Anda di halaman 1dari 2

Soalan Lazim (FAQ) RFID

Apakah Pelekat RFID dan bagaimana ia berfungsi?

Pelekat RFID mempunyai cip frekuensi radio terbenam dan dilekatkan sama ada pada cermin
depan atau lampu depan kenderaan. Satu (1) Tag hanya boleh didaftarkan dan dipasang pada
satu kenderaan.

MEMASANG PELEKAT RFID

Di manakah Pelekat RFID harus dipasang?

 Pelekat RFID hendaklah dipasang pada permukaan cermin depan atau lampu depan
kenderaan anda. Jika cermin depan anda diwarnakan, kami MENGESYORKAN anda
meletakkan Pelekat RFID pada lampu depan untuk memastikan perjalanan yang
lancar.

Berapa banyak Pelekat RFID boleh digunakan pada satu kenderaan?

 Hanya SATU Pelekat RFID boleh dipasang dan didaftarkan pada satu kenderaan.

Bagaimanakah saya boleh memasang Tag RFID?

 Anda boleh mengikuti arahan di bawah untuk memasang Pelekat RFID pada
kenderaan anda:

1. Bersihkan permukaan cermin depan atau lampu depan.


2. Tanggalkan Pelekat RFID.
3. Pasang Pelekat RFID di bahagian luar cermin depan kiri atas atau lampu
depan kiri.

*Tidak boleh dipasang pada lampu depan atau cermin depan yang berwarna (tinted) atau
hampir dengan kandungan logam (mesti menjauhi sekurang-kurangnya 5cm).

Bagaimana jika cermin depan saya berwarna?

 Terdapat 2 keperluan yang perlu dipatuhi untuk mengekalkan prestasi optimumnya


dan integriti kalis kerosakan/kecurian:

1. Pelekat RFID tidak boleh diletakkan pada cermin depan atau lampu depan
berwarna. Ia mesti dipasang terus pada kaca/permukaan.
2. Kandungan logam pada kawasan berwana perlu diuji kerana kandungan logam
yang tinggi akan menjejaskan kebolehbacaan Pelekat RFID.

Bolehkah saya mewarnakan cermin depan saya selepas cermin depan kenderaan saya
telah dipasang dengan Pelekat RFID?

 Tidak. Kami tidak mengesyorkan untuk berbuat demikian untuk mengelakkan


sebarang gangguan pada pengesanan Pelekat RFID disebabkan oleh kandungan logam
filem warna. Gangguan itu boleh menyebabkan gangguan kepada penggunaan Pelekat
RFID anda di lorong masuk/keluar dan pintu penghalang mungkin tidak terbuka.

Jika saya menggunakan Pelekat RFID yang dipasang pada lampu depan saya, adakah
ia boleh ditanggalkan dengan mudah/selamat dan dipindahkan ke kereta lain?

 Pelekat RFID tidak boleh dikupas atau ditanggalkan dengan mudah/selamat dari
lampu depan kerana tag akan pecah/rosak jika ia terkelupas.

Bolehkah Pelekat RFID pada lampu depan rosak akibat keadaan cuaca?

 Tidak. Pelekat RFID diperbuat daripada bahan tahan lasak yang boleh menahan
pelbagai keadaan cuaca.

Apakah langkah berjaga-jaga atau selepas penjagaan yang perlu saya ambil untuk
memastikan Pelekat RFID saya kekal bebas kerosakan?

 Sila pastikan perkara berikut:

1. Elakkan membasuh cermin depan atau lampu depan dengan Pelekat RFID
dalam tempoh 24 jam pertama pemasangan.
2. Jangan cuba mengalih keluar tag kerana ia akan pecah dan tidak boleh
digunakan lagi.
3. Elakkan menggunakan larutan kimia semasa membersihkan bahagian cermin
depan atau lampu depan dengan Pelekat RFID.
4. Apabila menghantar kenderaan anda untuk mencuci kereta, ingatkan
pengendali cuci kereta supaya lebih berhati-hati dengan Pelekat RFID.

Anda mungkin juga menyukai