Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

 Nama saya Hannah Tihani binti Bakhtiar. Umur saya 8 tahun.


 Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah
Pekan Nanas Pontian
 Buku kegemaran saya bertajuk BORHAN SEDAR.
 Buku ini ditulis oleh Nur Aliah, Tengku Nur Najwa DAN telah
DITERBITKAN oleh KAMINOKI PUBLICATIONS.
 Buku ini juga telah DICETAK pada tahun 2020. Dan
mempunyai 26 halaman muka surat.
 Watak-watak yang terdapat dalam cerita ini ialah Borhan,
ibunya, Benni dan Bazli.
 Buku ini mengisahkan Borhan yang lebih suka bermain dengan
telefon pintar. Ini sangat membimbangkan ibunya.
 Borhan terlalu obses dengan telefon pintar sehingga tidak sedar
akan kesan yang bakal menimpa dirinya.
 Akibatnya Benni dan Bazli tidak mahu bermain bola keranjang
dengannya kerana tangan Borhan lemah akibat suka bermain
telefon pintar terlalu lama.
 Buku ini sesuai untuk kawan-kawan mengambil pengajaran agar
tidak menggunakan telefon pintar secara berlebihan.
 Kawan-kawan yang mengalami masalah seperti Borhan perlu
berazam untuk mengawal penggunaan telefon pintar dengan
lebih BAIK.
 Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah seperti menolong ibu, membaca buku dan sebagainya.
 Seronok tau kawan-kawan membaca buku ini. Dah la kulit
cantik, lukisan yang menarik, berwarna warni dan tulisan jelas.
 Saya bagi 5 bintang.
 Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai