Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan Pengerusi Pengawas Pusat Sumber 2012

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Pn.Tan Loo Kee , Pengetua SMK St Gabriel, Puan Koek Chu Hiang, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Ibrahim Bin Sulaiaman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Kamal Arifin Kamisan, Penolong Kanan Ko-kurikulum, Kaunselor sekolah, guruguru, serta rakan-rakan sekalian. [Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Pn.Tan Loo Kee , Pengetua SMK St Gabriel, Puan Lim Sek Hong, Penolong Kanan Petang, Puan Norazuwana , Penolong PK Petang, Kaunselor sekolah, guru-guru, serta adik - adik sekalian.] Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata di hari yang indah ini. Guru-guru dan [rakan-rakan/adik adik] sekalian. Tidak dapat dinafikan Pusat Sumber merupakan nadi kepada sesebuah sekolah. Tanpa sebuah pusat sumber, sekolah tidak dapat beroperasi dengan jayanya. Demi menjamin seluruh warga Gabrians mengetahui perkhidmatan serta koleksi yang ada di PSS, maka Minggu Pusat Sumber seumpama ini diadakan. Jadi, saya berharap [semua rakan/adik-adik] akan melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang telah dirancangkan. Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun. Berkat rimbunnya si pokok jati, Tempat burung selalu bertemu; Sekali hidup biarlah bererti, Isikan akal dengan ilmu. Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai