Anda di halaman 1dari 4

DUA6022-KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

PENULISAN ESEI
TAJUK :CABARAN DAKWAH DALAM KALANGAN REMAJA DI ERA
GLOBALISASI

NAMA NO.PENDAFTARAN
MOHD SAIFUL BIN SAFARI 20DKM18F2035
NAMA PENSYARAH KURSUS PUAN DAYANGKU FARAH AZEILA BINTI
AWG MOHAMMAT
PROGRAM DKM 5A
SESI SESI DISEMBER 2020
Dakwah biasanya bererti mengajak kepada Islam. Dari segi Bahasa Arab dakwah
bermakna secara harfiah "menyeru" atau "mengajak". Seorang umat Islam yang
mengamalkan dakwah, sama ada seorang pekerja agama atau dalam suatu usaha
masyarakat sukarelawan, digelar suatu da'i, jamak du'at. Seorang da'i menjemput
orang untuk memahami Islam melalui proses dialog, dan dapat dikategorikan dalam
sesetengah kes sebagai persamaan agama dengan suatu mubaligh. Ia merupakan satu
kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim yang mempunyai
kemampuan, dalam sebarang bentuk dan dalam setiap kesempatan. Dakwah
merupakan tugas para Rasul dan perintah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
SAW yang merupakan juru dakwah pertama semenjak agama Islam diturunkan.
Banyak perintah Allah yang ditujukan kepada Rasullullah supaya melaksanakan tugas
tersebut secara kesinabungan, seperti Firman Allah yang bermaksud:“Dan serulah ia
kepada tuhan engkau, sesungguhnya engkau di atas petunjuk yang lurus” (Al-Haj; 67)

Tribulasi atau cabaran dalam menyampaikan ajaran islam merupakan satu


fenomena biasa pendakwah baik dahulu mahupun kini. ini disebabkan islam
merupakan satu seruan terhadap perubahan, iaitu perubahan terhadap segala bentuk
jahiliyah, membanteras adat-adat jahiliyah, idea-idea dan sistem-sistemnya. keadaan
ini menyebabkan pendukung dakwah akan lebih banyak terdedah kepada tribulasi.
tribulasi adalah satu faktor perkadiran dan pengujian, iaitu untuk menguji sejauhmana
kekuatan iman yang ada dalam setiap diri pendakwah. tribulasi merupakan fenomena
biasa yang telah ditempuhi oleh para nabi dan rasul dengan penuh kejayaan, seperti
tribulasi yang dihadapi oleh nabi ibrahim, nabi musa, nabi isa dan nabi muhammad
s.a.w. melalui perbagai tribulasi yang ditempuhi akan terserlah orang yang mampu
dan layak memikul tanggungjawab tersebut dan terserlah juga orang yang tidak layak
memikul amanah tersebut. Antara tribulasi dakwah yang ditempuhi oleh para
pendakwah ialah manusia yang berpaling dari dakwah islam, persendaan atau ejekan,
penyiksaan, kesusahan, kejayaan selepas kesusahan dan sebagainya
Pada era globalisasi sekarang, dakwah kini menjadi sukar terutamanya remaja-
remaja yang ingin menyampaikan dakwah perlu menempuh cabaran dan liku-liku
yang berada di dunia luar. Selain itu era dakwah masa kini berhadapan dengan
pelbagai cabaran dan masalah yang semakin kompleks disebabkan berlakunya
perkembangan peradaban dan kemajuan dalam masyarakat. Antaranya cabaran dari
sudut ideologi dan pemikiran seperti penyebaran fahaman Liberalisme, Ekstremisme,
Pluralisme dan sebagainya. Dalam hal ini, pendakwah (orang awam) khursusnya para
remaja perlu melakukan transformasi dalam penyampaian dakwah dengan
menggunakan pendekatan kontemporari yang lebih interaktif dan menarik dalam
menangani isu-isu dakwah masa kini seiring dengan perkembangan teknologi yang
berlaku bagi menjamin keberkesanan dalam berdakwah. Para pendakwah juga perlu
mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur dalam usaha menyampaikan dakwah
Islamiah kepada sasaran bagi mengelak daripada berlakunya salah faham dalam
masyarakat.

Selain itu, pendakwah perlu melakukan transformasi dalam penyampaian dakwah


dengan menggunakan pendekatan kontemporari yang lebih interaktif dan menarik
dalam menangani isu-isu dakwah masa kini seiring dengan perkembangan teknologi
yang berlaku bagi menjamin keberkesanan dalam berdakwah. Para pendakwah juga
perlu mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur dalam usaha menyampaikan
dakwah Islamiah kepada sasaran bagi mengelak daripada berlakunya salah faham
dalam masyarakat. Dalam zaman sekarang, dakwah tidak mungkin boleh dilakukan
secara diam kerana dalam keadaan serba canggih ini segalanya amat pantas.
Penggunaan gajet amat meluas di semua peringkat, malah kanak-kanak turut
menggunakannya. Keupayaan teknologi komunikasi pada ketika ini, membawa
fenomena apabila memunkinkan penggunaan aplikasi media sosial dalam pelbagai
aspek kehidupan termasuklah aktiviti dakwah. Aplikasi media social seperti facebook,
whatsapps, instagram dan twitter, dilihat berpotensi memberi peluang yang meluas
terhadap penyebaran mesej dakwah kerana sifatnya yang pantas, langsung ke sasaran,
meluas penggunaannya dan lebih global. Dengan kecanggihan seperti ini, sebagai
seorang remaja yang menyampaikan dakwah, merekalah yang perlu mengawal
maklumat yang disebar serta apa yang disebarkan itu menyenangkan perasaan dan
jiwa.
Seterusnya, cabaran yang lain yang dihadapi oleh remaja sebagai pendakwah
pada masa kini ialah mereka Melihat kepada realiti era globalisasi pada masa kini,
ruang dakwah serta penyebaran maklumat Islam dengan lebih pantas dan berkesan
kini terbuka lebih luas melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT). Namun begitu, kita masih tidak dapat menjamin bahawa sesuatu dakwah Islam
boleh difahami oleh manusia. Ini kerana kefahaman seseorang individu terhadap
sesuatu Islam itu bukan hanya terletak pada kehebatan teknologi tetapi terletak pada
mutu kandungan serta cara atau kaedah penyampaian yang menarik dan berkesan
sehingga membolehkan ilmu tersebut masuk ke dalam jiwa manusia. Umat Islam dan
pergerakan dakwah perlu meningkatkan penguasaan di dalam bidang teknologi
dakwah. Ini bagi membolehkan citra dakwah terjelma secara meluas di dalam
pelbagai wajah baru yang dinamik. Penguasaan teknologi dakwah meliputi keperluan
untuk usaha penyebaran Islam terhebah menerusi saluran komunikasi baru seperti
informasi maya, seni elektronik dan imej bergerak.

Sebagai kesimpulannya, dapat difahami bahawa dakwah merupakan satu


kewajipan yang perlu dipikul oleh setiap muslim bagi menyeru manusia ke arah jalan
kebenaran dan hidayat. Dakwah yang hendak dilakukan perlulah mengikut
metodologi yang telah ditunjukkan oleh para nabi dan rasul, panduan al-quran dan
hadis nabi agar dakwah yang dijalankan mencapai matlamatnya. Di samping itu
dakwah tidak hanya terhad kepada seruan secara lisan tetapi juga harus menggunakan
media yang luas dan terkini asalkan tidak bercanggah dengan ajaran islam. Golongan
pendakwah khususnya remaja mestilah berani menghadapi cabaran dalam menyeru
manusia ke arah kebenaran dan haruslah terlebih dahulu mempraktikkan akhlaq islam
dan mempunyai sifat-sifat seperti yang ditunjukkan oleh rasulullah saw. Selain itu,
remaja juga haruslah memantapkan ilmu penyampaian dakwah supaya seiring dengan
teknologi zaman sekarang supaya masyarakat lebih mudah memahami apa yang
disampaikan. Pendakwah akan terus berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
halangan dalam usahanya untuk menyampaikan kebenaran kerana ia merupakan
sunnah perjuangan.

Anda mungkin juga menyukai