Anda di halaman 1dari 4

Teks Perasmi

YB Tuan Awang Husaini Bin Datuk Sahari


Ahli Parlimen P.173 Kawasan Putatan

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TANJUNG ARU II TAHUN 2019


16 MAC 2019

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam Sejahtera dan selamat pagi


kepada:

 Yang Berusaha, Puan Sukrani @ Mimi Hj Osman, Guru Besar SK Tanjung Aru II,

 Yang Dihormati, Tuan Mohd Nor B Mohamed, Yang Dipertua PIBG SK Tanjung

Aru II,

 En. Mohd. Soffian Bin Abu Bakar, Naib Yang Dipertua PIBG SK Tanjung Aru II,

 Pn. Pg. Siti Noorsiah Bt. Pg Abdullah, PK 1, Pentadbiran

 En. Abd. Rahman Bin Suliman, PK HEM,

 En. Andi Bin Olot, PK KOKUM,

 AJK PIBG SK Tanjung Aru II, Guru-guru, ibu bapa dan hadirin sekalian.

_________________________________________________________________

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sempena Mesyuarat Agung

PIBG Tahun 2019 bagi SK Tanjung Aru II. Saya merakamkan ucapan terima kasih di

atas jemputan untuk hadir ke majlis hari ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat

Agung PIBG sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penasihat dan

Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang , mengelola dan seterusnya

melaksanakan mesyuarat ini.


Tuan Puan yang dihormati sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat Agung PIBG sekolah mesti diadakan

pada setiap tahun. Disamping itu harus diingatkan bahawa perkara berkaitan dengan

Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu dipatuhi pada setiap masa

sepertimana yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 tahun 2001 yang dikeluarkan oleh

pejabat KPPM,KPM. Perkara-perkara yang disentuh didalam surat pekeliling itu ialah

PIBG sekolah bertujuan mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di

sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina

kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk

meningkatkan mutu pengajaran guru – guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain

mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan

komuniti setempat.

Disamping itu, PIBG juga mempunyai peranan saling melengkapi terhadap fungsi

Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana

sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru- guru di sekolah berkenaan.

Hadirin sekalian,

Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan para ibu

bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan

masa depan anak-anak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi

kunci kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil kira batasan kuasa PIBG seperti

yang telah saya terangkan tadi.


Harus juga diingatkan, kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah.

Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik

dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan

dengan segala gejala negatif di luar rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan

keperibadian anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil

untuk melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenangnya ke atas bahu para guru dan

pihak sekolah sepenuhnya. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif

untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan

pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah.

Tuan-tuan dan Puan-puan

Usaha-usaha AJK PIBG dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti yang lepas

telah juga dapat membantu sekolah dalam meningkatkan keceriaan persekitarannya,

memantapkan lagi hubungan guru bersama ibu bapa melalui pelbagai aktiviti anjuran

bersama seperti Sambutan Hari Raya, Sukan Tahunan, Hari Anugerah, Maulidur Rasul

dan banyak lagi. Selain daripada pencapaian di bidang akademik, diharapkan murid-

murid sekolah ini akan cemerlang dalam bidang-bidang lain juga.

Di samping itu, sebagai ibu bapa, diharapkan jasa dan pengorbanan guru-guru sekolah

ini dihargai dan sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak berbincanglah dengan

penuh hemah dan bijaksana. Tindakan terburu-buru dan cepat melenting tidak akan

mendatangkan kebaikan kepada semua pihak.


Para hadirin sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesimpatan di sini untuk

mengucapkan terima kasih di atas jemputan pada pagi ini dan saya juga ingin

mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK PIBG yang bakal dipilih dan dilantik

sebentar nanti. Harapan saya semoga Mesyuarat Agung PIBG 2019 ini akan berjalan

lancar dan teratur. Dengan harapan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru ll

bagi Tahun 2019.

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai