Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN LAMBAIAN AIDILFITRI

PERINGKAT SEKOLAH 2022

UCAPAN CATATAN

Yang Berusaha,
Puan Norlela binti Daud
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan.

Yang Dihormati,
Cikgu Ismail bin Mohd Sudari
Penolong Kanan Pentadbiran

Cikgu Yuzani binti Khalid


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cikgu Sarah Tan binti Abdullah


Penolong Kanan Ko-kurikulum

Assalamualaikum WBT...

Lembut bicara mengucapkan salam


Tangan dihulur penuh kemesraan
Majlis bermula bersulamkan kalam
Ahlan wa sahlan saya ucapkan

Alhamdulilah,

Setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana


dengan izin dan limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama
berhimpun di Dewan Terbuka SK Mersing Kanan pada pagi yang
barakah ini bagi menjayakan ‘ Majlis Khatam Al-Quran dan
Lambaian Aidilfitri Peringkat Sekolah Tahun 2022’.

Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh


keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati Allah jua.
InsyaAllah..

Hadirin Yang Dirahmati Allah sekalian,


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dipersilakan

Mohammad Aqil Amsyar bin Mohammad Ridzuan dari Tahun 5


Bestari untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan....

- DOA -

* Amin, amin ya Rabbal `alamin..


Terima kasih diucapkan kepada
Mohammad Aqil Amsyar bin Mohammad Ridzuan

Di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin Yang Dirahmati Allah sekalian,

Membaca dan mempelajari Al-Quran dibulan yang mulia ini


sangatlah besar ganjarannya. Warga SKMK juga tidak ketinggalan
membaca Al-Quran bagi mendapat manfaat bersama.

Dipagi yang permai ini, marilah kita sama-sama menyaksikan majlis


khatam Al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Abdul Salam bin Adam
bersama 19 orang wakil pelajar. Dipersilakan...

- MAJLIS KHATAM AL-QURAN -

* Terima kasih di atas alunan ayat-ayat Al-Quran itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Ustaz Abdul Salam bin


Adam, pengerusi MAKDIS untuk menyampaikan ucapannya.

Dengan sukacitanya dipersilakan.

- UCAPAN-

* Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Salam bin Adam diatas


ucapan itu tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis khatam Al-Quran pada hari ini diserikan lagi dengan ucapan
Yang berusaha, Cikgu Norlela binti Daud,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-UCAPAN-

* Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar, di atas ucapan


dan ingatan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Sepanjang bulan Ramadan ini, pelbagai pengisian dan aktiviti telah


dijalankan. Antara aktiviti itu termasuklah pertandingan Tilawah,
Hafazan dan bercerita.

Bagi menyerikan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-
sama mendengar alunan bacaan ayat suci Al-Quran dari Johan
pertandingan Tilawah SK Mersing Kanan iaitu ;

Adik Aqilatun Sakinah binti Abdul Hafiz dari Tahun 6 Bestari

Majlis mempersilakan.

- ALUNAN AL-QURAN -

* Tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada adik Aqilatun Sakinah


binti Abdul Hafiz.

Persembahan yang terakhir adalah persembahan dari johan


pertandingan bercerita. Dipersilakan adik Nuralia Syafika binti
Maslan dari Tahun 4 Bestari untuk menyampaikan cerita yang
bertajuk Wahyu Pertama Rasulullah s.a.w.

Marilah kita sama-sama mendengarnya dan ambil pengajaran dari


cerita ini.

- BERCERITA -

* Tahniah dan terima kasih adik Nuralia Syafika.

Hadiran yang dirahmati Allah,

Tanpa membuang masa, marilah pula kita melihat persembahan


montaj aktiviti sepanjang Ramadan Sekolah Kebangsaan Mersing
Kanan.

Bersama-samalah kita saksikan persembahan montaj Ramadan ini.

Hadiran yang dirahmati Allah,

Kini tibalah kita ke acara penyampaian cenderahati kepada murid-


murid yang terlibat dengan khatam Al-Quran.

Majlis sekali lagi mempersilakan dengan segala hormatnya Puan


Guru Besar SK Mersing Kanan, Cikgu Norlela binti Daud,
diiringi oleh GPK Pentadbiran, Cikgu Ismail bin Mohd Sudari bagi
menyempurnakan majlis.
Dipersilakan murid-murid khatam Al-Quran seramai 19 orang, yang
berada di atas pentas untuk mengambil cenderahati terlebih
dahulu.

- AMBIL CENDERAHATI KHATAM -

Dipersilakan pula murid-murid khatam Al-Quran yang berada di


bawah pentas untuk mengambil cenderahati...

- AMBIL CENDERAHATI KHATAM -

* Tahniah kepada murid yang terlibat khatam dengan jayanya.

Seterusnya,

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan aktiviti


sepanjang bulan Ramadan.

PEMENANG KATEGORI HAFAZAN

TAHUN 4
Tempat Pertama : Aqilatun Samiah binti Abd Hafiz ( 4 Bestari)
Tempat kedua : Muhammad Nasri Zahran bin Ahmad (4 Bestari)
Tempat ketiga : Nuralia Syafiqa binti Maslan (4 Bestari)

TAHUN 5
Tempat Pertama : Muhammad Danis Ikmal ( 5 Cerdik)
Tempat kedua : Muhammad Qaliff Darwis b Hamidi ( 5 Bestari )
Tempat ketiga : Mohd Saiful Syamil ( 5 Cerdik )

TAHUN 6
Tempat Pertama : Aqilatun Sakinah binti Abd Hafiz ( 6 Bestari)
Tempat kedua : Muhammad Afiq Farhan b Noorhissam ( 6C )
Tempat ketiga : Nur Dini binti Mohd Sanusi (6 Bestari)

SAGUHATI
Ahmad Hazimuddin bin Baseri ( 4 Bestari )
Ahmad Syafiq Naqib ( 5 Bestari )
Md. Rafiezul Ashraff ( 5 Bestari )
Muhammad Abqari bin Shafie ( 6 Bestari )
Muhammad Hanif Rayyan ( 6 Bestari )

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

PEMENANG KATEGORI BERCERITA

TAHUN 4
Tempat Pertama : Nuralia Syafika binti Maslan ( 4 Bestari)
Tempat kedua : Nuh bin Mahathir (4 Bestari)
Tempat ketiga : Nur Aulia Amanda binti Mohd Asyraf (4 Bestari)

TAHUN 5
Tempat Pertama : Muhd Aiman Hazim b. Mohd Saufi ( 5 Bestari )
Tempat kedua : Ahmad Syafiq Naqib bin Shamo’nn ( 5 Bestari )
Tempat ketiga : Mohd Aqil Amsyar b. Md Ridzuan ( 5 Bestari )

TAHUN 6
Tempat Pertama : Aleya Adriana binti Abd Rahman ( 6 Bestari)
Tempat kedua : Nur Alma Atikah binti Helmi ( 6 Cerdik )
Tempat ketiga : Nur Nazihah Najwa binti Md Hamzy (6 Bestari)

SAGUHATI
Puteri Nur’Ain Kamila binti Megat Hasni ( 4 Cerdik )
Najwa Shakila binti Zainal ( 5 Cerdik )
Azizah Zafra binti Azly ( 5 Bestari )
Muhammad Irfan bin Abdullah ( 6 Cerdik )
Muhammad Haikal bin Rosdi ( 6 Bestari )

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Hadiran yang dirahmati Allah,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan duit raya RUJUK SENARAI NAMA ANAK
untuk anak-anak yatim serta murid kurang berkemampuan. YATIM
Dipersilakan....
RUJUK SENARAI NAMA ANAK YATIM

- SUMBANGAN DUIT RAYA-

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Guru Besar


Cikgu Norlela binti Daud, kerana sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah dan sumbangan duit raya itu tadi.

Syukran Jazilan.

Alhamdulilah.
Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi maka,
Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2022 menutup
tirai.

Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan majlis ini.
Berbaju merah sambil merenjis
Hidangan siakap terhidang di meja
Tibalah sudah akhir majlis
Salah dan silap maaf dipinta

Akhir kalam,
Marilah sama-sama kita akhiri majlis pada hari ini dengan membaca
tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr

WABILAHITAUFIO WAL HIDAYAH


WASALAMUALAIKUM WRT

Salam Akhir Ramadhan dan Salam Lebaran

* Murid-murid diminta naik semula ke kelas masing-masing untuk


mengambil sumbangan duit raya dari guru kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai