Anda di halaman 1dari 22

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/339446853

KEPELBAGAIAN PENDEKATAN DALAM PENELITIAN TATABAHASA BAHASA


MELAYU

Article · January 2018

CITATIONS READS

0 15,223

1 author:

Norliza Jamaluddin
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
48 PUBLICATIONS   32 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Bahasa Melayu Bahasa Pemersatu Kawasan Asia Tenggara View project

All content following this page was uploaded by Norliza Jamaluddin on 25 February 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


5
KEPELBAGAIAN PENDEKATAN
DALAM PENELITIAN
TATABAHASA BAHASA MELAYU
Norliza Jamaluddin

Pendahuluan

Istilah grammar atau dalam bahasa Melayunya nahu/tatabahasa membawa maksud the art of
speaking or writing a language correctly. Sesetengah individu menganggap tatabahasa
sebagai peraturan bahasa – tetapi tidak ada bahasa yang mempunyai “peraturan”. Jika
dikatakan bahawa tatabahasa itu ialah “peraturan”, maka dalam kelazimannya peraturan
dibentuk terlebih dahulu dan kemudiannya barulah bahasa boleh diujarkan kerana bahasa
yang diujarkan perlu mematuhi “aturan” yang ditetapkan (misalnya sesuatu permainan/sukan
diberikan peraturannya terlebih dahulu). Bagaimanapun, bahasa tidak terbentuk seperti itu
kerana bahasa dimulai dengan manusia menghasilkan bunyi yang melibatkan penghasilan
kata, frasa atau ayat.

Apabila ahli bahasa melakukan penelitian terhadap bahasa, istilah tatabahasa ini telah
berubah dan dikatakan bahawa setiap bahasa memiliki set aturan / sistem yang mendasari
sesuatu bahasa. Oleh itu, tatabahasa dianggap sebagai sistem bagi sesuatu bahasa. Dalam
usaha untuk menjelaskan psikologi bahasa (pola pemikiran dan perlakuan bahasa sesuatu
bangsa), ahli bahasa telah memfomulasikan aturan tertentu yang dimiliki oleh sesuatu bahasa.
Bagaimanapun, peraturan ini tidak lengkap dan tidak sempurna disebabkan sifat
natural/semulajadi sesuatu bahasa – psikologi bukanlah sains sebenar yang boleh
difomulasikan. Oleh itu, individu yang mengikuti aturan bahasa yang dirangka oleh ahli-ahli
bahasa dalam usaha untuk menulis atau berbicara dengan betul akan menemui pelbagai
kesulitan. Contohnya dalam aturan Bahasa Melayu, kata tanya tidak boleh dimuatkan dalam
ayat penyata. Misalnya dalam ayat “Entah mengapa Zaki berasa sebak untuk meninggalkan
nenek sendirian”. Bagaimanapun, dalam penggunaan seharian, kata tanya kerap digunakan
dalam ayat penyata tetapi dari sudut tatabahasa, ayat seperti ini dianggap tidak gramatis atau
menyalahi aturan tatabahasa. Oleh itu, bagi membolehkan seseorang individu menggunakan
bahasa yang betul dan tepat, maka individu berkenaan perlu mengetahui atuaran bahasa yang
digunakan, iaitu TATABAHASA / NAHU.

PENELITIAN TATABAHASA

Pada umumnya penelitian tatabahasa melibatkan dua bidang utama, iaitu morfologi dan
sintaksis. Morfologi meneliti aspek yang bermula dengan morfem dan kata, manakala

1
sintaksis meneliti frasa, klausa dan ayat. Kedua-dua bidang ini boleh ditunjukkan dalam
hierarki tatabahasa yang berikut:

Rajah 1
Hierarki Tatabahasa

AYAT Pelakon itu berbaju kebaya.

KLAUSA pelakon itu berbaju kebaya

FRASA pelakon itu berbaju kebaya

KATA pelakon itu berbaju kebaya

MORFEM pe- lakon itu ber- baju kebaya

Berdasarkan kepada rajah di atas, morfem merupakan unsur tatabahasa yang paling kecil dan
mempunyai makna. Sebagai unsur yang paling kecil, maka diletakkan pada kedudukan paling
bawah dalam hierarki tatabahasa. Walaupun sebagai unsur terkecil, morfem masih boleh
dipenggal kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dan setiap pemenggalan itu memiliki
makna. Misalnya pelakon memiliki dua morfem, iaitu morfem terikat pe- dan morfem bebas
lakon. Kedua-dua morfem ini mempunyai makna kerana tanpa morfem terikat pe- yang
mendukung makna orang yang melakukan kata dasar lakon perkataan lakon ini tidak boleh
berdiri sendiri dalam ayat di atas.

Kata merupakan unsur di atas morfem, sama ada terdiri daripada kata dasar atau kata terbitan.
Penelitian kata ini melibatkan penelitian terhadap bentuk dan golongannya. Dari segi bentuk,
kata dilihat sama ada bentuk telah mengalami proses pengimbuhan, pengggandaan atau
pemajmukan. Dari segi golongan pula, kata digolongkan ke dalam golongan tertentu seperti
kata nama, kata kerja, kata adjektif dan golongan-golongan lain. Gologan kata ini dapat
menjelaskan sistem sesuatu bahasa. Setiap golongan kata ini mempunyai ciri dan perilaku
yang tersendiri di dalam ayat. Misalnya dari sudut tatabahasa, kata bilangan lazimnya hadir
dengan kata nama. Begitu juga kata bantu boleh hadir dengan kata kerja atau kata sifat tetapi
tidak dengan kata nama. Tingkat yang lebih tinggi dari kata ialah frasa. Susunan beberapa
kata lazimnya menghasilkan frasa dan setiap bahasa memiliki susunan yang tersendiri yang
merupakan sistem bagi bahasa tersebut. Begitu juga dari sudut susunan kata dalam frasa atau
ayat. Tatabahasa setiap bahasa memiliki sistem yang tersendiri. Misalnya dalam
mengungkapkan “cincin permata”, susunan frasa dalam bahasa Melayu dimulai oleh kata inti
“cincin” dan kemudiannya diikuti oleh penerang “permata”. Tetapi hal ini agak berbeza
daripada bahasa Inggeris yang dimulai oleh penerang “permata/diamond” dan diikuti oleh inti
“cincin/ring” untuk membentuk “diamond ring / permata cincin”.

2
Unsur yang lebih tinggi ialah klausa dan ayat. Klausa pada umumnya ialah unsur yang
mempunyai subjek dan predikat yang hampir sama dengan ayat. Bagaimanapun, yang
membezakan klausa dan ayat ialah klausa tidak dimulai atau diakhiri dengan kesenyapan
tetapi ayat dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan. Dalam tulisan, unsur kesenyapan ini
dengan mudah dapat dilihat menerusi penggunaan huruf besar di awal dan diakhiri dengan
noktah. Ayat menurut pandangan umum terdiri daripada deretan perkataan. Perkataan-
perkataan ini disusun dengan cara tertentu bagi membolehkan komunikasi berlaku dalam
sesebuah masyarakat bahasa. Bagaimanapun, dari sudut linguistik, ayat bukan sekadar
susunan perkataan, tetapi merupakan susunan golongan kata tertentu dengan golongan
tertentu berasaskan rumus yang terdapat dalam sesuatu bahasa.

Pemilihan Tatabahasa Standard

Bagi membolehkan tatabahasa standard dihasilkan dalam sesuatu bahasa, maka tatabahasa
yang dipilih perlulah daripada bentuk bahasa yang utama berbanding bentuk-bentuk lain
dalam bahasa yang sama. Hal ini bermaksud bahasa yang dipilih mestilah difahami oleh
sebilangan besar anggota masyarat bahasa berkenaan dan dapat diterima sepenuhnya oleh
masyarakat penuturnya. Bentuk bahasa ini harus dibezakan dengan bahasa yang dituturkan
oleh sebilangan kecil masyarakat dalam kelompok mereka sendiri – dialek – yang merupakan
kelainan daripada bahasa utama. Bahasa utama lazimnya merupakan bahasa kelas atasan atau
bahasa tinggi yang digunakan oleh kelompok masyarakat dan ini dianggap sebagai bahasa
baku/standard – bahasa tamudun tinggi. Dalam penelitian bahasa perlu dibezakan antara
formula/rumus dengan ujaran bebas. Bahasa yang telah diformulakan mempunyai ketetapan
yang lebih tinggi berbanding ungkapan bebas. Hal ini bererti bahasa yang diungkapkan tidak
luwes seperti bahasa yang digunakan seharian.

PERKEMBANGAN PENELITIAN TATABAHASA

Bahagian ini membincangkan empat pendekatan utama dalam penelitian tatabahasa, iaitu
yang bermula dengan pendekatan tradisional yang berasaskan logik/makna, pendekatan
struktural, transformasi generatif dan pendekatan berasaskan data korpus berkomputer.

Pendekatan Tradisional

Penelitian tatabahasa pada peringkat awal dilakukan bukanlah secara khusus terhadap
tatabahasa sebagai satu disiplin tetapi lebih kepada minat ahli falsafah untuk memahami
perlakuan bahasa. Ahli falsafah Yunani ketika itu cenderung untuk memahami perlakuan
bahasa telah mengelompokkan kata ke dalam golongan-golongan tertentu. Secara tidak
langsung, kajian terhadap aspek bahasa, khususnya tatabahasa telah dilakukan. Pada zaman
itu, penelitian tatabahasa tidak berasaskan teori, tetapi lebih banyak bergantung kepada logik
sesuatu perkara. Oleh itu, tiada bukti empiris atau prosedur tertentu, yang ada hanyalah
berasaskan tanggapan, iaitu berdasarkan kepada logik akal. Plato misalnya menyatakan
bahawa dalam bahasa Yunani terdapat dua kelompok kata, iaitu onoma (kata nama) dan
rhema (kata kerja). Perbezaan antara kedua-dua kelompok kata ini terletak kepada ciri gender,
iaitu kata nama memiliki kriteria gender, manakala kata kerja tidak. Kata nama mempunyai
ciri masculine atau feminine tanpa mengira sama ada kata nama tersebut merupakan objek
hidup atau tidak (Robins, R.H. 1951). Misalnya, ayam jantan dirujuk sebagai alektryōn,

3
manakala ayam betina sebagai alektŕyaina. Begitu juga bagi kata nama yang tidak hidup,
gendernya adalah berdasarkan makna yang didukung oleh kata tersebut, misalnya mênis
(kemarahan) dan pêlēx (topi) diberikan label gender masculine kerana pada umumnya
perkataan tersebut diguna pakai kepada orang lelaki. Bagi perkataan yang tidak memiliki ciri
gender atau mendukung makna gender, perkataan tersebut digolongkan sebagai kata kerja.

Penggelompokan kata berdasarkan ciri semantik ini turut digunakan oleh Aristotle dan
berasaskan ciri ini perkataan dipecahkan kepada dua golongan utama, iaitu full words dan
form words. Full words merupakan perkataan yang mempunyai makna (full sense), iaitu
terdiri daripada kata nama dan kata kerja, manakala form words merupakan perkataan yang
menjalankan fungsi-fungsi tatabahasa dan dikatakan sebagai tidak mempunyai makna (no
meaning). Istilah yang digunakan untuk merujuk golongan kata yang menjalankan fungsi
tatabahasa ini ialah syndesmoi atau kata hubung. Berdasarkan kriteria makna juga Aristotle
telah menambah satu lagi gender bagi kata nama, iaitu neuter, selain masculine dan feminine.
Bagi kata kerja pula, golongan kata ini dikaitkan dengan penanda waktu dan hal ini telah
menimbulkan sistem kala dalam bahasa Yunani. Contohnya: kala kini, kala lampau, kala
akan datang.

Penelitian terhadap golongan kata ini diteruskan oleh ahli falsafah yang lain seperti golongan
Stoik dan Alexandria. Pada zaman Alexandria, Dionysius Thrax menerusi bukunya Techné
Grammatiké telah menggolongkan kata kepada 8 golongan. Golongan kata Thrax ini telah
dijadikan asas dalam penggolongan kata bagi kebanyakan bahasa kini, khususnya bahasa-
bahasa Eropah kerana penggolongan kata beliau lebih bersistematik (Jurafsky, D. dan James
H. Martin, 2000). Oleh itu, buku beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan
beberapa bahasa lain termasuklah bahasa Eropah.

Bagi tatabahasa bahasa Melayu, Pelita Bahasa dianggap sebagai tatabahasa tradisional
tatabahasa yang dihasilkan merupakan penelitian pengarangnya, iaitu Zainal Abidin Ahmad
(Za’ba). Penekanan aspek tatabahasa lebih kepada semantik. Hal ini terlihat jelas dalam
pendefinisian sesuatu golongan kata. Kata nama misalnya dibahagikan kepada dua golongan,
iaitu nama betul dan nama pengganti atau ganti nama. Nama betul didefinisikan sebagai nama
yang menjadi sebutan untuk menyebut sesuatu benda atau orang atau lain-lain yang nampak
dan dapat dipegang (Za’ba, 1958). Pendefinisian yang diberikan oleh Za’ba ini adalah
berasaskan kepada makna kerana penggolongan kata nama berdasarkan kepada makna yang
dikandung oleh perkataan tersebut. Begitu juga dalam menjelaskan subjek dan predikat.
Istilah yang digunakan ialah “benda”dan “cerita”. Benda didefinisikan sebagai perkataan
yang mendukung makna nama (berkuasa nama) atau melakukan tugas nama seperti ganti
nama, dan perbuatan atau sifat yang dipakai menjadi nama. Oleh itu, pada peringkat awal,
huraian tatabahasa Melayu adalah berasaskan aspek makna.

Pendekatan Struktural

Pendekatan struktural menumpukan perhatian terhadap data dan menolak introspeksi atau
menolak kebergantungan kepada intuisi. Tumpuan yang diberikan kepada data menyebabkan
ahli struktural tidak menekankan aspek semantik. Hal ini agak berbeza daripada pendekatan
tradisional yang menekankan aspek semantik. Penolakan kepada semantik adalah disebabkan
mereka beranggapan aspek semantik sukar untuk diperjelaskan. Contohnya, kata nama
ditakrifkan sebagai perkataan yanga menjelaskan sesuatu benda, orang, binatang, tumbuhan,

4
masa atau hal. Kelemahan aspek semantik ini ialah ciri ini tidak boleh diuji. Tambahan pula,
menurut ahli struktural, kata adjektif warna seperti biru, merah dan hitam misalnya jika
ditakrifkan berdasarkan aspek makna, maka perkataan ini merupakan nama bagi warna
berbanding penerang kepada kata nama. Begitu juga kata arah utara, selatan, timur dan barat
lebih merupakan nama bagi sesuatu arah berbanding menggolongkannya sebagai kata tugas.
Hal inilah merupakan antara sebab mengapa mereka kurang memberi penekanan terhadap
makna.

Bahasa dalam struktural dianggap sebagai sistem yang berhubung dan oleh sebab itu, dalam
meneliti sesuatu kata, kata tersebut tidak dilihat secara terpisah atau terasing melainkan
penentuan sesuatu kata ditentukan berdasarkan kehadiran kata tersebut bersama-sama
perkataan lain dalam sesuatu binaan sintaksis. Penelitian terhadap tatabahasa ini dilakukan
secara sintagmatik dan paradigmatik. Oleh itu, frasa/ayat diteliti dengan melihat perkaitan
susunan unsur-unsur/ konstituennya. Dalam bahasa Melayu, lazimnya susunan unsur adalah
dari kiri ke kanan. Dengan meneliti susunan yang berstruktur ini, ayat dilihat sebagai unit
yang mengandungi unsur-unsur tertentu yang boleh bergabung dengan unsur-unsur tertentu
sahaja. Oleh itu, dalam struktur ayat aspek yang diteliti ialah susunan unsur dalam untaian
kata (word strings) atau dalam paksi rantaian (axis of chain). Bentuk untaian ini menunjukkan
bahawa bahasa yang menyatakan fikiran wujud dalam satu rangkaian dan bukan dalam
bentuk yang terpisah-pisah. Unsur-unsur yang terlibat mempunyai perkaitan yang erat antara
satu sama lain sehingga menghasilkan makna yang boleh difahami oleh masyarakat penutur
bahasa.
Contoh:
1a. bunga mawar

[sintagmatik]

2a. Pelakon itu / berbaju kebaya.

Pelakon itu + berbaju kebaya

[sintagmatik]

Contoh (1a) menunjukkan bahawa terdapat dua unsur yang membina frasa, iaitu kata nama
bunga dan kata adjektif mawar. Contoh (2a) juga dibina oleh dua unsur, iaitu
unsur/konstituen subjek (pelakon itu), dan predikat (berbaju kebaya). Unsur yang membina
subjek dan predikat ialah frasa, iaitu frasa nama dan frasa kerja. Kedua-dua kata/frasa ini
diletakkan secara berurutan sehingga menghasilkan frasa/ayat yang bermakna. Perkaitan
antara unsur ini berlaku secara “sintagmatik” iaitu secara mendatar. Frasa (1a) dan ayat (2a)
ini menunjukkan bahawa unsur tertentu sahaja yang digabungkan dengan sesuatu unsur
kerana gabungan yang sewenang-wenangnya akan menjadikan sesuatu ayat tidak gramatis.
Contoh:
*1b. mawar bunga
*2b. Kebaya berbaju / itu pelakon.

kebaya berbaju + itu pelakon

[sintagmatik]

5
Walaupun contoh (*1b dan *2b) melibatkan unsur yang sama dalam pembinaan sesebuah
frasa/ ayat, tetapi frasa/ayat (*1b/*2b) ini tidak merupakan frasa/ayat bahasa Melayu. Hal ini
kerana ayat yang dibentuk tidak bermakna dan tidak difahami oleh penutur bahasa Melayu.
Berdasarkan kepada contoh ini, jelas menunjukkan bahawa gabungan unsur dalam sesuatu
ayat perlu mengikut sistem bahasa berkenaan, iaitu melibatkan gabungan sesuatu golongan
kata dengan golongan kata tertentu sahaja. Jika tidak mengikut sistem sesuatu bahasa, maka
ayat yang dibina merupakan ayat yang tidak gramatis.

Dalam sesebuah ayat, sesuatu golongan kata boleh mengisi sesuatu posisi dan pada
kelazimannya, perkataan yang mengisi sesuatu posisi terdiri daripada golongan kata yang
sama. Contohnya dalam bahasa Melayu, posisi subjek lazimnya diisi oleh kata nama/frasa
nama, manakala bagi posisi predikat, boleh diisi oleh golongan kata nama, kata kerja, atau
kata adjektif. Kaedah penelitian ayat berasaskan golongan kata ini merupakan kaedah yang
asas dalam struktural dan penelitian dilakukan secara menegak (paradigmatik) yang
melibatkan paksi pilihan atau unsur penggantian.

Contoh:

3a. Salmah berbaju kebaya.

3b. Ibunya berbaju kebaya.

*3c. berbaju kebaya.


Azman
* 3d. Rumah berbaju kebaya.

[paradigmatik]

Berdasarkan kepada contoh di atas, perkataan Salmah dan ibunya (contoh 3a, dan 3b) boleh
menggantikan perkataan Pelakon itu dalam ayat (2a). Oleh itu, Salmah dan ibunya termasuk
dalam sistem yang sama kerana memasuki pola ayat yang sama, iaitu sistem nama dan sistem
ini boleh diisi oleh kata atau frasa nama. Ahli yang menganggotai sistem yang sama boleh
menggantikan satu sama lain secara paradigmatik (secara menegak). Bagaimanapun,
perkataan Azman dan rumah dalam contoh (3c) dan (3d) tidak dapat menggantikan pelakon
itu telah menimbulkan subgolongan kata nama, iaitu kata nama hidup manusia bukan lelaki
dan kata nama tidak hidup. Walaupun kedua-dua perkataan ini tidak boleh menggantikan
perkataan pelakon itu, tetapi perkataan ini (Azman dan rumah) masih dimasukkan ke dalam
sistem kata nama kerana mempunyai fungsi yang sama dengan kata nama yang lain, iaitu
boleh berfungsi sebagai subjek, objek, dan boleh didahului oleh kata bilangan. Oleh itu,
“sistem” ini dalam linguistik juga diistilahkan sebagai “golongan kata”. Oleh hal yang
demikian, berdasarkan kepada contoh ini, didapati bahawa tidak semua perkataan boleh
digabungkan kerana penggabungan ini melibatkan sistem yang terdapat dalam bahasa
tersebut.

Dengan meneliti gabungan golongan kata ini, dapat diteliti fungsi setiap golongan. Sesuatu
kata ditentukan golongannya berdasarkan fungsi-fungsi kata tersebut di dalam ayat Oleh hal
yang demikian, dalam menentukan golongan kata misalnya, kriteria sintaksis menjadi kriteria
utama kerana ahli struktural beranggapan sintaksis dimanifestasikan bukan sekadar menerusi

6
urutan perkataan, tetapi dinyatakan dari sudut urutan kelas kata (Bloch, dan Trager, 1942; dan
Broderick, 1975). Justeru, posisi atau kedudukan kata dalam sesebuah ayat menentukan
fungsi dan golongan kata. Hal ini diperjelaskan menerusi jadual di yang berikut:

Jadual 1
Kriteria Sintaksis Dalam Penggolongan Kata

Golongan Definisi Golongan


kata nama Subjek
kata kerja Predikat
kata sifat Penerang nama
kata proposisi Penerang kerja

Jadual 1 menjelaskan bahawa golongan kata ditentukan berasaskan kehadiran kata di dalam
sesuatu binaan ayat. Ayat pada asasnya terdiri daripada dua konstituen, iaitu konstituen
subjek dan konstituen predikat. Kedua-dua konstituen ini merupakan dua konstituen yang
berbeza. Oleh itu, ayat yang mempunyai binaan Pelaku dan Perbuatan dikatakan terdiri
daripada dua gatra (slot) yang boleh diisi (filled) oleh pelbagai unsur. Unsur yang mengisi
gatra ini terdiri daripada golongan kata tertentu dan golongan kata ini umumnya diberikan
pelabelan. Label yang diberikan kepada unsur yang mengisi gatra Subjek ialah kata nama,
manakala label yang mengisi gatra Predikat ialah kata kerja. Definisi golongan kata
ditentukan berdasarkan kepada gatra atau posisi kata tersebut di dalam ayat. Gatra yang diisi
oleh sesuatu kata merupakan fungsi bagi kata tersebut. Lazimnya, kata nama berfungsi
sebagai subjek, manakala kata kerja berfungsi sebagai predikat.

Di samping posisi kata dalam ayat, pendekatan sturuktural juga menentukan golongan kata
berdasarkan struktur dalaman, iaitu berdasarkan aspek morfologi. Menerusi kaedah ini,
imbuhan menjadi penanda golongan kata. Dalam bahasa Melayu, sebahagian besar imbuhan
menjadi penanda golongan, misalnya kata nama pada kelazimannya terdiri daripada imbuhan
peN-, ke-...-an atau –an, manakala kata kerja pula lazimnya terdiri daripada imbuhan beR-,
meN-, teR- dan –kan. Begitu juga imbuhan se- dan sebahagian imbuhan teR- yang menjadi
penanda kepada kata adjektif. Justeru, dengan meneliti kehadiran imbuhan-imbuhan tertentu,
golongan sesuatu kata dapat dikenal pasti.

Buku Nahu Melayu Muktahir karangan Asmah Haji Omar merupakan buku yang
menjelaskan aspek tatabahasa menggunakan pendekatan struktural. Kata nama misalna
didefinisikan sebagai subgolongan kata benda yang berfungsi pada subjek dan objek ayat.
Begitu juga bagi kata kerja dianggap sebagai kata yang berfungsi pada predikat dalam ayat
Subjek-Predikat-(Objek)-(Ajung) (2009). Pendefinisian golongan kata berasaskan kepada
fungsi kata tersebut di dalam ayat.

Transformasi Generatif

Tatabahasa Transformasi Generatif merupakan kajian kebahasaan yang dipelopori oleh Noam
Chomsky. Pada tahun 1957, Chomsky memperkenalkan gagasan baharunya melalui buku
yang berjudul Syntactic Structure (1963). Kemudian beliau memperbaiki dan memperluas
teorinya menerusi buku Aspect of the Theory of Syntax (1965). Menerusi buku ini, beliau
telah memperkenalkan konsep generatif. Konsep generatif ini digunakan dan diterapkan

7
dalam sesebuah ayat. Konsep generatif bermaksud penjanaan atau penerbitan sesuatu ayat.
Dalam konsep ini, pengguna bahasa dikatakan mempunyai kebolehan untuk menghasilkan
bentuk bahasa yang tidak terhad bilangannya daripada unsur yang terhad. Misalnya dalam
bahasa Melayu terdapat empat sahaja pola ayat dasar, iaitu pola:
i. Frasa Nama + Frasa Nama
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

Walau bagaimanapun, daripada keempat-empat pola ini, seseorang penutur dapat


menghasilkan ratusan, malahan ribuan ayat semasa mereka menggunakan bahasa. Dalam
bidang linguistik, penelitian terhadap bagaimana unsur bahasa yang terhad dapat dihasilkan
adalah menerusi proses penerbitan ayat. Menurut Chomsky, proses ini melibatkan trasformasi
ayat. Oleh itu, timbullah konsep tranformasi dan generatif. Daripada konsep generatif ini,
Chomsky telah menghasilkan dua konsep lain, iaitu kemampuan bahasa dan perlakukan
bahasa.

Kemampuan Bahasa

Kemampuan bahasa merupakan kebolehan generatif seseorang individu untuk berbahasa. Hal
ini bererti keupayaan atau kemampuan seseorang individu dalam menggunakan bahasa.
Kecekapan seseorang individu dalam menggunakan bahasanya dianggap sebagai sesuatu
perkara yang semula jadi (innate) dan dengan adanya kemampuan berbahasa ini, seseorang
individu boleh mengungkapkan atau menuturkan bahasanya. Walau bagaimanapun, kadang
kala semasa menuturkan bahasa, aspek kemampuan ini tidak mampu ditunjukkan sepenuhnya
oleh individu berkenaan akibat daripada wujudnya gangguan. Gangguan ini boleh sahaja
dalam bentuk emosi, gangguan kesihatan seperti bersin atau batuk serta keadaan seseorang
itu pada ketika mabuk. Dalam keadaan ini, seseorang tidak dapat menuturkan bahasanya
dengan baik. Dengan perkataan lain, penghasilan bahasa (istilah Chomsky – “perlakukan
bahasa) pada ketika berlakunya gangguan tidak sama sepenuhnya seperti perlakuannya.
Menurut Chomsky, dalam linguistik aspek perlakuan ini yang diteliti. Oleh itu, apabila
penelitian berasaskan perlakuan bahasa, penelitian linguistik yang terhasil tidak dapat
menggambarkan sepenuhnya bentuk bahasa yang terhasil pada ketika itu. Justeru, Chomsky
mencadangkan agar penelitian bahasa perlulah berdasarkan intuisi, iaitu penyelidikan bahasa
perlulah merupakan huraian terhadap proses mental yang menghasilkan bahasa. Aspek ini
dinamakan kemampuan bahasa. pendekatan yang diutarakannya ini berbeza daripada
pendekatan struktural kerana golongan struktural lebih banyak menumpukan perhatian
terhadap perlakuan bahasa, tetapi Chomsky lebih menumpukan perhatian terhadap
kemampuan bahasa.

Perlakuan Bahasa

Perlakuan bahasa merupakan bentuk bahasa yang dilafazkan atau yang diujarkan. Disebabkan
terdapat gangguan semasa sesuatu bahasa itu sedang digunakan, maka menurut Chomsky
aspek bahasa tidak dapat diteliti sepenuhnya. Wujud beberapa bahagian atau unsur bahasa
yang hilang atau tidak didengari semasa bahasa diujarkan. Perlakuan dianggap sebagai
gambaran bahasa yang tidak lengkap bagi kecekapan berbahasa kerana berlakunya
kesilapan/gangguan semasa penghasilan bahasa. Oleh itu, penekanan oleh aliran struktural
pada aspek perlakuan dianggap tidak tepat dan Chomsky tidak menggunakan perlakuan

8
bahasa sebagai unsur yang diteliti. Oleh itu, penelitiannya lebih kepada bahasa yang
dihasilkan oleh penutur, ahli bahasa menganalisis kemampuan bahasa.
Contoh :
4a. Rahman menegur anak kecil itu.

Berdasarkan kepada ayat (1a) ini, ayat ini boleh diungkapkan dalam bentuk ayat yang
berbeza tetapi masih mendukung makna yang sama. Ayat yang boleh diterbitkan ialah
4b. Anak kecil itu ditegur oleh Rahman.

Ayat (4a dan 4b) ini mendukung maksud yang sama, pelaku yang bertindak terhadap sesuatu
perbuatan masih orang yang sama itu Rahman dan perbuatan yang dilakukan adalah menegur.
Dalam ayat ini juga objek yang menerima akibat daripada perbuatan ini juga masih sama,
iaitu anak kecil itu. Kedua-dua contoh ini memperlihatkan pelaku, perbuatan serta objek yang
menerima akibat daripada perbuatan yang dilakukan adalah sama dan secara tidak langsung
makna yang didukung adalah sama. Hal ini menjelaskan bahawa seseorang penutur natif
mempunyai kebolehan untuk mengungkapkan sesuatu perkara dalam bentuk yang berbeza
dan inilah yang dikatakan oleh Chomsky sebagai kecekapan berbahasa penutur natif.

Kedua-dua ayat ini membuktikan bahawa penutur mempunyai pengetahuan terhadap


bahasanya dan dalam transformasi generatif, pengetahuan ini dihuraikan dalam dua bentuk
yang lain iaitu,
i. Struktur Permukaan
ii. Struktur Dalaman

Struktur Permukaan

Ayat pada peringkat struktur permukaan merupakan bentuk ayat yang diucapkan oleh
penutur. Ayat yang diucapkan ini merupakan ayat yang disedari oleh penuturnya dan pada
kebiasaannya ayat yang terhasil ini telah mengalami perubahan daripada struktur dalaman.

Struktur Dalaman

Peringkat struktur dalaman mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan
untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain membentuk semantik ayat. Ayat
yang dihasilkan disedari oleh penuturnya. Walau bagaimanapun, bentuk yang terhasil ini
tidak dimanifestasikan menerusi ucapan atau ungkapan tertentu. Struktur dalaman ini
menghasilkan satu atau beberapa struktur permukaan menerusi proses transformasi. Struktur
dalaman ini merupakan cara pembentukan sesuatu ayat.

Transformasi

Transformasi bererti mengubah atau menukar struktur dalaman kepada struktur permukaan.
Perubahan ini menyebabkan terhasilnya ayat terbitan. Oleh itu, ayat ini bukan lagi ayat dasar,
tetapi ayat yang terbentuk hasil daripada perubahan yang dilakukan terhadap ayat dasar
berkenaan. Dalam bahasa Melayu, transformasi boleh berlaku dalam tiga keadaan, iaitu
pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.

9
Pengguguran

Menurut Nik Safiah et al. (2008), pengguguran ialah proses transformasi yang berlaku pada
struktur ayat, iaitu yang melibatkan penghilangan unsur-unsur tertentu pada peringkat
struktur permukaan. Unsur yang dihilangkan itu tidak wujud lagi pada struktur permukaan.
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran, iaitu :
i. pengguguran frasa nama sebagai subjek
ii. pengguguran frasa predikat
iii. pengguguran dalam frasa relatif.
Pengguguran frasa nama subjek misalnya boleh dilihat dalam ayat perintah, iaitu
melibatkan pengguguran frasa nama ganti kedua.

5a. Kamu buka halaman ketujuh. – struktur dalaman

5b. Ø Buka halaman ketujuh. – struktur permukaan

Berdasarkan kepada ayat ini, struktur dalaman terdiri daripada ayat Kamu buka halaman
ketujuh, tetapi ayat ini boleh diucapkan sebagai Buka halaman ketujuh. Ayat yang terhasil
pada struktur permukaan ini merupakan transformasi yang melibatkan pengguguran kata
ganti nama diri kedua daripada ayat asalnya pada struktur dalaman.

Penyusunan Semula

Proses penyusunan semula melibatkan posisi sesuatu perkataan dalam ayat asal diubah
kepada posisi yang lain dalam ayat yang baharu. Perubahan posisi ini melibatkan perubahan
dalam susunan kata atau frasa. Apabila berlakunya proses transformasi, sesuatu perubahan itu
boleh berlaku secara serentak atau secara sendirian. Oleh itu, semasa berlakunya proses
penyusunan semula, proses pengguguran atau penambahan beberapa unsur juga boleh
berlaku. Yang dipentingkan dalam proses penyusunan semula ini, makna ayat tidak
mengalami perubahan. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga proses penyusunan semula, iaitu
penyusunan semula:
i. frasa nama sebagai subjek
ii. frasa nama sebagai objek
iii. menerusi ayat songsang

Yang berikut merupakan contoh penyusunan semula menerusi ayat songsang.

6a. Dia ke Ipoh semalam. – struktur dalaman

6b. Semalam dia ke Ipoh. – struktur permukaan

10
6c. Dia semalam ke Ipoh. – struktur permukaan

Berdasarkan kepada contoh di atas, ayat (6a) merupakan ayat yang terbina pada struktur
dalaman. Ayat ini boleh diucapkan dalam dua bentuk pada struktur permukaan, iaitu
menerusi ayat (6b) dan (6c). Perubahan posisi ini tidak melibatkan perubahan dari segi makna
ayat dan di sini penyusunan semula hanyalah melibatkan perubahan dari segi struktur ayat.
Dalam apa juga bahasa, perubahan posisi ini diperlukan bagi memberikan fokus atau
penekanan yang berbeza terhadap kata atau frasa yang diujarkan. Dalam ayat (6a), ayat ini
tidak mempunyai sebarang penegasan kerana ayat ini pada kedudukan yang biasa.
Bagaimanapun dalam ayat (6b) penegasan diberikan kepada keterangan waktu, iaitu semalam,
manakala dalam (6c) yang diberikan penegasan ialah dia iaitu penegasan kepada pelaku.

Peluasan

Proses peluasan pula melibatkan penambahan unsur baharu pada bahagian tertentu ayat.
Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses, iaitu :
i. Peluasan Frasa Nama sebagai subjek
ii. Peluasan predikat
iii. Peluasan dengan kata hubung
iv. Peluasan menerusi komplementasi

Salah satu proses peluasan frasa nama sebagai subjek ialah peluasan yang melibatkan proses
relativisasi. Proses relativisasi melibatkan subjek ayat diberikan unsur penerang dengan
tujuan untuk menjelaskan atau memperincikan subjek ayat tersebut. Huraian lanjut terhadap
subjek ini dilakukan dengan menggunakan kata hubung relatif yang.

Contoh:
7a. Kanak-kanak itu meminta sedekah.
7b. Kanak-kanak itu comot.

Proses relativisasi Kanak-kanak yang comot itu meminta sedekah.

Berdasarkan kepada contoh ini, struktur dalaman terdiri daripada dua ayat, iaitu ayat Kanak-
kanak itu meminta sedekah. dan ayat Kanak-kanak itu comot. Bagaimanapun ayat yang
diujarkan dalam struktur permukaan ialah Kanak-kanak yang comot itu meminta sedekah.
Hal ini menunjukkan bahawa menerusi proses transformasi peluasan, ayat tersebut
digabungkan dan dibentuk ayat baharu yang majmuk sifatnya.

