Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN AKADEMIK

SMKDK 2022
SKRIP PENGACARA CATATA
N
YANG BERUSAHA
KATA ALU-
PN HOO LAI LAI
ALUAN
PENGETUA SMK DANAU KOTA

YANG DIHORMATI
KETUA -KETUA BIDANG, GURU KAUNSELING, RAKAN- RAKAN GURU
DAN MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita dapat bertemu di
pagi yang indah ini untuk sama-sama meraikan Majlis Pelancaran Bulan Akdemik Tahun
2022

Guru-guru dan murid-murid sekalian,


Bulan Akademik adalah gabungan Bidang Bahasa, Bidang Teknik dan Vokasional,
Bidang Sains dan Matematik serta Bidang Kemanusiaan. Ke empat–empat bidang
tersebut adalah amat penting dalam sistem pendidikan yang sedia ada. Dengan
berdasarkan kecenderungan dalam bentuk kebolehan, kemahiran, keupayaan dan
kelebihan yang ada pada seseorang murid membolehkan mereka memilih jurusan kerjaya
dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

Oleh itu, pihak sekolah melalui usaha gigih para guru bertanggungjawab untuk
mencungkil bakat para murid mengikut keupayaan murid tersebut. Adalah menjadi hasrat
para guru, ibu bapa dan masyarakat untuk melahirkan murid yang unggul dalam pelbagai
bidang di samping keutamaan murid untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik dengan ilmu yang diperolehi.

Sesungguhnya, ilmu itu umpama seribu permata berharga yang mampu mengubah
kehidupan seseorang di samping meningkatkan minda dan memajukan bangsa. Ilmu
mampu mempamerkan keupayaan generasi hari ini untuk menjadi pemimpin yang
disegani dan dihormati di masa akan datang.
NYANYIAN Oleh itu, majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Diminta semua hadirin
LAGU untuk berdiri.

*PASANG LAGU*

HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.

KALAU PERGI TANJUNG KERAMAT,


BACAAN DOA ANAK MANIS JANGAN DIANGKAT;
BERSAMA KITA MEMOHON RAHMAT,
MOGA MAJLIS MENDAPAT BERKAT.

OLEH ITU, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENADAH TANGAN


MENGAMINKAN DOA. BAGI YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM, ANDA
BOLEH BERTAFAKUR MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.

DIPERSILAKAN MOHD FADZIL SELAKU PENGAWAS BERTUGAS UNTUK


MEMIMPIN BACAAN DOA.

AMIN..AMIN YA RABBAL ALAMIN...


=================

TERIMA KASIH MOHD FADZIL ATAS BACAAN DOA ITU TADI

Guru-guru dan murid-murid sekalian, 


UCAPAN
PENGETUA Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara. 

Tirai ucapan pada pagi ini diteruskan dengan ucapan  Perasmian Bulan Akademik oleh
PENGETUA SMK DANAU KOTA Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Puan Hoo Lai Lai, untuk menyampaikan sepatah dua
kata.

Majlis mempersilakan….

UCAPAN PENGETUA
…………………………………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Hoo Lai Lai atas
kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

GIMIK HADIRIN SEKALIAN...


PERSEMBAHA
N Seterusnya, pihak majlis mempersilakan PN HOO LAI LAU DIIRINGI OLEH CIKGU
FAIZAL BIN MOHD SELAKU KETUA BIDANG KEMANUSIAAN naik ke pentas
untuk mengiringi Puan Hoo Lai Lai bagi upacara gimik pelancaran dari bidang
kemanusiaan sebagai simbolik pelancaran Bulan Akademik pada tahun ini.   

GIMIK PELANCARAN BIDANG KEMANUSIAAN


Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Puan Hoo Lai Lai atas kesudian merasmikan
Bulan Akademik pada kali ini.

PERSEMBAHA Seterusnya, bagi memeriahkan majlis, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
N MURID ………………………………………………………………………………………………
dari …………………………………………………………………………………….

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu menghiburkan. Untuk


pengetahuan semua, persembahan itu tadi adalah di bawah
bimbingan..........................................................................................................

Terima kasih jua diucapkan kepada beliau..

Untuk pengetahuan semua, tempoh pelaksanaan bulan akademik ini adalah bermula pada
KATA-KATA hari ini iaitu 08 Julai sehingga 08 ogos 2022 Dengan pelbagai aktiviti yang akan
ALUAN diadakan, penyertaan para murid amat dialu-alukan.
PENUTUP
Sebelum saya sudahi majlis, saya mewakili unit kurikulum mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
melaksanakan Pelancaran Bulan Akademik pada tahun ini.

Sekian, saya serahkan majlis kepada pengawas yang bertugas.

Anda mungkin juga menyukai