Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI PERKHEMAHAN PERDANA

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En. Abdullah Bakri Bin Busu, Pen. Kanan Pentadbiran
serta Penolong-penolong Kanan dan Guru-guru kanan SMK Pangkor masuk kedalam dewan.

Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan negeri Perak.


Hadirin diminta berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.

Yang Berusaha En. Abdullah Bakri Bin Busu


Penolong Kanan Pentadbiran

En. Agu Sefandi B. Hj. Ismail


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Hayati bt Hashim


Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru-guru seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. 

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan
sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Penutup Program Perkhemahan bagi tahun
2019. Untuk makluman hadirin sekalian pelbagai pengisian atau aktiviti dijalankan sepanjang
program perkhemahan ini melibatkan semua unit badan beruniform SMK Pangkor.Dengan adanya
pengisian aktiviti atau program seperti ini diharapkan SMK Pangkor dapat melahirkan murid-murid
yang Cemerlang, Gemilang & Terbilang  dari aspek sahsiah, ketrampilan diri, juga kehebatan bergiat
aktif dalam bidang kokurikulum. 

Tanpa melengahkan masa yang semakin berdetik kita mula dan memuliakan majlis, dengan sama-
sama menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk
itu, majlis mempersilakan  Al Fadhil _______________ untuk memimpin bacaan  doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil ___________________ atas bacaan doa


sebentar tadi.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini tibalah kita ke upacara yang dinantikan iaitu ucapan perasmian penutupan Program
Perkhemahan Kokurikulum bagi tahun 2019 oleh Yang Berusaha En. Abdullah Bakri Bin Busu Pen.
Kanan Pentadbiran SMK Pangkor. Untuk itu Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha En. Abdullag Bakri Bin Busu, atas
kesudian menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan penutupan Program Perkhemahan
Kokurikulum bagi tahun 2019 sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini, kita teruskan majlis dengan acara penyampaian hadiah bagi para pelajar. Untuk
menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang BerusahaEn.
Abdullah Bakri Bin Busu diringi __________________________untuk menyampaikan hadiah
kepada para pelajar yang telah memenangi acara yang dipertandingkan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha En. Abdullah Bakri Bin Busu  atas
kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah sebentar tadi.

Hadirin sekalian, kita teruskan dengan acara penyampaian sijil bagi para pelajar. Dengan itu
dijemput_______________________________________________diringi
_______________________untuk menyampaikan sijil tersebut.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada __________________________________


untuk sesi penyampaian sijil itu tadi.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

 Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian sijil  itu tadi maka kita telah pun berada di
penghujung acara
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja

         Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati

Moga  berjumpa lagi di lain hari.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis Perasmian Penutupan Program Perkhemahan
Kokurikulum merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telibat dan memberikan
kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Saya juga memohon ribuan kemaafan sekiranya
terdapat sebarang kekurangan sepanjang mengacarakan majlis.

Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai