Anda di halaman 1dari 20

Pengertian alomorf <me->, <mem->, dan <men->.

Sebelum meneliti hal-hal yang berkaitan secara langsung dengan pengajaran


imbuhan bahasa Melayu, kita mestilah terlebih dahulu mengetahui perkara-perkara
yang berkaitan dengan imbuhan itu sendiri. Setelah mengetahui apa itu ‘imbuhan’,
tarafnya dalam tatabahasa dan tingkahlakunya dalam hubungannya dengan bentuk
perkataan, barulah difikirkan cara-cara mengajarnya di bilik darjah.

Dalam ilmu bahasa (linguistik), istilah morfem terikat digunakan untuk maksud
‘imbuhan’ dalam tatabahasa. Berdasarkan maksud morfem terikat itu, maka
‘imbuhan’ merupakan satuan (unit) tatabahasa yang terkecil yang mempunyai
makna. Cara untuk menguji kandungan makna yang ada pada imbuhan itu bukanlah
dapat dilihat daripada segi yang terhurai dalam sesebuah kamus. ini kerana
imbuhan merupakan satu satuan yang terkecil yang tidak boleh berdiri dengan
bebas sebagai perkataan. Oleh sebab itu, makna bagi imbuhan tidak dapat dilihat
dalam kamus tetapi haruslah dilihat berdasarkan penggunaannya pada perkataan
tertentu yang hadir dalam ayat. Walaupun tidak dapat dilihat maknanya dalam
bentuk huraian sebagai makna leksis (makna seperti yang terhurai dalam kamus),
makna imbuhan lebih bersifat kenahuan. Maksudnya, makna imbuhan hanya dapat
diketahui apabila ia terpakai melalui perkataan terbitannya dalam ayat.

Makna imbuhan bermaksud makna tatabahasa yang dibawakan oleh imbuhan-


imbuhan tertentu melalui perkataan-perkataan terbitannya dalam ayat-ayat. Dengan
makna tatabahasa imbuhan-imbuhan dimaksudkan makna yang berbeza dalam
kesatuan tatabahasa dengan makna yang termaksud pada kesatuan tatabahasa
yang lain dalam ayat. Secara ringkasnya, makna imbuhan ialah makna yang
terbawa oleh imbuhan yang sama pada bentuk perkataan yang lain dalam ayat.
Imbuhan juga lebih dikenali sebagai suatu bentuk morfem.

Pengwujudan morfem disebut  alomorf atau varian morfem. Dalam erti kata yang


lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar.
Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada
morfem yang tidak mempunyai alomorf; misalnya, morfem awalan  di-mempunyai
satu alomorf, sedangkan me- mempunyai enam alomorf seperti me-, mem-, men-,
meng-, meny-, dan menge-.

Pada dasarnya, alomorf terbahagi kepada dua jenis iaitu alomorf lingkungan dan
alomorf bebas. Alomorf lingkungan adalah alomorf yang didasarkan pada
lingkungan-lingkungan tertentu, yakni lingkungan fonologi, lingkungan nahu atau
lingkungan leksikal. Sifat alomorf lingkungan ialah saling mennyisihkan, yakni
sesuatu alomorf lingkungan tidak dapat menggantikan yang lain.

Alomorf <me->, <mem->, <men-> termasuk dalam kumpulan alomorf lingkungan


fonologi. Alomorf jenis ini merupakan alomorf yang wujudnya ditentukan oleh ciri
bunyi atau ciri-ciri fonologi yang ada di sekitarnya. Misalnya: memutih, membaca,
menjawab dan sebagainya.
Secara amnya, di dalam Pendekatan Struktural, makna bagi imbuhan tidak
dapat dilihat dalam kamus tetapi haruslah dilihat berdasarkan penggunaannya
pada perkataan tertentu yang hadir dalam ayat.

<me->,<mem->, dan <men-> dalam Pendekatan Struktural

Ciri-ciri yang tersebut diatas dipengaruhi oleh bunyi atau fonem pertama pada kata
dasar. Alomorf <me->menggugurkan fonem sebelum  l, r, m, ng, ny, w. Berbeza
pula dengan alomorf <mem-> kerana ia hadir sebelum  p, b, f, dan v. Namun
begitu p akan mengalami pengguguran dalam proses penambahan ini tetapi tidak
bagi konsonan yang lain. Alomorf  men- pula hadir sebelum konsonan  t, d, c,
s namun hanya menggugurkan kata yang bermula dengan fonem  s dan t tetapi
tidak kepada d, dan c.  Contoh yang mudah ialah perkataan  tulis dan dalam. Apabila
ia mengalami proses penambahan imbuhan akan bertukar
menjadi menulis dan mendalam.

alamorf Hadir sebelum pengguguran Akan tetapi


terdapat juga
<me-> L, R, M, N, NG, NY - kes-kes khas
iaitu alomorf
<mem-> P, B, F, V P
yang
<men-> T, D, C, S T, S ditentukan oleh
ciri-ciri nahu.
Misalnya men- 
dalammenterta
wakan, disini
didapati t pada
tertawakan
tidak
digugurkan sedangkan t pada perkataan menulisdigugurkan kerana ter- adalah
awalan, dan pengekalan  t akan mempertahankan kedudukan  ter- sebagai awalan.
Demikian juga halnya  p dalam memperkatakan di mana per- adalah awalan.

