Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih kepada Cikgu Mohd Akhmal selaku Pengerusi Majlis,

Yang berusaha Puan Norhanizah binti Abd Halim, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas,
barisan guru dan pembantu pengurusan murid, serta ibu bapa yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan.

Sebagai wakil murid, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk
memberi ucapan di majlis ini.

Guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan sekalian,

Sebagaimana yang kita ketahui, minggu ini merupakan hari-hari terakhir kami menjadi
murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2). Selepas ini, kami akan melangkah ke alam
sekolah menengah pula. Sepanjang kami di SKPP 8(2), banyak kenangan manis yang tidak
akan kami lupakan.

Di kesempatan ini saya mewakili semua murid di sini ingin mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada guru-guru atas segala didikan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan
kepada kami. Tidak dilupakan juga budi dan jasa pembantu-pembantu pengurusan murid
yang telah banyak membimbing kami sejak dari hari pertama kami melangkah ke sekolah.

Saya dan rakan-rakan juga ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf atas
segala kesilapan dan kesalahan yang telah kami lakukan. Nasihat dan teguran dari guru-guru
akan kami sematkan di dada.

Harapan saya semoga rakan-rakan akan terus berusaha dan berjaya apabila berada di
sekolah menengah nanti. Semoga guru-guru di sekolah ini akan terus mendoakan kejayaan
dan kesejahteraan kami.

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai