Anda di halaman 1dari 2

NAMA BUKU: UMAR ABDUL AZIZ ( BAYANGAN KHALIFAH AL RASYIDIN)

PENGARANG: ABDUL LATIF TALIB


HARGA : RM 14.90
PENERBIT: PTS Publications (PTS Litera)

SINOPSIS

BUKU INI MENCERITAKAN KISAH Semasa hidupnya, Khalifah Umar al Khattab


selalu berdoa. “Wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.” Doa
Khalifah Umar al Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama
sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin
Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim binti Ashim bin Umar
al Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua. Beliau dilahirkan di Halwan pada tahun
61 Hijrah/683 Masihi. Namun pendapat yang popular mengatakan beliau lahir pada
tahun 63 Hijrah/684 Masihi di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari
Damsyik menyerang kota suci tersebut. Selepas menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz
yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan
pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira
keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan
yang beliau perjuangkan menyamai keadilan pada zaman datuknya, Khalifah Umar
Al-Khatab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh
pembesar yang angkuh dan zalim. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa
Umar Abdul Aziz dan mengapa dia dianggap sebagai bayangan khalifah al Rasyidin

PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT DARIPADA NOVEL INI IALAH”:


1. KITA HENDAKLAH SENTIASA ADIL DALAM MEMIMPIN DALAM SESEBUAH
ORGANISASI.
2. KITA PERLULAH BERBUAT BAIK DENGAN SEMUA ORANG TIDAK KIRA
KETURUNAN DAN PANGKAT.

Anda mungkin juga menyukai