Anda di halaman 1dari 1

Sememangnya tidak dinafikan lagi, terdapat banyak nilai-nilai Islam yang telah diterapkan

didalam drama animasi ini. Nilai lain yang dapat diperolehi ialah membayar zakat melalui episod 15:
zakat fitrah durasi yang ke 02:36. Episod ini memaparkan kewajipan opah selaku ketua keluarga
membayar zakat fitrah kepada Tok Dalang yang dilantik sebagai amil di Kampung Durian Runtuh.
Pembayaran zakat merupakan amalan yang wajib bagi setiap orang Islam. Zakat fitrah wajib dibayar
oleh ketua keluarga untuk dirinya dan tanggungannya. Pembayaran zakat fitrah diharamkan selepas
terbenamnya matahari pada hari raya Aidil Fitri. Oleh itu mereka yang ingin membayar zakat
hendaklah membayar bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan. Perkara ini
telah dilakukan oleh opah yang membayar zakat pada hari akhir berpuasa di bulan Ramadhan.
Kewajipan membayar zakat telah jelas diperkatakan didalam al-Quran dan hadis. Melalui firman
Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43:
Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah
kamu bersama-sama orang yang rukuk
Serta dalil yang memperkukuhkan kewajipan membayar zakat:
Daripada Jarir bin ‘Abdillah RA katanya : Aku telah mengaku serta berjanji kepada Nabi
SAW : Bahawa aku akan tetap mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat
yang baik kepada setiap orang Islam.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jelaslah, dengan firman Allah dan hadis diatas, pembayaran zakat merupakan amalam wajib
bagi setiap orang Islam. Zakat dikutip bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan seperti
asnaf dan fakir bagi meringankan beban mereka. Zakat juga sememangnya dapat melahirkan rasa
syukur keatas nikmat yang telah dikuniakan oleh Allah S.W.T serta mempelihara harta umat Islam
yang membayar zakat. Oleh itu, adegan membayar zakat yang ditunjukkan oleh opah didalam episod
ini semangnya merupakan antara nilai-nilai Islam yang wajib dicontohi oleh setiap individu muslim.

Anda mungkin juga menyukai