Anda di halaman 1dari 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SUNGAI PENCHALA Kod Sekolah: WBA0035

1. Nama Guru
ANIS SHAZREEN BINTI SHAMSIR

2. Judul KAEDAH STATISTIK DAN PENYELIDIKAN 3. Bidang: ELEKTIF

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Penulisan buku ini membantu mempertingkatkan mutu penghasilan tesis di kalangan pelajar
menerusi pemahaman yang betul tentang kaedah penyelidikan dan penulisan ilmiah. Ini kerana
penulis telah membuat penerangan yang mudah melalui pecahan kategori mengikut bahagian.

Ada 6 bahagian dan 18 bab. Pelajar berupaya untuk menghasilkan tesis yang bermutu menerusi
panduan tentang kaedah penyelidikan dan aspek-aspek penulisan ilmiah. Seperti yang kita
maklum, rujukan-rujukan sedia ada dalam bidang kaedah penyelidikan dan penulisan ilmiah boleh
dikatakan berat isi kandungnya. Ini mengurangkan kebolehserapan maklumat di kalangan
pelajar tentang aspek-aspek yang dimuatkan dalam rujukan-rujukan berkenaan dan akhirnya
menjadikan pelajar agak keliru serta tidak dapat merealisasikannya dalam penyelidikan mereka.

Selain itu, tidak semua pelajar berpeluang mendapat pendedahan tentang kaedah penyelidikan
dan penulisan ilmiah, terutama pelajar yang membuat kajian secara separuh masa. Penulisan
buku ini adalah satu usaha untuk mengembangkan pengetahuan dan pengalaman penulis
di kalangan pelajar secara lebih meluas. Buku ini memudahkan pelajar dalam memahami aspek-
aspek penyelidikan tesis dan penulisan ilmiah menerusi pembacaan ringan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Isi kandungan buku ini telah dipermudahkan sedemikian rupa supaya pelajar mendapat maklumat
tentang sesuatu aspek penyelidikan dan penulisan ilmiah dengan hanya menyemak catatan-
catatan ringkas mengenai aspek berkenaan di bawah topik tertentu. Bolehlah dikatakan bahawa
catatan-catatan tersebut menyerupai "senarai item" sesuatu benda dan, dengan itu, ia lebih
memudahkan pelajar menyerap dan mengingati maklumat yang diingini.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

i). Mengenalpasti kaedah yang tepat dalam melakukan penyelidikan

ii) Dapat memastikan kajian yang dijalankan bermutu serta kebolehpecayaan terhadap data yang
tinggi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(ANIS SHAZREEN BINTI SHAMSIR) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SUNGAI PENCHALA Kod Sekolah: WBA0035

1. Nama Guru
ANIS SHAZREEN BINTI SHAMSIR
BERSAMA SUSAH ADA
2. Judul 3. Bidang: MOTIVASI
KESENANGAN
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan tentang ujian yang kita hadapi silih berganti. Keredaan penting supaya
kita sentiasa berlapang dada dan berfikiran positif.

Disamping itu, buku ini juga menerangkan cara kita untuk mendapatkan rahmat dan kasih sayang
Allah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar kita supaya sentiasa redha dalam setiap ujian yang dihadapi. Setiap ujian yang
dihadapi dating silih berganti merupakan ujian Allah untuk kita. Ujian itu untuk mendidik kita. Allah
mendidik kita dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Di setiap kesusahan pasti aka nada
kesenangan di kemudian hari.

Kita juga mahu Allah memandang kita dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Jadi kita perlulah
memandang orang lain dengan pandangan kasih saying tanpa melihat pangkat atau darjat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia
dari negative ke positif. Selain itu, buku ini juga memberikan kit acara untuk sentiasa disayangi
oleh orang sekeliling.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(ANIS SHAZREEN BINTI SHAMSIR) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SUNGAI PENCHALA Kod Sekolah: WBA0035

1. Nama Guru
ANIS SHAZREEN BINTI SHAMSIR
3. Bidang: AMALAN DAN NILAI
2. Judul BUDAYA KERJA CEMERLANG
PROFESIONALISME
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menyentuh tentang rahsia “A-B-C” dalam kerja iaitu A untuk adab, B untuk bantu dan C
untuk ceria. Tidak kira sama ada kita adalah pengurus, pentadbir mahupun pekerja sokongan,
kita perlu beradab sesama sendiri.Ketika melaksanakan tugas harian, kita boleh mempraktikkan
cara seperti berikut :

i) Nyatakan hasrat dan permintaan dengan memulakan ungkapan dengan perkataan


“Tolong”
ii) Maklum balaskan setiap jawapan walaupun berbentuk negatif dengan ucapan “Terima
kasih.”
iii) Terima sebarang kegagalan atau kecuaian dengan meminta maaf dengan ikhlas.

Dalam pengurusan setiap pekerja perlu bantu-membantu antara satu sama lain dan bekerja
dalam satu kumpulan. Setiap pekerja tidak mungkin bersemangat untuk melaksanakan tugasan
sekiranya tiada suasana yang ceria. Justeru, kita perlu belajar untuk memberi senyuman dan
apresiasi kepada orang lain atas apa yang mereka telah lakukan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Ikhlas, prihatin, bekerjasama, bertimbang rasa, berdisiplin, bertanggungjawab

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini mengemukakan pelbagai pendekatan untuk menjadi pekerja yang bermotivasi dalam apa
sahaja bidang yang diceburi. Ini boleh diaplikasikan dalam suasana sekolah dan dalam bidang
Pendidikan serta boleh membawa faedah kepada guru, murid serta sekolah sebagai sebuah
organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(ANIS SHAZREEN BINTI SHAMSIR) ( )

Anda mungkin juga menyukai