Anda di halaman 1dari 8

PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID


PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3
PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

2
MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam
masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah
kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

OBJEKTIF KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Objektif Pengetahuan
i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera.
iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera.
iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik.
v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.
vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.


Objektif Kemahiran
i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.
ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia.
iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara.
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.
v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.
vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.
vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.


PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

3
Objektif Nilai
i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.
iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia.
iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama.
vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.
viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.
PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

4

BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengetahui asas identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.
2 Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.
3 Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan serta
boleh melaksanakan kemahiran sivik dengan baik.
4 Mengetahui, memahami dan mengamalkan kemahiran sivik dengan dedikasi ke arah membentuk warganegara yang
berakhlak mulia bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu.
5 Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten ke arah melahirkan
warganegara yang bersikap positif, bertanggungjawab, berupaya menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi
cabaran.
6 Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten sebagai warganegara yang,
berakhlak mulia, prihatin, berwawasan, bertanggungjawab, patriotik dan bersedia menyumbang ke arah pembangunan
diri, masyarakat dan negara serta boleh diteladani.


PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

5
TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR


PENCAPAIAN
KENDIRI
a. Pilihan Kerjaya
b. Keputusan yang
bijak dan adil.

&

HUBUNGAN
KEKELUARGAAN
a.Tanggungjawab
terhadap keluarga

1


Menyatakan pelbagai peluang kerjaya yang ada di dalam dan di luar negara dengan betul.

2


Menyenaraikan kelayakan akademik/ikhtisas dan kemahiran bagi pelbagai kerjaya dengan betul.


3


Mengenal pasti keperluan yang berbeza dalam aspek fizikal, mental, emosi, dan rohani bagi anggota
keluarga dengan jelas.


4


Menghuraikan cara menjaga keselamatan anggota keluarga ketika berada di dalam dan di luar
rumah dengan jelas.

5


Mengumpul maklumat tentang kesan positif dan kesan negatif mengenai kerjaya yang dipilih
terhadap diri sendiri dan keluarga dengan lengkap.


6


Membuat rumusan tentang kesan positif dan kesan negatif mengenai kerjaya yang dipilih terhadap
diri sendiri dan keluarga secara kreatif.


PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

6

TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR


HIDUP
BERMASYARAKAT

a. Pemeliharaan dan
pemuliharaan alam
sekitar.
b. Kepekaan dan
tindakan terhadap isu
dan masalah alam
sekitar.

1


Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara ringkas.

2


Mengenal pasti cara-cara untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dengan betul.


3


Membezakan peranan agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar dengan tepat.


4


Merancang projek memelihara atau memulihara alam sekitar dengan tersusun.

5


Melaksanakan projek memelihara atau memulihara alam sekitar dengan baik.

6

Menghasilkan laporan mengenai isu alam sekitar di kawasan setempat dengan lengkap .

PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

7
TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR


WARISAN
KEPELBAGAIAN
BUDAYA MALAYSIA

a. Adat resam dan
pantang larang
pelbagai kaum.

1


Mentakrif adat resam dan pantang larang dengan jelas.


2


Menyenaraikan pantang larang pelbagai kaum di Malaysia dengan betul.

3


Mengenal pasti perbezaan adat resam pelbagai kaum dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan
kematian dengan tepat.

4


Menghuraikan tujuan amalan adat resam dan pantang larang pelbagai kaum di Malaysia dengan
jelas.

5


Merangka projek khidmat masyarakat bertemakan Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia dengan
terperinci.


6


Melaksanakan projek khidmat masyarakat yang telah dirangka dengan sempurna.


PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

8

TAJUK / TEMA BAND DESKRIPTOR

MALAYSIA NEGARA
BERDAULAT
a. J entera pentadbiran
Negara Malaysia.
b. Kenali kementerian-
kementerian di
Malaysia.
&
CABARAN MASA
DEPAN
a. Mengekalkan
keamanan negara dan
sejagat.
b. Memastikan
Undang-Undang
Kemanusiaan
Antarabangsa

1


Mengenal pasti struktur dan peranan jentera pentadbiran negara dengan tepat.


2



Menamakan semua kementerian di Malaysia dengan betul.


3



Menjelaskan jenis ancaman dalaman dan ancaman luaran yang boleh mengganggu keamanan dan
keharmonian negara dengan betul.

4

Mengumpul maklumat tentang hak asasi manusia dan agensi yang terlibat dengan lengkap.


5


Menghasilkan sebuah karya kreatif yang menarik menunjukkan penghargaan dan sokongan kepada
jentera pentadbiran negara dalam mengekalkan keamanan dunia.


6


Mengemukakan pendapat tentang keberkesanan peranan kementerian yang bertanggungjawab
dalam menghadapi ancaman dalaman atau ancaman luaran dengan bernas.

Anda mungkin juga menyukai