Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN

WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN SMAN 2022

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat dating,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

______________________________________________________

Yang Berusaha,

Puan Rafidah binti Ab Rahman

Pengetua SMA Nilai

Encik Darmadi bin Zulkefly

Guru Penolong Kanan Akademik

Pn Siti Aminah Ngan Bt Abdullah

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Wook Shahira binti Chik

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan ketua Bidang,

Guru-guru,

Barisan kepimpinan pelajar

serta para pelajar yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan


kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang
barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis
Watikah Pelantikan Pengawas ,Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan
Pembimbing rakan bagi tahun 2022
Majlis akan dengan dimulakan dengan

Nasyid Asma ul-husna

Nyanyian Lagu Negaraku

Lagu kebesaran Negeri Sembilan

dan lagu sekolah

Hadirin diminta berdiri

Dipersilakan saudara

___________________________________________
Untuk mengetuai acara majlis

______________________________________________________________

Hadirin dipersilakan duduk

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Saudara

_________________________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

______________________________________________________________

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Saudara _____________________________
di atas bacaan doa itu tadi.

______________________________________________________________

Hadirin dan hadirat sekalian

Majlis akan diteruskan lagi dengan Perarakan masuk Para Pengawas,


Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing rakan bagi sesi 2022.
dipersilakan
_________________________________________________________

Majlis mengucapkan tahniah kepada Para Pengawas, Pengawas Pusat Sumber


Sekolah dan Pembimbing rakan yang telah dilantik menjadi pemimpin sekolah
bagi sesi 2022

Hadirin dan hadirat sekalian


Kini tibalah masanya Puan Rafidah binti Ab Rahman Pengetua SMA Nilai

memberi amanat kepada badan kepimpinan sekolah,

Dengan ini majlis menjemput

Puan Rafidah binti Ab Rahman

Pengetua SMA Nilai Sekolah Menengah Agama Nilai

untuk menyampaikan ucapan


majlis mempersilakan
_____________________________________________________________

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


Puan Rafidah binti Ab Rahman

Pengetua SMA Nilai diatas ucapannya tadi

Majlis diteruskan dengan gimik perlantikan pengawas.Untuk itu dipersilakan


Ketua Umum 2022,Ketua Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Pembimbing
Rakan Sebaya naik ke atas pentas bagi menandatangi memorendum
penerimaan jawatan mewakili badan kepimpinan sekolah 2022.

Kini tiba masanya untuk penyampaian watikah pelantikan kepada Para


Pengawas, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing rakan Sebaya
bagi sesi 2022

Majlis menjemput Yang Berusaha Puan Rafidah binti Ab Rahman


Pengetua SMA Nilai Diiringi Encik Darmadi bin Zulkefly

untuk menyampaikan sijil watikah pelantikan kepada para pengawas

Dimulakan dengan (rujuk lampiran nama)

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil watikah pelantikan kepada


para Pengawas Pusat Sumber

Dimulakan dengan (rujuk lampiran nama)

Seterusnya ialah penyampaian sijil watikah pelantikan kepada para


Pembimbing Rakan Sebaya
Dimulakan dengan (rujuk lampiran nama)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Rafidah binti Ab Rahman

dan Encik Darmadi bin Zulkefly diatas penyampaian watikah itu tadi

Majlis akan diteruskan lagi dengan ucapan daripada


ketua umum sekolah iaitu

_________________________________
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada


______________________________________
Di atas ucapan itu tadi

Untuk menyempurnakan lagi majlis, tibalah masanya untuk Badan


Kepimpinan Pengawas membaca ikrar bagi menunjukkan kesediaan
menerima tanggunjawab sebagai pemimpin sekolah

dijemput
_______________________________________

untuk mengetui bacaan ikrar..dipersilakan

Terima kasih saudara _____________________________


dan badan kepimpinan pengawas di atas bacaan ikrar sebentar tadi

Semoga semua badan kepimpinan dapat melaksanakan


tugas dengan sebaiknnya

Dengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi maka berakhirlah Majlis


Watikah Pelantikan Pengawas bagi tahun 2022.

Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pengawas


dalam melaksana dan menjalankan taklifan dan tugas yang diamanahkan
dengan baik.

Sekian, dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullah hita’alawabarakatuh,

Anda mungkin juga menyukai