Rajah Pohon

Analisis unsur linguistik yang dilakukan oleh ahli-ahli bahasa transformasi generatif adalah
menerusi rajah pohon. Analisis ini boleh dilakukan pada peringkat frasa sehinggalah
peringkat ayat. Yang berikut merupakan contoh analisis berdasarkan rajah pohon.

11
8. Rajah pohon bagi ayat tunggal.
Bangunan itu / masih belum bercat.
A

S P

FN FK

KN Pen KB KB KK

Bangunan itu masih belum bercat

9. Rajah pohon bagi ayat songsang.


Jika ayat pada struktur permukaan merupakan ayat songsang, analisis rajah pohon perlu
melibatkan ayat pada struktur dalaman. Oleh itu, yang dibina perlulah ayat dalam struktur
dalaman.

Pada petang itu, mereka bermain bola. [ Struktur Luaran]


Mereka / bermain bola pada petang itu. [ Struktur Dalaman]

S P

FN FK

KN KK KN FS

Mereka bermain bola KS KN Pen

pada petang itu

10. Rajah pohon bagi ayat majmuk.

Jika ayat pada struktur permukaan merupakan ayat majmuk, maka analisis rajah pohon perlu
melibatkan ayat pada struktur dalaman. Oleh itu, yang dibina perlulah dipecahkan kepada
ayat dasar terlebih dahulu. Contoh
Mereka bangun lalu turun ke serambi. [ Struktur Luaran]

12
Ayat 1 : Mereka / bangun. [ Struktur Dalaman]
Ayat 2 : Mereka / turun ke serambi. [ Struktur Dalaman]
KH : lalu

AMG

A1 KH A2

S P S P

FN FK FN FK

KN KK KN KK FS

Mereka bangun lalu (Mereka) turun KS KN


Ø
ke serambi

Antara buku yang menggunakan pendekatan transformasi generatif ini ialah buku Tatabahasa
Dewan, iaitu karangan Nik Safiah Karim et al. Buku ini menjelaskan aspek tatabahasa
berasaskan pendekatan ini sama ada dalam aspek morfologi mahu pun sintaksis.

Data Korpus Berkomputer

Penggunaan data korpus berkomputer dalam bidang linguistik bukanlah suatu yang baharu.
Perkara ini telah lama berlangsung dan mempunyai sejarah yang panjang. Hal ini kerana jika
ditinjau dari sudut sejarah, data korpus telah digunakan seawal tahun 1940-an lagi, iaitu pada
ketika itu ahli linguistik lapangan seperti Baos dan beberapa ahli linguistik struktural seperti
Sapir, Newman, Bloomfield dan Pike turut melakukan penelitian berasaskan data bahasa
yang dikumpulkan (McEnery et al., 2006). Data yang diteliti ini merupakan bahasa sebenar
yang dihasilkan oleh penutur natif. Hal ini bererti data bahasa bukanlah merupakan data
rekaan pengkaji bahasa. Istilah “berkomputer” ditambah kepada data korpus kerana istilah ini
secara relatifnya merupakan istilah moden yang diperkenalkan pada awal tahun 1980-an dan
amat sinonim dengan machine-readability (McEnery & Wilson, 1996). Machine-readablility
dikatakan sebagai de facto kepada data korpus moden kerana dengan penggunaan komputer
telah mengubah teknik penelitian bahasa yang lebih kuantitatif sifatnya. Walaupun teknik
kualitatif dapat memberikan perspektif yang terperinci dan begitu banyak terhadap data tetapi
teknik kuantitatif merupakan satu dimensi baharu dalam penyelidikan linguistik, khususnya
tatabahasa kerana kuantitatif mampu memberikan penghuraian fenomena tatabahasa dengan
lebih jelas.

Linguistik korpus membolehkan pengkajian secara kuantitatif dilaksanakan kerana


kemampuan komputer dalam pemprosesan data. Komputer bukan sahaja digunakan untuk
tujuan penstoran ribuan atau jutaan kata tetapi pemerolehan, pemprosesan dan penganalisisan

13
data mampu dilakukan oleh komputer. Di samping itu, tugas menganalisis data dapat
dilaksanakan secara tuntas dan pantas kerana komputer berkemampuan untuk melaksanakan
tugas carian data, mendapatkan kembali data, mengisih data dan menghitung data. Data
dalam bentuk elektronik ini boleh dimanipulasikan dengan menggunakan perisian tertentu
dan antara perisian yang digunakan dalam menganalisis data korpus ialah WordSmith Tools,
Xaira, Wmatrix dan AntConc. Bagaimanapun sesetengah data korpus mempunyai analytical
interfaces tersendiri, misalnya BNCweb mempunyai platform berasaskan web yang
digunakan untuk British National Corpus bagi tujuan menghitung, mengisih dan
memaparkan bentuk bahasa. Begitu juga data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka yang turut
memiliki analytical interfaces yang tersendiri bagi tujuan isihan data.

Pendekatan berasaskan data bererti pendekatan yang mengutamakan data berbanding teori
dalam penyelidikan bahasa. Hal ini bererti rumus bahasa dihasilkan berdasarkan kepada data
korpus yang diteliti. Data korpus ini berbeza daripada data korpus sebelumnya kerana
pendekatan berasaskan data ini terdiri daripada data yang tulen, data yang tidak dipilih-pilih
bagi memenuhi tujuan tertentu, data yang terdiri daripada jumlah yang besar, data yang
disusun secara sistematik dan data yang tidak dianotasi terlebih dahulu berdasarkan kepada
teori-teori yang wujud sebelumnya (Hunston dan Gill, 1999).

Dalam penelitian tatabahasa, Fries (1952) antara peneliti yang menghuraikan tatabahasa
bahasa Inggeris berdasarkan data korpus (McEnery dan Wilson, 2001). Buku The Structure of
English yang dihasilkan oleh Fries telah menggunakan sejumlah 250,000 patah perkataan
daripada rakaman perbualan telefon dan analisis dilakukan secara manual. Dari segi sejarah
penelitian bahasa pada peringkat awal, iaitu tahun-tahun 1800, pendekatan yang digunakan
untuk menghuraikan bahasa dan pembentukan model bahasa adalah berasaskan data korpus,
tetapi pada akhir tahun 1950-an sehingga 1980-an, pendekatan ini semakin kurang popular
dan menjadi pendekatan yang marginal akibat daripada desakan bahawa linguistik tidak
memerlukan data empirikal (Sampson, 2005). Hal ini disebabkan penolakan terhadap
penggunaan data korpus dalam pembentukan model bahasa dan huraian bahasa. Hanya
sekitar akhir tahun 1980-an, data korpus berkembang semula selari dengan perkembangan
dalam bidang pengkomputeran. Bahkan, sejak akhir-akhir ini dapat dilihat peningkatan dalam
bidang linguistik korpus yang berlaku secara besar-besaran dan perkembangan ini tidak
terbatas kepada kajian bahasa Indo-Eropah sahaja, tetapi telah tersebar kepada bahasa-bahasa
lain di dunia. Antara pertentangan yang timbul ialah persoalan sama ada huraian bahasa perlu
berasaskan kepada pemerhatian terhadap data yang dibentuk secara rekaan atau pemerhatian
terhadap data yang terbentuk secara tabii (McEnery dan Wilson, 2001).

Chomsky yang membentuk model bahasa berasaskan minda merupakan golongan rasionalis
dan matlamat utama golongan ini adalah untuk mencapai kemunasabahan kognitif. Menurut
fahaman rasionalis aspek bahasa yang dijadikan asas dalam pembentukan teori perlulah
sempurna dan betul struktur ayatnya. Oleh itu, untuk meneliti ayat yang sempurna dan betul
strukturnya, maka data yang dikaji biasanya terdiri daripada ayat-ayat yang diperoleh
daripada informan yang kebanyakannya terdiri daripada ahli linguistik itu sendiri. Ahli-ahli
linguistik ini mencipta atau mereka ayat mereka sendiri. Tambahan pula, sebagai penutur asli,
ahli linguistik dikatakan berkeupayaan untuk membuat penilaian terhadap sempurna atau
tidak dan berstruktur atau tidak ayat yang dihasilkan. Berbeza dengan ahli linguistik korpus
yang menganggap diri mereka sebagai golongan empirikal, maka huraian bahasa perlulah
berasaskan aspek bahasa yang terbentuk secara tabii dan di luar sedar, iaitu penekanan
terhadap perlakuan bahasa. Mereka berpendapat bahawa “Our focus should be on what
happens, not what we think should happen”. Hal ini berbeza daripada golongan rasionalis

14
kerana mereka dikatakan “...represent micro fragments of data, they are atypical and most
often would be unlikely to occur as real life language” (Suad, 1999). Bahkan, bagi
menjadikan linguistik sebagai salah satu disiplin saintifik sama seperti disiplin-disiplin yang
lain, maka aspek empirikal amat diutamakan.

Titik permulaan bagi penyelidikan empirikal adalah berdasarkan data yang autentik, iaitu
diperoleh daripada data yang wujud secara tabii dan secara tipikalnya menerusi pemerhatian
data korpus. Oleh itu, model bahasa perlu dibina berdasarkan pemerhatian terhadap data
korpus bukan berdasarkan pemikiran seseorang ahli linguistik(McEnery dan Wilson, 2001).
Pemerhatian terhadap data yang berbeza-beza ini telah menghasilkan dua pendekatan yang
berbeza, (McEnery, Xiao dan Tono, 2006), iaitu pendekatan berasaskan intuisi atau
pendekatan berasaskan data korpus. Chomsky yang telah mengubah objek linguistik daripada
huraian bahasa yang abstrak sifatnya kepada teori yang menggambarkan realiti bahasa dan
model bahasa yang munasabah bergantung sepenuhnya kepada pendekatan berasaskan intuisi.
Sebaliknya, bagi golongan yang mementingkan kajian empirikal, penelitian bahasa perlu
berdasarkan sumber bukti dan data korpus merupakan bukti bagi bahasa yang dihuraikan itu.
Menerusi data korpus, dapat ditunjukkan bentuk bahasa penutur natif bahasa berkenaan.
Perkara ini dapat dilakukan kerana data korpus yang dibina biasanya mempunyai saiz yang
besar, iaitu terdiri daripada ratusan juta perkataan, terdiri daripada pelbagai bidang dan laras
serta diambil daripada pelbagai sumber, contohnya data yang termuat dalam monitor corpus.
Saiz yang besar ini telah menghasilkan pola bahasa yang bermakna serta dapat memberikan
gambaran tentang sifat bahasa secara konsisten dan membolehkan peneliti tatabahasa
mengeksploitasi data yang telah ada sepenuhnya dengan menggunakan perisian-perisian
tertentu.

Peranti Analisis Data Korpus

Bagi data korpus sedia ada seperti British National Corpus (BNC), Bank of English (BoE),
American National Corpus dan Longman-Lancaster Corpus lazimnya dilengkapkan bersama-
sama dengan peranti analisis data. Begitu juga bagi sesetengah data korpus yang dibangunkan
sendiri (DIY corpus), perisian-perisian tertentu seperti WordSmith Tools, Xaira, Wmatrik dan
AntConc digunakan untuk menganalisis data. Pada umumnya, peranti asas bagi analisis data
korpus terdiri daripada senarai frekuensi dan baris konkordans. Menurut Hunston (2002),
data korpus sebenarnya tidak mengandungi maklumat baharu tentang bahasa, tetapi perisian
data korpus memberikan perspektif baharu terhadap bentuk bahasa yang biasa atau lazim.

Frekuensi merupakan teknik analisis data korpus yang paling asas dan teknik ini mendasari
analisis data korpus. Apabila frekuensi dijana daripada data korpus, perisian korpus akan
melakukan carian (search) semua item yang terdapat di dalamnya dan memberikan jumlah
seluruh token dan type. Jumlah keseluruhan ini kemudiannya dihasilkan dalam bentuk senarai
frekuensi yang boleh disusun mengikut urutan kekerapan perkataan atau urutan abjad. Yang
berikut merupakan contoh urutan frekuensi yang diperoleh daripada perisian AntConc.

15
Jadual 2
Senarai Frekuensi (urutan kekerapan perkataan)

Jadual senarai frekuensi mengikut kekerapan jumlah perkataan membolehkan maklumat


berkaitan jumlah token yang paling tinggi kekerapannya diteliti. Menerusi maklumat ini,
hipotesis awal yang boleh dibuat ialah data korpus ini banyak menggunakan kata tugas, iaitu
penanda relatif yang dan kata hubung dan. Ini memberikan maklumat awal bahawa korpus ini
kerap menggunakan ayat majmuk. Di samping itu, perkataan beliau yang merupakan kata
ganti nama diri untuk rujukan hormat dapat menjelaskan genre korpus ini, iaitu autobiografi.

Di samping itu, menerusi senarai frekuensi juga dapat diteliti lemma kata kerana perisian
dalam data korpus boleh menyenaraikan kesemua token yang berbeza secara berasingan
berbanding mengelompokkannya dalam entri yang sama. Contohnya token ditubuhkan,
ditubuhkannya; dituju, ditujukan; dan ditukar, ditukarkan diletakkan dalam entri yang
berbeza.

Jadual 3
Entri bagi setiap token

16
Jadual frekuensi ini boleh dimanfaatkan oleh peneliti tatabahasa kerana peneliti dapat
mengesan semua kata kerja yang terdapat dalam korpus berkenaan sama ada kata kerja
transitif mahupun kata kerja tidak transitif. Di samping frekuensi kata secara tunggal, senarai
frekuensi juga boleh dibentuk secara gugusan kata. Yang berikut merupakan contoh jadual
gugusan kata bagi kata makan yang hadir dalam data korpus. Menerusi jadual ini,
ditunjukkan gugusan kata yang terdiri daripada dua perkataan.

Jadual 4
Senarai Gugusan Kata

Kombinasi dua kata atau lebih yang ditunjukkan oleh senarai frekuensi ini diistilahkan
sebagai “true multiword units” yang merupakan rangkaian kata yang boleh hadir sekali atau
berulang kali dalam data korpus (Scott, 2006). Menerusi frekuensi gugusan kata ini, dapat
dikesan secara cepat kombinasi kata yang tinggi frekuensinya. Contohnya dalam data yang
diteliti frasa “makan minum” lebih kerap jumlahnya berbanding “makan malam”.
Bagaimanapun, jumlah ini didapati jauh lebih kerap digunakan berbanding “makan ubi”,
“makan daging” atau “makan ikan”. Jadual frekuensi ini juga memaparkan pola tatabahasa,
dan daripada jadual ini dapat dipetakan pola kata kerja transitif “makan”, iaitu kata kerja
yang diikuti oleh satu unsur lain sama ada sebagai objek atau sebagai penerang. Berdasarkan
kepada beberapa contoh di atas, pada umumnya senarai frekuensi ini dapat memberikan
maklumat awal bagi memahami teks dari sudut leksikal dan dengan memanipulasinya dalam

17
pelbagai cara (dengan cara mengubah-ubah bentuk frekuensi) dan boleh menimbulkan
pelbagai pola bagi membolehkan aspek tatabahasa dijelaskan dengan lebih mendalam.

Konkordans (Concorandce)

Konkordans merupakan salah satu peranti penting bagi dalam inguistic korpus. Konkordans
membolehkan kita untuk meneliti data korpus dan mendapatkan urutan aksara dalam
kepanjangan tertentu, iaitu aksara ini boleh sahaja terdiri daripada kata, atau sebahagian kata
atau frasa. Bentuk ini secara tipikalnya dalam format baris demi baris dan konteks bagi setiap
contoh boleh diteliti dengan jelas di kiri dan kanan kata kunci. Konkordans merupakan teknik
analisis yang amat penting dalam inguistic korpus kerana konkordans membenarkan
sejumlah besar data yang dimuatkan dalam satu tempat berserta konteksnya yang sebenar.
Baris-baris konkordans ini amat penting bagi ujian hipotesis dan generalisasi hipotesis.

Konkordans yang memaparkan kata berserta konteksnya ini diistilahkan sebagai key words in
context (KWIC). KWIC tidak terbatas cariannya kepada keseluruhan perkataan tetapi boleh
bentuk bukan berstatus perkataan seperti imbuhan, misalnya imbuhan meN- juga boleh
diperoleh. Dengan menggunakan wild card *, maka imbuhan meN- yang hadir dengan
pelbagai kata dasar yang terdapat di dalam korpus akan dipaparkan. Contoh:
Rajah 2
Baris Konkordans

konteks (kiri kata kunci) KWIC “meN-” konteks (kanan kata kunci)

Konkordans yang diperoleh ini lebih mudah untuk diteliti kerana baris-baris konkordannya
boleh diisih mengikut urutan abjad. Isihan ini boleh melibatkan kata kunci, atau isihan kata
yang ada di kiri atau di kanan kata kunci. Contoh yang berikut menunjukkan isihan terhadap
kata kunci.
Rajah 3
Baris Konkordans (Urutan Kata Kunci)

18
Bagi isihan kata di kiri dan kanan kata kunci, isihan boleh melibatkan kata pertama, kedua,
ketiga dan selebihnya berdasarkan keperluan penelitian. Contoh:

Rajah 4
Baris Konkordans (Isihan Kata Kunci)

Kepelbagaian program konkordans ini membolehkan pola dan bentuk- bentuk yang lazim
dalam tatabahasa dapat dipaparkan dengan lebih jelas. Secara khusus konkordans dapat
memaparkan bentuk-bentuk tipikal dalam bahasa kerana menerusi analisis konkordans,
frekuensi makna yang paling lazim dapat ditunjukkan. Di samping itu, konkordans juga boleh
menunjukkan apakah kata yang lebih tinggi kolokasinya dengan sesuatu kata kunci. Misalnya
dalam menerusi konkordans dapat ditentukan adakah makan malam atau makan nasi yang
lebih kerap. Begitu juga aspek tatabahasa seperti pada tahap atau di tahap. Penggunaan data
korpus berkomputer ini membolehkan pelbagai aspek tatabahasa boleh ditinjau semula.
Sebelum ini, apabila pergantungan banyak kepada intuisi telah bergantung sepenuhnya
kepada data telah menyebabkan generalisasi dilakukan ke atas sesuatu aspek tatabahasa.

Kesimpulan

19
Tatabahasa bahasa Melayu di Malaysia menggunakan pelbagai pendekatan dalam
menghuraikan setiap aspek tatabahasa. Huraian yang diberikan adalah selari dengan kajian-
kajian tatabahasa bahasa utama yang lain khususnya bahasa Inggeris. Setiap pendekatan
mempunyai perbezaan yang agak ketara dalam menjelaskan perlakuan tatabahasa bahasa
Melayu. Pada peringkat awal, aspek semantik menjadi asas dalam penghuraian tatabahasa.
Bagaimanapun apabila pendekatan struktural mula digunakan dalam menghuraikan
tatabahasa bahasa Inggeris, maka bahasa Melayu turut dihuraikan dengan cara yang sama.
Tambahan pula, penekanan yang diberikan terhadap data sebagai bahan penyelidikan bahasa
telah membolehkan perlakuan tatabahasa diteliti berdasarkan ayat-ayat yang dikumpulkan.
Pada pertengahan tahun 1980-an, apabila berlakunya perubahan besar dalam penelitian
tatabahasa yang mengutamakan aspek preskriptif dalam tatabahasa telah menyebabkan
tatabahasa transformasi diterapkan. Bagaimanapun, kepesatan dalam bidang pengkomputeran
mutakhir ini secara tidak langsung, turut mempengaruhi cara menjelaskan perlakuan
tatabahasa. Menerusi data korpus yang besar saiznya, penghuraian tatabahasa kembali semula
kepada struktural yang mampu meneliti pola tatabahasa dengan lebih jelas dan mendalam.

Rujukan

Asmah Hj. Omar. (2008). Nahu Melayu mutakhir edisi kelima. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Bloch, B., dan Trager, G.L. (1942). Outline of linguistic analysis. USA : Linguistic Society
of America.
Broderick, J.P. (1975). Modern English linguistics: A structural and transformational
grammar. New York: Thomas Y. Crowell Co.
Hunston, S. dan Gills (1999). Pattern grammar: Corpus driven approach to the lexical of
English. Amsterdam: John Banjamins Publishing Co.
Jurafsky, D., dan Martin, J.H. (2000). Speech and language processing. New Jersey: Prentice
Hall.
McEnery, T., dan Wilson, A. (2001). Corpus linguistics: An introduction. Edinburgh:
Edinburgh University Press.
McEnery, T., Xiao, R., dan Tono, Y. (2006). Corpus-based language studies: An advanced
resource book. London and New York: Routledge Taylor and Francis.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Robins, R.H. (1951). Ancient and modern grammatical theory in Europe. London: G.Bell &
Sons Ltd.
Sampson, G. (2005). Quantifying the shift towards empirical methods. International Journal
of Corpus Linguistics. Amsterdam: John Banjamins Publishing Co.
Suad Awab. (1999). Multi-Word Units in a corpus-based study of MoU: Modal multi-word
units. Ph.D. Lancaster University.
Za’ba. (1940). Pelita bahasa Melayu penggal 1. Rujukan diambil daripada edisi baharu
(1958). Kuala Lumpur: Standard Engravers & Art Printers.

20
21

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai