Anda di halaman 1dari 27

1

Bab 8: Perkembangan Sosial

B
Baabb 88::
P
PEER
RKKE
EMMB
BAAN
NGGA
ANNS
SOOS
SIIA
ALL

Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:

 Mentakrifkan perkembangan sosial


 Membandingkan konsep kendiri dan harga diri
 Mengenal pasti tanda-tanda harga diri yang rendah
 Menyenaraikan kesan harga diri yang rendah
 Menjelaskan teori Erikson tentang perkembangan psikososial
 Membincangkan bagaimana kanak-kanak memahami perasaan orang lain

GAMBARAN UMUM BAB

8.1 Apakah perkembangan sosial?


8.2 Perkembangan konsep kendiri dan
harga diri
a) Apakah konsep kendiri dan
harga diri?
b) Dapatkah harga diri diukur?
c) Faktor mempengaruhi harga
diri
d) Kesan harga diri yang rendah
8.3 Teori Erikson tentang
perkembangan psikososial
8.4 Mengukur sifat sosial
8.5 Kanak-kanak memahami orang lain
Ringkasan
Istilah penting
Rujukan

Bab ini menangani soal perkembangan sosial. Apabila kanak-kanak meningkat usia,
mereka terpaksa berinteraksi dengan orang lain, khususnya apabila mereka memasuki
pra-sekolah dan sekolah rendah. Dapat membentuk hubungan yang selesa dan sihat
adalah penting untuk kanak-kanak dan kemudiannya apabila dewasa. Walau
bagaimanapun, keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain tidak serupa bagi semua
kanak-kanak. Beberapa faktor mungkin menghalang atau meningkatkan perkembangan
social dan beberapa teori dan kajian telah menunjukkan bahawa perkembangan sosial
mungkin berlainan untuk individu berlainan.
2
Bab 8: Perkembangan Sosial

8.1 Apakah Perkembangan Sosial?

Perkembangan Sosial menjejak bagaimana manusia


daripada lahir sehingga dewasa belajar untuk
berinteraksi dengan orang lain yang membolehkannya
untuk akhirnya membentuk hubungan yang sihat dan
terlibat dalam situasi sosial dengan selesa. Adalah
dipersetujui bahawa dengan memberikan bayi kasih
saying dan dengan memenuhi keperluan mereka,
ibubapa membina suatu ikatan dengan bayi tersebut,
yang membolehkan mereka membesar di dalam suatu
suasana yang selesa, yakin dan sihat daripada sosialnya. Kanak-kanak perlu belajar
untuk berinteraksi dengan rakan dan dengan orang dewasa dengan cara yang
bertnggungjawab daripada segi sosialnya.

Perkembangan sosial adalah tentang mencipta suatu persekitaran yang


membolehkan kanak-kanak untuk menjadi cemerlang dan bukan sahaja
terus hidup.

Cara orang dewasa berinterasi dengan kanak-kanak kecil akan menentukan


blok mainan untuk perkembangan sosial yang sihat. Sambil kanak-kanak
mengembangkan kemahiran bahasanya; perkembangan sosial memainkan peranan
yang penting dalam hidup mereka, apabila mereka menjadi lebih terlibat dengan
orang di sekeliling mereka. Misalnya, kanak-kanak pra-sekolah selalu bermain
dengan kawan sejantina, dan mula membentuk pertalian 'sahabat karib' dengan
rakan tertentu. Persahabatan, perhatian dan restu menjadi lebih penting kepada
seorang kanak-kanak pra-sekolah. Kanak-kanak pada umur ini selalunya suka
bermain dengan selain ibubapa mereka, samada bersendirian atau dengan kanak-
kanak lain. Tetapi kanak-kanak pra-sekolah pada tahap ini dalam perkembangan
sosial selalunya masih memerlukan seorang dewasa berdekatan untuk mendapatkan
bahan atau untuk menyelesaikan perselisihan. Kemahiran perkembangan sosial boleh
menjadi suatu cabaran pada peringkat umur ini kerana kanak-kanak selalunya
dikehendaki untuk mengalah, bergiliran dan berkongsi buat kali pertamanya dalam
hidup mereka.
Perkembangan sosial pada peringkat umur pra-sekolah selalunya berkisar
tentang mempelajari untuk berkongsi permainan. Walaupunkanak-kanak pra-sekolah
sedang bermula untuk berinteraksi lebih lagi dengan kawan-kawan mereka dan
bermain bersama dan bukan sekadar bermain di samping seorang kawan, permainan
mereka selalunya tidak tersusun. Selalunya mereka tidak menetapkan matlamat atau
tetap dengan sebuah tema semasa bermain. Tetapi sekiranya seorang dewasa yang
mengolah permainan itu, mereka sedang membina keupayaan untuk menyertai dan
mematuhi peraturan.
3
Bab 8: Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial dalam pra-sekolah selalunya berkisar tentang


persahabatan antara hanya beberapa orang. Kanak-kanak pada peringkat umur ini
mula membina suatu rasa humor dan gelak tawa menjadi suatu cara yang
menyeronokkan untuk mengekspresi kegembiraan mereka. Seorang kanak-kanak pra-
sekolah yang mempunyai peluang untuk menyertai sebuah program pembelajaran
awal diberikan peluang untuk mengembangkan perkembangan sosial yang sihat.
Kanak-kanak pra-sekolah mempunyai peluang dalam suasana pembelajaran awal
untuk belajar bekerja bersama, bertolak-ansur, berkongsi dan bergiliran, serta untuk
merasa empati terhadap rakan-rakan mereka.
Perkembangan sosial kanak-kanak juga digalakkan dalam sebuah program
pra-sekolah melalui peluang untuk bermain dan membentuk persahabatan dengan
rakan sebaya. Kawasan permainan yang dramatik dalam sebuah program pra-sekolah
memberikan kanak-kanak peluang untuk bermain khayalan dengan rakan-rakan yang
merupakan suatu cara yang baik untuk memupuk perkembangan sosial. Pada tahap
perkembangan sosial pra-sekolah kanak-kanak belajar peranan jantina, yang
bermakna bahawa mereka belajar kelakuan yang biasanya diharapkan daripada budak
lelaki dan budak perempuan. Mereka juga menyedari tentang perbezaan fizikal antara
budak lelaki dan budak perempuan.

8.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah perkembangan sosial?


b) Jelaskan bagaimana rupa perkembangan sosial dalam
kalangan kanak-kanak pra-sekolah.

8.2 Konsep Kendiri dan Harga Diri

a) Apakah Perbezaan Antara Konsep Kendiri dan Harga Diri?


Adakah anda mengenali diri anda? Ia mungkin nampak mudah tetapi
sebenarnya ianya tidaklah begitu mudah untuk dijawab. Selalunya ini ditakrifkan
sebagai ‗pemahaman tentang diri‘. Apakah pula pemahaman tentang diri? Santrock
mentakrifkannya sebagai “perwakilan kognitif individu tentang dirinya, isi dan
kandungan konsepsi diri” (2008. m/s. 135, diterjemah). Ringkasnya, pemahaman diri
merupakan apa seorang individu fahami sebagai mewakili dirinya.
 Misalnya, seorang budak perempuan berumur 13 tahun faham bahawa dia
adalah seorang pelajar, seorang pemain netball, seorang ahli keluarga dan
seorang peminat muzik rap.
 Misalnya, seorang budak lelaki berumur 15 tahun memahami bahawa dia
adalah seorang ahli majlis pengawas, anak sulung dalam keluarganya, seorang
pemain bola sepak dan seorang pemain gitar dalam sebuah kumpulan kugiran.
Apabila mereka membesar, pemahaman mereka tentang diri mereka akan
semakin mendalam.

Pemahaman diri merupakan suatu proses yang kompleks, melibatkan berbagai


aspek tentang diri, yang merentas kemahiran dan/atau keupayaan kognitif, sosial,
4
Bab 8: Perkembangan Sosial

latarbelakang dan budaya sosioekonomi. Bagi tujuan kita, kita akan menumpukan
kepada dua terma yang selalu digunakan; i.e. konsep kendiri dan harga diri.

 Konsep Kendiri merujuk kepada penilaian tentang diri yang khusus medan.
Seorang individu selalu terlibat dalam banyak domain—dunia akademik,
dunia sosial, bidang sukan—dengan itu, penilaian mereka dalam domain-
domain berlainan ini mungkin berlainan antara satu sama lain. Misalnya,
seorang atlit yang berjaya mungkin mempunyai konsep kendiri yang positif
tentang dirinya apabila menyentuh tentang sukan, tetapi mempunyai konsep
kendiri yang negatif dalam akademik kerana dia tidak begitu berjaya dalam
pengajiannya.

 Harga diri, juga dikenali sebagai harga diri atau imej kendiri, merujuk
kepada penilaian menyeluruh tentang diri sendiri. Misalnya, seorang yang
mempunyai harga diri yang tinggi mungkin melihat dirinya sendiri sebagai
seorang yang berjaya, sekurang-kurangnya mengikut standardnya sendiri.
Sebaliknya, seorang dengan harga diri yang rendah mungkin melihat dirinya
sebagai tidak bermoral, seorang tanpa kawan atau seorang yang gagal.

