Anda di halaman 1dari 22

1.

 Manakah kenyataan dibawah betul tentang kaedah mengecas bahan pendingin.

A. Dilakukan selepas proses baikpulih.

B. Dilakukan selepas proses pump down.

C. Dilakukan selepas proses pengosongan.

D. Dilakukan selepas proses menguji kebocoran.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan swaging.

A. Salah satu kaedah menguji kebocoran.

B. Proses menyambung dua kepingan logam.

C. Merupakan alat untuk mengukur halaju udara.

D. Proses menyambung dua tiub kuprum yang sama saiz.

3. Di antara yang berikut, manakah bukan merupakan jenis-jenis komunikasi.

A. Intra personal.

B. Dalam kumpulan.

C. Komunikasi secara bertulis.

D. Komunikasi secara peribadi.

 
4. Berikut adalah rintangan-rintangan yang dihadapi semasa komunikasi, kecuali.

A. Kebisingan.

B. Keadaan emosi.

C. Tanggapan berbeza.

D. Komunikasi yang kekal.

5. Manakah antara berikut bukan tujuan program pembangunan pekerja diadakan.

A. Maklumbalas pekerja.

B. Meningkatkan moral pekerja.

C. Meningkat keupayaan pekerja.

D. Meningkatkan produktiviti individu.

6. Manakah antara berikut bukan antara aktiviti penyelenggaraan.

A. Penanaman.

B. Penggantian.

C. Pembersihan.

D. Pengubahsuaian.

7. Manakah antara berikut bukan antara skop dalam bidang kontrak.


A. Arkitek.

B. Elektrikal.

C. Sebut harga.

D. Pembersihan.

8. Berikut merupakan antara operasi penyelenggaraan kecuali.

A. Pelupusan.

B. Penggantian.

C. Penyambungan

D. Pengubahsuaian.

9. Nyatakan dua kaedah pengujian yang perlu dilakukan sebelum membuat


penyelenggaraan atau pembaikan unit.

A. Ujian keterusan dan kearuhan.

B. Ujian kearuhan dan penebatan.

C. Ujian keterusan dan penebatan.

D. Ujian penebatan,kearuhan dan keterusan.

10. Manakah antara yang berikut bukan antara bahagian utama organisasi sesebuah stor.

A. Bahagian aduan.
B. Bahagian terimaan.

C. Bahagian simpanan.

D. Bahagian bungkusan dan penghantaran

11. Siapakah yang bertanggungjawab memantau aktiviti keluar-masuk barang di dalam


stor.

A. Pengarah.

B. Penjaga stor.

C. Pegawai stor.

D. Pengawal keselamatan.

12. Manakah antara berikut dikategorikan sebagai barang gunahabis.

A. Tape putih, armoflex, tiub kuprum.

B. Bender, tiub kuprum, nat kembang.

C. Rod loyang, bahan lakur, pam vakum.

D. Tiub kuprum, silinder pengecas, armoflex.

 
13. Manakah kenyataan di bawah adalah bukan kemahiran atau sikap yang perlu
diterapkan kepada pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan kelak.

A. Berdisiplin.

B. Berdaya saing.

C. Segak bergaya.

D. Kemahiran berkomunikasi.

14. Manakah kenyataan dibawah adalah kesilapan yang biasa dilakukan oleh peniaga di
dalam berurusan dengan pelanggan.

A. Senyum.

B. Menepati janji.

C. Ucap terima kasih.

D. Tidak ambil peduli pandangan pelanggan.

15. Manakah kenyataan dibawah bukan perkhidmatan kaunter yang baik.

A. Sediakan kaunter pertanyaan.

B. Sediakan bilangan kaunter yang cukup.

C. Pusatkan perkhidmatan kaunter di satu lokasi.

D. Tugaskan pengawal keselamatan di kaunter pertanyaan.

 
 

16. Seorang pelanggan mengadu, unit penyamanan udara dirumahnya tidak sejuk. Apakah
tindakan pertama yang sepatutnya dilakukan.

A. Hidupkan unit. Pasang amprobe untuk mengetahui ampere.

B. Hidupkan unit. Pasang tolok pancarongga. Lakukan pump down.

C. Hidupkan unit. Pasang tolok pancarongga untuk mengetahui tekanan.

D. Hidupkan unit. Beritahu pelanggan bahawa unitnya perlu diganti baru.

17. Manakah antara berikut bukan barang atau keperluan yang diperlukan untuk kerja-
kerja pemasangan sistem penyamanan udara jenis pisah.

A. Mesin gerudi.

B. Pemutar skru.

C. Set kimpalan gas.

D. Alat penimbang air.

18. Apakah alat yang digunakan untuk mengukur halaju udara keluar penyejat.

A. Amprobe.

B. Anemometer.

C. Meter megger.

D. Tolok pancarongga.

 
 

19. Manakah antara berikut bukan jenis peranti pemeteran.

A. Kaca cerap.

B. Tiub rerambut.

C. Injap apung tekanan rendah.

D. Thermostatic expansion valve.

20. Manakah antara berikut bukan punca hingar/bising yang biasanya terhasil pada


sebuah unit penyamanan udara domestik.

A. Penyejat.

B. Pemampat.

C. Bilah kipas.

D. Motor kipas.

21. Berikut yang manakah adalah betul berdasarkan ujian ke atas motor pemampat


terhadap  terminal pendawaiannya.

 
A. Starting  - bacaan rintangan rendah.

B. Common - bacaan rintangan paling tinggi.

C. Running  -         bacaan rintangan pertengahan.

D. Common -         bacaan rintangan pertengahan.

22. Apakah tujuan utama ujian penebatan dijalankan.

A. Menguji keterusan sesuatu komponen.

B. Mengukur kebolehaliran arus elektrik melalui penebat.

C. Mengukur nilai penebatan sesuatu komponen/pengalir.

D. Menentukan samaada penebatan sesuatu komponen/pengalir perlu diganti atau


tidak.

23. Apakah yang menyebabkan suhu dan tekanan pemeluwap menjadi tinggi dari
kebiasaan.

A. Kurang cas.

B. Cas berlebihan.

C. Ada udara di dalamnya.

D. Kekurangan minyak pemampat.

24. Manakah antara berikut bukan punca wayar  motor kipas.


 

A. Low .

B. Neutral.

C. Auxillary.

D. Common.

25. Apakah kemungkinan kerosakan sekiranya didapati kipas “outdoor” unit penyamanan


udara pisah (split unit) tidak berfungsi.

A. Fius putus.

B. Kapasitor motor kipas.

C. Geganti beban lampau

D. Papan litar bersepadu. (IC board)

26. Manakah bukan kemungkinan kerosakan sekiranya pemampat unit penyamanan udara


pisah (split unit) tidak berfungsi.

A. Pemampat.

B. Geganti voltan.

C. Kapasitor pemampat.

D. Geganti beban lampau.

 
 

27. Apakah yang dimaksudkan dengan suhu sepadan.

A. Suhu yang dibaca di amprobe.

B. Suhu yang dibaca di anemometer.

C. Suhu yang dibaca pada jangka suhu.

D. Suhu yang dibaca di tolok pancarongga.

28. Manakah dibawah berikut yang menunjukkan  kitar asas penyejukan yang betul.

 
A Peranti pemeteran         penyejat pemeluwappemampat
B Pemampat  penyejat pemeluwap peranti pemeteran
C Pemampat peranti pemeteran pemeluwap   penyejat
D Pemampat  pemeluwap  peranti pemeteran  penyejat

29. Manakah kaedah dibawah bukan kaedah menguji kebocoran.

A. Amprobe.

B. Buih sabun.

C. Sumpitan api halida.

D. Alat pengesan elektronik.

30. Manakah kenyataan dibawah yang salah tentang proses pengosongan (vakum).


A. Dilakukan selama 30 minit.

B. Menggunakan pam vakum.

C. Dilakukan selepas proses mengecas.

D. Dilakukan selepas proses menguji kebocoran.

31. Apakah saiz paip kuprum yang digunakan untuk pemaipan unit penyamanan udara
pisah 1hp.

A. ¼ inci sahaja.  

B. ¼ inci dan 5/8 inci.

C. ¼ inci dan 3/8 inci.

D. 3/8 inci dan 5/8 inci.

32. Apakah yang dimaksudkan dengan  “purging‟

A. Mencatat bacaan arus sistem.

B. Menolak udara yang terdapat dalam hos.

C. Mencatat bacaan tekanan rendah sistem.

D. Menyimpan gas bahan pendingin di bahagian tekanan tinggi sistem.

 
 

33. Manakah antara berikut bukan komponen yang terdapat pada sistem penyamanan
udara domestik.

A. Kapasitor.

B. Akumulator.

C. Alat swaging.

D. Geganti beban lampau.

34. Apakah yang dimaksudkan dengan  “pump down‟.

A. Mencatat bacaan arus sistem.

B. Melepaskan sedikit gas bahan pendingin.  

C. Mencatat bacaan tekanan rendah sistem.

D. Menyimpan gas bahan pendingin di bahagian tekanan tinggi sistem.

35. Manakah antara berikut merupakan punca-punca pemampat.

A. Auxillary, medium, high.

B. Common, medium, high.

C. Common, starting, running.


D. Ampere, temperature, pressure.

36. Manakah antara berikut bukan komponen yang terdapat pada sistem penyamanan


udara.

A. Kapasitor.

B. Akumulator.

C. Tube bender.

D. Geganti beban lampau.

37. Manakah antara berikut merupakan empat komponen asas dalam sistem penyejukan
dan penyamanan udara.

A. Pemampat, geganti, thermostat, suis pilihan.

B. Pemampat, pemeluwap, kaca cerap, tiub rerambut.

C. Pemampat, pemeluwap, penyejat, peranti pemeteran.

D. Pemampat, pemeluwap, penyejat, geganti beban lampau.

38. Apakah tujuan membuat penilaian setelah sesuatu program itu selesai dijalankan.

 
A. Mengkaji keberkesanan program latihan.

B. Mengkaji keupayaan pekerja menerima program latihan.

C. Mengkaji sejauh mana pekerja tersebut menilai program latihan.

D. Mengkaji perbelanjaan seseorang peserta program yang terlibat.

39. Mengapakah pengumpulan Data Aduan pelanggan /maklumbalas pelanggan perlu


dilakukan?

A. Untuk tujuan rekod.

B. Untuk tujuan statistik dan analisis.

C. Untuk dibentangkan kepada majikan.

D. Untuk dibentangkan kepada pelanggan.

40. Apakah tindakan yang perlu diambil setelah senarai semak kesahihan aduan di terima.

A. Putuskan tindakan yang perlu diambil berasaskan latar belakang aduan.

B. Maklumbalas status aduan/tindakan kepada pengadu dalam tempoh dua(2)


minggu dari tarikh aduan di terima.

C. Kemukakan laporan siasatan aduan pelanggan untuk dimaklumkan kepada


pengadu dalam tempoh tujuh(7) hari bekerja.

D. Jalankan siasatan ke atas aduan berkenaan dan sediakan laporan hasil


siasatan menggunakan Borang laporan Siasatan Aduan Pelanggan.

 
 

41. Nyatakan kaedah untuk memantapkan keupayaan syarikat bagi memenuhi keperluan &
ekspektasi pelanggan.

A. Strategi tumpuan pelanggan.

B. Penandaarasan perkhidmatan.

C. Memahami keperluan pelanggan.

D. Penetapan standard perkhidmatan.

42. Bagaimanakah cara untuk meminima aduan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan.

A. Laporan penilaian prestasi perkhidmatan pelanggan hendaklah didokumenkan


untuk rujukan.

B. Perkongsian pengetahuan & maklumat mengenai pengurusan perhubungan


pelanggan.

C. Pewujudan pangkalan data yang menyimpan maklumat rekod urusan


perkhidmatan pelanggan yang di kongsi bersama oleh semua bahagian.

D. Beri penekanan dalam aspek peningkatan kompetensi pegawai & kakitangan


agar tugas dapat dilaksanakan dengan lebih respondif dan profesional.

43. Asas kepada pemilihan pengajar adalah.  

A. Kesediaan pekerja.

B. Kursus yang diperlukan.


      C. Program yang dijalankan.

      D. Permintaan pengajar sendiri.

44. Latihan dinilai berasaskan kepada perkara yang berikut, kecuali….

A. Isi kandungan latihan.

B. Keberkesanan latihan.

C. Teknik penyampaian pengajar.

D.    Teknik penerimaan peserta latihan.

45. Diantara berikut manakah bukan keperluan yang perlu ada di dalam latihan?

A. Bahan latihan.

B. Jadual latihan.  

C. Kemudahan sukan.

D. Alat bantuan latihan.

46. Berikut adalah antara asas pemilihan program latihan kecuali….

A. Keupayaan syarikat.

B. Jumlah pekerja yang rajin.


C. Kemahiran yang diperlukan.

D. Program pembangunan kerja.

47. Berikut adalah cara berkomunikasi dengan baik, kecuali

A. Berbincang.

B. Berfikir sebelum komunikasi.

C. Tahu apa yang dibincangkan.

D. Tidak berusaha memberi kefahaman.

48.. Apakah garis panduan yang digunakan untuk memperbaiki komunikasi secara  
bertulis?

A. Gunakan ayat yang pasif.

B. Elakkan perkataan yang tidak perlu.

C. Guna ayat dan perenggan yang panjang.

D. Gunakan perkataan dan frasa yang mempunyai sastera yang tinggi.

49. Prestasi sesebuah stor boleh diukur melalui penyataan dibawah, kecuali....


 

A. Keluasan stor.

B. Paras simpanan.

C. Paras perkhidmatan.

D. Kadar pusingan stok.

50. Komunikasi secara umumnya ditakrifkan sebagai…..

A. Proses kerja yang berlaku.

B. Proses pertukaran barangan.

C. Proses menambah keahlian baru.

D. Proses pertukaran dan perpindahan maklumat.

51. Bilakah paras stok harus dikaji semula?

A. Pelupusan stok luput.

B. Membuat pesanan baru.

C. Paras stok semakin meningkat.

D. Pengeluaran stok lama yang banyak.

 
52. Apakah yang dimaksudkan dengan paras stok maksimum?

A. Kuantiti stok yang terlalu berlebihan.

B. Kuantiti stok yang telah sampai tarikh luput.

C. Stok yang disimpan pada aras tertinggi bagi setiap rak.

D. Kuantiti stok tertinggi yang disimpan pada satu-satu masa.

53. Apakah tujuan dilakukan pemeriksaan stok?

A. Mengenalpasti stor bersih dan kemas.

B. Memastikan stor selamat dari bahaya.

C. Memastikan stok dalam keadaan baik.

D. Mengenalpasti kelemahan stok berlebihan.

54. Apakah yang dimaksudkan dengan kumpulan A dalam pengurusan stor.

A. Mengandungi stok yang jarang digunakan.

B. Mengandungi bahan yang mudah terbakar.

C. Mengandungi 30% baki stok yang disimpan.

D. Mengandungi 70% baki stok yang disimpan.

55. Apakah yang dimaksudkan dengan kawalan stok?


 

A. Memastikan stok sentiasa kosong.

B. Memastikan stok tersusun dengan baik.

C. Memastikan stok pada paras keperluan yang sesuai.

D. Memastikan stok boleh disimpan selama mana yang boleh.

56. Manakah antara dibawah bukan tugas pengurusan inventori?

A. Menentukan masa pesanan.

B. Menentukan bilangan pesanan.

C. Mendapatkan sebut harga bahan.

D. Merekodkan pergerakan inventori.

57. Apakah tujuan merekod stok?

A. Mendapatkan sebut harga bahan

C. Merekodkan pergerakan inventori.

D. Memastikan stok dalam keadaan baik.


E. Mengetahui kedudukan stok simpanan.

58. Dimanakah kebiasaannya kad petak ditempatkan?

A. Ditempatkan bersama stok.

B. Ditempatkan dimeja penyelia stor.

C. Ditempatkan dibilik ketua bahagian.

D. Ditempatkan didalam almari berkunci.

59. Apakah maksud pengurusan inventori?

A. Semua di bawah.

B. Timbunan stok-stok.

C. Gudang tempat penyimpanan bahan.

D. Bahan disimpan untuk keperluan permintaan akan datang.

60. Apakah maklumat yang perlu diketahui bagi membuat pesanan?

A. Kos piawai.  

B. Masa penghantaran.

C. Tarikh penghantaran.

D. Jumlah bahan dalam stok keselamatan (buffer stok).


 

                                                                SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai