Anda di halaman 1dari 4

GARIS PANDUAN

PENGURUSAN UJIAN TERBUKA


(OBT) SECARA DALAM TALIAN BAGI
CALON PEPERIKSAAN
KUPP IPGKKB 2021

GARIS PANDUAN PENGURUSAN UJIAN TERBUKA (OBT)


SECARA DALAM TALIAN BAGI CALON

1. Garis Panduan ini akan digunakan oleh calon semasa menduduki Ujian Terbuka
(OBT) secara dalam talian menerusi pelantar Google Classroom Peperiksaan. Masa
Ujian Terbuka (OBT) adalah sama seperti ujian bersemuka.

2. Calon perlu bersedia dengan capaian atau kemudahan internet yang stabil dan peranti
seperti laptop, telefon pintar dan sebagainya sebelum menduduki Ujian Terbuka
berkenaan.

3. Calon perlu mengemas kini alamat e-mel epembelajaran dan nombor telefon bimbit
bagi tujuan Ujian Terbuka (OBT) dengan Pensyarah/Pengawas/Pemeriksa masing-
masing.

4. Calon perlu memastikan menerima pautan atau invite kepada soalan Ujian Terbuka
(OBT) menggunakan kod kelas Google Classroom (GC) dan “join” Google Classroom
empat hari sebelum peperiksaan berlangsung berdasarkan Jadual Waktu Ujian
Terbuka (OBT).

Sebelum Peperiksaan (Ujian Terbuka) Bermula


(Satu Jam Sebelum Peperiksaan)

1. Calon membaca Taklimat Peperiksaan dalam GC yang dibuka bermula satu jam
sebelum peperiksaan bermula.

2. Calon mengesahkan kehadiran dengan Turn-In Kehadiran Ujian Terbuka dalam GC


yang dibuka satu jam sebelum peperiksaan bermula.
Semasa Peperiksaan (Ujian Terbuka) Berlangsung
(20 Minit Sebelum Peperiksaan hingga 30 minit bermula Peperiksaan)

1. Calon yang tidak mendaftarkan diri secara dalam talian selepas 30 minit
peperiksaan (Ujian Terbuka) bermula dikira tidak hadir peperiksaan.

2. Calon melengkapkan butiran pada Buku Jawapan yang disedikan yang dibuka 20
minit sebelum peperiksaan bermula.

3. Calon menyemak Buku Soalan apabila mendapat arahan daripada Ketua Pengawas.
Biasanya 10-5 minit sebelum peperiksaan, calon dikehendaki melihat pengumuman di
Stream dan simbol biru Buku Soalan telah muncul bagi Permulaan Peperiksaan.

4. Calon perlu mengesahkan penerimaan Buku Soalan dengan Turn-In Buku Soalan.

5. Calon boleh mula menjawab soalan berkenaan berdasarkan peruntukan masa


peperiksaan.

6. Calon menjawab soalan dengan menggunakan Buku Jawapan (Google Docs) yang
disediakan.

7. Calon perlu font Arial 12, serta langkau 1.5 baris bagi tulisan rumi manakala bagi Jawi
/Traditional Arabic 18 dan langkau 1.5 baris bagi tulisan Jawi/Arab,

8. Calon perlu mencatat angka giliran di sebelah kiri header dan kod kertas peperiksaan
di sebelah kanan header pada setiap helaian.

9. Calon seharusnya menjawab soalan secara individu dan diingat untuk tidak berbincang
dan meniru jawapan calon lain.

10. Calon juga harus diingatkan untuk mengelakkan plagiarisme dengan menggalakkan
calon mematuhi peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.
Selepas Peperiksaan (Ujian Terbuka) Tamat
(30 Minit Sebelum Peperiksaan Berakhir)

1. Calon berhenti menjawab soalan Ujian Terbuka mengikut masa yang telah ditetapkan.

2. Calon perlu Turn In Buku Jawapan pada bahagian Kelas atau Kursus misalnya
BMMB1 atau SJHK3192E.

3. Calon yang gagal menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah dikira
telah gagal peperiksaan berkenaan. Dalam kes ini, calon boleh membuat rayuan
sekiranya mereka mempunyai bukti bahawa mereka telah menghantar jawapan
berkenaan dalam masa yang telah ditetapkan.

4. Calon yang didapati meniru atau melakukan kesalahan plagiarisme boleh dikenakan
tindakan tatatertib atas kesalahan penyelewengan peperiksaan.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai