Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Webinar Teknologi Moden dalam Arborikultur

Satu webinar yang bertajuk Teknologi Moden dalam Arborikultur telah dijalankan pada
28 November 2021 (Ahad) yang lalu. Webinar ini telah dianjurkan oleh kelas 3SHPH bagi
memenuhi kehendak tugasan untuk subjek Industri dan PTV. Webinar ini telah disampai oleh
panel jemputan bernama Encik Abdul Razak Bin Mohamad Rom yang menjawat jawatan
Director MSRY Resources Sdn Bhd.

Sebelum kejadian webinar, kami sekelas telah berbincang dan memberikan tugas
masing-masing dalam program yang akan di jalankan ini. Saya memegang jawatan sebagai
AJK Protokol dan mempunyai tugas dan amanah yang tersendiri. Saya bersama dua orang lagi
rakan di dalam jawatan yang sama dan diberikan tugas untuk menulis skrip moderator dan
menyediakan atur cara majlis. Alhamdulillah, kami bertiga menerapkan sikap bekerjasama dan
saling tolong-menolong untuk menyiapkan skrip moderator dan juga menyediakan atur cara
majlis. Banyak kali juga skrip kami betulkan balik sehingga menjadi sempurna sebelum majlis
webinar berlangsung.

Sewaktu webinar berjalan, banyak ilmu yang dipelajari tentang Arborikultur yang
sememangnya saya mempunyai kurang pengetahuan tentangnya. Saya dapat tahu bahawa
teknologi ini banyak diperkenalkan di negara Barat seperti Amerika. Dari sini juga saya tahu
teknik yang betul bagi tanaman pokok, cara membiakkan dengan betul dan cara penebangan
pokok. Keperluan pokok dan tumbuhan hijau sangat penting bagi sesebuah kawasan kerana
ianya membekalkan banyak gas-gas oksigen dan menyerap gas karbon dioksida di permukaan
atmosfera. Selain itu, alatan yang ditunjukkan bagi penebangan sesebuah pokok untuk jadikan
kawasan tersebut lagi indah sangatlah canggih dan jarang untuk dijumpai di sini. Harganya
juga sangat mahal dan tidak mampu dimiliki oleh orang-orang yang biasa.

Setelah habisnya penerangan webinar, saya boleh simpulkan bahawa teknologi ini
sangat penting bagi melestarikan tumbuhan hijau. Tumbuhan hijau bukan sahaja patut di jaga
di kawasan-kawasan hutan, malahan kawasan bandar juga memerlukan tumbuhan hijau kerana
kepentingannya yang tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai