Anda di halaman 1dari 3

Meningkatkan Kemahiran Pelajar 6 Slader/Wizer terhadap Pembelajaran Grammar dalam

MUET Menerusi Inovasi “Grammar Wheel”.

1.0 Abstrak
Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran asas pelajar 6
SLADER/WIZER dari KTEHZA yang masih belum menguasai sepenuhnya aspek Grammar yang
merangkumi 12 jenis Tense iaitu Simple Present Tense, Simple Past Tense, Present Continuos Tense, Past
Continuous Tense, Present Perfect tense dan Past Perfect Tense, Simple Future Tense, Present & Past
Continuous tense, Future Perfect & Continuous Tense dan Future Perfect Continuous Tense. Penguasaan
yang lemah dalam asas Grammar MUET yang melibatkan tenses asas ini adalah merupakan masalah
yang sering berlaku di kalangan murid-murid di sekolah. Kebanyakan murid mempunyai masalah asas
pemahaman Grammar terutama asas teori bagi setiap topik tenses tersebut dan masalah menulis ayat
Bahasa Inggeris mudah dengan betul. Oleh itu, inovasi Grammar Wheel diperkenalkan bagi membantu
murid mengatasi masalah yang melibatkan Grammar terutama dalam penggunaan S-V-A (Subject-Verb
Agreement), Verb-to-be (VTB) dan Verb-to-have (V-TH). Inovasi Grammar Wheel dihasilkan bertujuan
untuk membantu murid menyelesaikan pembelajaran Grammar dengan menggunakan teknik roda atau
„Wheel‟. Pengunaan roda atau Wheel dicetuskan berdasarkan kepada beberapa kajian-kajian literatur.
Inovasi Grammar Wheel ini terbahagi kepada 2 buku iaitu “Grammar Wheel (Concept)” dan “Grammar
Wheel (Games)”. Kajian ini melibatkan seramai 21 orang murid daripada 2 buah kelas enam rendah di
KTEHZA. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan “mixed method” yang melibatkan data kuantitatif
dan kualitatif. Data kuantitatif diperoleh daripada markah murid berdasarkan kepada ujian sebelum dan
selepas inovasi. Manakala kaedah temu bual secara formal dan pemerhatian di dalam kelas digunakan
bagi mendapatkan data kualitatif. Beberapa orang pelajar telah ditemu-bual bagi memberikan respon
mereka terhadap inovasi ini. Secara keseluruhan, murid dapat menguasai pembelajaran Grammar dengan
lebih baik selepas pengunaan inovasi “Grammar Wheel” dan mampu menulis ayat bahasa Inggeris
ringkas dengan lebih baik. Selain itu, pembelajaran Grammar di dalam kelas menjadi seronok dan guru
kurang mengahadapi tekanan untuk mengajar topik Grammar.
2.0 Objektif Kajian
Selepas kajian ini dijalankan, diharap pelajar dapat mencapai objektif berikut:-
1. Meningkatkan penguasaan S-V-A (Subject-Verb Agreement) dalam Grammar menerusi
penggunaan Pronouns (Subject), verb to-be (V-T-B), dan verb to have (V-T-H) dengan
betul.
2. Meningkatkan kemahiran menulis ayat Bahasa Inggeris yang ringkas dengan betul.
3. Meningkatkan penguasaan Vocabulary murid dengan kepelbagaian „action verb words‟.
4. Akhir sekali, meningkatkan penguasaan 12 aspek Tenses asas yang penting bagi murid
iaitu Simple Present Tense, Simple Past Tense, Present Continuos Tense, Past Continuous
Tense, Present Perfect tense dan Past Perfect Tense, Simple Future Tense, Present & Past
Continuous tense, Future Perfect & Continuous Tense dan Future Perfect Continuous
Tens

3.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan 21 orang murid yang dipilih daripada 2 buah kelas 6 SLADER/WIZER
Murid-murid ini dipilih daripada mereka yang mempunyai masalah dalam pembelajaran „Grammar‟ dan
lemah dalam subjek Bahasa Inggeris. Kajian ini akan melihat potensi untuk mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid-murid tersebut dengan menggunakan inovasi “Grammar Wheel‟.

4.0 Metodologi Kajian


Berikut merupakan metodologi kajian yang digunakan:-
4,1 Ujian Sebelum dan Selepas Inovasi
Murid akan diberikan ujian yang terdiri daripada 2 jenis soalan. Bagi 10 orang murid
daripada 3 SLADER murid akan menjawab soalan ujian bagi „Simple Present Tense‟ (4
soalan) dan „Simple Past Tense‟ (4 soalan). Manakala 12 orang murid daripada WIZER
pula akan menjawab soalan ujian bagi topik „Present Continuous Tense‟ (4 soalan) dan „Past
Continuous Tense‟ (4 soalan). Setiap murid akan menjawab 2 kali ujian iaitu ujian sebelum
dan ujian selepas inovasi.
4.2 Pemerhatian
Pemerhatian akan dijalankan sepanjang proses Pdpc dijalankan bagi melihat reaksi dan sikap
murid semasa Pdpc.
4.3 Temu-Bual
Beberapa murid akan dipanggil untuk ditemu-bual bagi mendapatkan pendapat dan perasaan
mereka mengenai inovasi yang mereka gunakan.
5.0 Teori Kajian
Penghasilan inovasi “Grammar Wheel” adalah berdasarkan kepada Model Somekh yang
dihasilkan pada tahun 1989. Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu
mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan
membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data
untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta mengenal pasti fokus penyelidikan
yang baru.

Anda mungkin juga menyukai