cara atau pendekatan yang boleh diambil dalam membudayakan
pembelajaran sepanjang hayat ialah guru memerlukan latihan khusus untuk meningkatkan
keterampilan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Kemahiran dan keterampilan
ini perlu sentiasa diperbaharui seiring berubahnya atau berlakunya perubahan zaman. Hal
ini kerana dalam mengalami perubahan zaman ilmu pengetahuan juga turut
bertambah,maka pengetahuan guru juga perlu ditambah agar dapat melahirkan murid
yang berpendidikan mengikut ilmu terkini. Hal ini juga turut berlaku kepada profesion guru
juga disamping perlu mengajarkan pengetahuan terkini kepada anak murid, kerana
sebelum mengajar, guru juga perlulah membekalkan dirinya dengan ilmu terkini. Oleh itu,
guru juga perlu melakukan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat meningkatkan ilmu
disamping mengajarkan ilmu terkini kepada murid-murid.

2. Bandingkan nilai-nilai keguruan dahulu dengan nilai-nilai keguruan pada masa kini dan
seterusnya bincangkan dalam aspek-aspek manakah nilai-nilai keguruan itu berbeza.
[20 markah]

Nilai-nilai keguruan dahulu adalah seperti amanah dalam menjalankan tugas


sebagai guru berbanding dengan kini yang kurnagnya nilai amanah dalam diri guru.
Sebagai contohnya, adanya guru yang ponteng waktuu mengajar dengan pelbagai alasan
yang diberikan sehinggakan menyebabkan adanya istilah guru makan gaji buta
dikeluarkan dari mulut-mulut masyarakat. Perkara ini tidak boleh menyalahkan golongan
masyarakat yang berkata sedemikian rupa bak kata pepatah, ‘mulut tempatan boleh
ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya’ sangat bertepatan dengan perkara ini. Hal
ini kerana kita tidak dapat melarang seseorang itu daripada berkata-kata. Namun sebagai
seorang guru, kita perlulah menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan dan dipikul
dengan segenap tenaga iaitu dengan penuh rasa amanah untuk mendidik anak bangsa
yang berkualiti di masa depan. Berbanding dengan zaman dahulu yang memang
melakukan tanggungjawab dengan rasa amanah. Profesion keguruan masa dahulu telah
dianggap sebagai suatu darjat yang tinggi dalam kalangan masyarakat, namun jika kita
lihat pada masa sekarang, profesion keguruan ini telah dianggap enteng oleh segelintir
masyarakat. Ini menunjukkan perbezaan yang ditonjolkan oleh segenap lapisan masyrakat
terhadap profesion ini sehinggakan kurangnya nilai keguruan dalam diri seorang guru.
Selain itu, nilai keguruan dahulu adalah nilai dedikasi berbanding dengan nilai
keguruan masa kini yang lebih bersifat pilih kasih walaupun terdapatnya golongan yang
masih mengamalkan nilai dedikasi. Hal ini kerana terdapatnya golongan guru yang
mendidik dan mengambil tindakan secara tidak adil terhadap semua murid. Mereka
bersifat pilih kasih dengan mementingkan factor bangsa, warna kulit, jantina, agama,
kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. Hal ini bukan
sahaja dapat menimbulkan sifat negatif terhadap diri pelajar yang tidak mendapat
perhatian dari guru seperti malas nak belajar atau ponteng kelas tersebut malah akan
adanya perbalahan yang akan ditimbulkan antara pelajar yang mendapat perhatian dan
tidak. Oleh itu, sifat pilih kasih boleh menyebabkan banyak impak negative yang bakal
terjadi kerana sifaat ini merupakan perkara yang tabu atau tidak boleh dilakukan sebagai
seorang guru untuk memberi didikan kepada semua murid tanpa mengira bangsa,agama
dan lain-lain.
Disamping itu, nilai keguruan dahulu yang ada ialah benar manakala zaman
sekarang kurang nilai benar dalam diri. Ini meliputi sifat jujur dalam menjalankan tugas.
Dalam pendidikan, guru tidak boleh menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk
pelajaran atau pengajaran yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah
melainkan bayaran yang disahkan. Hal ini kerana yuran-yuran ini telah diutarakan sewaktu
awal masuk persekolahan lagi dan yuran yang tidak rasmi tidak boleh diminta kepda para
pelajar kerana ini menunjukkan bahawa seorang guru itu bersifat tidak jujur dalam
menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Ini juga adalah penting kerana perkara ini
merupakan kod etika profesion keguruan yang berlaku dari dulu sehinggalah sekarang.
Perkara inilah yang dapat menyebabkan perbalahan atau suatu isu timbul dalam kalangan
guru dan pihak waris oleh kerana pembayaran wang secara tidak rasmi ini.

Anda mungkin juga menyukai