Anda di halaman 1dari 94

PANDUAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MATA PELAJARAN BIOLOGI
TINGKATAN 4

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2020
Terbitan 2020
© Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan
mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini
dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Aras 4-8 Blk E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

CIP/ISBN
ISBN XXXX

Diterbitkan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4-8 Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.
KANDUNGAN

Rukun Negara……………………………………………………………………... v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan………………………………………………. vi

Definisi Kurikulum Kebangsaan…………………………………………………. vii

Kata Aluan…………………………………………………………………………. ix

Pengenalan………………………………………………………………………… 1

Contoh 1: Mekanisma Pembekuan Darah.…………………………………….. 7

Contoh 2: Asid Nukleik….……………………………………………………….. 15

Contoh 3: Enzim…....…………………………………………..………………… 23

Contoh 4: Serangan Jantung.…………………………………………………... 31

Contoh 5: Nutrisi dan Sistem Penghadaman Manusia….…………………… 41

Contoh 6: Pembahagian Sel……...…………………………………………….. 53

Contoh 7: Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma…………………. 63

Contoh 8: Respirasi…...……..…………………………………………….……... 71

Panel Penulis………………………………………….……………….…………... 79

Penghargaan.………………………………………………………….…………… 80
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang
berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997


[PU(A)531/97.]

vii
KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah dengan izin dan limpah kurnia-Nya,


Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berjaya
menghasilkan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) sebagai bahan sokongan bagi pelaksanaan
KSSM Biologi Tingkatan 4 dan 5. Bahan ini diharap
dapat digunakan sebagai panduan dan pencetus idea
kepada guru dalam merancang dan melaksanakan
aktiviti PdP yang menarik dan berkesan.

Panduan PdP ini mengandungi exemplar atau contoh


PdP bagi Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran terpilih. Contoh yang disediakan boleh
dirujuk dalam usaha guru mempelbagaikan strategi dan
kaedah PdP (termasuk penggunaan teknologi) agar pembelajaran lebih bersifat
hands-on dan minds-on; menggalakkan aktiviti penyelesaian masalah yang berkaitan
dengan kehidupan harian di samping memupuk kemahiran dan nilai saintifik murid.

Sebagai bahan sokongan kurikulum, Panduan PdP ini memberi pendedahan kepada
aktiviti yang melibatkan kandungan sedia ada dan yang baharu diperkenalkan dalam
KSSM Biologi. Penyediaan contoh PdP dalam dokumen ini bertujuan memastikan
guru dapat menyampaikan kandungan khususnya kandungan baharu dengan yakin
dan berkesan. Aktiviti PdP yang disediakan dapat memperkukuhkan konsep, prinsip
dan teori Biologi selain membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif selaras dengan
hasrat pembelajaran abad ke-21.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak
yang terlibat dalam penghasilan Panduan PdP KSSM Biologi ini. Semoga Panduan
PdP ini dapat dimanfaati oleh pelbagai pihak dalam usaha meningkatkan kualiti
pendidikan negara dan sumber tenaga kerja akan datang.

Sekian, terima kasih.

DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID


Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2020

ix
PENDAHULUAN
Malaysia perlu menyediakan masyarakat yang
berorientasikan sains, berpengetahuan,
berpandangan ke hadapan, inovatif dan
menyumbang kepada perkembangan
saintifik dan teknologi agar berupaya
menghadapi ketidaktentuan dan
kerencaman di masa hadapan.
Transformasi Pendidikan di bawah Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013 – 2025 mengaspirasikan murid yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran lebih
dari satu bahasa, etika dan kerohanian serta berpegang kepada identiti nasional.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran sains dan
matematik yang digubal mengambil kira antara lain aspirasi murid yang digariskan,
perkembangan dalam bidang sains dan teknologi, dan kemahiran yang diperlukan di
masa hadapan bagi melahirkan bakal sumber tenaga yang kreatif, kritis, bersifat ingin
tahu, berdaya tahan, berfikiran terbuka serta celik sains dan teknologi. Bagi
menyokong pelaksanaan kurikulum, bahan sokongan kurikulum seperti Panduan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) disediakan untuk rujukan guru dan pihak lain
yang berkepentingan.

Panduan PdP KSSM Biologi menekankan pembelajaran secara mendalam melalui


strategi dan pendekatan PdP yang berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Fokus diberikan kepada pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri,
penyelesaian masalah, pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif,
pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan STEM. Selain itu, penekanan turut
diberi kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan untuk membolehkan murid bersaing
di peringkat global. Panduan PdP ini juga menitik beratkan perkembangan semasa
dalam bidang sains dan teknologi, industri revolusi terkini dan Sustainable
Development Goals (SDG).

Panduan PdP ini boleh digunakan oleh guru sebagai panduan dan pencetus idea
dalam merancang PdP yang menarik dan berkesan. Panel penulis dokumen ini yang
terdiri daripada guru berpengalaman dan pakar mata pelajaran menyediakan aktiviti
yang sesuai dengan standard kandungan terpilih.

1
Rekabentuk Buku Panduan PdP

Panduan PdP KSSM Biologi merangkumi exemplar yang boleh digunakan oleh guru
dalam merancang dan melaksanakan PdP yang berkesan. Struktur exemplar yang
dicadangkan boleh digunakan untuk tajuk lain sesuai dengan strategi PdP yang dipilih.

Secara umumnya, exemplar ini terdiri daripada:

Bidang Standard Standard Objektif


Tempoh PdP
Pembelajaran Kandungan Pembelajaran Pembelajaran

Bahan Bantu Persediaan Cadangan


Sinopsis Strategi PdP
Mengajar Guru Aktiviti PdP

Pentaksiran Penutup Lembaran Kerja

Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

Contoh PdP yang disediakan dalam buku panduan ini adalah berdasarkan Bidang
Pembelajaran, Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang
terdapat di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM
Biologi.

Guru perlu merancang dan membuat persediaan untuk melaksanakan aktiviti PdP
berdasarkan SK dan SP yang telah dipilih. Guru boleh menggabungkan beberapa SK
atau SP dan melaksanakan PdP tersebut secara bertema atau modular agar PdP
lebih menarik, mencabar dan berkesan. Bagi mencapai standard yang ditetapkan
dalam SK dan SP, guru perlu menetapkan dan merancang objektif pembelajaran yang
perlu dicapai oleh murid di akhir setiap sesi PdP.

Pemilihan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan (SK) dan


Standard Pembelajaran (SP)

Penentuan dan penulisan Objektif Pembelajaran

2
Objektif Pembelajaran

Objektif Pembelajaran yang dinyatakan dalam exemplar adalah objektif atau sasaran
yang perlu dicapai oleh murid dalam PdP yang telah dirancang. Dalam menetapkan
okbjektif pembelajaran, guru boleh mengambil kira tuntutan dan keperluan SK dan
SP, strategi pembelajaran, aktiviti dan kaedah pentaksiran.

Secara dasarnya, penulisan bagi objektif pembelajaran perlulah spesifik, boleh diukur,
boleh dicapai dan berfokus dan bersesuain dengan tempoh PdP.

Pemilihan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan (SK) dan Standard


Pembelajaran (SP)

Penentuan dan penulisan Objektif Pembelajaran

Tempoh PdP perlu ditetapkan untuk mencapai Objektif Pembelajaran

Tempoh PdP

Tempoh PdP yang dirancang adalah fleksibel dan tidak terikat hanya kepada satu sesi
PdP sahaja. Tempoh PdP yang dicadangkan dalam exemplar buku panduan ini
bersesuaian dengan strategi pembelajaran dan aktviti yang dirancang.

Tempoh PdP boleh ditetapkan mengikut kesesuaian PdP berdasarkan SK dan SP,
objektif pembelajaran yang telah ditetapkan bagi PdP tersebut, strategi pembelajaran
dan aktiviti yang telah dirancang.

3
Pemilihan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan (SK) dan
Standard Pembelajaran (SP)

Penentuan dan penulisan Objektif Pembelajaran

Tempoh PdP perlu ditetapkan untuk mencapai Objektif Pembelajaran

Strategi pembelajaran dan aktiviti pembelajaran ditetapkan dan


dirancang sesuai dengan tempoh PdP. Perancangan aktiviti melibatkan
persediaan guru dan penyediaan bahan bantu mengajar

Strategi Pembelajaran dan Aktiviti PdP

Dalam merancang dan melaksanakan PdP, terdapat beberapa strategi yang boleh
digunakan oleh guru. Guru disarankan untuk mempelbagaikan strategi PdP supaya
pembelajaran lebih menyeronokkan, berkesan dan sesuai dengan keperluan murid
yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kebolehan.

Antara strategi yang disarankan adalah:

Penyelesaian Pembelajaran Pembelajaran Pendekatan Inkuiri


Masalah Berasaskan Projek Koperatif (5E)

Pembelajaran Luar
Pendekatan STEM
Bilik Darjah

Contoh PdP dalam buku panduan ini mencadangkan strategi yang sesuai dengan SK
dan SP yang dipilih dan aktiviti yang dirancang bagi mencapai objektif pembelajaran.

Aktiviti PdP yang dirancang perlu menarik, kontekstual bagi menjadikan pembelajaran
lebih bermakna. Aktiviti yang dicadangkan dalam exemplar dirancang dengan
mengambil kira kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid seperti kemahiran berfikir
aras tinggi, kemahiran saintifik, kemahiran abad ke-21 dan kemahiran menyelesaikan
masalah. Elemen merentas kurikulum juga diterapkan dalam penulisan aktiviti PdP

4
dan mengambil kira sikap saintifik dan nilai murni yang boleh diterapkan apabila aktiviti
dalam exemplar ini dijalankan. Aktiviti PdP ini juga dirancang bersama-sama dengan
pentaksiran.

Pemilihan Bidang Pembelajaran, Standard Kandungan (SK) dan


Standard Pembelajaran (SP)

Penentuan dan penulisan Objektif Pembelajaran

Tempoh PdP perlu ditetapkan untuk mencapai Objektif Pembelajaran

Strategi pembelajaran dan aktiviti pembelajaran ditetapkan dan


dirancang sesuai dengan tempoh PdP. Perancangan aktiviti melibatkan
persediaan guru dan penyediaan bahan bantu mengajar

Pentaksiran dirancang bersama-sama aktiviti

Pentaksiran

Guru perlu mentaksir murid secara kolektif dan holistik dengan melihat semua aspek
semasa proses pembelajaran. Tahap penguasaan murid bagi aktiviti dalam exemplar
yang disediakan merujuk kepada Standard Prestasi di akhir setiap Bidang
Pembelajaran dalam DSKP. Murid telah menguasai sesuatu perkara apabila berjaya
mencapai tahap penguasaan yang telah ditetapkan dalam aktiviti tersebut. Tahap
penguasaan yang dicadangkan untuk aktiviti yang dirancang disertakan bersama-
sama contoh PdP dalam panduan ini.

Akhir kata, buku ini diharap dapat mencetuskan idea dan memacu kreativiti guru untuk
mempelbagaikan strategi dan meningkatkan keberkesanan PdP bagi semua tajuk
dalam KSSM Biologi. Pembelajaran yang menarik dan bermakna memberi kesan
mendalam kepada murid, seiring dengan harapan agar murid akan kekal berada
dalam bidang STEM.

5
CONTOH 1
Mekanisme Pembekuan Darah
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN
HAIWAN

Bidang Pembelajaran: 4.0 Komposisi Kimia Dalam Sel


5.0 Metabolisme Dan Enzim
10.0 Pengangkutan dalam Manusia Dan Haiwan
13.0 Homeostasis dan Sistem Urinari Manusia

Standard Kandungan: 4.5 Asid nukleik


5.2 Enzim
10.4 Mekanisme pembekuan darah
13.1 Homeostasis

Standard Pembelajaran: 4.5.4 Mewajarkan kepentingan asid nukleik dalam sel:


(i) pembawa maklumat perwarisan
(ii) penghasilan protein
5.2.2 Menaakul keperluan enzim dalam metabolisme
10.4.1 Mewajarkan keperluan mekanisme pembekuan
darah
10.4.2 Memerihalkan mekanisme pembekuan darah
10.4.3 Memerihalkan isu kesihatan yang berkaitan
dengan pembekuan darah:
(i) trombosis
(ii) embolisme
(iii) hemofilia
13.1.4 Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep
homeostasis dalam pengawalaturan
(iv) tekanan darah

Bahagian Pembangunan Kurikulum 9


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Kriteria Kejayaan: 1. Menjelaskan proses pembekuan darah.


2. Menganalisis masalah pembekuan darah dan
kesannya.
3. Mengenalpasti komponen mekanisme pembekuan
darah.
4. Menyatakan kesan kegagalan mekanisme pembekuan
darah.
5. Menyatakan cara mengatasi masalah pembekuan
darah untuk jangka masa pendek dan jangka masa
panjang.

Tempoh PdP: 2 jam

SINOPSIS
Standard pembelajaran 10.4.3 memerihalkan isu kesihatan yang berkaitan
pembekuan darah. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk menjalankan
aktiviti bagi memerihalkan isu kesihatan berkaitan pembekuan darah manusia.

Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan kaedah jelajah pembelajaran dan hot seat
di mana murid menjalankan perbincangan dan pembentangan untuk mempelajari
mekanisme pembekuan darah. Pembelajaran secara konstruktivisme juga digunakan
bagi membina pemahaman murid terhadap isu kesihatan tersebut. Selain itu, konsep
pembelajaran ini membolehkan murid menghubungkait idea asal dengan idea baru
bagi menstrukturkan semula idea mereka. Pembelajaran Kontekstual juga diterapkan
agar murid dapat mengaplikasikan teori dalam kehidupan mereka.

BAHAN BANTU MENGAJAR


 Komputer dan projektor LCD
 Kad manila berwarna
 Lembaran kerja murid
 Kerusi
 Pen Marker

STRATEGI PdP
Kaedah Inkuiri (5P) - Penglibatan (Engage), Penerokaan (Explore), Penerangan
(Explain), Pengayaan (Extend), Penilaian (Evaluate).

10 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN
HAIWAN
PERSEDIAAN GURU

1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP
KSSM Biologi Tingkatan 4.
2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan PdP dapat dijalankan
dengan lancar dan berkesan.
3. Guru perlu menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk
menggalakkan murid berfikir.
4. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep sains.
Pastikan kumpulan murid dalam kelas tidak terlampau ramai dalam setiap
kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza.
5. Murid telah mempelajari semua tajuk berkaitan dalam tema 1 dan tema 2
sebelum ini.

CADANGAN AKTIVITI PdP

Perkembangan
Aktiviti PdP
Pembelajaran
Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami standard
pembelajaran hari tersebut

Standard Pembelajaran:
4.5.4 Mewajarkan kepentingan asid nukleik dalam sel:
(i) pembawa maklumat perwarisan
(ii) penghasilan protein
5.2.2 Menaakul keperluan enzim dalam metabolisme
10.4.1 Mewajarkan keperluan mekanisme pembekuan darah
10.4.2 Memerihalkan mekanisme pembekuan darah
10.4.3 Memerihalkan isu kesihatan yang berkaitan dengan pembekuan darah:
(i) trombosis
(ii) embolisme
(iii) hemofilia
10.5.2 Menghubung kait kumpulan darah ABO dengan pendermaan darah
13.1.4 Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep homeostasis dalam
pengawalaturan
(iv) tekanan darah

Bahagian Pembangunan Kurikulum 11


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada:


(30 minit)
1. Menayangkan video mengenai :

a) mekanisme pembekuan darah atau

b) isu kesihatan yang berkaitan dengan pembekuan darah

The Romanovs and the "Royal Disease"


https:// www.youtube.com/watch?v=tEGznxHOGUw

2. Guru mencungkil pengetahuan murid tentang mekanisme


pembekuan darah atau isu kesihatan yang berkaitan dengan
pembekuan darah.

Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan.


(40 minit)
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberi satu tugasan untuk menjalankan
aktiviti jelajah pembelajaran.
3. Mengumpul bahan dan maklumat untuk tugasan yang
diberikan.
4. Setiap ahli memainkan peranan masing-masing semasa
aktiviti mengumpul maklumat pelbagai sumber.
5. Setiap kumpulan akan diberikan masa untuk meneroka
maklumat melalui jelajah pembelajaran.

Catatan : Guru boleh menggunakan kaedah PAK-21 yang


sesuai.

Penerangan Murid berkomunikasi dapatan penerokaan


(30 minit)
1. Guru menggunakan kaedah hot seat di mana setiap
kumpulan menghantar wakil.

2. Murid mempamerkan hasil aktiviti 1 (jelajah pembelajaran) di


papan kenyataan bilik darjah.

3. Guru menyemak dapatan dan memantapkan pemahaman


dari pembentangan murid.

Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baru


(20 minit)
Guru membimbing murid kepada pemahaman rawatan isu
kesihatan berkaitan dengan pembekuan darah menggunakan
kaedah kejuruteraan genetik.
Guru mesti membuat rumusan tentang pembelajaran hari
tersebut bersama murid.

12 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN
HAIWAN
PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP)

Penilaian Kolaborasi/Kerjasama Murid (sediakan rubrik Penilaian


Kendiri/Kumpulan)/ Pentaksiran Rakan Sebaya

Nota:

Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat
penambahbaikan pada PdPc akan datang.

PENUTUP
Contoh PdP ini boleh digunakan semasa PdP Tema 1 dan Tema 2.

Tahap Tafsiran
Penguasaan

1 Mengingat kembali - Murid dapat menyatakan fungsi asid nukleik,


enzim dan platlet dalam mekanisme pembekuan darah.
Murid dapat menyatakan empat kumpulan darah (ABO).

2 Memahami - Murid dapat menjelaskan mekanisme pembekuan


darah dan fungsi platlet dalam pembekuan darah.

3 Mengaplikasi - Murid dapat mengaplikasikan kepentingan


pembekuan darah dalam mengekalkan tekanan darah yang normal.

4 Menganalisis - Murid dapat menganalisis statistik hemofilia di


Malaysia.

5 Menilai - Murid dapat memberi cadangan atau cara penyelesaian


untuk mengatasi isu kesihatan berkaitan dengan pembekuan darah.

6 Mereka cipta - Murid dapat menggunakan pengetahuan dan


kemahiran sains berkaitan dengan isu kesihatan yang melibatkan
pembekuan darah dalam konteks mengurangkan jumlah pesakit
yang mengalami thrombosis/ embolisme/ hemofilia dengan
mengambil kira nilai sosial/ ekonomi/ budaya masyarakat

Bahagian Pembangunan Kurikulum 13


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

LEMBARAN KERJA.
Aktiviti 1 : Jelajah Pembelajaran

Tugasan Kumpulan 1 Mengenalpasti komponen mekanisme pembekuan darah


Menjelaskan mekanisme pembekuan darah (mengaitkan
enzim dengan proses pembekuan darah)

Tugasan Kumpulan 2 Menyatakan satu contoh isu kesihatan berkaitan


mekanisme pembekuan darah (trombosis – punca, kesan,
langkah pencegahan dan rawatan

Tugasan Kumpulan 3 Menyatakan satu contoh kegagalan sistem pembekuan


darah (embolisme – punca, kesan, langkah pencegahan
dan rawatan)

Tugasan Kumpulan 4 Menyatakansatu contoh kegagalan sistem pembekuan


darah (mengaitkan hemofilia dengan asid nukleik – punca,
kesan, langkah pencegahan dan rawatan jangka masa
pendek & panjang)

Aktiviti 2 : Hot Seat

Murid berkomunikasi dapatan penerokaan dengan kaedah hot seat di mana setiap
kumpulan menghantar wakil.

14 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH 2
Asid Nukleik
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM (PBL) TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4

Bidang Pembelajaran: 4.0 Komposisi Kimia dalam Sel

Standard Kandungan: 4.3 Protein


4.5 Asid Nukleik

Standard Pembelajaran: 4.3.4 Mewajarkan kepentingan protein dalam sel.

4.5.3 Menghuraikan struktur polinukleotida:


(i) asid deoksiribonukleik (DNA)
(ii) asid ribonukleik (RNA)

4.5.4 Mewajarkan kepentingan asid nukleik dalam sel:


(i) pembawa maklumat pewarisan.
(ii) penghasilan protein

Kriteria Kejayaan Pembelajaran:


1. Melukis rantaian asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid
ribonukleik (RNA).
2. Menyatakan sekurang-kurangnya satu kepentingan asid
nukleik dalam sel sebagai pembawa maklumat perwarisan
dan dalam penghasilan protein.
3. Membina model DNA daripada bahan maujud seperti
manik, dawai, straw, kadbod dan polisterin.

Tempoh PdPc: 1.5 jam

SINOPSIS

Dalam tema Asas Biologi, murid diperkenalkan kepada struktur nukleotida dan
polinukleotida. Selain itu, murid dapat menerangkan kepentingan asid nukleik dalam
sel sebagai pembawa maklumat pewarisan dan dalam penghasilan protein.

Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh seterusnya boleh digunakan untuk


membina model DNA daripada bahan-bahan maujud seperti manik, dawai, straw,
kadbod dan polisterin.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 17


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM (PBL) TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4

BAHAN BANTU MENGAJAR

 Komputer dan projektor LCD


 Kertas A4
 Manik
 Dawai
 Straw
 Kadbod
 Polisterin
 Pensil
 Lembaran kerja murid

STRATEGI PdP

1. Kaedah Inkuiri (5P) - Penglibatan (Engage), Penerokaan (Explore),


Penerangan (Explain), Pengayaan (Extend), Penilaian (Evaluate).
2. Membina Model
3. Penyelesaian Masalah

PERSEDIAAN GURU

1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat Standard Kandungan dalam DSKP
KSSM Biologi Tingkatan 4.
2. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk
menggalakkan murid berfikir.
3. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep sains.
Tentukan kumpulan murid dalam kelas tidak terlampau ramai dalam setiap
kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza.
4. Sediakan lembaran kerja untuk diedarkan kepada setiap murid. Pilih latihan yang
sesuai yang berkaitan dengan Standard Pembelajaran di atas.

18 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM (PBL) TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4

AKTIVITI PdP

Perkembangan
Aktiviti PdP
Pembelajaran

Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami Standard


Pembelajaran hari tersebut.

Standard Pembelajaran:
4.3.4 Mewajarkan kepentingan protein dalam sel.
4.5.3 Menghuraikan struktur polinukleotida:
(i) asid deoksiribonukleik (DNA)
(ii) asid ribonukleik (RNA)
4.5.4 Mewajarkan kepentingan asid nukleik dalam sel:
(i) pembawa maklumat pewarisan.
(ii) penghasilan protein

Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada:


(20 minit)
1. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan
menunjukkan gambar tiga orang murid dari kaum berbeza.

2. Guru mengemukakan soalan seperti berikut:

 Lihat pada ciri-ciri yang terdapat pada ketiga-tiga murid


tersebut. Perihalkan apa yang anda lihat.
 Apakah faktor yang menyebabkan persamaan dan
perbezaan ciri pada mereka?

Bahagian Pembangunan Kurikulum 19


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM (PBL) TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4

3. Dapatkan jawapan melalui sumbang saran sehingga murid


boleh membuat kesimpulan bahawa asid nukleik adalah
penting sebagai pembawa maklumat pewarisan.

Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan.


(40 minit)
1. Guru menayangkan video pendek untuk memperkenalkan
kepentingan asid nukleik sebagai pembawa maklumat
pewarisan.

2. Menjalankan aktiviti melukis dan melabel rantaian asid


deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA) secara
berkumpulan

Dalam aktiviti ini, murid:


 menerangkan struktur nukleotida dengan jelas.
 menentukan pasangan setiap satu bes bernitrogen adalah
betul
 membincangkan bebenang DNA berpilin.

3. Dalam kumpulan, murid membina model DNA dan RNA


daripada bahan seperti manik, dawai, straw, kadbod dan
polisterin.

a. Guru menegaskan bahawa bebenang yang terbentuk


boleh membentuk RNA atau DNA. Guru mencetuskan
persoalan tentang perbezaan RNA dan DNA.

b. Guru menegaskan pembentukan pasangan bes


bernitrogen beserta ikatannya yang betul.

c. Sekiranya terdapat kesilapan pada struktur DNA/ RNA/


pasangan/ susunan bes bernitogen, murid membuat
pembetulan.

Penerangan Murid berkomunikasi dapatan penerokaan.


(20 minit)
1. Murid berkomunikasi dapatan penerokaan dengan model
DNA/RNA.

Persoalan kepada murid:


 Kenapakah nukleus dikatakan membawa maklumat
genetik?
 Lihat pada ciri-ciri yang terdapat pada ketiga-tiga murid
tersebut. Perihalkan apa yang anda lihat.
 Apakah faktor yang menyebabkan persamaan dan
perbezaan ciri pada mereka?
20 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM (PBL) TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4

 Bagaimanakah urutan nukleotida mempengaruhi dalam


penghasilan protein?

2. Guru menyemak dapatan dan memantapkan pemahaman


konsep dari pembentangan murid.

Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baharu


(10 minit)
Guru mengimbas kembali pada aktiviti berkaitan cantuman DNA
yang salah dan meminta murid membuat ramalan apa yang akan
berlaku jika nukleus mengalami perubahan pada susunan DNA.

Guru mesti membuat rumusan tentang pembelajaran hari tersebut


bersama murid.

PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP)

Penilaian Produk Murid (sediakan rubrik Penilaian Produk)


- Model DNA & RNA
Kolaborasi/Kerjasama Murid (sediakan rubrik Penilaian
Kendiri/Kumpulan) – Pentaksiran Rakan Sebaya

Nota:

Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat
penambahbaikan pada PdPc akan datang.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 21


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM (PBL) TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4

Tahap Tafsiran
Penguasaan

Mengingat kembali – Murid melukis rantaian asid deoksiribonukleik (DNA)


1
dan asid ribonukleik (RNA).

Memahami - Murid dapat menyatakan dengan lisan sekurang-kurangnya


2
satu kepentingan asid nukleik dalam sel sebagai pembawa maklumat
perwarisan dan dalam penghasilan protein.

Mengaplikasi - Murid dapat membina model DNA dan protein daripada


3
bahan maujud.

PENUTUP

Contoh PdP ini boleh digunakan dengan mengaitkan dengan topik Variasi yang akan
dipelajari pada Tingkatan 5.

22 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH 3
Enzim
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM BIOLOGI TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
TINGKATAN 4

Bidang Pembelajaran: 1.0 Pengenalan kepada Biologi dan Peraturan Makmal


5.0 Metabolisme dan Enzim

Standard Kandungan: 1.3 Berkomunikasi dalam Biologi


1.4 Penyiasatan Saintifik dalam Biologi
5.2 Enzim
5.3 Aplikasi Enzim dalam Kehidupan Seharian

Standard Pembelajaran: 1.3.1 Berkomunikasi tentang data eksperimen dengan


membina jadual berdasarkan data daripada
eksperimen yang dijalankan.
1.4.1 Mereka bentuk eksperimen untuk menyelesaikan
masalah dengan menggunakan kaedah
penyiasatan saintifik.
5.2.4 Mencirikan sifat umum enzim.
5.2.9 Mengeksperimen untuk mengkaji kesan suhu dan
pH terhadap aktiviti enzim amilase dan pepsin.
5.3.1 Menjelaskan dengan contoh aplikasi enzim dalam
kehidupan harian.

Kriteria Kejayaan Pembelajaran:


1. Mengendalikan bahan dan radas dengan betul.
2. Merekod pemerhatian terhadap keadaan larutan
dalam tabung uji dalam bentuk jadual.
3. Menganalisis keputusan dengan memplotkan graf.
4. Memberikan cadangan penggunaan enzim dalam
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian
seperti melembutkan daging, gastrik dan
pembersihan kotoran pada pakaian.

Tempoh PdP: 2 jam

SINOPSIS

Dalam tema Asas Biologi, murid diperkenalkan kepada Pengenalan Kepada Biologi
dan Peraturan Makmal dan Metabolisme dan Enzim.
Dalam modul ini, murid akan dapat melaksanakan eksperimen mengikut kaedah
penyiasatan saintifik yang telah dipelajari. Selain itu, murid juga dapat mencirikan
enzim dan juga dapat mengaitkan pengetahuan tentang enzim dengan aplikasi
dalam kehidupan seharian.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 25


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4

BAHAN BANTU MENGAJAR

 Komputer dan projektor LCD


 Bahan dan radas aktiviti 5.1 dan aktiviti 5.2

STRATEGI PdP
Kaedah Inkuiri (5P) - Penglibatan (Engage), Penerokaan (Explore), Penerangan
(Explain), Pengayaan (Extend), Penilaian (Evaluate).

PERSEDIAAN GURU

1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP
KSSM Biologi Tingkatan 4.

2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan pdp dapat dijalankan
dengan lancar dan berkesan.

3. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran


untuk menggalakkan murid berfikir.

4. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep


Biologi. Tentukan kumpulan murid dalam kelas tidak terlampau ramai dalam
setiap kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang
berbeza.

26 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM BIOLOGI TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
TINGKATAN 4

CADANGAN AKTIVITI PdP

Perkembangan
Pembelajaran Aktiviti PdP

Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami standard


pembelajaran hari tersebut.

Standard Pembelajaran:
1.3.1 Berkomunikasi tentang data eksperimen
dengan membina jadual berdasarkan data
daripada eksperimen yang dijalankan.

1.4.1 Mereka bentuk eksperimen untuk


menyelesaikan masalah dengan
menggunakan kaedah penyiasatan saintifik.

5.2.4 Mencirikan sifat umum enzim.

5.2.9 Mengeksperimen untuk megkaji kesan suhu


dan pH terhadap aktiviti enzim amilase dan
pepsin.
Menjelaskan
5.3.1 Menerangkan dengan contoh kegunaan enzim
dalam kehidupan harian.
dengan
Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada:
(30 minit)
1. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan
menunjukkan video :

https://www.youtube.com/watch?v=2njLsRJ5XSo

atau video yang berkaitan dengan keberkesanan detergen ke


atas penanggalan kotoran pada pakaian.

2. Guru mengemukakan soalan seperti berikut:


 Bagaimana bio detergen membantu membersihkan
kotoran organik seperti darah, daki, makanan dan klorofil
pada baju?

3. Guru mendapatkan jawapan melalui sumbang saran


sehingga murid boleh membuat keputusan bahawa tindak
balas enzim membantu membersihkan baju kotor.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 27


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4

Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan.


(50 minit)
1. Menjalankan aktiviti 5.1/5.2 (buku teks) secara berkumpulan
mengkaji kesan suhu terhadap aktiviti enzim amilase/kesan
pH ke atas aktiviti enzim pepsin.

2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan dan radas seperti


yang telah disenaraikan. Setiap murid perlu membaca dan
memahami prosedur eksperimen.

3. Guru mengingatkan murid untuk berhati-hati dalam


mengendalikan alat radas.

4. Guru menerangkan langkah berjaga-jaga:

(a) Pastikan substrat berada pada suhu optimum sebelum


memasukkan enzim ke dalam substrat (aktiviti 5.2).

(b) Jam randik dimulakan serta-merta sebaik sahaja enzim


dimasukkan ke dalam tabung uji.

Penerangan Murid berkomunikasi tentang keputusan eksperimen dalam


(20 minit) bentuk jadual dan graf.
Guru menyemak dapatan dan memantapkan pemahaman
tentang kesan suhu ke atas aktiviti enzim amilase/kesan pH ke
atas aktiviti enzim pepsin dari pembentangan murid.

Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baharu


(20 minit)
1. Guru meminta murid memberi contoh lain bagi penggunaan
enzim dalam kegunaan kehidupan seharian ataupun dalam
kegunaan industri.

2. Murid memberikan cadangan penggunaan enzim dalam


menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian seperti
melembutkan daging, gastrik dan pembersihan kotoran pada
pakaian.

3. Murid diminta untuk menghasilkan video tentang penggunaan


enzim dengan menggunakan bahan mentah yang mudah
didapati dalam kehidupan harian secara kreatif. Contohnya,
penggunaan enzim papain dari betik untuk melembutkan
daging.
ATAU
Murid digalakkan untuk menghasilkan bio enzim untuk
dipasarkan di sekolah.
(Catatan : Proses penghasilan video atau penghasilan bio
enzim menunjukkan murid dapat mencapai TP 6)

28 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM BIOLOGI TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
TINGKATAN 4

PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP)

Penilaian Laporan eksperimen


Video / Bio enzim
Nota:

Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat
penambahbaikan pada PdPc akan datang.

Tahap
Tafsiran
Penguasaan
1 Mengingat kembali - Murid dapat menyatakan pengetahuan dan
kemahiran asas mengenai biologi dan peraturan makmal.

Memahami - Murid dapat mencirikan sifat umum enzim dan


2
menjelaskan dengan contoh penggunaan enzim dalam kegunaan
kehidupan seharian.

Mengaplikasi - Murid dapat menjalankan ekperimen mengikut


3
prosedur dengan mengendalikan bahan dan radas dengan betul.

4 Menganalisis- Murid dapat menjelaskan pemerhatian yang terhadap


keadaan larutan dalam tabung uji dalam bentuk jadual dan
menganalisis keputusan dengan memplotkan graf.

Menilai - Murid dapat memberikan cadangan penggunaan enzim


5
dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian seperti
melembutkan daging, gastrik dan pembersihan kotoran pada
pakaian.

Mereka cipta- Murid dapat menghasilkan video tentang penggunaan


6
enzim dengan menggunakan bahan mentah yang mudah didapati
dalam kehidupan harian secara kreatif/digalakkan untuk
menghasilkan bio enzim untuk dipasarkan di sekolah.

PENUTUP
1. Contoh PdP ini boleh digunakan selepas murid selesai mempelajari Standard
Kandungan 5.2 iaitu Enzim.

2. Murid juga mengaplikasi kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam


menghasilkan video.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 29


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH 4
Serangan Jantung
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Bidang Pembelajaran: 4.0 Komposisi Kimia Dalam Sel


9.0 Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia
10.0 Pengangkutan dalam Manusia dan Haiwan

Standard Kandungan: 4.4 Lipid


9.6 Gizi Seimbang
9.7 Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Pencernaan dan
Tabiat Pemakanan
10.2 Sistem Peredaran Manusia
10.3 Mekanisme Denyutan Jantung
10.6 Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Peredaran
Manusia

Standard Pembelajaran: 4.4.2 Menjelaskan jenis lipid yang utama


9.6.3 Mewajarkan pengubahsuaian diet bagi individu
yang:
(i) mengalami obesity
(ii) menghidap penyakit tertentu
- diabetes mellitus.
- kardiovaskular.
- kanser.
9.7.3 Menghubungkaitkan isu kesihatan yang berkaitan
tabiat pemakanan
10.2.4 Melabel struktur jantung manusia dan salur darah
berkaitan:
(i) aorta.
(ii) vena kava.
(iii) arteri pulmonari dan vena pulmonari.
(iv) arteri koronari dan vena koronari.
(v) injap sabit.
(vi) injap bikuspid dan injap tricuspid
(vii) septum
10.2.5 Memerihalkan fungsi bahagian jantung.
10.3.2 Berkomunikasi tentang penghasilan daya yang
menyebabkan peredaran darah dalam manusia:
(i) pengepaman jantung.
(ii) pengecutan otot rangka.
10.6.1 Mewajarkan keperluan sistem peredaran yang
sihat.
10.6.2 Berkomunikasi tentang penyakit kardiovaskular.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 33


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Kriteria Kejayaan Pembelajaran:


1. Menyenaraikan jenis-jenis lipid yang utama.
2. Menyediakan menu makanan yang sesuai untuk
pesakit jantung.
3. Menyenaraikan punca-punca yang menyebabkan
penyakit jantung.
4. Melabel struktur jantung manusia:
• aorta
• vena kava
• arteri pulmonari dan vena pulmonari
• arteri koronari dan vena koronari
• injap sabit
• injap bikuspid dan injap tricuspid
• septum
5. Memadankan struktur jantung manusia dengan
fungsinya.
6. Menerangkan mekanisme pengepaman jantung.
7. Menerangkan hubungkait pengecutan otot rangka
dengan pengaliran darah sehala dalam vena.
8. Menerangkan kepentingan sistem peredaran yang sihat.
9. Menerangkan punca, kesan dan cara untuk
mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tempoh PdP: 5 jam

SINOPSIS

Dalam tema Asas Biologi dan Fisiologi Manusia dan Haiwan, murid diperkenalkan
kepada struktur dan fungsi jantung manusia. Selain itu, murid dapat menerangkan
kesan merokok dan makan makanan segera berlebihan boleh menyebabkan
seseorang yang mengalami penyakit jantung.

Dalam standard pembelajaran 10.2.4, murid melabel struktur jantung manusia dan
salur darah. Selain itu, murid akan memperoleh kemahiran saintifik dalam
mengendalikan spesimen dan radas.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh seterusnya boleh digunakan untuk
mereka bentuk menu baharu untuk pesakit jantung dan membina model implan sten.

34 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

BAHAN BANTU MENGAJAR


 Komputer dan projektor LCD
 Spesimen jantung ayam
 Kanta pembesar
 Pisau
 Papan pembedahan
 Jarum tenggek
 Sarung tangan
 Forsep
 Kertas A4
 Pensil
 Belon/ sarung tangan getah
 Dawai
 Lembaran kerja murid

STRATEGI PdP
1. Kaedah inkuiri (5E) - Engage (Pelibatan), Explore (Penerokaan), Explain
(Penerangan), Extend (Pengayaan), Evaluate (Penilaian).
2. Membina Model Implan Sten
3. Penyelesaian Masalah

PERSEDIAAN GURU
1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP
KSSM Biologi Tingkatan 4.
2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan pdpc dapat dijalankan
dengan lancar dan berkesan.
3. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran
untuk menggalakkan murid berfikir.
4. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep
Biologi. Tentukan kumpulan murid dalam kelas tidak terlampau ramai dalam
setiap kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang
berbeza.
Sediakan lembaran kerja untuk diedarkan kepada setiap murid. Pilih latihan yang
sesuai yang berkaitan dengan Standard Pembelajaran di atas.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 35


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

AKTIVITI PdP

Perkembangan
Pembelajaran Aktiviti PdP

Sebelum memulakan pdpc, guru perlu memastikan murid memahami standard


pembelajaran hari tersebut.

Standard Pembelajaran:
4.4.2 Menjelaskan jenis lipid yang utama
9.6.3 Mewajarkan pengubahsuaian diet bagi individu yang:
(i) mengalami obesity
(ii) menghidap penyakit tertentu
- diabetes mellitus.
- kardiovaskular.
- kanser.
9.7.3 Menghubungkaitkan isu kesihatan yang berkaitan
tabiat pemakanan.
10.2.4 Melabel struktur jantung manusia dan salur darah
berkaitan:
(i) aorta.
(ii) vena kava.
(iii) arteri pulmonari dan vena pulmonari.
(iv) arteri koronari dan vena koronari.
(v) injap sabit
(vi) injap bikuspid dan injap tricuspid
(vii) septum
10.2.5 Memerihalkan fungsi bahagian jantung.
10.3.2 Berkomunikasi tentang penghasilan daya yang menyebabkan peredaran
darah dalam manusia:
(i) pengepaman jantung.
(ii) pengecutan otot rangka.
10.6.1 Mewajarkan keperluan sistem peredaran yang sihat.
10.6.2 Berkomunikasi tentang penyakit kardiovaskular.

Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada:


(30 minit)
1. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan
menunjukkan empat gambar :
Gambar 1: Seorang lelaki yang sakit akibat penyakit
kardiovaskular dan terlantar di hospital.
Gambar 2: Individu yang sedang makan makanan segera
secara berlebihan.
Gambar 3: Individu obesiti

36 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Gambar 4: Seorang lelaki sedang merokok.

2. Guru mengemukakan soalan seperti berikut:


 Lihat pada gambar-gambar ini. Perihalkan apa yang anda
lihat.
 Bagaimanakah situasi dgambar 2, 3 dan gambar 4
menyebabkan kejadian di gambar 1?
3. Guru mendapatkan jawapan melalui sumbang saran
sehingga murid boleh membuat keputusan bahawa merokok
dan makan makanan segera boleh menyebabkan seseorang
diserang penyakit jantung.

Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan.

1. Menjalankan aktiviti secara berkumpulan melabel struktur


jantung manusia berdasarkan keratan memanjang jantung
ayam

Dalam aktiviti ini perlu ditegaskan:


 Memotong jantung ayam secara keratan memanjang.
 Membuang ketulan darah pada jantung dengan cara
mengalirkan air paip agar struktur jantung dapat
diperhatikan dengan jelas.

2. Murid diminta melabelkan struktur jantung manusia


berpandukan keratan memanjang jantung ayam.

Murid diberikan contoh gambar jantung sihat dan jantung pesakit


(perokok). Murid menjana idea perbezaan terhadap dua jenis
jantung tersebut. Mereka juga harus menyatakan sebab jantung
pesakit perokok kelihatan berbeza dengan jantung sihat.

Murid diberikan gambar koronari arteri yang sihat dan yang


tersumbat. Murid harus menyatakan kesan jika arteri koronari
tersumbat (kesan ke atas otot kardium, pengepaman jantung
dan kadar denyutan jantung).

Murid digalakkan berkongsi dapatan aktiviti bersama rakan


dalam kumpulan.

3. a) Guru menayangkan video bagaimana salur darah


tersumbat (https://m.youtube.com/watch?v=lxNK0RlhAB0)

b) Guru meminta murid untuk menerangkan proses


pengenapan kolesterol pada dinding arteri berdasarkan
pemerhatian yang dibuat pada tayangan video tersebut.

4. Dengan merujuk kepada Gambar 4, guru meminta murid


menjana idea kesan merokok ke atas denyutan jantung.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 37


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Penerangan Murid berkomunikasi dapatan penerokaan dengan


multimedia.

Persoalan kepada murid


Bagaimanakah implan sten boleh mengurangkan risiko sakit
jantung berulang?

Guru menyemak penemuan dan memantapkan pemahaman


tentang implan sten dari pembentangan murid.

Lembaran kerja diedarkan bagi menilai pemahaman murid


tentang struktur jantung, kesan tabiat merokok, kesan implan
sten dan makan makanan segera ke atas jantung manusia.

Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baharu

Guru meminta murid mencadangkan menu untuk pesakit jantung


kronik dan menerangkan mengapa pemilihan menu itu dibuat.
Guru membimbing murid kepada pemahaman terhadap
perubahan menu harian untuk pesakit jantung.
Guru membimbing murid membina model implan sten untuk
arteri yang tersumbat.

Guru bertanya kepada murid tentang kesan jika seseorang


berada dalam kapal terbang untuk jangka masa yang lama.
(deep vein thrombosis).
Guru juga harus bertanya mengapa vena kurang tersumbat
berbanding dengan arteri (Murid harus mengaitkan jawapan
dengan saiz lumen).

Guru memberikan satu situasi konsultasi antara pesakit jantung


dengan doktor.
Konsultasi berfokus kepada samada penyakit jantung adalah
penyakit keturunan atau tidak.

Guru membimbing murid membuat rumusan tentang


pembelajaran pada hari tersebut.

38 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP)

Penilaian Lembaran Kerja


Produk Murid (sediakan Rubrik Penilaian Produk –Sila rujuk
BSTEM)
Kolaborasi/Kerjasama Murid/Rakan Sebaya (sediakan Rubrik
Penilaian Kendiri/Kumpulan - Sila rujuk BSTEM)

Nota:
Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat
penambahbaikan pada PdP akan datang.

BAHAN BANTU MENGAJAR - GAMBAR

Gambar 1 Gambar 2

Gambar 3 Gambar 4

Bahagian Pembangunan Kurikulum 39


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Tahap Tafsiran
Penguasaan

1 Mengingat kembali - Murid dapat melabel struktur jantung manusia.

Memahami - Murid dapat menerangkan kesan arteri koronari yang


2
tersumbat dan kesan jika arteri koronari tersumbat (kesan ke atas otot
kardium, pengepaman jantung dan kadar denyutan jantung).

Mengaplikasi - Murid dapat melabel struktur jantung manusia


3
berdasarkan keratan rentas memanjang jantung ayam.

4 Menganalisis- Murid dapat menerangkan perbezaan antara jantung


pesakit perokok dengan jantung sihat dan nyatakan kesan arteri koronari
yang tersumbat kepada jantung manusia.

Menilai - Murid dapat memberi cadangan menu yang sesuai untuk


5
penyakit jantung kronik dan memberi justifikasinya.

Mereka cipta- Murid dapat membina model implan stent untuk arteri
6
tersumbat.

PENUTUP
Contoh PdP ini boleh digunakan secara berperingkat dan selepas selesai
mempelajari semua bidang pembelajaran dalam tema 1 (Asas Biologi).

40 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH 5
Nutrisi dan Sistem
Pencernaan Dalam Manusia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Bidang Pembelajaran: 2.0 Sel Biologi dan Organisasi sel


3.0 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plas
4.0 Komposisi Kimia Dalam Sel
5.0 Metabolisme dan Enzim
9.0. Nutrisi dan Sistem Pencernaan Manusia
10.0 Pengangkutan dalam Manusia dan Haiwan
13.0 Homeostasis dan Sistem Urinari Manusia

Standard Kandungan: 2.3 Proses Hidup Organisma Multisel


3.3 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
dalam Organisma Hidup
4.2 Karbohidrat
4.3 Protein
4.4 Lipid
5.1 Metabolisme
9.2 Pencernaan
9.3 Penyerapan
9.4 Asimilasi
9.6 Gizi Seimbang
9.7 Isu Kesihatan Berkaitan Sistem Pencernaan dan
Tabiat Pemakanan Manusia
10.1 Jenis Sistem Peredaran
13.1 Homeostasis

Standard Pembelajaran: 2.3.4 Menghuraikan kesan kekurangan, ketiadaan atau


kegagalan fungsi suatu organel bagi sel tertentu
dalam organisma multisel.
3.3.1 Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan
pasif dalam organisma.
3.3.2 Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan
aktif dalam organisma.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 43


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

4.2.3 Mengkonsepsikan pembentukan dan penguraian:


(i) disakarida
(ii) polisakarida
4.3.2 Mengkonsepsikan pembentukan dan penguraian
dipetida dan polipeptida.
4.4.3 Memerihalkan pembentukan dan penguraian
trigliserida
5.1.2 Menyatakan jenis-jenis metabolisme dalam sel:
(i) anabolisme
(ii) katabolisme
9.2.4 Memerihalkan pencernaan karbohidrat, protein
9.3.2 Berkomunikasi tentang penyesuaian ileum dan
vilus dalam penyerapan makanan tercerna.
9.4.2 Membincangkan fungsi hati dalam asimilasi
makanan tercerna :
(i) metabolisme makanan tercerna
(karbohidrat dan protein)
(ii) penyimpanan nutrien
(iii) penyahtoksinan
9.6.3 Mewajarkan pengubahsuaian diet bagi individu
yang:
(i) mengalami obesiti
(ii) menghidap penyakit tertentu
- diabetes melitus
- kardiovaskular
- kanser
9.7.1 Meramalkan kesan mengubahsuai organ
pencernaan terhadap kesihatan manusia.
9.7.3 Menghubungkaitkan isu kesihatan yang berkaitan
tabiat pemakanan.
10.1.1 Mewajarkan keperluan sistem pengangkutan
dalam organisma multisel kompleks.

44 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

13.1.4 Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep


homeostasis dalam pengawalaturan:
(i) aras gula darah

Kriteria Kejayaan: 1. Mencadangkan kaedah pengubahsuaian seperti


pintasan gaster sebagai langkah mengatasi obesiti.
2. Menjelaskan proses asimilasi glukosa dan lipid.
3. Mensintesiskan kesan asimilasi yang tidak sempurna.
4. Mencadangkan diet yang sesuai bagi individu yang
obes.
5. Menghubungkaitkan pengangkutan aktif dan pasif di
villus.
6. Mengenalpasti monomer bagi trigliserida.
7. Memberikan definisi anabolisme dan katabolisme.
8. Menyatakan kepentingan sistem pengangkutan darah
untuk makanan tercerna diangkut ke seluruh badan.
9. Berkomunikasi tentang mekanisme suap balik negatif
aras gula dalam darah.
10. Menyatakan kesan kegagalan hati dan pankreas.

Tempoh PdP: 2 jam + 2 jam

SINOPSIS

Standard Pembelajaran 9.7.3 menghubungkaitkan isu kesihatan yang berkaitan tabiat


pemakanan. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan
aktiviti bagi menyelesaikan isu berkaitan obesiti.
Aktiviti ini dijalankan dengan mengunakan kaedah pembelajaran inkuiri di mana murid
menjalankan eksperimen untuk mengkaji enzim menghidrolisis substrat.
Pembelajaran secara konstruktivisme juga digunakan bagi membina pemahaman
murid terhadap isu kesihatan tersebut. Selain itu, konsep pembelajaran ini
membolehkan murid menghubungkaitkan idea asal dengan idea baru bagi
menstrukturkan semula idea mereka. Pembelajaran Kontekstual juga diterapkan agar
murid dapat mengaplikasikan teori dalam kehidupan mereka.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 45


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

BAHAN BANTU MENGAJAR

 Komputer dan projektor LCD/ Kertas Sebak/ Kad manila berwarna


 Lembaran kerja
 Pen Marker
 Sticky note

STRATEGI PdP
1. Kaedah inkuiri (5E) - Penglibatan, Penerokaan, Penerangan, Pengayaan,
Penilaian.
2. Penyelesaian Masalah.

PERSEDIAAN GURU
1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP
KSSM Biologi Tingkatan 4.
2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan pdpc dapat dijalankan
dengan lancar dan berkesan.
3. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk
menggalakkan murid berfikir.
4. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep sains.
Tentukan kumpulan murid dalam kelas tidak terlampau ramai dalam setiap
kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza.
5. Murid telah mempelajari semua tajuk dalam tema 1 dan tema 2 sebelum ini.

46 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

CADANGAN AKTIVITI PdP

Perkembangan
Aktiviti PdP
Pembelajaran
Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami standard
pembelajaran hari tersebut.

Standard Pembelajaran :
2.3.4 Menghuraikan kesan kekurangan, ketiadaan atau
kegagalan fungsi suatu organel bagi sel tertentu dalam organisma multisel.

3.3.1 Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan pasif dalam organisma.


3.3.2 Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan aktif dalam organisma.
4.2.3 Mengkonsepsikan pembentukan dan penguraian:
(i) disakarida
(ii) polisakarida
4.3.2 Mengkonsepsikan pembentukan dan penguraian dipetida dan polipeptida.
4.4.3 Memerihalkan pembentukan dan penguraian trigliserida
5.1.2 Menyatakan jenis-jenis metabolisme dalam sel:
(i) anabolisme
(ii) katabolisme
9.2.4 Memerihalkan pencernaan karbohidrat, protein dan lipid dalam usus kecil.
9.3.2 Berkomunikasi tentang penyesuaian ileum dan vilus dalam penyerapan
makanan tercerna.
9.4.2 Membincangkan fungsi hati dalam asimilasi makanan tercerna :
(i) metabolisme makanan tercerna (karbohidrat dan protein)
(ii) penyimpanan nutrien
(iii) penyahtoksinan
9.6.3 Mewajarkan pengubahsuaian diet bagi individu yang:
(i) mengalami obesiti
(ii) menghidap penyakit tertentu
- diabetes melitus
- kardiovaskular
- kanser
9.7.1 Meramalkan kesan mengubahsuai organ pencernaan terhadap kesihatan
manusia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 47


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

9.7.3 Menghubungkaitkan isu kesihatan yang berkaitan tabiat pemakanan.


10.1.1 Mewajarkan keperluan sistem pengangkutan dalam organisma multisel
kompleks.
13.1.4 Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep homeostasis dalam
pengawalaturan:
(i) aras gula darah

Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada:


(45 minit)
1. Menayangkan video mengenai obesiti.

423lb 10-Year-Old Has Life Threatening Obesity


https://www.youtube.com/watch?v=dputPMqkESI

2. Mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan


menunjukkan gambar seorang kanak-kanak yang obes.

3. Kemukakan soalan seperti berikut:


 Lihat pada gambar ini? Perihalkan apa yang anda lihat.
 Berikan inferens terhadap pemerhatian anda.

4. Dapatkan jawapan melalui sumbang saran sehingga murid


boleh membuat keputusan bahawa kanak-kanak tersebut
obes.

5. Guru menayangkan video tentang pembedahan pintasan


gaster.
ATAU
Gastric Bypass Surgery - Video Explanation
https://www.youtube.com/watch?v=Kpx_LKvl8Wo

6. Menjalankan perbincangan melalui sumbang saran sehingga


murid boleh menghuraikan bagaimana pembedahan pintasan
gaster dapat mengatasi obesiti.

Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan:

(120 minit) 1. Menjalankan aktiviti 1 melalui sumbang saran. Setiap


kumpulan diberi satu tugasan.

2. Mengumpul bahan dan maklumat untuk tugasan yang


diberikan.

3. Menjalankan aktiviti 2 iaitu one stay, others stray. Setiap


murid akan diberikan lembaran kerja untuk dilengkapkan
semasa aktiviti 2.

48 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

4. Menjalankan aktiviti 3 iaitu fun-run-match untuk merumus


PdP bagi modul ini melalui memadankan jawapan kepada
soalan yang diberi.
(Catatan: soalan disediakan mengikut aras kecerdasan murid)

Penerangan Murid berkomunikasi dapatan penerokaan.


(Catatan: Multimedia/Kertas Sebak/Bahan-bahan yang
(45 minit) sesuai)

Persoalan kepada murid:


Apakah dapatan yang boleh dikongsi tentang isu kesihatan yang
berkaitan pemakanan manusia?

Guru menyemak dapatan dan memantapkan pemahaman konsep


biologi dari pembentangan murid.

Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baharu.


(30 minit)
Guru membimbing murid kepada pemahaman isu obesiti dan
gaya hidup dalam kehidupan harian.

Murid membuat rumusan tentang pembelajaran hari tersebut


bersama guru.

PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP)

Penilaian Hasil Kerja Murid (sediakan rubrik Penilaian Hasil Kerja)


Kolaborasi/Kerjasama Murid (sediakan rubrik Penilaian
Kendiri/Kumpulan/Pentaksiran Rakan Sebaya)

Nota:
Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat
penambahbaikan pada PdP akan datang.

PENUTUP

Contoh PdP ini boleh digunakan semasa PdP Tema 2, Tajuk 9.0, Bidang
Pembelajaran 9.7.3 dan merentasi beberapa tajuk seperti Tajuk 2.0, 3.0, 4.0 dan 5.0
serta Tema 2, Tajuk 10.0 dan 13.0.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 49


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

LEMBARAN KERJA

Aktiviti 1: Aktiviti Sumbang saran

Kumpulan Tugasan

-Membincangkan pencernaan karbohidrat, protein dan lipid dalam


1
usus kecil.
- Mengkonsepsikan pembentukan dan penguraian:
 Disakarida
 Polisakarida
 Dipeptide
 Polipeptida
 Trigliserida

- Menjelaskan dengan contoh proses pengangkutan pasif dan proses


2
pengangkutan aktif dalam organisma.
- Berkomunikasi tentang penyesuaian ileum dan vilus dalam
penyerapan makanan tercerna.
- Mewajarkan keperluan sistem pengangkutan dalam organisma
multisel kompleks.

3 - Menyatakan jenis-jenis metabolisme dalam sel:


 Anabolisme
 Katabolisme
- Membincangkan fungsi hati dalam asimilasi makanan tercerna.

- Menghuraikan kesan kekurangan, ketiadaan atau kegagalan


4
fungsi suatu organel bagi sel tertentu dalam organisma multisel.

- Meramalkan kesan mengubahsuai organ pencernaan terhadap


kesihatan manusia.

- Mewajarkan pengubahsuaian diet bagi individu yang mengalami


5
obesity, pesakit kardiovaskular dan pesakit kanser.

6 - Perihalkan diabetes melitus


- Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep homeostasis
dalam pengawalaturan aras gula darah

(Catatan: Guru boleh membahagikan murid kepada bilangan kumpulan yang


bersesuaian)

50 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Aktiviti 2: One stay, others stray


1. Guru menyediakan lembaran kerja mengikut tugasan aktiviti 1.

Aktiviti 3: Fun-Run-Match
1. Guru menyediakan stimulus gambar kanak-kanak obes.
2. Guru menyediakan maklumat-maklumat yang perlu dipadankan oleh wakil
setiap kumpulan.
3. Aktiviti ini dijalankan setelah murid melakukan sumbang saran dan one stay,
others stray.
4. Ganjaran diberikan kepada kumpulan yang memberikan jawapan yang betul.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 51


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH 6
Pembahagian Sel
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Bidang Pembelajaran: 6.0 Pembahagian Sel


15.0 Pembiakan Seks, Perkembangan dan
Pertumbuhan dalam Manusia dan Haiwan

Standard Kandungan: 6.3 Meiosis


15.2 Gametogenesis Manusia

Standard Pembelajaran: 6.3.3 Menyatakan keperluan meiosis dalam:


(i) Pembentukan gamet (gametogenesis)
(ii) Menghasilkan variasi genetik
(iii) Mengekalkan bilangan kromosom
diploid dari generasi ke generasi
6.3.4 Menerangkan peringkat-peringkat dalam meiosis
mengikut urutan yang betul:
(i) Meiosis I
(ii) Meiosis II
15.2.2 Memerihalkan pembentukan gamet:
(i) spermatogenesis
(ii) oogenesis

Kriteria Kejayaan: 1. Mencirikan secara ringkas peristiwa yang


berlaku dalam setiap peringkat
2. Menyusun gambarajah peringkat meiosis
dengan urutan yang betul.
3.Menyatakan perlakuan kromosom dalam
peringkat meiosis yang menghasilkan variasi
gamet.

Tempoh PdP: 1 jam

Bahagian Pembangunan Kurikulum 55


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

SINOPSIS

Dalam tema Asas Biologi dan Fisiologi Manusia dan Haiwan, murid diperkenalkan
pelbagai jenis sel dan jenis pembahagian sel. Selain itu, murid didedahkan
kepentingan dan peringkat pembahagian sel. Pendedahan konsep pembahagian sel
jenis meiosis dilakukan melalui aktiviti pembelajaran berasaskan teknik inkuiri dan
permainan dalam makmal untuk meningkatkan kefahaman awal. Melalui teknik inkuiri
dan permainan, penguasaan konsep peringkat pembahagian sel dimantapkan.
Dalam standard pembelajaran 6.3.4, murid akan mahir mencirikan peristiwa dalam
setiap peringkat meiosis. Penguasaan konsep peringkat meiosis amat penting untuk
menerangkan kepentingan meiosis dalam mewujudkan variasi. Dalam Standard
Pembelajaran 15.2, murid dapat mengaplikasikan peringkat meiosis dalam
gametogenesis.
Pengetahuan tentang konsep peringkat meiosis membolehkan murid melukis dan
melabel setiap peringkat meiosis mengikut urutan yang betul.

BAHAN BANTU MENGAJAR


 Kad imbasan (maklumat peringkat meiosis)
 Lembaran kerja
 Buku teks
 Komputer riba
 Projektor
 Video Animasi

STRATEGI PdP
1. Kaedah Inkuiri (5P) - Penglibatan (Engage), Penerokaan (Explore),
Penerangan (Explain), Pengayaan (Extend), Penilaian (Evaluate).
2. Permainan.

56 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

PERSEDIAAN GURU
1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP
KSSM Biologi Tingkatan 4.
2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan pdpc dapat dijalankan
dengan lancar dan berkesan.
3. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk
menggalakkan murid berfikir.
4. Murid digalakkan mencari maklumat dalam kumpulan kecil.
5. Sediakan lembaran kerja untuk diedarkan kepada setiap murid. Sediakan soalan
yang sesuai mengikut Standard Pembelajaran.

CADANGAN AKTIVITI PdP

Perkembangan
Aktiviti PdP
Pembelajaran
Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami standard
pembelajaran hari tersebut.

Standard Pembelajaran:
6.3.3 Menyatakan keperluan meiosis dalam:
(i) Pembentukan gamet (gametogenesis)
(ii) Menghasilkan variasi genetik
(iii) Mengekalkan bilangan kromosom diploid dari generasi ke generasi
6.3.4 Menerangkan peringkat-peringkat dalam meiosis mengikut urutan yang betul:
(i) Meiosis I
(ii) Meiosis II
15.2.2 Memerihalkan pembentukan gamet:
(i) spermatogenesis
(ii) oogenesis

Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada:


(10 minit)
1. Mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan
menunjukkan gambar sebuah keluarga yang terdiri daripada
ibu bapa dan anak-anak.

2. Guru mengemukakan soalan seperti berikut:

 Lihat pada gambar tersebut. Nyatakan apa yang anda


lihat?

Bahagian Pembangunan Kurikulum 57


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

 Mengapa anak-anak dalam keluarga itu mempunyai ciri-


ciri fizikal yang berbeza?

3. Dapatkan jawapan melalui sumbang saran sehingga murid


boleh membuat keputusan bahawa terdapat perbezaan
dalam gamet yang dihasilkan oleh individu yang sama.

Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan.


(15 minit)
1. Guru melabel 8 stesen pada meja makmal (Profasa I,
Metafasa I, Anafasa I, Telofasa I, Profasa II, Metafasa II,
Anafasa II, Telofasa II) dan menampal gambarajah (peringkat
meiosis) pada setiap stesen.

2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil dan


menyatakan syarat-syarat permainan.
3. Guru menerangkan permainan yang akan dijalankan.
Ganjaran akan diberi kepada kumpulan yang paling cepat
melengkapkan tugasan dengan tepat.

 Guru memberi kad imbasan maklumat tersedia secara


rawak.

 Murid mengkaji setiap butiran pada kad imbasan.

Penerangan Murid berkomunikasi dapatan penerokaan.


(20 minit) (Catatan: Multimedia/kertas sebak/bahan-bahan yang
sesuai)

1. Murid berkomunikasi dalam kumpulan untuk mendapatkan


maklumat dengan merujuk kepada buku teks/buku rujukan.

2. Murid dikehendaki bergerak ke stesen berkenaan


berdasarkan maklumat pada kad imbasan dan menampalkan
kad imbasan tersebut di stesen yang betul.

3. Guru menyemak dapatan dan memantapkan pengetahuan


peringkat meiosis.

4. Guru memberi lembaran kerja kepada setiap kumpulan


selepas semakan penemuan dijalankan.

5. Murid dikehendaki melengkapkan lembaran kerja semasa


meneroka setiap stesen.

6. Guru membincangkan jawapan pada lembaran kerja dengan


murid.

58 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

7. Bilangan soalan yang dapat dijawab dengan tepat dijumlahkan


dan pemenang diberi ganjaran.

Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baharu.


(15 minit)
1. Guru menayangkan video animasi mengenai meiosis.
2. Berdasarkan animasi meiosis, murid dapat menyatakan
kepentingan meiosis dalam:
(i) variasi
(ii) gametogenesis

3. Guru mengarahkan murid untuk mengumpulkan maklumat


tentang kesan ketidaknormalan meiosis dan kesannya
terhadap terhadap individu tertentu.

4. Persembahkannya dalam mini dokumentari.

(Catatan: Guru memberi tugasan tambahan kepada murid untuk


mendapatkan hubungankait antara umur maternal dengan
kebarangkalian anak yang dilahirkan dengan Sindrom Down)

Pentaksiran (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP)

Penilaian Lembaran Kerja

Nota:
Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat
penambahbaikan pada PdP akan datang.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 59


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Tahap Tafsiran
Penguasaan

1 Mengingat kembali - Murid dapat mengenalpasti peringkat di dalam


meiosis

Memahami - Murid dapat menerangkan perlakuan kromosom setiap


2
peringkat meiosis

Mengaplikasi - Murid dapat menerangkan tak disjunksi kromosm 21


3
yang menyebabkan Sindrom Down

4 Menganalisis- Murid dapat membuat hubung kait antara umur


maternal dengan kebarangkalian anak yang dilahirkan dengan
Sindrom Down.

Menilai - Murid dapat mengumpulkan maklumat tentang kesan


5
ketidaknormalan meiosis dan kesannya terhadap terhadap individu
tertentu

Mereka cipta- Murid dapat mempersembahkan hasil dapatan sebagai


6
dokumentari mini.

PENUTUP
1. Contoh PdP ini boleh digunakan dalam secara berperingkat dan boleh digunakan
untuk Standard Kandungan, Variasi.
2. Aktiviti Lembaran Kerja boleh digantikan dengan Quizizz/Plickers/Kahoot.

60 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Lampiran
Contoh Lembaran Kerja (jawapan mengikut buku teks)

Profasa I Profasa II

Sentriol_________________________ Peringkat ini bermula dengan dua sel


yang haploid dan sentriol
______________________________.
__________________________.
Pembentukan /
Membran nukleus _________________
____________________.
Kromosom homolog berpasangan Nukleolus ________________________
melalui proses _________________.
____________________berlaku antara
dua kromatid kembar tidak seiras.
Membran nukleus
__________________.
Nukleolus _______________________.

Metafasa I Metafasa II
Kromosom homolog _______________ Kromosom _______________________
_______________________________ ________________________________

Anafasa I Anafasa II
Kromosom homolog _______________
Kromatid kembar
_______________________________
________________________________

Telofasa I Telofasa II
Kromosom sampai di _______sel anak haploid yang terhasil.
_______________
_______________________________.
________sel anak yang haploid terhasil.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 61


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Contoh soalan KBAR


1. Nyatakan bilangan kromosom yang terdapat dalam sel soma manusia.
2. Apakah peristiwa yang berlaku pada Profasa I yang membawa kepada variasi
pada gamet?
3. Nyatakan urutan peringkat meiosis.
4. Berapakah bilangan sel anak yang dihasilkan dalam suatu proses meiosis?
5. Apakah punca yang menyebabkan kromosom tidak berpisah semasa Anafasa
I dan Anafasa II dalam meiosis?

Contoh soalan KBAT


1. Huraikan kesan kromosom tidak berpisah semasa Anafasa I dan Anafasa II
dalam meiosis?

2. Justifikasikan kepentingan variasi dalam kehidupan?

Tugasan Tambahan (Penerokaan kendiri)


1. Kaji penyataan di bawah.

Dari 1979 hingga 2003, bilangan bayi yang dilahirkan dengan


Sindrom Down bertambah sebanyak 30%
Jelaskan punca pernyataan di atas.

62 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH 7
Pergerakan Bahan Merentasi
Membran Plasma
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Bidang Pembelajaran: 3.0 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma


4.0 Komposisi Kimia dalam Sel

Standard Kandungan: 3.2 Konsep Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma


4.1 Air
4.2 Karbohidrat

Standard Pembelajaran: 3.2.1 Menyatakan ciri bahan yang dapat merentasi


membran plasma dari aspek :
(i) saiz molekul

3.2.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji pergerakan


bahan merentasi membran telap memilih dengan
menggunakan:
(i) tiub Visking
(ii) osmometer ringkas

4.2.2 Menjelaskan jenis karbohidrat:


(i) Monosakarida
(ii) Disakarida
(iii) polisakarida

Kriteria Kejayaan:
1. Murid menggunakan radas dan bahan yang betul
untuk menjalankan mengkaji pergerakan bahan
merentasi membran telap memilih dalam eksperimen
tiub Visking.
2. Murid menyatakan bahan yang betul yang boleh
meresap di antara membran telap memilih.
3. Murid melukis model membran plasma dengan
komponen yang berkaitan
• dwilapisan fosfolipid
• kolesterol
• protein liang
• protein pembawa
• glikoprotein
• glikolipid
4. Murid membezakan saiz dengan menggunakan rajah
molekul air, glukosa dan kanji yang membenarkan
pergerakan berlaku pada membran plasma.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 65


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

5. Murid mereka bentuk kajian osmometer dengan


penambahan radas dan pengubahsuaian bahan daripada
eksperimen terdahulu.

Tempoh PdP: 2 jam

SINOPSIS

Dalam tema Asas Biologi dan Fisiologi Manusia dan Haiwan, murid diperkenalkan
kepada struktur dan fungsi membran plasma. Selain itu, murid dapat menerangkan
kesan kehadiran membran plasma ke atas pergerakan bahan yang berbeza.

Dalam Standard Pembelajaran 3.2.2, murid boleh menjalankan eksperimen untuk


mengkaji pergerakan bahan merentasi membran telap memilih dengan menggunakan
tiub Visking dan osmometer ringkas. Selain itu murid akan memperoleh kemahiran
saintifik dalam mengendalikan bahan dan radas.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh seterusnya boleh digunakan untuk mereka
bentuk kajian osmometer dengan penambahan radas dan pengubahsuaian bahan
daripada eksperimen terdahulu.

BAHAN BANTU MENGAJAR

 Komputer dan projektor LCD


 Gunting
 Bikar
 Tiub Visking
 Benang
 Larutan glukosa
 Ampaian kanji
 Tiub kapilari
 Larutan iodin
 Larutan Benedict
 Penitis
 Jubin berlekuk
 Tepung
 Kukus air

66 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

STRATEGI PdP
1. Kaedah Inkuiri (5P) - Penglibatan (Engage), Penerokaan (Explore), Penerangan
(Explain), Pengayaan (Extend), Penilaian (Evaluate).
2. Merekabentuk Osmometer.
3. Penyelesaian Masalah.

PERSEDIAAN GURU
1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP KSSM
Biologi Tingkatan 4.
2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan PdP dapat dijalankan
dengan lancar dan berkesan.
3. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk
menggalakkan murid berfikir.
4. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep
Biologi. Tentukan kumpulan murid dalam kelas tidak terlamapau ramai dalam setiap
kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza.
5. Sediakan lembaran kerja untuk diedarkan kepada setiap murid. Pilih latihan yang
sesuai yang berkaitan dengan Standard Pembelajaran di atas.

CADANGAN AKTIVITI PdP

Perkembangan
Pembelajaran Aktiviti PdP

Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami standard


pembelajaran hari tersebut.

Standard Kandungan

Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada:


(30 minit)
1. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan
menunjukkan perubahan saiz jalur kentang yang direndam
dalam kepekatan berbeza.

2. Guru mengemukakan soalan seperti berikut:

 Lihat pada sampel ini. Nyatakan apa yang anda lihat.


 Bagaimanakah sampel 2, 3 dan 4 boleh berbeza dengan
sampel 1 (kawalan)?

Bahagian Pembangunan Kurikulum 67


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

3. Guru mendapatkan jawapan melalui sumbang saran


sehingga murid boleh membuat keputusan bahawa ada
pergerakan bahan meresap masuk dan keluar daripada sampel.

Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan.


(40 minit) 1. Menjalankan aktiviti 3.1 (buku teks) secara berkumpulan
menggunakan bahan dan radas yang dinyatakan. Dalam
aktiviti ini perlu ditegaskan
 Benang perlu diikat dengan kemas dan ketat untuk
mengelak kebocoran.
 Tiub Visking yang telah diikat dan diisi dengan larutan
kanji dan larutan glukosa, perlu dibilas dengan air yang
mengalir untuk memastikan tiada bahan berada di
permukaan luar tiub Visking.

2. Berdasarkan soalan perbincangan m/s 51 (buku teks) dan


keputusan amali, murid menghubungkaitkan saiz molekul dan
glukosa dengan saiz liang tiub Visking.
(Catatan: Murid menyediakan laporan eksperimen).
3. Murid diminta menyatakan persamaan ciri antara tiub Visking
membran plasma.

4. Murid meramal dan melukis pergerakan molekul air, glukosa


dan kanji dengan mengambil kira mengambil kira saiz molekul
merentasi struktur membran plasma.

Murid berkomunikasi tentang dapatan penerokaan.


Penerangan (Catatan: Multimedia/kertas sebak/bahan-bahan yang
(15 minit) sesuai)

1. Guru menyoal beberapa soalan:


 Bagaimanakah saiz liang pada tiub Visking boleh
menjadikan tiub Visking bersifat ketelapan memilih?

2. Guru menyemak dapatan dan memantapkan pemahaman


tentang tiub Visking dengan menggunakan rajah.

3. Lembaran kerja digunakan bagi menilai pemahaman murid


tentang struktur dan bahan merentasi membran plasma.

Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baru.


(35 minit) 1. Guru membekalkan murid:
(a) Dua telur
(b) Larutan sukrosa 30%
(c) Air suling
(d) Bikar

68 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

(Catatan: Guru telah merendam telur dalam cuka semalaman


sebelum memulakan eksperimen untuk menyingkirkan
cangkerang telur)
2. Berdasarkan bahan dan radas, murid menjalankan
eksperimen untuk mengkaji persamaan ciri antara tiub Visking
dan membran plasma.
3. Murid membincangkan persamaan antara membran plasma
dengan tiub Visking.

PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP)

Penilaian Lembaran Kerja


Laporan eksperimen

Nota:
Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat
penambahbaikan pada PdP akan datang.

SAMPEL 1 : SAMPEL 2: SAMPEL 3: SAMPEL 4:


KAWALAN DIRENDAM DALAM DIRENDAM DALAM DIRENDAM DALAM
LARUTAN LARUTAN HIPOTONIK LARUTAN ISOTONIK
HIPERTONIK

Bahagian Pembangunan Kurikulum 69


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1: ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2: FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Tahap Tafsiran
Penguasaan

1 Mengingat kembali - Murid dapat menyatakan sesetengah bahan dapat


bergerak merentasi membran plasma.

2 Memahami - Murid dapat menghubungkaitkan saiz molekul dan glukosa


dengan saiz liang tiub Visking.

3 Mengaplikasi - Murid dapat melukis pergerakan molekul air, glukosa dan


kanji dengan mengambil kira mengambil kira saiz molekul merentasi
struktur membran plasma.

4 Menganalisis- Murid dapat menganalisis persamaan ciri antara tiub


Visking membran plasma.

5 Menilai - Murid dapat membuat kesimpulan saiz moleku yang kecil boleh
meresap melalui membran plasma.

6 Mereka cipta- Murid dapat merekabentuk osmometer

PENUTUP
1. Contoh PdP ini boleh digunakan selepas selesai mempelajari semua bidang
pembelajaran dalam Tema 1, Asas Biologi.

70 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH 8
Respirasi
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Bidang Pembelajaran: 1.0 Pengenalan Biologi dan Peraturan Makmal


2.0 Biologi Sel dan Organisasi Sel
4.0 Komposisi Kimia dalam Sel
7.0 Respirasi Sel

Standard Kandungan: 1.4 Penyiasatan Saintifik dalam Biologi


2.1 Struktur dan Fungsi Sel
2.2 Proses Hidup Organisma Unisel
4.2 Karbohidrat
7.1 Penghasilan Tenaga melalui Respirasi Sel
7.3 Fermentasi

Standard Pembelajaran: 1.4.1 Mereka bentuk eksperimen untuk menyelesaikan


masalah dengan menggunakan kaedah
penyiasatan saintifik.
2.1.4 Menyatakan fungsi utama komponen dalam sel
haiwan dan sel tumbuhan seperti yang dilihat pada
mikrograf.
2.2.1 Mengkonsepsikan proses hidup organisma unisel
seperti Amoeba sp. dan Paramecium sp.
4.2.5 Mewajarkan kepentingan karbohidrat dalam sel.
7.1.2 Mengenal pasti substrat utama dalam penghasilan
tenaga.
7.3.1 Menyatakan faktor yang menyebabkan fermentasi
berlaku dalam sel.
7.3.2 Menjelaskan dengan contoh penghasilan tenaga
daripada glukosa semasa fermentasi dalam:
(iii) yis
7.3.3 Menulis dan menerangkan persamaan perkataan:
(i) fermentasi asid laktik
(ii) fermentasi alkohol
7.3.4 Mengeksperimen untuk mengkaji fermentasi yis
7.3.6 Membanding dan membezakan antara respirasi
aerob dan fermentasi.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 73


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Kriteria Kejayaan:
1. Menyatakan satu faktor yang menyebabkan fermentasi
berlaku dalam sel.
2. Menjelaskan dengan menggunakan satu contoh
organisma yang menghasilkan tenaga daripada
glukosa semasa fermentasi.
3. Menulis dan menerangkan satu persamaan perkataan
fermentasi dalam yis.
4. Nyatakan sekurang-kurangnya satu persamaan dan
tiga perbezaan respirasi aerob dan fermentasi.
5. Menjustifikasikan penggunaan yis dalam penghasilan
sekurang-kurangnya satu produk makanan.

Tempoh PdP: 2 jam

SINOPSIS

Standard Pembelajaran 7.3.2 menjelaskan dengan contoh penghasilan tenaga


daripada glukosa semasa fermentasi dalam beberapa jenis organisma. Murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti bagi mengkaji
penghasilan tenaga daripada glukosa semasa fermentasi dalam yis.

Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran inkuiri di mana


murid mengkaji fermentasi yis dalam penghasilan tapai. Pembelajaran secara
Konstruktivisme digunakan bagi membina pemahaman murid terhadap proses
fermentasi dalam yis. Ini bagi membantu murid menghubungkaitkan idea asal dengan
idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka. Pembelajaran Konstektual juga
diterapkan agar murid dapat mengaplikasikan teori dengan kehidupan mereka.

BAHAN BANTU MENGAJAR

 Komputer dan projektor LCD


 Lembaran kerja murid
 Gambar tapai, tumbuhan tenggelam sepenuhnya dalam air dan doh roti.
 Bahan dan radas Aktiviti 7.3 (buku teks)

74 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

STRATEGI PdP

Kaedah Inkuiri (5P) - Penglibatan (Engage), Penerokaan (Explore), Penerangan


(Explain), Pengayaan (Extend), Penilaian (Evaluate).

PERSEDIAAN GURU

1. Guru perlu meneliti dan memahami hasrat standard kandungan dalam DSKP
KSSM Biologi Tingkatan 4.
2. Baca dan fahami panduan modul supaya perancangan PdP dapat dijalankan
dengan lancar dan berkesan.
3. Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan pelbagai tahap kesukaran untuk
menggalakkan murid berfikir.
4. Murid digalakkan membuat aktiviti hands-on untuk memahami suatu konsep sains.
Tentukan kumpulan murid dalam kelas tidak terlampau ramai dalam setiap
kumpulan dan masing-masing mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza.
5. Sediakan lembaran kerja untuk diedarkan kepada setiap murid. Pilih latihan yang
sesuai yang berkaitan dengan Standard Pembelajaran di atas.

CADANGAN AKTIVITI PdP

Perkembangan
Aktiviti PdP
Pembelajaran
Sebelum memulakan PdP, guru perlu memastikan murid memahami Standard
Pembelajaran hari tersebut.

Standard Pembelajaran:

1.4.1 Mereka bentuk eksperimen untuk menyelesaikan masalah dengan


menggunakan kaedah penyiasatan saintifik.

2.1.4 Menyatakan fungsi utama komponen dalam sel haiwan dan sel tumbuhan
seperti yang dilihat pada mikrograf.

2.2.1 Mengkonsepsikan proses hidup organisma unisel seperti Amoeba sp. dan
Paramecium sp.

Bahagian Pembangunan Kurikulum 75


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

4.2.5 Mewajarkan kepentingan karbohidrat dalam sel.

7.1.2 Mengenal pasti substrat utama dalam penghasilan tenaga.

7.3.1 Menyatakan faktor yang menyebabkan fermentasi berlaku dalam sel.

7.3.2 Menjelaskan dengan contoh penghasilan tenaga daripada glukosa semasa


fermentasi dalam:
(i) yis

7.3.3 Menulis dan menerangkan persamaan perkataan:


(i) fermentasi asid laktik
(ii) fermentasi alkohol

7.3.4 Mengeksperimen untuk mengkaji fermentasi yis

7.3.6 Membanding dan membezakan antara respirasi aerob dan fermentasi.

Penglibatan Mengenal pasti pengetahuan sedia ada:


(20 minit)
1. Guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan
menunjukkan dua gambar:
(i) Gambar tapai
(ii) Gambar doh roti yang telah mengembang

2. Guru mengemukakan soalan-soalan berikut:


i. Apakah persamaan dalam penghasilan kedua-dua
sampel ini? Terangkan.
ii. Apakah substrat yang digunakan oleh organisma
tersebut untuk terus hidup?

3. Guru mendapatkan jawapan melalui sumbang saran


sehingga murid boleh membuat kesimpulan bahawa
persamaan kesemua gambar ialah melibatkan fermentasi.
Yis menjalankan proses respirasinya tanpa kehadiran gas
oksigen.

4. Guru menayangkan video tentang proses fermentasi


ATAU
Proses Pembuatan Tapai :
https://www.youtube.com/watch?v=e0t2NyQNhJs

76 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

5. Murid menjalankan perbincangan melalui sumbang saran


untuk mengenal pasti fermentasi dalam pembuatan tapai,
substrat yang terlibat dan produk yang dihasilkan pada akhir
proses.

Penerokaan Murid menjalankan aktiviti penerokaan.

(80 minit) 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan.

2. Setiap kumpulan dikehendaki membaca dan memahami


prosedur eksperimen.

3. Murid menjalankan aktiviti 7.3 (buku teks) untuk menyiasat


proses fermentasi dalam yis.
Dalam aktiviti ini, perlu ditegaskan bahawa:
 murid-murid agar berhati-hati semasa mengendalikan
radas.
 Hujung salur penghantar mesti dipastikan benar-benar
tenggelam dalam air kapur.

4. Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil eksperimen


masing-masing di hadapan semua murid.
(Catatan: Murid dikehendaki menyediakan laporan eksperimen)

5. Guru menggalakkan murid untuk menggunakan konsep


fermentasi untuk menghasilkan produk makanan dan
memasarkannya.

Penerangan Murid berkomunikasi dapatan penerokaan.


(10 minit)
1. Murid diminta untuk menghubungkaitkan dapatan eksperimen
dengan pengetahuan terdahulu pelajar tentang fermentasi.

2. Murid membincangkan soalan-soalan lanjutan dalam


kumpulan dengan bantuan maklumat daripada pelbagai
sumber.
(i) Apakah tujuan mendidihkan larutan glukosa?
(ii) Apakah tujuan menambah satu lapisan minyak parafin
pada permukaan larutan glukosa?
(iii) Apakah tujuan eksperimen kawalan?
(iv) Bagaimanakah keputusan yang didapati menunjukkan
fermentasi telah berlaku dalam tabung didih A?

Bahagian Pembangunan Kurikulum 77


Kementerian Pendidikan Malaysia
CONTOH PdP PENDEKATAN MODULAR/STEM TEMA 1 : ASAS BIOLOGI
BIOLOGI TINGKATAN 4 TEMA 2 : FISIOLOGI MANUSIA DAN HAIWAN

Pengembangan Mengembangkan idea dalam situasi baru.

(10 minit) Guru bertanyakan soalan tambahan.

i. Mengapakah cecair yang terhasil daripada proses


fermentasi digunakan dalam bidang kecantikan?
ii. Bagaimanakah proses fermentasi memanjangkan
jangka hayat suatu produk makanan?

Guru mesti membuat kesimpulan tentang pembelajaran hari


tersebut bersama murid

PENTAKSIRAN (rujuk Tahap Penguasaan dalam DSKP)

Penilaian Lembaran Kerja.


Laporan ekperimen.

Nota:
Guru mesti membuat refleksi tentang pembelajaran hari tersebut dan membuat
penambahbaikan pada PdP akan datang.

Tahap Tafsiran
Penguasaan
1 Mengingat kembali – Murid dapat menyatakan substrat yang
digunakan oleh organisma tersebut untuk respirasi.
Memahami – Murid dapat menerangkan keadaan dan produk akhir
2
fermentasi
Mengaplikasi – Murid dapat menerangkan penggunaan cecair yang
3
terhasil daripada proses fermentasi yang digunakan dalam bidang
kecantikan
Menganalisis- Murid dapat membuat inferens tujuan menambah
4
minyak paraffin di atas permukaan larutan glukosa
Menilai – Murid dapat membuat justifikasi bagaimana fermentasi
5
boleh memanjangkan masa luput produk makanan.
Mereka cipta – Murid dapat menggunakan konsep fermentasi dengan
6
menghasilkan produk makanan dan memasarkannya.

PENUTUP
1. Contoh PdP ini boleh digunakan selepas selesai mempelajari semua bidang
pembelajaran dalam Tema 1.

78 Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
PANEL PENULIS

Penulis
Ruslawati binti Mat Isa Morgan a/l T. Vadiveloo
Bahagian Pembangunan Kurikulum SMK St.Paul Seremban, Negeri Sembilan

Kumutha a/p Krishnamoorthy Rama Letchumy a/p Anthimoolam


Bahagian Pembangunan Kurikulum SM Sains Alam Shah, WP Kuala Lumpur

Anandan a/l Kaniapan Ratiah binti Sukardi


PPD Seremban, Negeri Sembilan SMK Putrajaya Presint 5 (1), Putrajaya

A.P. Rajananthini Pushpanathan Nadira binti Ismail


SM Sains Kuala Selangor,Selangor SMK Toh Muda Abdul Aziz Sungai Siput, Perak

Azneezal ar-rashid bin Mohd Ramli Shareina binti Abd. Rashid


PPD Kuala Kangsar Jalan Tun Razak, Perak SMK Convent Kajang, Selangor

Fadzlin binti Alias Suresh Kumar a/l Joseph


SMK Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya SMK Ulu Kinta, Perak

Lim Mui Lee Suzana binti Hj. Ismail


SMK Damansara Jaya, Selangor SMK Sungai Besi, Selangor

Mardiana binti Yusof Wan Mazura binti Wan Mehammud


SM Sains Hulu Selangor, Selangor SMK Sg Nibong, Pulau Pinang

Marwani Mat Nasir Wong Siew Wai


Sekolah Sultan Alam Shah Presint 1, Putrajaya SMK Taman Desa 2, Selangor

79
PENGHARGAAN

Datin Sri Hajah Nor Zamani Binti Abdol Hamid


Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum

Dr. Latip Bin Muhammad


Timbalan Pengarah Kanan
Kluster Dasar Sains & Teknologi

Tn Hj Naza Idris Bin Saadon Timbalan Pengarah


Sektor Dasar Dan Penyelidikan

Dr. Rusilawati Binti Othman Timbalan Pengarah


Sektor Sains Dan Matematik

Mohd. Faudzan Bin Hamzah Timbalan Pengarah


Sektor Sains Sosial

Fazlinah Binti Said Timbalan Pengarah


Sektor Bahasa Dan Kesusasteraan

Tn Hj Sofian Azmi Bin Tajul Arus Timbalan Pengarah


Sektor Teknologi Maklumat Dan Reka
Bentuk Teknologi

Pn Hjh Norashikin Binti Hashim Timbalan Pengarah


Sektor Pra Sekolah

Mohamed Salim Bin Taufix Rashidi Timbalan Pengarah


Sektor Kesenian Dan Kesihatan

Dr. Kashry Bin Ab. Rani Timbalan Pengarah


Sektor Pendidikan Khas

80

Anda mungkin juga menyukai