Anda di halaman 1dari 7

Pada suatu hari yang dulu, seorang professor ingin membuat kajian mengenai sejenis

tumbuhan yang tidak terdapat di kawasan kebiasaannya. Akan tetapi, dia perlu menaiki
sampan atau kapal kecil untuk mencari tumbuhan tersebut kerana ianya terletak di sebuah
pulau yang terpencil. Professor tersebut terpaksa mencari pendayung sampan untuk
menunaikan hajatnya. Setelah meminta bantuan daripada penduduk tempatan, akhirnya dia
berjaya mengupah seorang pendayung sampan. Akan tetapi, pendayung sampan itu
seorang yang tua dan seolah tidak berdaya untuk mendayung sampan.

Professor tersebut memandang si pendayung sampan itu dengan panda


ngan yang angkuh kerana pendayung sampan tersebut memakai pakaian yang compang-
comping. Pada hari yang telah dijanjikan, maka professor tersebut pun berjumpa dengan si
pendayung sampan dan menaiki sampannya. Sepanjang perjalanan menuju ke pulau yang
disasarkan, professor itu berasa sangat bosan lalu mengajak si pendayung sampan itu
untuk berbual-bual.

Professor : Pak Cik, dah berapa lama Pak Cik kerja sebagai pendayung sampan ni?
Pak Cik : Hampir 30 tahun.
Professor : Wah! 30 tahun merupakan satu tempoh yang lama. Em..Pak Cik pernah belajar
Biologi tak?

Pak Cik : Tak pernah.


Professor : Kesiannya. Kalau macam tu, Pak Cik kehilangan 30% daripada hidup Pak Cik.
Em, Pak Cik pernah belajar Kimia tak?
Pak Cik : Tak pernah.
Professor : Kesian sungguh. Pak Cik dah kehilangan 60% hidup Pak Cik. Pak Cik pernah
belajar Fizik tak?
Pak Cik : Tak pernah.
Professor : Sangat-sangat kesian saya tengok Pak Cik. Pak Cik dah kehilangan 90% hidup
Pak Cik.

Tidak lama selepas itu, tiba-tiba satu gelombang yang besar telah membalikkan sampan
mereka dan mereka terjatuh di dalam laut. Pak Cik tersebut bertanya kepada professor itu.

Pak Cik : Anak pandai berenang tak?


Professor :  Tak pandai.
Pak Cik : Kalau begitu, anak dah kehilangan 100% hidup anak.
Pak Cik pendayung sampan tersebut meninggalkan professor yang terpinga-pinga sambil
terkapai-kapai cuba untuk berenang.

Begitulah al-kisah cerita yang dimaksudkan. Mungkin lain versi penceritaan, tetapi sama
pengajaran. Akan tetapi, apa yang saya cuba sampaikan bukanlah dari segi sudut
pengajaran yang sama. Tetapi, cerita ini juga mempunyai pengajaran untuk para
pendakwah

Dalam kita menjalankan usaha dakwah, perlu kita untuk menguasai sebanyak mungkin ilmu
yang kita perolehi tanpa menidakkan sebahagian daripadanya. Ini kerana, kemungkinan
ilmu yang kita perolehi nampak seperti tidak berguna, akan tetapi ianya mungkin akan
berguna pada masa-masa tertentu. Hal ini boleh kita lihat melalui professor yang sombong
tadi. Dia pakar dalam bidangnya tetapi telah menidakkan ilmu yang remeh iaitu berenang.
Akibatnya, dia telah kehilangan hidupnya.

Bagi para da'ie pula, fokus sasaran mad'u adalah penting. Akan tetapi, ilmu yang kita cari
dan perolehi hendaklah bersifat syumul dan menyeluruh. Begitu juga dengan para mad'u
kita. Kita tidak boleh memilih sasaran mad'u kita hanya pada satu golongan seperti
golongan intelektual seperti mana yang dilakukan oleh beberapa organisasi dakwah.
Seharusnya sasaran mad'u kita juga menyeluruh kerana dakwah Islam itu bukan untuk
golongan tertentu tetapi untuk sekalian manusia dan alam.

Semoga pengajaran daripada cerita ini dapat difahami oleh para pendakwah semua.

Sebagai renungan dan untuk disampaikan oleh para pembaca kepada sesiapa sahaja.

Sirru ala barakatillah..Wallahualam..

Anda mungkin juga menyukai