Pendekatan Struktural ini memberi keutamaan kepada bentuk penggunaan bukan


pemakaian ayat tersebut. Contohnya:

(K.K.Khas) (Kata Sendi Nama) (K.K. Aktif Transitif) (K.N. Am)

Ali sedang memotong rumput
Ini bermakna Pendekatan Struktural ini melihat kepada konstituen atau hubungan
di dalam sesuatu ayat. Menurut Leonard Bloomfield(1973), pendekatan ini lebih
dikenali sebagai urutan taksonomi iaitu satu sistem yang berturutan, menekankan
bentuk semantik dan menekankan penggunaan bentuk dari segi kejadian atau
binaan. Setiap morfem mewujudkan bentuk yang berbeza. Sebagai contoh:

Saya / pergi ke sekolah

Predikat

Subjek

Kata Ganti Diri Kata Kata


Pertama Kerja Nam
a

Dan melihat kepada konstituen atau hubungan di dalam sesuatu ayat. Contohnya:

Ali membawa alat muzik tradisional

Berdasarkan rajah pohon di atas, Bloomfield melihat struktural dari segi distribusi
dalam penggunaan sintaksis dan melihat kepada bagaimana ayat itu dibentuk dan
dibina. Seaussure pula menyatakan jika ingin mengajarkan pendekatan struktural
ini harus lihat kepada persamaan atau perbezaan fungsi struktur tatabahasa dari
segi gramatikal dan bukannya makna leksis atauun makna kamus. Contohnya:

1. budak melihat kucing. (betul)

2. kucing melihat budak. (salah)


jika melihat kepada makna leksis atau makna kamus kedua-dua ayat adalah betul,
namun begitu dalam Pendekatan Struktural ayat kedua dikatakan salah disebabkan
dari segi logikal.

Kesimpulan awal yang dapat dibuat disini ialah apa yang kita dapat lihat daripada
keterangan diatas ialah alomorf  me-, mem-, men- merupakan suatu gugusan
awalan me- yang dipecahkan kepada beberapa alomorf iaitu me-, mem-, men-,
meng-, meny-, dan menge-. Awalan me- ini pula merupakan imbuhan yang
termasuk dalam suatu golongan kata iaitu kata kerja.

Pendekatan struktural dalam pengajaran nahu bahasa melayu.

Pengajaran aspek tertentu nahu seperti imbuhan, perkataan atau  frasa perlu
menggunakan bentuk dan maknanya sekali dalam ayat. Dalam para guru
mengaplikasikan pendekatan struktural, mereka harus sedar bahawa bahasa
mempunyai makna leksisnya yang tersendiri dibawa oleh perkataan, manakala
makna tatabahasa (makna struktural) pula dibawa oleh sistemnya. Oleh itu, para
guru yang peka harus menerapkan makna linguistik secara keseluruhannya dalam
pengajaran tatabahasa yang mengandungi kedua-dua unsur atau elemen iaitu
makna leksis pada tiap-tiap perkataan  dan makna struktural.

Makna sesuatu unsur tatabahasa perlu ditunjukkan melalui pembinaan  ayat, kerana
ia adalah asas atau tunjang bagi murid-murid memahami pembelajaran tatabahasa
dengan berkesan. Ayat pula menjadi asas untuk penggunaan semua unsur
tatabahasa yang lebih kecil daripadanya. Berdasarkan pendekatan ini, guru harus
memperkenalkan pengertian “ penerbitan” bagi sesuatu ayat.

Guru juga harus mempunyai pengetahuan untuk menggunakan rajah pohon (seperti
yang di tunjukkan sebelum ini) dalam membina sesuatu ayat berasaskan imbuhan
me-, mem-, dan men-. Ini adalah kerana hala tuju pengajaran tatabahasa dengan
pendekatan struktural akan lebih jelas ditunjukkan kepada pelajar semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dilakukan pelajar secara tidak langsung akan dapat
membezakan atau memecahkan struktur ayat kepada subjek dan predikat. Mereka
juga mampu untuk menentukan golongan kata yang pada setiap perkataan dalam
sesuatu ayat. Ini akan menyumbang kepada tahap pemahaman yang lebih
mendalam kepada para pelajar dalam mempelajari rumus tatabahasa.

Kaedah Pengajaran

Dalam menjalankan pengajaran di bilik darjah terdapat tiga kaedah pengajaran


yang biasanya dijalankan oleh para guru iaitu kaedah deduktif, kaedah induktif, dan
kaedah eklektik. Kaedah deduktif dan induktif ini tidak mempunyai banyak
perbezaan. Sebagai jalan keluar, satu kaedah lain telah disarankan dengan
menggabungkan unsur-unsur penting daripada kedua-dua kaedah iaitu kaedah
deduktif dan kaedah induktif bagi menghasilkan suatu streategi kaedah pengajaran
yang berkesan yangdikenali sebagai Kaedah Eklektik.
Kaedah ini mencantumkan kedua-dua unsur yang baik dalam pendekatan deduktif
dan induktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Guru bahasa boleh
memulakan pengajarannya dengan memberi contoh-contoh berkenaan sesuatu
unsur dan meminta contoh-contoh mengenai perkara yang sama daripada pelajar-
pelajar. Selepas itu guru membimbing pelajar-pelajar untuk membuat pernyataan
mengenai rumusan tatabahasa yang terlibat. Selepas itu, guru juga boleh meminta
pelajar memulakan pengajarannya dengan memberi rumusan tatabahasa yang
berkenaan. Kemudian pelajar diminta memberi penjelasan mengenai rumusan
tersebut dengan contoh-contoh yang sesuai.

Antara kelebihan pendekatan eklektik ialah:

i. Guru tidak terikat kepada satu kaedah pengajaran sahaja.

ii. Guru bebas menggunakan daya kreativitinya sendiri dalam mengajar.

iii. Latihan kefahaman misalnya, dapat dijalankan dengan diikuti oleh latihan


bertutur , membaca dan menulis.

iv. Pelajar berpeluang berfikir terus di dalam bahasa yang dipelajari dan


menggunakannya secara aktif. Kemahiran pasif (mengenai rumusan tatabahasa)
dan aktif (penggunaan bahasa) dapat dijalankan serentak didalam satu pelajaran.

Untuk menjadikan kaedah yang digunakan berkesan guru perlu memilih dan
menggunakan teknik-teknik yang bersesuaian agar isi pelajaran yang disampaikan
difahami oleh murid tanpa halangan. Setiap kaedah yang dibincangkan memerlukan
guru melaksanakan langkah-langkah yang tertentu bagi menyampaikan
pengajarannya. Ciri-ciri khusus yang ada pada sesuatu prosedur pengajaran
seperti langkah-langkah pengajaran yang dilaksanakan, cara penyampaian bahan
dan bahan bantu mengajar digelar teknik pengajaran.

Walau pun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang
tertentu tetapi dalam sesuatu pengajaran bahasa, guru sering menggabungkan
beberapa teknik pengajaran bagi menghasilkan satu strategi pengajaran bahasa
yang berkesan. Antara teknik-teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran tatabahasa ialah teknik simulasi, sumbangsaran, soal jawab, latih tubi,
kuiz dan teknik permainan bahasa.

Maka dalam tugasan ini saya telah memilih kaedah eklektik dalam proses
pengajaran imbuhan me-, mem-, dan men-, di bilik darjah.

Langkah-Langkah Pengajaran

Langkah 1:

Guru menerangkan fungsi imbuhan me-, mem-,  dan men- melalui perkataan-
perkataan yang terdiri daripada kata dasar yang mengandungi kata kerja
sebagaimana yang telah dihuraikan pada bahagian yang terdahulu. Namun begitu,
dalam sesi pengajaran guru mestilah menggunakan senarai ayat-ayat yang diberi
atau ditulis di papan hitam sebagai asas titik-tolak. Ini kerana, senarai tersebut
amat penting dijadikan  bahan panduan yang penting semasa guru mengajar.

Selepas selesai guru menerangkan fungsi imbuhan me-, mem-, dan men- melalui
perkataan-perkataan terbitanya dalam ayat-ayat yang telah disenaraikan itu, para
pelajar seharusnya boleh mengetahui dan memahami fungsi imbuhan me-, mem-,
dan men- dalam menerbitkan kata yang baru setelah mengalami proses
pengimbuhan pada golongan kata dasar iaitu kata kerja.

Disinilah kaedah eklektik diaplikasikan sepenuhnya. Guru boleh memilih untuk


menggunakan atau memberi contoh-contoh yang bersesuaian kepada pelajar
terlebih dahulu agar mudah bagi para pelajar nampak dengan jelas hala tuju
pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, guru boleh menerangkan tentang rumus
tatabahasa berpandukan pendekatan struktural untuk mengelakkan berlakunya
kesilapan semasa mengajarkan imbuhan me-, mem-,  dan men-.

Teori pendekatan struktural hanya  perlu diketahui oleh guru sahaja dan tidak perlu
diajar kepada para pelajar secara mendalam. Guru hanya boleh memberi
penerangan sahaja melalui contoh-contoh yang mudah serta bertepatan dengan
pengajaran berasaskan pendekatan struktural.

Langkah 2:

Sebaik sahaja guru selesai menerangkan fungsi perkataan-perkataan terbitannya


dalam tiap-tiap satu ayat yang diberi itu, guru sebaik-baiknya menerangkan pula
makna tatabahasa yang dibawa oleh imbuhan me-, mem-,  dan men- terhadap kata
kerja dasar yang diimbuhkan dengannya itu. Contohnya dapat kita perhatikan
dengan teliti di bawah:

IMBUHAN KATA KATA MAKNA CONTOH AYAT


KERJA TERBITAN
(KATA
DASAR)

Me- putih memutih Menjadi Rambutnya


putih sudahmemutih.

Mem- panjang memanjang Menjadi Perbualannya


panjang makin memanjang

Men- kecut mengecut Menjadi Belon


kecut makinmengecut sedikit
demi sedikit
Jadual: kehadiran imbuhan kepada kata dasar.

Langkah 3:

Bagi menguji kefahaman sama ada para pelajar telah memahami penggunaan
perkataan-perkataan terbitan imbuhan me-, mem-, men-, dengan makna yang
dibawa oleh perkataan-perkataan itu, maka latihan-latihan tertentu haruslah diberi
sejurus selesainya proses pengajaran imbuhan tersebut dilakukan. Guru haruslah
bijak menentukan waktu yang sesuai dalam memberikan latihan kepada para
pelajar sama ada diberi pada akhir pembelajaran ataupun dalam pelajaran
berikutnya. Oleh itu, sebagai seorang guru pengurusan masa adalah sangat
penting dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.  Terdapat pelbagai
teknik yang guru-guru boleh gunakan semasa pengajaran imbuhanmeng-, menge-,
dan meny- berdasarkan pendekatan struktural. Antaranya:

a) Teknik Simulasi

Guru boleh menggunakan teknik simulasi dengan menggunakan pendekatan


struktural untuk mengajarkan imbuhan me-, mem-, men- kepada murid-murid.
Teknik ini diklasifikasikan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar. Pada kebiasaannya, teknik ini memerlukan murid-murid
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan yang diberikan.

Dalam konteks ini, guru akan membahagikan murid-murid pada beberapa kumpulan
kecil. Seterusnya, guru akan memberikan satu petikan pendek. Kemudian guru
akan memastikan murid-murid mengenal pasti dan mencari perkataan yang
menggunakan imbuhan me-, mem-, men-. Guru akan meminta murid-murid
membina ayat berdasarkan perkataan tersebut selepas murid-murid dapat
mengenal pasti perkataan-perkataan tersebut. Melalui teknik ini, murid-murid dapat
berbincang dan membina ayat mengikut perkataan yang telah dikenal pasti tadi.
Setelah itu, guru akan mengarahkan wakil dari setiap kumpulan untuk
membentangkan hasil perbincangan mereka.  Dalam situasi ini, guru dapat
menggabungjalinkan teknik perbincangan dalam teknik simulasi. Oleh hal yang
demikian, guru dapat mengetahui kelemahan murid-murid dalam menggunakan
imbuhan me-, mem-, men-  semasa proses pembinaan ayat. Menerusi teknik ini,
pelbagai kemahiran dapat diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terutamanya kemahiran lisan, membaca dan menulis serta kemahiran berfikir.

b) Teknik Sumbangsaran

Teknik lain yang boleh digunakan dalam pengajaran tatabahasa ini ialah teknik
sumbangsaran. Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran yang
merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan antara guru dengan murid-
murid dalam menyumbangkan pendapat mahupun idea. Melalui teknik ini, guru
boleh menggunakan kad yang tertulis imbuhan me-, mem-, men-  dan kata kerja
seperti kata ‘tulis’ misalnya dalam salah satu kad yang dibuat oleh guru. Kemudian
guru meminta murid-murid untuk membina ayat berdasarkan perkataan yang
tertulis pada kad tersebut  di papan hitam. Dalam situasi ini, guru dapat mengenal
pasti kesilapan murid-murid dalam menggunakan imbuhan me-, mem-, men-ketika
membina ayat.

Teknik sumbangsaran mengandungi beberapa tujuan iaitu topik perbincangan


haruslah bersesuaian dengan kebolehan dan minat murid-murid. Guru juga perlu
menggunakan garis panduan yang ringkas dan jelas. Semua idea dan cadangan
yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap
murid diberi peluang untuk mengemukakan cadangan dan menyumbang seberapa
banyak idea dalam membina ayat-ayat yang menggunakan imbuhan me-, mem-,
men-. Namun begitu, guru harus memastikan peruntukan masa untuk sesi
sumbangsaran adalah berpatutan dan mencukupi. Cadangan dan idea yang
diberikan tidak boleh dikritik tetapi guru boleh membetulkan kesilapan murid-murid
dalam pembinaan ayat yang menggunakan imbuhan me-, mem-, men- .

c) Teknik Soal Jawab

Malahan, teknik soal jawab juga boleh digunakan dalam proses pengajaran
tatabahasa. Teknik ini merupakan teknik paling lama dan paling popular
digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukanlah mudah untuk
dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru
dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid-murid
dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya.

Sebelum itu, guru perlu menerangkan tentang isi pelajaran terlebih dahulu sebelum
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran. Sebagai
contohnya, guru perlu menerangkan isi pelajaran seperti penggunaan imbuhan me-,
mem-, men- dengan kata dasar sebagai kata kerja  dengan lebih terperinci supaya
murid-murid dapat memahami segala yang diterangkan oleh guru. Setelah itu,
barulah guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran
tersebut kepada murid-murid. Setelah itu, guru dapat mengetahui sama ada proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut berkesan atau tidak dalam situasi bilik
darjah itu. Tambahan pula, guru dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada
masa akan datang.

Tujuan teknik tersebut adalah untuk mengesan pengetahuan berbahasa dalam


kalangan murid-murid, menggalakkan murid-murid  berfikir secara kreatif, inovatif,
logik dan kreatif serta untuk mendorong murid-murid menyusun dan menghuraikan
bahan-bahan yang diajar oleh guru. Lantaran itu, guru haruslah menyediakan
soalan yang terancang dan bermutu sesuai dengan tahap kognitif para pelajar agar
dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih berkesan.
d) Teknik Latih Tubi

Malahan, teknik latih tubi juga boleh diguna pakai dalam pengajaran tatabahasa.
Teknik ini sering digunakan dalam kaedah yang berasaskan pendekatan induktif
iaitu kaedah terus, elektrik, fonetik dan audio-lingual. Latih tubi merupakan proses
latihan struktur bahasa yang bertujuan untuk membentuk kelaziman yang betul bagi
menggunakan struktur-struktur bahasa yang dianggap menjadi masalah kepada
murid-murid. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mencapai suatu kemahiran
seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta
penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat
dan memikirkan maksud-maksud perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
menggunakan perkataan tersebut.

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada lima aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu pertama ialah sebutan. Guru meminta murid-murid
menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi
yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Aspek yang kedua ialah tatabahasa.
Penggunaan bahasa yang tepat sangat dititikberatkan mengikut hukum-hukum
bahasa daripada semua aspek. Aspek yang ketiga ialah perbendaharaan kata.
Guru berhara murid-murid dapat memperluas perbendaharaan kata dengan
menggunakan imbuhan me-, mem-, men-  yang sesuai mengikut konteks dalam
situasi tertentu. Keempat ialah kefasihan. Guru dikehendaki meminta murid-murid
menggunakan perkataan dengan cara spontan tanpa memikirkan maksud perkataan
tersebut. Aspek yang kelima ialah kefahaman. Guru akan memberikan  murid-murid
latihan supaya mereka dapat memahami soalan dan memberikan jawapan yang
wajar. Latihan yang diberikan oleh guru merangkumi prospek penggunaan imbuhan
dalam me-, mem-, men- dalam  ayat.

e) Teknik Kloz

Guru boleh menggunakan teknik kloz iaitu salah satu latihan yang berbentuk
mengisi tempat kosong. Teknik ini sekurang-kurangnya mampu meningkatkan
kemahiran berfikir murid-murid dalam mengisi tempat kosong dengan menggunakan
perkatan yang berimbuhan me-, mem-, dan men-. Ia juga merupakan suatu cara
yang mudah untuk dipraktikan oleh pelajar tidak kira sama ada dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran ataupun di rumah sebagai suatu pengukuhan untuk
meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar.

f) Teknik Kuiz

Seterusnya, guru juga boleh menggunakan teknik kuiz dalam pengajaran


tatabahasa. Mengikut catatan sejarah, teknik ini diperkenalkan pada tahun 1940, di
England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz ini bermula di
negara ini setelah dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Inggeris di
sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu ketika itu. Walau
bagaimanapun, teknik ini boleh diguna pakai atau diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran khususnya dalam pengajaran tatabahasa. Tujuan teknik ini ialah
supaya guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan kefahaman murid-
murid mengenai topik-topik tertentu.  Murid-murid juga boleh mengulangkaji sambil
bergembira tanpa rasa sebarang tekanan semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Secara tidak langsung, pelajar dapat melupakan
permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
Lantaran itu, murid-murid dapat belajar teknik berfikir yang baru dan boleh
diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.

Teknik ini juga dapat membantu murid-murid memahami sistem bahasa Melayu
terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat
dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu ia
dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup.
Hal ini bermakna, kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan,
pemulihan dan pengukuhan. Teknik ini juga merangkumi aktiviti pertandingan yang
dilakukan dalam bilik darjah. Misalnya, guru menggunakan pendekatan
pertandingan seperti peraduan teka silang kata. Guru perlu bijak menyesuaikan
teknik tersebut selaras dengan objektif pengajaran tatabahasa terutamanya dalam
pengajaran imbuhan me-, mem-, men-  . Setiap klu yang diberikan mesti
menggambarkan jawapan yang merangkumi perkataan berimbuhan sama ada me-,
mem-, men- . Justeru, guru perlu membahagikan murid-murid kepada dua atau tiga
kumpulan besar untuk melaksanakan teknik tersebut agar mencapai objektif
pengajaran.

g) Teknik Permainan Bahasa

Di samping itu, teknik permainan bahasa juga boleh diaplikasikan dalam


pengajaran tatabahasa. Teknik ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif
kerana aktiviti ini dianggap amat penting dalam membentuk kecekapan berinteraksi
ataupun kecekapan berkomunikasi seseorang murid. Menerusi teknik ini, murid-
murid dapat mempelajari bahasa selari dengan proses pembelajaran bahasa
secara semulajadi. Walau bagaimanapun, untuk memastikan kejayaan teknik ini
murid-murid perlu kreatif dalam penggunaan bahasa kerana mereka perlu
menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan apabila bercakap atau menulis
supaya maksud yang hendak disampaikan boleh difahami. Penglibatan dalam
permainan tersebut akan memberi peluang kepada murid-murid untuk memperoleh
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran


berbahasa murid-murid. Antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Kemahiran tersebut dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan
kecekapan bahasa serta mengembangkan kebolehan mereka menerusi kemahiran
tersebut. Hala tuju pengajaran ini dapat diinterpretasikan dengan jelas melalui
objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu dapat merangsang interaksi
verbal, menambah kefasihan dan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid.
Malahan, guru dapat menyediakan konteks pembelajaran dalam situasi yang
berbeza untuk menarik minat murid-murid terhadap sesuatu topik yang ingin
diajarkan. Teknik ini juga bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
dan sebagai alat pemulihan, pengukuhan serta penggayaan dalam pengajaran
tatabahasa khususnya.

Antara contoh teknik permainan bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
tatabahasa ialah lakonan. Melalui konteks ini, guru perlu menyediakan beberapa
patah kata berimbuhan me-, mem-, atau men-  yang ditulis di atas kertas yang
berasingan. Kemudian, kertas tersebut digulungkan dan diisi dalam sebuah kotak.
Setelah itu, guru meminta seorang murid untuk mencabut undian lalu melakonkan
perbuatan yang tertulis dalam kertas tersebut tanpa mengungkapkan perkataan itu.
Sementara itu, murid-murid yang lain boleh meneka aksi yang dilakonkan oleh
murid tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung dapat melatih atau
menyesuaikan murid-murid dengan penggunaan imbuhan me-, mem-,  dan men-.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah apa yang kita dapat lihat daripada
keterangan diatas ialah alomorf  me-, mem-, men- merupakan suatu gugusan
awalan me- yang dipecahkan kepada beberapa alomorf iaitu me-, mem-, men-,
meng-, meny-, dan menge-. Awalan me- ini pula merupakan imbuhan yang
termasuk dalam suatu golongan kata iaitu kata kerja.

Jika dibuat perbedaan antara Pendekatan Struktural dengan Pendekatan yang lain,
Pendekatan Struktural lebih kepada analisis struktur fonologi, morfologi dan
sintaksis. Berbanding dengan Pendekatan Tradisional yang lebih kepada dasar
makna dan huraian yang lebih bersifat subjektif untuk menentukan hukum-hukum
tatabahasa.

Secara realitinya, teknik-teknik yang dikemukakan di atas secara tidak langsung


dapat menyediakan persekitaran baru dalam  sistem pendidikan di negara kita yang
lebih menarik dan efektif. Namun begitu, setiap teknik yang digunakan perlulah
seiring dengan objektif pengajaran agar ia mencapai objektif secara maksimum
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah Pengajaran Pendekatan struktural
 Dalam menjalankan pengajaran di bilik darjah terdapat tiga kaedah pengajaran yang biasanya
dijalankan oleh para guru iaitu kaedah deduktif, kaedah induktif, dan kaedah eklektik. Kaedah deduktif
dan induktif ini tidak mempunyai banyak perbezaan. Sebagai jalan keluar, satu kaedah lain telah
disarankan dengan menggabungkan unsur-unsur penting daripada kedua-dua kaedah iaitu kaedah
deduktif dan kaedah induktif bagi menghasilkan suatu streategi kaedah pengajaran yang berkesan yang
dikenali sebagai Kaedah Eklektik.
 
Kaedah ini mencantumkan kedua-dua unsur yang baik dalam pendekatan deduktif dan induktif
untuk menghasilkan satu strategi pengajaran. Guru bahasa boleh memulakan pengajarannya dengan
memberi contoh-contoh berkenaan sesuatu unsur dan meminta contoh-contoh mengenai perkara yang
sama daripada pelajar-pelajar. Selepas itu guru membimbing pelajar-pelajar untuk membuat pernyataan
mengenai rumusan tatabahasa yang terlibat. Selepas itu, guru juga boleh meminta pelajar memulakan
pengajarannya dengan memberi rumusan tatabahasa yang berkenaan. Kemudian pelajar diminta
memberi penjelasan mengenai rumusan tersebut dengan contoh-contoh yang sesuai.
Antara kelebihan pendekatan eklektik ialah:
 Guru tidak terikat kepada satu kaedah pengajaran sahaja.
 Guru bebas menggunakan daya kreativitinya sendiri dalam mengajar.
 Latihan kefahaman misalnya, dapat dijalankan dengan diikuti oleh latihan bertutur , membaca
dan menulis.
 Pelajar berpeluang berfikir terus di dalam bahasa yang dipelajari dan menggunakannya secara
aktif. Kemahiran pasif (mengenai rumusan tatabahasa) dan aktif (penggunaan bahasa) dapat
dijalankan serentak didalam satu pelajaran.

Untuk menjadikan kaedah yang digunakan berkesan guru perlu memilih dan menggunakan teknik-teknik
yang bersesuaian agar isi pelajaran yang disampaikan difahami oleh murid tanpa halangan. Setiap
kaedah yang dibincangkan memerlukan guru melaksanakan langkah-langkah yang tertentu bagi
menyampaikan pengajarannya. Ciri-ciri khusus yang ada pada sesuatu prosedur pengajaran seperti
langkah-langkah pengajaran yang dilaksanakan, cara penyampaian bahan dan bahan bantu mengajar
digelar teknik pengajaran.
Walau pun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu tetapi
dalam sesuatu pengajaran bahasa, guru sering menggabungkan beberapa teknik pengajaran bagi
menghasilkan satu strategi pengajaran bahasa yang berkesan. Antara teknik-teknik pengajaran yang
boleh diaplikasikan dalam pengajaran tatabahasa ialah teknik simulasi, sumbangsaran, soal jawab, latih
tubi, kuiz dan teknik permainan bahasa.
Maka dalam tugasan ini saya telah memilih kaedah eklektik dalam proses pengajaran imbuhan
me-, mem-, dan men-, di bilik darjah.
Langkah-Langkah Pengajaran
Langkah 1:
Guru menerangkan fungsi imbuhan me-, mem-, dan men- melalui perkataan-perkataan yang
terdiri daripada kata dasar yang mengandungi kata kerja sebagaimana yang telah dihuraikan pada
bahagian yang terdahulu. Namun begitu, dalam sesi pengajaran guru mestilah menggunakan senarai
ayat-ayat yang diberi atau ditulis di papan hitam sebagai asas titik-tolak. Ini kerana, senarai tersebut amat
penting dijadikan bahan panduan yang penting semasa guru mengajar.
Selepas selesai guru menerangkan fungsi imbuhan me-, mem-, dan men- melalui perkataan-perkataan
terbitanya dalam ayat-ayat yang telah disenaraikan itu, para pelajar seharusnya boleh mengetahui dan
memahami fungsi imbuhan me-, mem-, dan men- dalam menerbitkan kata yang baru setelah mengalami
proses pengimbuhan pada golongan kata dasar iaitu kata kerja.
Disinilah kaedah eklektik diaplikasikan sepenuhnya. Guru boleh memilih untuk menggunakan
atau memberi contoh-contoh yang bersesuaian kepada pelajar terlebih dahulu agar mudah bagi para
pelajar nampak dengan jelas hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, guru boleh
menerangkan tentang rumus tatabahasa berpandukan pendekatan struktural untuk mengelakkan
berlakunya kesilapan semasa mengajarkan imbuhan me-, mem-, dan men-.
Teori pendekatan struktural hanya perlu diketahui oleh guru sahaja dan tidak perlu diajar kepada
para pelajar secara mendalam. Guru hanya boleh memberi penerangan sahaja melalui contoh-contoh
yang mudah serta bertepatan dengan pengajaran berasaskan pendekatan struktural.
Langkah 2:
Sebaik sahaja guru selesai menerangkan fungsi perkataan-perkataan terbitannya dalam tiap-tiap
satu ayat yang diberi itu, guru sebaik-baiknya menerangkan pula makna tatabahasa yang dibawa oleh
imbuhan me-, mem-, dan men- terhadap kata kerja dasar yang diimbuhkan dengannya itu. Contohnya
dapat kita perhatikan dengan teliti di bawah:
IMBUHAN KATA KERJA KATA MAKNA CONTOH AYAT
(KATA TERBITAN
DASAR)

Me- putih memutih Menjadi putih Rambutnya


sudahmemutih.

Mem- panjang memanjang Menjadi Perbualannya


panjang makin memanjang

Men- kecut mengecut Menjadi kecut Belon


makinmengecut sedikit
demi sedikit

Jadual: kehadiran imbuhan kepada kata dasar.

Langkah 3:
Bagi menguji kefahaman sama ada para pelajar telah memahami penggunaan perkataan-
perkataan terbitan imbuhan me-, mem-, men-, dengan makna yang dibawa oleh perkataan-perkataan itu,
maka latihan-latihan tertentu haruslah diberi sejurus selesainya proses pengajaran imbuhan tersebut
dilakukan. Guru haruslah bijak menentukan waktu yang sesuai dalam memberikan latihan kepada para
pelajar sama ada diberi pada akhir pembelajaran ataupun dalam pelajaran berikutnya. Oleh itu, sebagai
seorang guru pengurusan masa adalah sangat penting dalam mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat pelbagai teknik yang guru-guru boleh gunakan semasa pengajaran imbuhan
meng-, menge-, dan meny- berdasarkan pendekatan struktural. Antaranya:
a) Teknik Simulasi
Guru boleh menggunakan teknik simulasi dengan menggunakan pendekatan struktural untuk
mengajarkan imbuhan me-, mem-, men- kepada murid-murid. Teknik ini diklasifikasikan sebagai satu
situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Pada kebiasaannya, teknik ini
memerlukan murid-murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi
membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan yang diberikan.
Dalam konteks ini, guru akan membahagikan murid-murid pada beberapa kumpulan kecil.
Seterusnya, guru akan memberikan satu petikan pendek. Kemudian guru akan memastikan murid-murid
mengenal pasti dan mencari perkataan yang menggunakan imbuhan me-, mem-, men-. Guru akan
meminta murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan tersebut selepas murid-murid dapat
mengenal pasti perkataan-perkataan tersebut. Melalui teknik ini, murid-murid dapat berbincang dan
membina ayat mengikut perkataan yang telah dikenal pasti tadi. Setelah itu, guru akan mengarahkan
wakil dari setiap kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan mereka. Dalam situasi ini, guru
dapat menggabungjalinkan teknik perbincangan dalam teknik simulasi. Oleh hal yang demikian, guru
dapat mengetahui kelemahan murid-murid dalam menggunakan imbuhan me-, mem-, men- semasa
proses pembinaan ayat. Menerusi teknik ini, pelbagai kemahiran dapat diserapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran terutamanya kemahiran lisan, membaca dan menulis serta kemahiran
berfikir.
b) Teknik Sumbangsaran
Teknik lain yang boleh digunakan dalam pengajaran tatabahasa ini ialah teknik sumbangsaran.
Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran yang merupakan satu sesi perbincangan yang
melibatkan antara guru dengan murid-murid dalam menyumbangkan pendapat mahupun idea. Melalui
teknik ini, guru boleh menggunakan kad yang tertulis imbuhan me-, mem-, men- dan kata kerja seperti
kata ‘tulis’ misalnya dalam salah satu kad yang dibuat oleh guru. Kemudian guru meminta murid-murid
untuk membina ayat berdasarkan perkataan yang tertulis pada kad tersebut di papan hitam. Dalam
situasi ini, guru dapat mengenal pasti kesilapan murid-murid dalam menggunakan imbuhan me-, mem-,
men- ketika membina ayat.
Teknik sumbangsaran mengandungi beberapa tujuan iaitu topik perbincangan haruslah
bersesuaian dengan kebolehan dan minat murid-murid. Guru juga perlu menggunakan garis panduan
yang ringkas dan jelas. Semua idea dan cadangan yang dikemukakan haruslah dicatat untuk
dibincangkan dalam sesi umum. Setiap murid diberi peluang untuk mengemukakan cadangan dan
menyumbang seberapa banyak idea dalam membina ayat-ayat yang menggunakan imbuhan me-, mem-,
men-. Namun begitu, guru harus memastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah
berpatutan dan mencukupi. Cadangan dan idea yang diberikan tidak boleh dikritik tetapi guru boleh
membetulkan kesilapan murid-murid dalam pembinaan ayat yang menggunakan imbuhan me-, mem-,
men- .
c) Teknik Soal Jawab
Malahan, teknik soal jawab juga boleh digunakan dalam proses pengajaran tatabahasa. Teknik
ini merupakan teknik paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan
teknik ini bukanlah mudah untuk dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan
interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid-murid dikehendaki
memberi tindak balas yang sewajarnya.
Sebelum itu, guru perlu menerangkan tentang isi pelajaran terlebih dahulu sebelum
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran. Sebagai contohnya, guru perlu
menerangkan isi pelajaran seperti penggunaan imbuhan me-, mem-, men- dengan kata dasar sebagai
kata kerja dengan lebih terperinci supaya murid-murid dapat memahami segala yang diterangkan oleh
guru. Setelah itu, barulah guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran
tersebut kepada murid-murid. Setelah itu, guru dapat mengetahui sama ada proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut berkesan atau tidak dalam situasi bilik darjah itu. Tambahan pula, guru dapat
memperbaiki kelemahan yang ada pada masa akan datang.
Tujuan teknik tersebut adalah untuk mengesan pengetahuan berbahasa dalam kalangan murid-
murid, menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kreatif serta untuk mendorong
murid-murid menyusun dan menghuraikan bahan-bahan yang diajar oleh guru. Lantaran itu, guru
haruslah menyediakan soalan yang terancang dan bermutu sesuai dengan tahap kognitif para pelajar
agar dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih berkesan.
d) Teknik Latih Tubi
Malahan, teknik latih tubi juga boleh diguna pakai dalam pengajaran tatabahasa. Teknik ini sering
digunakan dalam kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektrik, fonetik dan
audio-lingual. Latih tubi merupakan proses latihan struktur bahasa yang bertujuan untuk membentuk
kelaziman yang betul bagi menggunakan struktur-struktur bahasa yang dianggap menjadi masalah
kepada murid-murid. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mencapai suatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan
mengalami proses mendengar, melihat dan memikirkan maksud-maksud perkataan serta tugasnya dalam
situasi yang menggunakan perkataan tersebut.
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada lima aspek kebolehan menggunakan
bahasa iaitu pertama ialah sebutan. Guru meminta murid-murid menyebut patah-patah perkataan atau
suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Aspek yang
kedua ialah tatabahasa. Penggunaan bahasa yang tepat sangat dititikberatkan mengikut hukum-hukum
bahasa daripada semua aspek. Aspek yang ketiga ialah perbendaharaan kata. Guru berhara murid-murid
dapat memperluas perbendaharaan kata dengan menggunakan imbuhan me-, mem-, men- yang sesuai
mengikut konteks dalam situasi tertentu. Keempat ialah kefasihan. Guru dikehendaki meminta murid-
murid menggunakan perkataan dengan cara spontan tanpa memikirkan maksud perkataan tersebut.
Aspek yang kelima ialah kefahaman. Guru akan memberikan murid-murid latihan supaya mereka dapat
memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Latihan yang diberikan oleh guru merangkumi
prospek penggunaan imbuhan dalam me-, mem-, men- dalam ayat.
e) Teknik Kloz
Guru boleh menggunakan teknik kloz iaitu salah satu latihan yang berbentuk mengisi tempat
kosong. Teknik ini sekurang-kurangnya mampu meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid dalam
mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkatan yang berimbuhan me-, mem-, dan men-. Ia juga
merupakan suatu cara yang mudah untuk dipraktikan oleh pelajar tidak kira sama ada dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran ataupun di rumah sebagai suatu pengukuhan untuk meningkatkan
kefahaman pelajar-pelajar.
f) Teknik Kuiz
Seterusnya, guru juga boleh menggunakan teknik kuiz dalam pengajaran tatabahasa. Mengikut
catatan sejarah, teknik ini diperkenalkan pada tahun 1940, di England melalui Perbadanan Penyiaran
British (B.B.C). Aktiviti kuiz ini bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa
Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu ketika itu. Walau
bagaimanapun, teknik ini boleh diguna pakai atau diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
khususnya dalam pengajaran tatabahasa. Tujuan teknik ini ialah supaya guru dapat mengukuhkan
pengajaran dan memantapkan kefahaman murid-murid mengenai topik-topik tertentu. Murid-murid juga
boleh mengulangkaji sambil bergembira tanpa rasa sebarang tekanan semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Secara tidak langsung, pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan
mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Lantaran itu, murid-murid dapat belajar teknik berfikir
yang baru dan boleh diaplikasikan dalam pembelajaran mereka.
Teknik ini juga dapat membantu murid-murid memahami sistem bahasa Melayu terutama dari
segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat dua bentuk pengajaran dan
pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan,
perkembangan dan penutup. Hal ini bermakna, kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan,
penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Teknik ini juga merangkumi aktiviti pertandingan yang
dilakukan dalam bilik darjah. Misalnya, guru menggunakan pendekatan pertandingan seperti peraduan
teka silang kata. Guru perlu bijak menyesuaikan teknik tersebut selaras dengan objektif pengajaran
tatabahasa terutamanya dalam pengajaran imbuhan me-, mem-, men- . Setiap klu yang diberikan mesti
menggambarkan jawapan yang merangkumi perkataan berimbuhan sama ada me-, mem-, men- .
Justeru, guru perlu membahagikan murid-murid kepada dua atau tiga kumpulan besar untuk
melaksanakan teknik tersebut agar mencapai objektif pengajaran.
g) Teknik Permainan Bahasa
Di samping itu, teknik permainan bahasa juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran tatabahasa.
Teknik ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif kerana aktiviti ini dianggap amat penting dalam
membentuk kecekapan berinteraksi ataupun kecekapan berkomunikasi seseorang murid. Menerusi teknik
ini, murid-murid dapat mempelajari bahasa selari dengan proses pembelajaran bahasa secara
semulajadi. Walau bagaimanapun, untuk memastikan kejayaan teknik ini murid-murid perlu kreatif dalam
penggunaan bahasa kerana mereka perlu menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan apabila
bercakap atau menulis supaya maksud yang hendak disampaikan boleh difahami. Penglibatan dalam
permainan tersebut akan memberi peluang kepada murid-murid untuk memperoleh latihan intensif,
pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid-
murid. Antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran tersebut dapat
melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa serta mengembangkan kebolehan mereka
menerusi kemahiran tersebut. Hala tuju pengajaran ini dapat diinterpretasikan dengan jelas melalui
objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu dapat merangsang interaksi verbal, menambah
kefasihan dan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid. Malahan, guru dapat menyediakan konteks
pembelajaran dalam situasi yang berbeza untuk menarik minat murid-murid terhadap sesuatu topik yang
ingin diajarkan. Teknik ini juga bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan dan sebagai alat
pemulihan, pengukuhan serta penggayaan dalam pengajaran tatabahasa khususnya.
Antara contoh teknik permainan bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran tatabahasa
ialah lakonan. Melalui konteks ini, guru perlu menyediakan beberapa patah kata berimbuhan me-, mem-,
atau men- yang ditulis di atas kertas yang berasingan. Kemudian, kertas tersebut digulungkan dan diisi
dalam sebuah kotak. Setelah itu, guru meminta seorang murid untuk mencabut undian lalu melakonkan
perbuatan yang tertulis dalam kertas tersebut tanpa mengungkapkan perkataan itu. Sementara itu, murid-
murid yang lain boleh meneka aksi yang dilakonkan oleh murid tersebut. Keadaan ini secara tidak
langsung dapat melatih atau menyesuaikan murid-murid dengan penggunaan imbuhan me-, mem-, dan
men-.
Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah apa yang kita dapat lihat daripada keterangan diatas ialah
alomorf me-, mem-, men- merupakan suatu gugusan awalan me- yang dipecahkan kepada beberapa
alomorf iaitu me-, mem-, men-, meng-, meny-, dan menge-. Awalan me- ini pula merupakan imbuhan
yang termasuk dalam suatu golongan kata iaitu kata kerja.
Jika dibuat perbedaan antara Pendekatan Struktural dengan Pendekatan yang lain, Pendekatan
Struktural lebih kepada analisis struktur fonologi, morfologi dan sintaksis. Berbanding dengan
Pendekatan Tradisional yang lebih kepada dasar makna dan huraian yang lebih bersifat subjektif untuk
menentukan hukum-hukum tatabahasa.
Secara realitinya, teknik-teknik yang dikemukakan di atas secara tidak langsung dapat
menyediakan persekitaran baru dalam sistem pendidikan di negara kita yang lebih menarik dan efektif.
Namun begitu, setiap teknik yang digunakan perlulah seiring dengan objektif pengajaran agar ia
mencapai objektif secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai