Anda di halaman 1dari 9

Pendidikan Moral Semester IV

NOTA KULIAH PENDIDIKAN MORAL

UNIT KEMANUSIAAN
TAHUN PENGAJIAN TAHUN 2 (SEMESTER 4)
BIDANG 3.0 Bidang : MORAL DAN KENEGARAAN
STANDARD KANDUNGAN 3.1 TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGANEGARA

3.1.1 Memberi maksud warganegara yang


bertanggungjawab.
3.1.2 Menjelaskan ciri warganegara yang
bertanggungjawab.
3.1.3 Menghuraikan kepentingan menjadi
STANDARD
warganegara yang bertanggungjawab.
PEMBELAJARAN
3.1.4 Mengekspresikan perasaan apabila
melaksanakan tanggungjawab sebagai
warganegara.
3.1.5 Melaksanakan tanggungjawab sebagai
warganegara dalam kehidupan harian.

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


1. Menyatakan maksud warganegara yang
bertanggungjawab.
OBJEKTIF
2. Menjelaskan dengan contoh warganegara
yang bertanggungjawab.

NO. KOD A07400

3.1 TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGANEGARA

TUJUAN:

Pelajar dapat menyatakan maksud warganegara yang bertanggungjawab dan


menjelaskan ciri warganegara yang bertanggungjawab serta dapat menjelaskan contoh
warganegara yang bertanggungjawab.

1
Pendidikan Moral Semester IV

BIDANG 3: MORAL DAN KENEGARAAN


3.1 TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGANEGARA

3.1.1 Definisi Warganegara


Warganegara yang bertanggungjawab ialah warganegara yang mematuhi peraturan
dan bertindak mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan oleh perlembagaan
negara serta mendukung prinsip Rukun Negara.

3.1.2 Ciri-Ciri Warganegara Yang Bertanggungjawab

Bagi menjadi warganegara yang bertanggungjawab, seseorang itu mestilah mempunyai


agama sebagai teras hidup, menjaga imej negara, mempunyai semangat patriotik,
mendokong sebuah negara yang demokrasi, mengutamakan keselamatan negara,
bermoral dan berintergiriti tinggi, berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi serta
apat mengekalkan masyarakat Bersatu padu.

• Saling membantu tanpa mengira bangsa, agama atau


kepercayaan yang diamalkan.
AGAMA SEBAGAI TERAS HIDUP • Memikul tanggungjawab dengan baiknya serta
menjadikan agama atau kepercayaan sebagai pegangan
hidup.

MENJAGA IMEJ NEGARA • Tidak memburukkan imej negara


• Menghormati simbol kemegahan negara

MEMPUNYAI SEMANGAT PATRIOTIK • Mengutamakan kepentingan negara melebihi


kepentingan diri
• Sanggup menggadaikan nyawa demi negara

• Melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi apabila


MENDUKUNG DEMOKRASI layak untuk memilih pemimpin
• Menggunakan hak dan kebebasan bersuara tanpa
menjejaskan keamanan dan keharmonian negara

2
Pendidikan Moral Semester IV

• Menganggotai jawatankuasa Rukun Tetangga di


MENGUTAMAKAN KESELAMATAN kawasan perumahan bagi menjaga keselamatan
persekitaran
NEGARA
• Melaporkan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan
kestabilan negara

BERMORAL DAN BERINTEGRITI • Tidak terlibat dalam aktiviti tidak bermoral


TINGGI • Bersikap amanah, telus dan bersih

• Sentiasa berusaha mencari, mengamalkan dan


BERILMU PENGETAHUAN menyebar luas ilmu yang dimiliki
DAN BERKEMAHIRAN TINGGI
• Menghasilkan pelbagai inovasi bagi meningkatkan
produktiviti negara

MENGEKALKAN • Sentiasa mengekalkan keharmonian antara kaum.


MASYARAKAT YANG • Menerima, menghormati serta mengurus perbezaan
BERSATU PADU
agama atau kepercayaan, bangsa dan kebudayaan
masyarakat Malaysia

3
Pendidikan Moral Semester IV

3.1.3 Kepentingan Menjadi Warganegara yang Bertanggungjawab

Meningkatkan Kesedaran dan Semangat Juang yang Tinggi


• Mengembangkan potensi diri untuk meningkatkan imej negara
• Menjaga maruah dan imej negara

Mengukuhkan Identiti dan Perpaduan dalam Kalangan Warganegara


• Semangat kekitaan yang tinggi dalam usaha membina negara bangsa
• Berbangga menjadi rakyat Malaysia

Melahirkan Warganegara yang Mempunyai Kekuatan dan Ketahanan Jiwa


• Berkeyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian
• Sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama atau kepercayaan dan nilai universal

Menjaga Keselamatan Rakyat


• Menjamin keharmonian antara kaum
• Kehidupan lebih aman dan harmoni

4
Pendidikan Moral Semester IV

Meningkatkan Kestabilan Pentadbiran Negara


• Pemimpin yang berintegriti
• Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin

Melahirkan Warganegara yang Bermaklumat


• Boleh membuat penilaian yang bijak dalam ledakan maklumat tanpa
sempadan
• Membuat keputusan berasaskan fakta dan ilmu

Memastikan Kesihatan Rakyat Terpelihara


• Meningkatkan kemudahan kesihatan dengan baiknya dan
bertanggungjawab
• Memastikan kesihatan rakyat sentiasa berada pada tahap yang baik

Kita pasti akan gembira dan bangga apabila setiap individu mempunyai ciri
sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Warganegara yang
bertanggungjawab boleh dibuktikan dengan tindakan yang dilakukan dalam
kehidupan harian.

5
Pendidikan Moral Semester IV

NILAI UNIVERSAL

i. Betanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna.

ii. Berterima kasih


Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktiran dan penghargaan.

iii. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi
sosial.

iv. Patriotisme
Bangga dan taat setia kepada raja dan negara.

6
Pendidikan Moral Semester IV

LATIHAN PENGUKUHAN
1. Teliti isu-isu di bawah dan bincangkan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh setiap
warganegara supaya perkara tidak berulang.

Vandalisme

Isu yang
Pencemaran
menjejaskan Rasuah
Alam skitar
imej negara

penyalahgunaan
Dadah

a) Bagaimanakah anda boleh memainkan peranan membina imej negara yang


baik dalam mengatasi isu tersebut?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

7
Pendidikan Moral Semester IV

b) Jelaskan manfaat yang akan diperoleh negara sekiranya anda Berjaya


membantu kerajaan dalam penyelesaian isu-isu tersebut.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

c) Nyatakan perasaan anda apabila anda dapat menaikkan imej Malaysia.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

8
Pendidikan Moral Semester IV

2. Berdasarkan situasi di bawah, berikan pendapat anda

Syhantes adalah alumni kolej vokasional yang telah berjaya melanjutkan pelajaran
ke luar negara dalam bidang kejuruteraan. Kerajaan telah memberi bantuan dengan
memberikan biasiswa penuh semasa dia belajar di luar negara. Setelah tamat
pengajian diluar negara, beliau telah mengalami dilemma sama ada memilih
bekerja di luar negara atau di dalam negara.

a) Berdasarkan kenyaatan di atas, senaraikan kelebihan bekerja di luar negara dan


di dalam negara.
KELEBIHAN BEKERJA DI LUAR KELEBIHAN BEKERJA DI DALAM
NEGARA NEGARA

i. i.

ii. ii.

iii. iii.

b) Jika anda menjadi ditempat Syhantes, bagaimanakah anda membuat pilihan terbaik
dalam situasi tersebut? Berikan justifikasi anda.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

c) Bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab kepada negara dengan kepakaran


yang anda miliki?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

TAMAT STANDARD KANDUNGAN


TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGANEGARA

Anda mungkin juga menyukai