Ringkasnya, harga diri melibatkan seluruh pakej, iaitu, pertimbangan keseluruhan


atau persepsi individu tentang dirinya, sementara konsep kendiri merujuk kepada
penilaian seorang individu tentang penguasaannya dalam suatu bidang tertentu.

b) Dapatkah Harga Diri Diukur?

o Adakah anda percaya diri


anda?
o Adakah anda yakin?
o Adakah anda suka diri anda?

Adakah anda melihat diri anda


sebagai seekor kucing atau seekor
singa?

Tidak mudah untuk mengukur harga diri atau konsep kendiri. Salah satu usaha
terawal untuk mengukur harga diri telah dijalankan oleh Susan Harter dalam tahun
1989 yang telah membina Profil Persepsi Diri Untuk Remaja (Self-Perception Profile
for Adolescents) yang menilai LAPAN dimensi: kecekapan akademik, kecekapan
5
Bab 8: Perkembangan Sosial

kesukanan, populariti, penampilan fizikal, kelakuan, persahabatan akrab, tarikan


romantik, kecekapan kerja, dan nilai diri global. Ukuran remaja berbeza dengan
ukuran yang beliau telah bina untuk kanak-kanak kerana ia mempunyai tiga dimensi
tambahan; i.e. persahabatan akrab, tarikan romantik dan kecekapan kerja. Jadual 8.1
merupakan suatu contoh ujian yang mengukur harga diri. Baca setiap item dan
nyaytakan samada anda sangat bersetuju, bersetuju, tidak bersetuju atau sangat tidak
bersetuju dengan setiap pernyataan dengan merujuk kepada diri anda.

Sangat Setuju Tidak Sangat


Setuju Setuju Tidak
Setuju
4 3 2 1
1. Saya adalah seorang yang menarik.
2. Orang tidak akan suka saya apabila saya menjadi
diri saya.
3. Saya suka dengan ketinggian saya sekarang.
4. Saya suka rambut saya.
5. Saya ada perkara untuk dikatakan dalam
kebanyakan situasi sosial.
6. Saya dipandang rendah kerana saya tidak
cantik/kacak.
7. Saya sahabat diri saya dan menjaga diri saya.
8. Saya terkenal dalam kalangan rakan-rakan saya.
9. Saya suka warna kulit saya.
10. Saya rasa saya tidak berguna apabila bersama
orang lain.

Jadual 8.1 Contoh Ujian Harga Diri


[Sumber: Dicetak semula dengan izin: © CoPS Project Malaysia (2005). John Arul Phillips]

Di samping menggunakan ujian seperti yang di dalam Jadual 8.1, harga diri
juga dapat diukur dengan memerhati dan memeringkatkan kelakuan kanak-kanak dan
remaja. Rakan, guru, ibubapa, dan malahan orang asing dapat diminta untuk
membantu memeringkatkan harga diri kanak-kanak dan remaja. Misalnya, harga diri
dapat ditentukan melalui ekspresi wajah individu, lenggoknya dan bagaimana kritikal
mereka terhadap diri mereka sendiri. Misalnya, anda melihat seorang budak
perempuan berumur 14 tahun yang tidak senyum, berjalan sambil tunduk ke bawah,
memeluk beberapa buah buku di dadanya. Adakah anda akan berkata dia mempunyai
harga diri yang tinggi ataupun rendah? Anda akan merumuskan bahawa dia
mempunyai harga diri yang rendah. Sebagai orang asing, anda mungkin salah.
Mungkin dia berkelakuan seperti itu kerana dia merasa bahawa seseorang sedang
memerhatikannya.

Tanda atau Indikator Harga Diri Rendah


 Mengelakkan bertentangan mata semasa berbual
 Menyalahkan diri, mengkritik diri, atau sentiasa memperkecilkan orang lain melalui
rasa bersalah, menyalahkan, malu atau mencari salah
 Bermain sebagai mangsa, menyalahkan orang lain dan memberikan alasan bagi
kegagalan
6
Bab 8: Perkembangan Sosial

 Tidak menyediakan ruang yang selesa antara dirinya dan orang lain
 Menggunakan mutu suara dan/atau tona yang tidak normal—samada terlalu kuat,
terlalu gopoh, terlalu mengarah, terlalu berlembut atau terlalu banyak meminta maaf
 Perlu menjadi “betul”, selalunya mendapat apa yang dihajati, atau tidak mendengar
kehendak atau pandangan orang lain
 Bercakap menggunakan banyak patut, harus, sepatutnya, dan ya-tetapi.
 Berkeras menjadi “betul”, perlukan persetujuan atau caranya diikuti sepanjang masa,
atau selalu leka dengan kehendak dan pandangan orang lain

Jadual 8.2 Petanda Kelakuan Harga Diri yang Rendah


[sumber: Harrill, S. (2009). How Do You Feel About Yourself? Recognising Signs of
High and Low Self-Esteem. WomensMedia.com]

Walau bagaimanapun, ada kemungkinan terdapat indikator kelakuan tertentu


harga diri. Harris (2009) telah mengenal pasti indicator atau tanda harga diri rendah
yang berikut (lihat Jadual 8.2). Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai harga diri
yang tinggi selesa dengan diri mereka dan bersifat berkeselarian antara keadaan
dalamannya (kepercayaan, perasaan, sikap) dan keadaan luaran (kelakuan, hubungan,
kesihatan). Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai harga diri yang rendah
bermotivasikan perasaan rendah diri yang membuatkan mereka mencari pengesahan
tentang nilai diri daripada orang lain atau dengan berbuat sesuatu.

8.2 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Senaraikan perbezaan antara konsep kendiri dan harga
diri.
b) Bagaimanakah anda mengukur harga diri?
c) Apakah tanda kelakuan harga diri rendah?
d) Adakah anda mendapati tanda kelakuan harga diri rendah
yang telah dikenal pasti di dalam (c) dalam kelas anda?

c) Apakah Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Harga Diri Seseorang?

 Perubahan Hidup: Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa harga diri


selalunya berkurangan semasa ―perubahan hidup‖ atau peralihan apabila
seorang individu memerlukan jangka waktu untuk menyesuaikan diri dengan
persekitarannya. Selalunya, ini biasanya berhubung dengan perseklahan dan
pekerjaan. Misalnya, harga diri cenderung berkurangan apabila kanak-kanak
beralih daripada sekolah rendah ke sekolah menengah rendah, dan
kemudiannya daripada sekolah menengah rendah ke sekolah menengah atas
(Twenge & Campbell, 2001). Ia juga cenderung berkurangan apabila individu
membuat peralihan daripada sekolah menengah ke kolej atau universiti, dan
daripada kolej atau universiti ke dalam alam pekerjaan.

 Prestasi Akademik: Pada mulanya, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak


berpencapaian akademik tinggi cenderung mempunyai harga diri yang positif.
Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa harga diri
7
Bab 8: Perkembangan Sosial

tidak sentiasa berkolerasi dengan prestasi akademik (Davies & Brember,


1999). Terdapat kebenaran bahawa individu dengan harga diri yang tinggi
cenderung menunjukkan inisiatif yang lebih tinggi; tetapi mereka mungkin
juga proaktif secara positif atau negatif. Dalam erti kata lain, mereka mungkin
lebih bermotivasi untuk berjaya di sekolah, atau lebih bermotivasi untuk
memberontak terhadap aktiviti ilmiah seluruhnya.
 Penampilan Fizikal: Suatu lagi peramal harga diri adalah penampilan fizikal;
terutamanya dalam kalangan remaja (Harter, 2006). Korelasi yang tinggi
antara harga diri dan penampilan fizikal adalah global, merentas semua
budaya, dan juga berlaku sepanjang hayat seseorang. Semakin banyak orang
muda menjadi mangsa kegilaan dengan kecantikan dan apabila remaja dan
orang muda ini tidak dapat memenuhi standards kecantikan, harga diri mereka
menjadi berkurangan.
 Restu Rakan Sebaya: Ini sangat penting dalam kalangan kanak-kanak
sekolah rendah atas dan sekolah menengah. Malah, korelasi antara restu rakan
sebaya dan harga diri seorang kanak-kanak belasan tahun menjadi lebih
penting apabila mereka mencapai alam remaja (Harter, 1999). Kanak-kanak
belasan tahun mencari restu daripada rakan sebayanya seperti rakan sekelas,
rakan sesekolah dan ahli kumpulan.
 Sokongan Emosi: Harga diri
seorang kanak-kanak adalah
berdasarkan suatu hubungan
positif dengan ibubapa dan
akhirnya guru. Orang dewasa
yang memupuk sikap boleh dalam
anak-anak mereka dengan suatu
―Wow!‖ atau ―Hebat!‖ setiap kali
mereka mencapai suatu kejayaan
dapat memberikan kesan kepada
harga diri mereka. Tetapi pujian
dan pengukuhan positif sahaja tidak akan membuatkan kanak-kanak secara
otomatik berasa suka. Memberikan mereka kasih sayang, belaian, dan
kefahaman adalah penting juga. Kanak-kanak yang bahagia dan yakin
mungkin juga mengalami harga diri yang rendah kerana mereka tidak berasa
disayangi. Sama juga, kanak-kanak yang disayangi dan dimanja di rumah
mungkin tetap merasa kurang dan tidak lengkap, dan dengan itu akhirnya
mempunyai harga diri yang rendah. Dengan itu, suatu keseimbangan kedua-
duanya harus ada.
 Kelakuan Guru: Guru memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi harga diri kanak-kanak. Kanak-kanak meluangkan masa yang
banyak di sekolah dan terdedah kepada kelakuan guru. Guru akan memberikan
impak yang positif kepada harga diri kanak-kanak sekiranya mereka:

o Tidak memalukan kanak-kanak apabila mereka membuat kesalahan


atau mempunyai masalah memahami apa yang diajar
o Menjadikan diri mereka mudah didekati
o Mendapatkan kepercayaan
8
Bab 8: Perkembangan Sosial

o Menghormati perbezaan antara kanak-kanak dan menggalakkan


menggalakkan kanak-kanak saling menghormati perbezaan di antara
mereka
o Menunjukkan kefahaman tentang cabaran yang dibawa oleh sekolah
o Mendengar kanak-kanak apabila mereka mengekspresi kebimbangan
dan idea
o menyeronokkan (Martinez, 2011).

d) Apakah Kesan Harga Diri yang Rendah?

Perasaan Kekurangan – Orang yang mempunyai harga diri yang rendah cenderung
berasa diri mereka kekurangan dan tidak berupaya membuat perkara yang orang lain
dapat buat dengan mudah. Mereka berasa bahawa mereka tidak disukai. Perasaan ini
akan memberikan mereka idea bahawa mereka kemungkinan akan ditolak. Mereka
mungkin juga berasa bahawa mereka adalah lebih rendah daripada orang lain dan
dengan itu memilih untuk bersendirian berbanding berada dalam kumpulan. Mereka
berasa bahawa semua perkara yang mereka buat
adalah salah dan akan dikritik oleh orang lain.
Kesannya, mereka memilih untuk berjauhan daripada
tempat di mana aktiviti sedang berlangsung. Mereka
juga selalunya tidak mempercayai orang lain.

Gangguan Pemakanan – Harga diri rendah telah


dikaitkan dengan kemurungan, bunuh diri, gangguan
pemakanan, delinkuens, dan lain-lain masalah
penyesuaian (Santrock, 2008). Kesan harga diri yang
rendah ini adalah lebih biasa dalam kalangan budak
perempuan. Oleh kerana masyarakat menyanjung
model perempuan yang kurus, budak perempuan
selalunya mengalami gangguan pemakanan
disebabkan keinginan untuk berasa diterima. Dan selalunya, mereka gagal. Walau
bagaimanapun, harga diri rendah dalam kalangan wanita semakin jelas melalui
gangguan pemakanan. Anoreksia, suatu jenis gangguan pemakanan yang bercirikan
muntah yang disengajakan atau kebuluran adalah biasa.

Kekurangan Keyakinan Diri – Seorang yang mempunyai harga diri yang rendah
akan kelihatan kurang keupayaan untuk membuktikan kepada orang lain dengan yakin
bahawa dia mempunyai keupayaan membuat perkara tertentu.

Prestasi Rendah – Kanak-kanak dengan harga diri yang rendah kurang keyakinan
diri dan membawa kepada prestasi yang rendah. Hasilnya adalah mereka akan
mempunyai prestasi rendah dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Mereka
selalunya akan berpuas hati dengan apa yang ada dan tidak akan mahu mempelupori
perkara di luar daripada kefahaman mereka.

Kehidupan Sosial yang Terbatas – Orang yang mempunyai harga diri yang rendah
kurang berupaya untuk berinteraksi dengan orang lain dengan normal. Mereka tidak
dapat menyertai kumpulan disebabkan kebimbangan mereka terhadap kegagalan dan
kritikan. Mereka tidak mahu menjadi sebahagian daripada sesuatu di luar zon selesa
9
Bab 8: Perkembangan Sosial

mereka. Dengan itu, mereka memilih untuk


bersendirian kerana ia adalah lebih selamat
untuk mereka. Harga diri yang rendah tidak
akan membolehkan mereka menjadi terbuka
kepada orang lain.

8.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Apakah faktor yang mempengaruhi harga diri?
Cadangkan faktor lain yang mungkin memberi kesan
kepada harga diri.
b) Apakah tanda-tanda harga diri rendah? Cadangkan
tanda-tanda lain harga diri yang rendah.

8.3 Teori Perkembangan Psikososial Erikson

Erik Erikson (1902-1994) telah mencadangkan teori


perkembangan psikososial. Teori tersebut menumpu kepada
kematangan kognitif dan konteks sosial seorang individu.
Teori Erikson merupakan suatu teori tahap, sepertimana teori
Piaget dan merupakan suatu proses sepanjang hayat yang
tidak sahaja terhenti di peringkat awal kanak-kanak.

Erik H. Erikson
[1902-1994]

UMUR TAHAP
8 Kematangan 51 + Integriti lwn Kesedihan
7 Pertengahan Dewasa 36-50 Keakraban lwn Pengasingan
6 Dewasa Awal/Muda 19-35 Kepenjanaan lwn Stagnasi
5 Remaja 12-18 Identiti lwn Kekeliruan Peranan
4 Umur Persekolahan 6-12 Industri lwn Rendah Diri
3 Pra-sekolah 4-5 Initiatif lwn Rasa Bersalah
2 Awal Kanak-kanak 2-3 Otonomi lwn Malu dan Ragu
1 Bayi 0-1 Percaya lwn Tidak Percaya

Jadual 8.3 Teori Perkembangan Psikososial


10
Bab 8: Perkembangan Sosial

Teori Erikson mengandungi lapan tahap di mana individu menghadapi suatu krisis
tertentu (seperti ―Adakah aku akan disayangi‖). Pada setiap tahap individu itu akan
berhadapan dengan DUA KEMUNGKINAN; i.e. bagaimana individu itu berjaya
atau tidak berjaya dalam menangani krisis tersebut.

TAHAP 1: Percaya lwn Tidak Percaya (lahir – 2 tahun)

DAPATKAH AKU PERCAYA ORANG DI SEKELILINGKU?

 Apabila bayi lahir ke dunia,


mereka tidak berdaya dan
bergantung kepada orang lain
seperti ibubapa dan penjaga.
 Pada jangka waktu inilah yang
bayi melihat dunia dan tidak
tahu kalau persekitarannya
adalah suatu tempat yang
selamat, ataupun berbahaya.
 Apabila orang dewasa memberi
tumpuan kepada keperluannya
kepada makanan dan belaian,
bayi merasa bahawa mereka boleh bergantung kepada dunia di sekelilingnya
(Thompson, 1998).

Apakah Implikasi Tahap Ini?


Bayi yang melalui tahap ini dengan jaya akan belajar untuk mempercayai bahawa
keperluan asasnya akan dipenuhi dan akan juga membina suatu pandangan yang
optimis terhadap hidup. Sebaliknya, bayi yang tidak dapat melalui tahap ini dengan
jayanya akan mula tidak mempercayai orang lain dan berjaga-jaga dengan
persekitaranya. Ini mempengaruhi pandangan individu tentang samada dunianya
adalah suatu tempat yang menyokong dan mesra, atau suatu persekitaran yang tidak
memberikan ruang dan kasar.

Tahap 2: Otonomi lwn Malu atau Ragu (2 – 3 tahun)

DAPATKAH AKU MELAKUKAN BENDA-BENDA SENDIRI ATAU


ADAKAH AKU TERPAKSA BERGANTUNG
KEPADA ORANG LAIN?

 Dalam tahap ini, kanak-kanak belajar untuk


menjadi secara relative berdikari. Mereka
ingin membuat benda-benda sendiri seperti
berjalan, bercakap, makan, memakai baju
sendiri, menggunakan tandas.
 Tahap ini memberikan peluang kepada
ibubapa dan penjaga untuk menggalakkan
anaknya melakukan tugasan secara berdikari.
11
Bab 8: Perkembangan Sosial

 Kanak-kanak harus diberikan peluang untuk membuat pilihan, otonomi untuk


berlatih untuk membuat tugasan yang melibatkan kehidupan harian dan rutin.
 Kanak-kanak harus diberikan ganjaran untuk percubaan dan pencapaian
mereka. Elakkan memalukan kanak-kanak sekiranya mereka melakukan suatu
tugasan dengan tidak sempurna atau tidak menggalakkan mereka untuk
melakukan tugasan dengan berdikari.

Apakah implikasi tahap ini?


Laluan yang berjaya melalui tahap ini membawa kepada suatu rasa otonomi dan rasa
berkeinginan, dan juga mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap pemikiran,
emosi dan kelakuan seseorang. Laluan yang tidak berjaya akan menyebabkan kanak-
kanak meragui dirinya dan keupayaannya untuk mengikuti persekitarannya, dan
berpotensi membawa kepada perasaan malu tentang kekurangan mereka. Kanak-
kanak yang melalui tahap ini dengan jayanya lebih berkemungkinan mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, dan akan boleh melalui persekolahan dengan jaya dan
cemerlang dalam hubungan mereka dengan rakan-rakan (Sternberg & Williams,
2002). Dengan itu, adalah penting untuk ibubapa dan penjaga menyokong kanak-
kanak semasa mereka berlatih keupayaan fizikal dan kognitifnya dan bertoleransi
dengan kemalangan dan kesilapan.

8.4 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Apakah kesannya sekiranya seorang bayi tidak
mempercayai penjaganya?
b) Kenapakah kanak-kanak harus disokong untuk menjadi
berdikari dalam membuat benda-benda sendiri?

TAHAP 3: Initiatif lwn Rasa Bersalah (4 to 5 tahun)

ADAKAH AKU AKAN DIBERIKAN PELUANG UNTUK MEMBUAT


KEPUTUSAN?

 Dalam tahap ini, kanak-kanak belajar untuk menyerlahkan diri mereka dan
mengambil inisiatif dalam menangani orang dan tugasan.
 Guru atau ibubapa boleh menawarkan kanak-kanak peluang untuk membuat
keputusan di mana mungkin—misalnya, memilih warna kertas untuk sebuah
projek kesenian, membuat keputusan buku mana untuk dibaca semasa waktu
bercerita, atau memilih permainan untuk bermain semasa waktu senggang.
 Kanak-kanak yang dapat mengadaptasi dengan baik pada tahap ini lebih
berkemungkinan untuk menetapkan haluan dan matlamat untuk diri mereka
dalam kerja sekolah mereka, dan kemudiannya, dalam kerjaya mereka.

Apakah implikasi tahap ini?


Kanak-kanak yang berjaya pada tahap ini mempunyai rasa bermatlamat dalam hidup.
Secara perbandingan, kanak-kanak yang tidak berjaya pada tahap ini akan mempunyai
rasa bersalah, bergelut dengan ketidaktentuan, dan akhirnya mengalami kesukaran
12
Bab 8: Perkembangan Sosial

mengambil initiative untuk mengawal hidup mereka sendiri. Dengan itu, ibubapa dan
guru harus memberikan peluang di mana kanak-kanak digalakkan untuk mencuba
sesuatu yang baru dan terlibat dalam aktiviti daripada initiatif mereka sendiri, sambil
sentiasa membantu mereka memahami bahawa terdapat peraturan, garis panduan dan
batasan yang jelas yang mereka harus patuhi.

TAHAP 4: Industri lwn Rendah Diri (6 to 12 diri)

ADAKAH AKU BAGUS DALAM MEMBUAT APA YANG AKU LAKUKAN?

 Kanak-kanak memeroleh rasa


cenderung dan tekun dalam kerja
mereka, lebih-lebih lagi dengan
kerja sekolah. Guru harus
memberikan peluang untuk kanak-
kanak menentukan matlamat yang
mencabar tetapi tidak mustahil,
yang tentunya memupuk rasa
berjaya dan menang dalam kanak-
kanak (Dweck, 1999).
 Kanak-kanak yang menguasai tahap
ini lebih berkemungkinan untuk
melibatkan diri dan menjadi produktif dalam kerja sekolah mereka.

Laluan yang berjaya melalui tahap ini akan menghasilkan rasa cekap, manakala laluan
yang tidak berjaya membawa kepada perasaan rendah diri. Sekiranya mereka tidak
berjaya pada tahap ini, mereka mungkin akan mempercayai bahawa mereka tidak
berupaya menjadi berjaya. Salah satu cara untuk memastikan bahawa semua kanak-
kanak bergraduasi dengan jayanya adalah dengan menyusun semua unit pembelajaran
dalam suatu siri secara progresif mengikut tahap kerumitan, dan memberikan ganjaran
atau pujian kepada kanak-kanak selepas setiap tahap selesai. Guru harus juga
menggalakkan pelajar membandingkan tahap prestasi mereka sekarang dengan yang
terdahulu, dengan itu menjadikan matlamat utama kanak-kanak itu bukanlah untuk
bersaing dengan rakan sekelasnya atau rakan sebayanya, tetapi sebaliknya mencapai
tahap terbaik peribadi dan memperbaiki diri mereka.

8.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Adakah anda berpendapatbahawa kita memberikan kanak-
kanak 4-5 tahun cukup peluang untuk membuat
keputusan?
b) Kenapakah kanak-kanak harus disokong untuk berjaya
dalam pelajaran mereka?
13
Bab 8: Perkembangan Sosial

TAHAP 5: Identiti lwn Kekeliruan Peranan (keremajaan)

SIAPAKAH AKU?

 Ini merupakan tahap yang paling relevan


dengan perkembangan remaja. Pada tahap ini,
remaja sedang memikirkan siapa diri mereka,
apakah yang penting kepada mereka dan apa
yang tidak, apakah nilai yang mereka pegang,
dimanakah letaknya prinsip mereka, dan
siapakah mereka akan jadi apabila dewasa
nanti.
 Remaja mempelupori berbagai aspek identiti
mereka dan melewati tahap ini samada dengan rasa identity diri yang telah
berkembang dengan sepenuhnya ataupun masih tidak pasti tentang tanggapan
tentang diri dan halatuju hidup.

Apakah implikasi tahap ini?


Laluan yang berjaya bermaksud bahawa remaja akan mempunyai rasa yang kuat
tentang siapa diri mereka, manakala mereka yang tidak berjaya pada tahap ini akan
terus tidak pasti dan teragak-agak tentang identiti diri mereka dan masa hadapan
mereka. Sebahagian daripada sebab ada remaja tidak berjaya adalah keterkaitan antara
apa yang mereka mahukan daripada hidup dan sokongan emosi dan sosial yang
mereka terima. Dengan itu, orang dewasa harus lebih bertoleransi dengan pilihan gaya
hidup yang melencong dan alternatif, menunjukkan keprihatinan mereka tentang
kelainan dalam proses kognitif, kerjaya, agama, budaya dan ideologi. Orang dewasa
juga harus menyokong semasa waktu eksperimentasi ini, sentiasa mengambil
kedudukan tidak menghakimi semasa remaja mencari diri mereka.

TAHAP 6: Keakraban lwn Pengasingan (Dewasa Awal/Muda)

ADAKAH AKU AKAN DIKASIHI ATAUPUN AKU AKAN


BERSENDIRIAN?

 Pada tahap ini, orang dewasa yang muda


samada mula belajar bagaimana mengasihi
tanpa mementingkan diri dan bertolak ansur
dalam hubungan, atau mereka gagal untuk
membuat hubungan dengan orang lain dengan
suatu cara yang bermakna, menyebabkan
terputusnya hubungan.
 ‗Keakraban‘ yang diterangkan tidak semestinya
secara romantik ataupun terhad kepada seorang
pasangan. Ia mungkin juga termasuk hubungan
yang akrab dan peribadi dengan orang lain, samada seorang sahabat karib
ataupun dengan ibubapanya.
14
Bab 8: Perkembangan Sosial

Apakah implikasi tahap ini?


Kejayaan pada tahap ini merujuk kepada individu itu dapat belajar menyayangi tanpa
mementingkan diri; i.e. memberi, tanpa mengharapkan balasan, untuk bertolak ansur
dan untuk mengetahui hak masing-masing dalam suatu hubungan. Kegagalan pada
tahap ini menyebabkan ketidak upayaan untuk berhubung dan membuat komitmen
kepada orang lain, justeru membawa kepada pengasingan (Sternberg, 1998). Malahan
ada orang dewasa, misalnya guru, mungkin masih berada pada tahap ini. Walau
bagaimanapun, guru boleh membantu anak muridnya dengan memberikan model
hubungan yang berjaya dan menggalakkan mereka untuk membina jaringan rakan
karib mereka sendiri atau menyertai organisasi dan kelab yang sesuai dengan minat
mereka. Sama juga, guru yang terasing dapat mengikuti nasihat kerjayanya sendiri,
dengan membina suatu jaringan atau kumpulan sokongan rakan sebaya dan menyertai
aktiviti yang mereka minati.

8.6 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Apakah yang remaja cuba lakukan pada tahap ini?
Adakah anda bersetuju?
b) Apakah kekhuatiran utama seorang dewasa yang muda?
Adakah anda bersetuju?

TAHAP 7: Kepenjanaan lwn Stagnasi (Pertengahan Dewasa)

BAGAIMANAKAH AKU DAPAT MENYUMBANG


KEPADA DUNIA?

 Apabila individu memasuki pertengahan dewasa,


kebanyakan sudah pun selesa dengan pilihan gaya
hidupnya. Pada tahap ini, orang dewasa samada
membina suatu minat dalam menyumbang kepada
kebajikan generasi akan datang, atau mereka
merasa bahawa usaha mereka dan kejayaan
mereka setakat ini mempunyai impak yang kecil
di masa hadapan.

Apakah implikasi tahap ini?


Orang dewasa yang menangani krisis perkembangan ini dengan jayanya berasa perlu
untuk memupuk dan memberi kepada generasi muda dan mempunyai minat yang
mendalam tentang masa hadapan. Orang dewasa ini bersifat bangga dengan kejayaan
mereka dan percubaan mereka untuk memberi balik kepada masyarakat, selalunya
melalui penjagaan kanak-kanak atau permentoran (Smetana, 1997). Orang dewasa
yang tidak Berjaya menangani cabaran ini, walau bagaimanapun, mempunyai rasa
stagnasi, seolah-olah hidup mereka dan kejayaan mereka tidak bermakna kepada
kemajuan masa hadapan dunia. Bagi mengubati masalah ini, orang dewasa yang tidak
sekarang ini menjaga kanak-kanak harus memainkan peranan yang lebih aktif dalam
projek dan organisasi kebajikan, atau malahan menawarkan masa mereka untuk
15
Bab 8: Perkembangan Sosial

membantu orang muda dan kanak-kanak, sebagai contoh, meluangkan masa mereka
di rumah anak yatim atau menjadi sukarelawan sebagai seorang tutor untuk
membantu remaja yang berisiko. Apabila mereka berasa seolah-olah mereka terlibat
dalam membentuk masa hadapan, mereka akan belajar untuk lebih berbangga dengan
diri mereka.

TAHAP 8: Integriti lwn Kesedihan (Lewat Dewasa/Umur Tua)

ADAKAH AKU TELAH MEMPUNYAI HIDUP YANG BERMAKNA?

 Tahap yang terakhir dalam teori


perkembangan psikososial Erikson berlaku
pada lewat dewasa—selalunya apabila
seseorang telah mengalami hidup, samada
penuh kebahagiaan atau kepahitan.
 Pada masa ini, orang tua akan duduk dan
mereflek tentang hidup yang mereka telah lalui, dan cuba untuk memberikan
rasa bermakna kepada hidupnya dengan menjustifikasi pilihan dan keputusan
yang mereka telah buat sepanjang hidup mereka. Tahap ini merujuk kepada
suatu jangka waktu di mana seorang individu menilai tindakan mereka
sebelum itu—mereka mungkin berasa mempunyai integriti dengan hidup
mereka yang berwarna warni dan telah dilalui dengan corak yang penuh
makna, atau berasa sedih dengan kenangan peluang yang terlepas.

Apakah implikasi tahap ini?


Mereka yang berjaya pada tahap ini akan mendapat kebijaksanaan hari tua—
mengenali bahawa walaupun mereka tidak sentiasa membuat keputusan yang betul,
mereka akan redha dengannya, dan menerima bahawa mereka telah menjalani
kehidupan mereka sebaik mungkin (Baltes & Staudinger, 2006). Yang lain yang tidak
berjaya pada tahap ini akan menumpukan kepada peluang yang telah dilepaskan, dan
bergelumang dengan kesedihan dan penyesalan tentang apa yang mereka tidak
lakukan. Akhirnya, orang dewasa yang menguasai tahap ini boleh merekleksi tentang
kehidupan mereka dengan positif, dan berfikir tentangnya dengan rasa kepuasan dan
kejayaan.

8.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Apakah kekhuatiran individu di tahap pertengahan
dewasa?
b) Apakah kekhuatiran individu pada tahap lewat dewasa?

Menurut Erikson seorang akan melalui kelapan-lapan tahap yang berlainan ini dan
kejayaan untuk melalui setiap tahap dengan jaya akan menyebabkan peribadi yang
sihat dan interaksi yang berjaya dengan orang lain. Kegagalan untuk menyelesaikan
suatu tahap akan menyebabkan kurang keupayaan untuk menyelesaikan tahap yang
seterusnya dan dengan itu peribadi dan pandangan terhadap diri yang kurang sihat.
16
Bab 8: Perkembangan Sosial

8.4 Mengukur Sifat Sosial

Pendidik awal kanak-kanak secara tradisinya telah mengutamakan


peningkatan perkembangan sosial kanak-kanak kecil. Bukti kajian nampaknya dapat
memberikan bukti yang meyakinkan bahawa kecuali sekiranya kanak-kanak mencapai
kecekapan sosial yang minima pada umur sekitar enam tahun, mereka sangat
berkemungkinan berisiko sepanjang hayatnya. Hartup (1992) mencadangkan bahawa
rakan sebaya menyumbang dengan besar kepada perkembangan sosial dan kognitif
serta kepada keberkesanan kanak-kanak itu berfungsi sebagai orang dewasa kelak.

Sememangnya, satu-satunya peramal terbaik bagi adaptasi kanak-


kanak apabila dewasa BUKANLAH IQ, BUKAN gred di sekolah, dan
BUKAN kelakuan dalam kelas tetapi, sebaliknya bagaimana kanak-
kanak itu berkawan dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak yang pada
umumnya tidak disukai, yang agresif dan mengganggu, yang tidak
dapat menyambung hubungan yang baik dengan kanak-kanak lain, dan
yang tidak dapat menentukan suatu tempat untuk diri mereka dalam
budaya rakan sebaya adalah sangat "berisiko" (Hartup, 1992,
diterjemah).

Terdapat banyak risiko: kesihatan mental yang lemah, keciciran daripada


sekolah, pencapaian yang rendah dan kesukaran lain di sekolah, sejarah pekerjaan
yang lemah, dan sebagainya. Memandangkan kesannya sepanjang hayat, hubungan
(relationship) harus dianggap sebagai yang pertama daripada empat R dalam
pendidikan. Oleh kerana perkembangan sosial bermula dalam beberapa tahun
pertama, adalah sesuai untuk program pendidikan awal kanak-kanak memasukkan
pentaksiran formal dan tidak formal berkala tentang kemajuan kanak-kanak dalam
pemerolehan kecekapan sosial.
17
Bab 8: Perkembangan Sosial

Jadual 8.4 SENARAI SEMAK SIFAT SOSIAL

A. SIFAT INDIVIDU
Kanak-kanak itu:

1. SELALUNYA mempunyai angin yang positif


2. Tidak TERLALU bergantung kepada guru, pembantu atau orang dewasa lain
3. SELALUNYA datang menghadiri program atau acara lain dengan sukarela
4. SELALUNYA dapat menangani penolakan dan pemantulan dengan baik
5. Menunjukkan kebolehan untuk berasa empati
6. Mempunyai hubungan yang positif dengan satu atau dua orang rakan; menunjukkan
keupayaan untuk sangat menyayangi mereka, merindui mereka sekiranya tidak hadir, dll.
7. Menujukkan keupayaan untuk humor
8. Tidak kelihatan terlalu kesunyian sehingga kronik

B. SIFAT KEMAHIRAN SOSIAL


Kanak-kanak SELALUNYA:

1. Mendekati orang lain dengan positif


2. Mengekspresi kehendak dan keutamaan dengan jelas; memberikan sebab untuk pendirian
dan tindakannya
3. Menegaskan hak dan keperluannya sendiri dengan sesuai
4. Tidak mudah ditakutkan oleh pembuli
5. Mengekspresi kekecewaan dan kemarahan dengan berkesan dan tanpa menyakitkan
orang lain ataupun harta benda
6. Mendapatkan akses kepada kumpulan yang berpanjangan semasa bermain dan bekerja
7. Menyertai perbincangan berpanjangan tentang sesuatu subjek; memberikan sumbangan
yang relevan kepada aktiviti berpanjangan
8. Mengambil giliran dengan agak mudah
9. Menunjukkan minat terhadap orang lain; bertukar maklumat dengan dan mendapatkan
malklumat daripada orang lain dengan bersesuaian
10. Negotiates and compromises with others appropriately
11. Tidak mendapatkan perhatian terhadap dirinya dengan kadar yang tidak sesuai
12. Menerima dan menyenangi rakan dan orang dewasa daripada kumpulan etnik yang lain
daripada kumpulan etniknya sendiri.
13. Mendapatkan akses kepada kumpulan berpanjangan semasa bermain dan bekerja
14. Berinteraksi dengan tidak verbal dengan kanak-kanak lain dengan senyuman, lambaian,
hanggukan, dll.

C. SIFAT HUBUNGAN DENGAN RAKAN


Kanak-kanak itu:

1) SELALUNYA diterima dan bukan diabaikan atau ditolak oleh kanak-kanak lain
2) KADANG KALA dijemput oleh kanak-kanak lain untuk menyertai mereka untuk bermain,
persahabatan, dan bekerja.

[sumber: Diane McClellan dan Lilian G. Katz,"Assessing the Social Development of Young
Children. A Checklist of Social Attributes," yang telah diterbitkan dalam terbitan Fall 1992
DIMENSIONS OF EARLY CHILDHOOD. m/s. 9-10, diterjemah]
18
Bab 8: Perkembangan Sosial

Senarai Sifat Sosial (lihat Jadual 8.4) yang umumnya berdasarkan kepada
kajian mengenal pasti elemen kecekapan sosial dalam kalangan kanak-kanak kecil,
dan kajian di mana kelakuan kanak-kanak yang disukai telah dibandingkan dengan
kanak-kanak yang kurang disukai (Katz dan McClellan, 1991). Telah dicadangkan
bahawa senarai semak tersebut harus digunakan oleh guru pra-sekolah setiap 3 hingga
4 bulan. Rundingan dengan ibubapa dan penjaga yang lain membuatkan sifat tersebut
dan pentaksirannya realistik dan boleh dipercayai.
Dalam menggunakan senarai semak tersebut, guru harus memberikan tumpuan
kepada samada sifat tersebut biasa atau tidak. Ini memerlukan mendapatkan sampel
fungsi kanak-kanak tersebut sepanjang suatu jangka waktu lebih kurang tiga atau
empat minggu. Mana-mana kanak-kanak mungkin menghadapi satu atau dua hari
yang sangat buruk, disebabkan beberapa faktor; untuk menjadikan pentaksiran itu
agak boleh dipercayai, pertimbangan tentang corak keseluruhan fungsi kanak-kanak
itu sepanjang lebih kurang sebulan diperlukan.
Perkembangan sosial yang sihat tidak memerlukan agar seorang kanak-kanak
itu menjadi seorang "kupu-kupu sosial". Mutu dan bukan bilangan persahabatan
kanak-kanak itu adalah suatu indeks yang penting untuk diambil kira. Ingat juga
bahawa terdapat bukti bahawa ada kanak-kanak yang cuma lebih pemalu daripada
yang lain, dan mungkin lebih merugikan untuk memaksa kanak-kanak seperti itu
untuk menjalinkan hubungan sosial yang membuatkan mereka berasa tidak selesa
(Katz dan McClellan, 1991). Tambahan lagi, kecuali perasaan malu itu terlalu teruk
sehingga menghindar kanak-kanak itu daripada menikmati kebanyakan "benda yang
bagus dalam kehidupan" seperti pesta
harijadi, berkelah, dan bersiar-siar dengan
keluarga, dapat diandaikan bahawa,
sekiranya ditangani dengan cermat, sifat
pemalu itu akan dilepasi dengan spontan.
Kebanyakan sifat yang disenaraikan
dalam senarai semak tersebut menunjukkan
pertumbuhan sosial yang memadai sekiranya
mereka SELALUNYA menjadi sifat kanak-
kanak tersebut. Penerangan ini dimasukkan
bagi memastikan bahawa naik turun yang
jarang-jarang tidak membawa kepada salah
interpretasi kesukaran sementara kanak-kanak tersebut. Atas dasar kontak langsung
dengan kanak-kanak itu yang kerap, pemerhatian dalam berbagai situasi, dan
maklumat yang diterima daripada ibubapa dan penjaga yang lain, seorang guru atau
penjaga dapat mentaksir setiap kanak-kanak dengan menggunakan senarai semak
tersebut.
Guru boleh memerhatikan dan memantau interaksi dalam kalangan kanak-
kanak dan membiarkan mereka yang jarang menghadapi masalah untuk cuba
menyelesaikan konflik dengan sendiri sebelum campur tangan. Sekiranya seorang
kanak-kanak nampak sedang mencapai tahap yang baik dalam kebanyakan sifat dan
ciri-ciri dalam senarai semak tersebut, maka dapat diandaikan bahawa kesukaran
sosial yang kadang-kala berlaku akan dapat diatasi tanpa apa-apa campur tangan.
Walau bagaimanapun, sekiranya seorang kanak-kanak nampak tidak mencapai
tahap yang baik dalam kebanyakan item dalam senarai tersebut, orang dewasa yang
bertanggungjawab untuk penjagaannya boleh melaksanakan strategi yang akan
membantu kanak-kanak itu untuk mengatasi dan melepasi kesukaran sosial tersebut.
19
Bab 8: Perkembangan Sosial

Kami mencadangkan agar senarai semak ini digunakan sebagai suatu panduan dalam
kalangan guru dan ibubapa. Hasratnya bukannya untuk memberikan suatu preskripsi
untuk "kelakuan sosial yang betul", tetapi sebaliknya untuk membantu guru
memerhati, memahami, dan menyokong kanak-kanak sambil mereka berkembang
daripada segi kemahiran sosial. Sekiranya seorang kanak-kanak nampaknya sedang
berpencapaian lemah dalam kebanyakan item dalam senarai tersebut, orang dewasa
yang bertanggungjawab untuk penjagaannya dapat melaksanakan strategi yang akan
mambantu kanak-kanak itu membina hubungan yang lebih memuaskan dengan
kanak-kanak lain (Katz dan McClellan, 1991).
Akhir sekali, adalah juga penting untuk diingati bahawa kanak-kanak
berlainan dalam kelakuan sosial disebabkan beberapa perkara. Kajian menunjukkan
bahawa kanak-kanak mempunyai keperibadian dan pembawaan yang khusus sejak
lahir. Tambahan lagi, hubungan keluarga asas dan luas jelas memberi kesan kepada
kelakuan sosial. Kelakuan sosial yang sesuai dan berkesan dalam suatu budaya
mungkin kurang berkesan dalam budaya yang lain. Dengan itu kanak-kanak daripada
latar belakang budaya dan keluarga yang pelbagai mungkin perlukan bantuan dalam
menyambung perbezaan mereka dan dalam mencari jalan untuk mempelajari daripada
dan menikmati persahabatan sesama mereka. Guru mempunyai tanggungjawab untuk
menjadi proaktif dan bukan laissez faire dalam membentuk sebuah komuniti bilik
darjah yang terbuka, jujur, dan menerima.

8.8 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Dengan menggunakan Senarai Semak Sifat Sosial,
perhatikan kanak-kanak dalam kelas anda.
b) Adakah ia suatu alat pengukur perkembangan sosial
yang berguna? Huraikan.

8.5 Kanak-kanak Memahami Orang Lain

Pemahaman kanak-kanak tentang orang lain (i.e. inferens yang mereka buat tentang
kelakuan dan pandangan orang lain), berkait rapat dengan pemahaman kanak-kanak
tentang diri mereka.

1) Persepsi Orang
Di sini kita berminat untuk memahami bagaimana kanak-kanak melihat orang lain
yang disebut sebagai persepsi orang yang merujuk kepada cara kanak-kanak
‗menganggar‘ atau mentaksir ciri-ciri orang yang mereka sudah terbiasa.

a) Memahami Keperibadian Orang Lain: Sebagai contoh seorang kanak-


kanak mungkin berkata, ―Dia selalu bergaduh dengan orang lain‖. Di sini
kanak-kanak itu sedang menerangkan sifat keperibadian seseorang. Sifat
keperibadian ditakrifkan sebagai corak tabiat kelakuan, pemikiran dan emosi
individu tersebut. Apabila kanak-kanak membesar, mereka mula
menggunakan pemerihal seperti ―baik‖, ―bagus‖, ―jujur‖, ―tamak‖, ―sopan‖
dan sebagainya bagi menerangkan orang yang mereka sudah terbiasa seperti
adik beradik, rakan-rakan dan kawan-kawannya. Apabila mereka sampai ke
20
Bab 8: Perkembangan Sosial

peringkat remaja, budak belasan tahun dapat menerangkan sifat keperibadian


orang lain dengan cara yang lebih abstrak. Berikut adalah contoh seorang
budak perempuan bernama Tamsen pada umur 7, 10 dan 16 tahun
menerangkan budak perempuan lain yang dikenalinya.

Contoh: Tamsen pada umur 7 tahun menerangkan tentang


seorang budak perempuan
Rosita pendek. Rambutnya panjang. Dia menggunakan
sebuah kerusi roda kerana dia tidak dapat berjalan. Dia
sekelas dengan saya. Dia mempunyai anak patung macam
saya punya juga. Dia suka menyanyi dan membaca.

Penerangan budak perempuan ini tentang Rosita mungkin tidak begitu


berbeza dengan cara dia menerangkan tentang dirinya sendiri. Penekanannya
adalah tentang ciri-ciri yang konkrit, seperti penampilan Rosita,
kepunyaannya dan keutamaannya.

Contoh: Tamsen pada umur 10 tahun menerangkan tentang


seorang budak perempuan
Shalini tinggal berdekatan dengan rumah saya. Dia sangat
bagus dalam membaca dan juga bagus dalam matematik dan
sains. Dia baik dengan semua orang dalam kelas kita. Dan dia
sangat kelakar. Kadang kala jenakanya membuatkan saya
ketawa terbahak-bahak! Dia mengikuti pengajaran piano dan
suka bermain netball.

Penerangannya pada umur 10 tahun masih termasuk ciri-ciri konkrit, seperti


di mana Shalini tinggal dan apa yang dia suka buat. Walau bagaimanapun,
sifat psikologi juga ada seperti Shalini baik. Apabila mencapai umur 10
tahun, kanak-kanak melewati sekadar penerangan konkrit dan yang dapat
diperhatikan tentang orang lain.

Contoh: Tamsen pada umur 16 tahun menerangkan tentang


seorang budak perempuan
Jenny adalah seorang yang memahami. Apabila seseorang
sedang bersedih, dia bersedia memberikan bantuan. Namun,
apabila bersendirian, Jenny boleh jadi kuat menyindir. Dia
boleh mengatakan sesuatu yang buruk tentang orang lain.
Tetapi saya tahu dia tidak akan mengatakan perkara itu
kalau dia rasa orang lain mendengarnya kerana dia tidak
akan mahu menyakiti perasaan mereka.

Penerangan budak perempuan berumur 16 tahun adalah lebih abstrak.


Tumpuannya adalah pada sifat psikologi seperti „memahami‟ dan
keprihatinan tentang perasaan orang lain. Ia juga bersifat bersepadu apabila
dia cuba menerangkan bagaimana Jenny boleh jadi memahami dan menyindir
sekaligus.
21
Bab 8: Perkembangan Sosial

[sumber: diadaptasi daripada Robert Kail (2008). Children and their


development. Singapore: Pearson International, m/s. 362-363, diterjemah]

b) Memahami Etnik & Kelas Sosial: Persepsi orang juga termasuk memahami
kepelbagaian dan ketidaksamarataan dalam kalangan orang. Sebagai contoh,
kanak-kanak pada umur 3-4 tahun mula membentuk konsep tentang etnik dan
kajian telah menunjukkan bahawa mereka mula membezakan warna kulit
(Aboud, 2003). Kanak-kanak pada peringkat umur ini tidak dapat
membezakan antara kelas sosial (seperti pendidikan dan martabat pekerjaan).
Walau bagaimanapun, ada kanak-kanak yang dapat membezakan antara kaya
dengan miskin atas dasar ciri-ciri fizikal seperti pakaian, tempat tinggal dan
harta benda (Ramsey, 1991). Apabila kanak-kanak membesar, pemahaman
tentang perbezaan etnik menjadi lebih jelas. Yang menariknya, di dalam
masyarakat Amerika, sikap tentang kaum tidak semestinya diperkukuh di
rumah, tetapi daripada maklumat yang mereka temui dalam media (iklan,
filem, internet) dan persekitaran mereka.

2) Mengambil Perspektif
Mengambil perspektif merupakan keupayaan untuk membayangkan apa yang orang
lain mungkin berfikir dan berasa. Menurut Selman (1976), kanak-kanak berumur
antara 3 hingga 6 tahun memperakui bahawa diri mereka dan orang lain mungkin
mempunyai fikiran dan perasaan yang berlainan, tetapi mereka selalu terkeliru antara
keduanya itu. Apabila mereka membesar (pada umur lebih kurang antara 7 hingga 12
tahun), mereka dapat ―melangkah ke dalam kasut orang lain‖ dan melihat fikiran,
perasaan dan kelakuan mereka daripada perspektif orang itu. Seorang remaja dapat
menilai perspektif dua orang sekaligus, mulanya daripada sudut pandang seorang
penonton yang tidak berminat dan kemudian dengan merujuk kepada nilai
masyarakat.

Contoh:
―Saya tahu kenapa Joey menyembunyikan anak kucing terbiar itu di
dalam tingkat bawah tanah, walaupun ibunya tidak bersetuju
membelanya. Dia percaya bahawa dia tidak menyakiti haiwan.
Sekiranya dia meletakkan anak kucing itu di luar atau
memberikannya kepada pusat perlindungan haiwan, ia mungkin
mati‖.
[Sumber: Gurucharri & Selman, 1982, diterjemah]

Pengambil perspektif yang baik lebih berkemungkinan akan mempamerkan empati


dan belas untuk menangani situasi sosial yang sukar dengan berkesan. Mereka juga
lebih disukai oleh rakan mereka.

3) Penyelesaian Masalah Sosial


Kanak-kanak, kalaupun mereka adalah sahabat baik, kadang kala berkonflik.
Namun walaupun kanak-kanak pra-sekolah nampaknya dapat menangani kebanyakan
pertelingkahan dengan konstruktif; jarang sekali salah faham mereka menyebabkan
pertembungan yang ganas. Secara keseluruhannya, konflif tidak begitu kerap
berbanding dengan interaksi kanak-kanak yang mesra dan bekerjasama. Perhatikan
kanak-kanak kecil bermain dan catatkan perselisihan mereka: “Itu saya punya! Saya
nampak dahulu”. Bagaimanakah kanak-kanak menyelesaikan konflik? Penyelesaian
22
Bab 8: Perkembangan Sosial

masalah sosial merupakan penjanaan dan aplikasi strategi yang mengelakkan atau
menyelesaikan perselisihan yang memanafaatkan kepada kanak-kanak itu. Dalam
penyelesaian masalah sosial, kanak-kanak mesti mencantumkan berbagai pemahaman
sosial.
Dapat menyelesaikan masalah yang memberikan kesan kepada hubungan
dengan rakan sebaya. Kanak-kanak yang berhubungan baik dengan rakan sebayanya
selalunya mempunyai strategi penyelesaian masalah yang berkesan. Kanak-kanak
yang tidak boleh berhubungan dengan baik dengan rakan sebaya selalunya tidak
mempunyai strategi penyelesaian masalah yang berkesan. Umumnya, penyelesaian
masalah sosial bertambah baik daripada pra-
sekolah ke sekolah rendah. Mereka tidak
merampas, memukul atau berkeras agar
kanak-kanak lain menurut kehendaknya,
sebaliknya mereka menggunakan pujukan
dan tolak ansur.

Kanak-kanak boleh dilatih untuk


meningkatkan kemahiran penyelesaian
masalah mereka yang lemah dengan
beberapa cara. Misalnya, bagi sesetengah
kanak-kanak pra-sekolah, boneka digunakan
untuk menunjukkan bagaimana konflik dalam bilik darjah diselesaikan dengan guru
melakonkannya secara verbal:

Untuk menunjukkan kesan ─ ―Pada pandangan anda bagaimanakah Zainal rasa


sekiranya kamu memukul dia?‖
Untuk memikirkan strategi alternatif ─ ―Dapatkah kamu memikirkan cara yang lain
untuk menyelesaikan masalah itu?‖

8.7 AKTIVITI PEMBELAJARAN


a) Jejak bagaimana kanak-kanak membentuk pemahaman
tentang orang lain.
b) Cadangkan cara lain orang dewasa boleh campur tangan
bagi meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah social
kanak-kanak.

ISTILAH
PENTING
Perkembangan sosial Otonomi lwn malu Persepsi orang
Konsep kendiri Industri lwn rendah diri Mengambil perspektif
Harga diri Keakraban lwn pengasingan
Penyelesaian masalah sosial Teori psikososial
Kepenjanaan lwn stagnasi Sifat sosial
Percaya lwn tidak percaya Integriti lwn kesedihan
23
Bab 8: Perkembangan Sosial

RINGKASAN

 Perkembangan sosial menjejak bagaimana manusia daripada lahir sehingga


dewasa belajar untuk berinteraksi dengan orang lain yang membolehkan
mereka untuk akhirnya membentuk hubungan yang sihat dan memuatkan diri
dalam situasi sosial dengan selesa.

 Pemahaman kendiri adalah suatu proses yang kompleks, melibatkan beberapa


aspek tentang diri, merentas kemahiran dan/atau keupayaan kognitif, sosial,
latar belakang dan budaya sosioekonomi.

 Konsep kendiri merujuk kepada penilaian khusus bidang tentang diri.

 Harga diri, juga dikenali sebagai nilai diri atau imej diri, merujuk kepada
pentaksiran menyeluruh tentang diri sendiri.

 Harga diri boleh diukur dengan menggunakan ujian, melalui pemerhatian dan
memeringkatkan kelakuan kanak-kanak dan remaja.

 Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai harga diri yang rendah adalah
dimotivasikan oleh perasaan rendah diri yang memandu mereka untuk mencari
pengesahan tentang nilai daripada orang lain atau dengan berbuat sesuatu.

 Erik Erikson (1902-1994) telah mencadangkan teori perkembangan


psikososial yang menumpu kepada kematangan kognitif dan konteks sosial
seorang individu.

 Faktor yang mempengaruhi harga diri termasuk perubahan hidup, restu rakan
sebaya, kelakuan guru, prestasi fizikal dan pencapaian akademik.

 Kesan harga diri yang rendah termasuk gangguan makanan, prestasi rendah,
kurangnya keyakinan diri dan kehidupan sosial yang lemah.

 Persepsi orang merujuk kepada cara kanak-kanak ‗menganggar‘ atau menilai


ciri-ciri orang yang mereka sudah terbiasa.

 Mengambil perspektif adalah keupayaan untuk membayangkan apa yang


orang lain mungkin berfikir dan berasa.

 Penyelesaian masalah sosial adalah aplikasi strategi yang mengelakkan atau


menyelesaikan perselisihan yang memanafaatkan kanak-kanak itu.
24
Bab 8: Perkembangan Sosial

RUJUKAN

Asher, S., and J. Coie. PEER REJECTION AND CHILDHOOD EDUCATION. New
York: Cambridge University Press, 1990.

Baldwin, S., & Hoffman, J.P. (2002). The dynamics of self-esteem: A growth curve
analysis. Journal of Youth and Adolescence, 31, 101-113.

Baltes & Staudinger, 2006. Life span theory in developmental psychology. In W.


Damon & R. Lerner (Eds.), Handbook of child psychology (6th ed.). New York:
Wiley.

Baumeister, R.F., Campbell, J.D., Krueger, J.I., & Vohs, K.D. (2003). Does high self-
esteem cause better performance, interpersonal success, happiness, or healthier
lifestyles? Psychological Sceince in the Public Interest, 4 (1), 1-44.

Bednar, R.L., Wells, M.G., & Peterson, S.R. (1995). Self-esteem (2nd ed.).
Washington DC: American Psychological Association.

Bracey, J.R., Bamaca, M.Y., & Umana-Taylor, A.J. (2004). Examining ethnic identity
among biracial and monoracial adolescents. Journal of Youth and Adolescence, 33,
123-132.

Cassidy, J. and S.R. Asher. "Loneliness and Peer Relations in Young Children."
CHILD DEVELOPMENT 63 (1992): 350-365.

Davies, J., & Brember, I. (1999). Reading and mathematics attainments and self-
esteem in years 2 and 6—an eight-year cross sectional study. Educational Studies, 25,
145-157.

Dolcini, M.M., Coh, L.D., Adler, N.E., Millstein, S.G., Irwin, C.E., Kegeles, S.M., &
Stone, G.C. (1989). Adolescent egocentrism and feelings of invulnerability: Are they
related? Journal of Early Adolescence, 9, 409-418.

Donnellan, M.B., Trzesniewski, K.H., Robins, R.W., Mobbit, T.E., & Caspi, A.
(2005). Low self-esteem is related to aggression, antisocial behavior and delinquency.
Psychological Science, 16, 328-335.

Dunkel, C., & Kerpelman, J. (Eds.). (2004). Possible selves: Theory, research and
application. Huntington, NY: Nova.

Dusek, J.B., & McIntyre, J.G. (2003). Self-concept and self-esteem development. In
G. Adams and M. Berzonsky (Eds.), Blackwell handbook of adolescence. Malden,
MA: Blackwell.

Dweck, C.S. (1999). Self-theories: Their role in motivation, personality, and


development. Philadelphia, PA: Psychology Press.
25
Bab 8: Perkembangan Sosial

Dyson, R., & Renk, K. (2006). Freshman adaptation to university life: Depressive
symptoms, stress, and coping. Journal of Clinical Psychology, 62, 1231-1244.

Elkind, D. (1976). Child development and education: A Piagetian perspective. New


York: Oxford University Press.

Flory, K. & others. (2004). Early adolescent through young adult alcohol and
marijuana use trajectories: Early predictors, young adult outcomes, and predictive
utility. Development and Psychopathology, 16, 193-213.

Galambos, N.L., Barker, E.T., & Krahn, H.J. (2006). Depression, self-esteem, and
anger in emerging adulthood: Seven-year trajectories. Developmental Psychology, 42,
350-365.

Goossens, L. (2006). Parenting, identity, and adjustment in adolescence. Paper


presented at the meeting of the Society for Research on Adolescence, San Francisco.

Harter, S. (1999). The construction of the self. New York: Guilford.

Harter, S. (1986). Processes underlying the construction, maintenance and


enhancement of the self-concept of children. In J. Suls & A. Greenwald (Eds.),
Psychological perspective on the self (Vol. 3). Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Harter, S. (2006). The development of self-representations in childhood and


adolescence. In W. Damon & R. Lerner (Eds.), Handbook of child psychology (6th
ed.). New York: Wiley.

Harter, S., & Lee, L. (1989). Manifestations of true and false selves in adolescence.
Paper presented at the meeting of the Society for Research in Child Development,
Kansas City.

Harter, S., & McCarley, K.E. (2004). Is there a dark side to high self-esteem leading
to adolescent violence? Paper presented at the meeting of the American Psychological
Association, Honolulu.

Harter, S., & Monsour, A. (1992). Developmental analysis of conflict caused by


opposing attributes in the adolescent self-portrait. Developmental Psychology, 28,
251-260.

Hartup, W.W. HAVING FRIENDS, MAKING FRIENDS, AND KEEPING


FRIENDS: RELATIONSHIPS AS EDUCATIONAL CONTEXTS. Urbana, IL: ERIC
Clearinghouse on Elementary and Early Childhood Education, 1992. ED 345 854.

Harrill, S. (2009). How Do You Feel About Yourself? Recognizing Signs of High and
Low Self-Esteem. WomensMedia.com

Harter, S., Waters, P., & Whitesell, N. (1996). False self behaviour and lack of voice
among adolescent males and females. Paper presented at the meeting of the Society
for Research on Adolescence, Boston.
26
Bab 8: Perkembangan Sosial

Katz, L.G. and D. McClellan. THE TEACHER'S ROLE IN THE SOCIAL


DEVELOPMENT OF YOUNG CHILDREN. Urbana, IL: ERIC Clearinghouse on
Elementary and Early Childhood Education, 1991. ED 346 988.

Kiang, L., & Harter, S. (2004). Sociocultural values or appearance and attachment
processes: An integrated model of eating disorder symptomatology. University of
Denver. Unpublished manuscript, Department of Psychology.

Kiang, L., Yip, T., Gonzales-Backen, M., Witkow, M., & Fuligni, A.J. (2006). Ethnic
identity and the daily psychological well-being of adolescents from Mexican and
Chinese backgrounds. Child Development, 77, 1338-1350.

Lalonde, C., & Chandler, M. (2004). Culture, selves, and time. In C. Lightfoot, C.
Lalonde, & M. Chandler (Eds.), Changing conceptions of psychological life. Mahwah,
NJ: Erlbaum.

Luyckx, K. (2006). Identity formation in emerging adulthood: Developmental


trajectories, antecedents, and consequences. Doctoral Dissertation, Kotholieke
Universiteit Leuven, Leuven, Belgium.

Maeda, K. (1999). The self-perception profile for children administered to a Japanese


sample. Unpublished data, Ibaraki Prefectural University of Health Sciences, Ibaraki,
Japan.

Martinez, K. (2011). Teachers & Childcare Providers‘ Impact on a Child‘s Self-


Esteem. Streefreekids.com. http://www.stressfreekids.com

McLean, K.C., & Pratt, M.W. (2006). Life‘s little (and big) lessons: Identity statuses
and meaning-making in the turning point narratives of emerging adults.
Developmental Psychology, 42, 714-722.

Newcomb, A.F., W.M. Bukowski, and L. Tattee. "Children's Peer Relations: A Meta-
analytic Review of Popular, Rejected, Neglected, Controversial, and Average
Sociometric Status." PSYCHOLOGICAL BULLETIN 113(1) (1993): 99-128.

Paley, G. YOU CAN'T SAY YOU CAN'T PLAY. Cambridge, MA: Harvard
University Press, 1992.

Rizzo, Thomas. FRIENDSHIP DEVELOPMENT AMONG CHILDREN IN


SCHOOL. Norwood, NJ: Ablex, 1989.

Robinson, N.S. (1995). Evaluating the nature of perceived support and its relation to
perceived self-worth in adolescents. Journal of Research on Adolescence, 5, 253-280.

Rogers, C.R. (1950). The significance of the self regarding attitudes and perceptions.
In M.L. Reymart (Ed.), Feelings and Emotions. New York: McGraw-Hill.

Rosenberg, M. (1979). Conceiving the self. New York: Basic Books.


27
Bab 8: Perkembangan Sosial

Santrock, J.W. (2008). Adolescence (12th ed.). New York, NY: McGraw-Hill.

Smetana, J.G. (1997). Parenting and the development of social knowledge


reconceptualized: A social-domain analysis. In J.E. Grusec & L. Kuczynski (Eds.),
Parenting and Children‟s Internalization of Values. New York: Wiley.

Sternberg, R.J. (1998). Cupid‟s arrow. New York: Cambridge University Press.

Sternberg, R.J., & Williams, W.M. (2002). Educational psychology. Boston, MA:
Allyn & Bacon.

Thompson, L.P., Herrmann, D.J., Read, J.D., Bruce, D., Payne, D.G., & Toglia, M.P.
(Eds.) (1998). Eyewitness memory: Theoretical and applied perspectives. Mahwah,
NJ: Erlbaum.

Twenge, J.M., & Campbell, W.K. (2001). Age and birth cohort differences in self-
esteem: A cross-temporal meta-analysis. Personality and Social Psychology Bulletin,
5, 321-344.

Van Buren, E., & Graham, S. (2003). Redefining ethnic identity: Its relationship to
positive and negative school adjustment outcomes for minority youth. Paper presented
at the meeting of the Society for Research in Child Development, Tampa.

Yip, T., Seaton, E.K., & Sellers, R.M. (2006). African American racial identity across
the lifespan: Identity status, identity content, and depressive symptoms. Child
Development, 77, 1504-1517.

Anda mungkin juga menyukai