Anda di halaman 1dari 76

BAB 3

AL G O R I T M A
BAHAGI AN 1
A S A S S A I N S KO M P U T E R T 3 K S S M
OLEH CIKGU NORAZILA KHALID
SMK ULU TIRAM,JOHOR
CIRI-CIRI SEARCH
DAN SORT
SEARCH

• Search ialah proses untuk


mendapatkan suatu item tertentu yang
terkandung dalam satu senarai.
• Dalam bidang pengkomputeraan,
search amat penting untuk membantu
manusia mendapatkan maklumat yang
dikehendaki dengan lebih cepat.
• Manusia boleh mengarahkan aplikasi
pemprosesan kata untuk mencari
satu perkataan yang berulang dalam
suatu senarai.
LINEAR SEARCH
• Linear search ialah satu teknik
untuk mendapatkan item yang
dikehendaki dalam satu senarai
linear.
• Carian akan bermula dengan
item pertama yang terdapat
dalam senarai.
• Jika item pertama bukan item
yang dikehendaki, carian akan
diteruskan dengan item kedua
LINEAR SEARCH
• Jika item kedua bukan
item yang dikehendaki,
carian akan diteruskan
dengan item ketiga dan
seterusnya sehingga item
yang dikehendaki
diperoleh.
• Jika item yang
dikehendaki tidak
diperoleh sehingga
carian selesai, maka
carian akan ditamatkan
tanpa hasil.
ALGORITMA LINEAR SEARCH
• Algoritma linear search ialah satu
algoritma yang sangat mudah.
• Item-item dalam senarai tidak perlu
diisih mengikut urutan terlebih dahulu
apabila linear search ingin
diaplikasikan.
• Walau bagaimanapun, linear search
ini tidak begitu efisien kerana teknik ini
akan menyemak setiap item yang
terdapat dalam senarai.
ALGORITMA
LINEAR SEARCH
• Cara penyemakan ini memerlukan
masa yang panjang, terutamanya jika
senarai mengandungi terlalu banyak
item.
• Jika item yang dicari berada di akhir
senarai atau item yang dicari tidak
berada dalam senarai, carian akan
tetap dilakukan sehingga item yang
terakhir
BINARY SEARCH
• Binary search ialah teknik carian yang
melibatkan keputusan dwipilihan.
• Sebelum melakukan binary search,
item-item dalam senarai perlu diisih
dalam urutan menaik.
• Kemudian, item yang berada di tengah
senarai akan disemak.
• Jika item di tengah ialah item yang
dikehendaki, maka carian akan tamat.
• Jika tidak, item yang dikehendaki
dibandingkan dengan item di tengah
senarai itu.
BINARY SEARCH
• Jika item yang dikehendaki lebih kecil,
maka item di tengah senarai serta semua
item di sebelah kanannya diabaikan.
• Jika item yang dikehendaki lebih besar,
maka item di tengah senarai serta semua
item di sebelah kirinya diabaikan.
• Proses ini diulang pada senarai item yang
tinggal dan berterusan sehingga item yang
dikehendaki diperoleh.
• Jika item yang dikehendaki tidak diperoleh
apabila carian selesai, maka carian akan
ditamatkan tanpa hasil.
BINARY SEARCH

• Binary search adalah lebih efisien dan


menjimatkan masa berbanding dengan
linear search kerana binary search tidak
perlu menyemak setiap item dalam
senarai.
• Binary search ini juga sesuai digunakan
pada senarai dengan item yang banyak.
SORT

• Sort ialah proses mengisih


atau menyusun item-item
dalam suatu senarai linear
mengikut urutan yang
tertentu.
• Dalam bidang
perkomputeran, sort ialah
teknik yang penting untuk
mendapatkan maklumat
dengan cepat dan tepat.
SORT

• Antara contoh sort dalam


kehidupan seharian ialah
mengisih surat-surat di pejabat
pos mengikut negeri,
menyusun senarai nama murid
mengikut abjad dan menyusun
murid-murid ke dalam barisan
mengikut rumah sukan.
BUBBLE SORT
• Bubble sort ialah satu teknik pengisihan
yang mudah untuk mengisih item-item
dalam senarai mengikut urutan menaik
atau menurun.
• Teknik isihan ini bermula dengan
membandingkan dua item pertama
dalam senarai.
• Bagi isihan yang melibatkan urutan
menaik, item pertama dengan item
kedua akan bertukar tempat jika nilai
item pertama lebih besar daripada nilai
item kedua.
BUBBLE SORT

• Bagi isihan yang melibatkan urutan


menurun, item pertama dengan item
kedua akan bertukar tempat jika nilai
item pertama lebih kecil daripada nilai
item kedua.
• Perbandingan dua item bersebelahan
akan berterusan pada item-item
seterusnya sehingga ke item terakhir.
BUCKET SORT
• Bucket sort ialah satu teknik
yang mengasingkan item-item
dalam senarai tertentu ke
dalam baldi (bucket),
seterusnya item-item di dalam
baldi akan diisih dan disusun
semula ke dalam senarai.
• Bilangan baldi yang diperlukan
bergantung kepada pengatur
cara dan bilangan item dalam
senarai yang perlu diisih.
PERSAMAAN
DAN
PERBEZAAN
CIRI-CIRI
SEARCH
DAN SORT
MENULIS PSEUDOKOD
DAN M E L U KIS C AR TA
ALIR BAGI LINEAR
SEARCH
MENULIS PSEUDOKOD DAN MELUKIS
CARTA ALIR BAGI LINEAR SEARCH
• Algoritma ialah satu set langkah yang
teratur untuk dilakukan bagi mencapai
sesuatu hasil yang diinginkan.
• Algoritma wujud dalam kebanyakan
aktiviti harian seperti memasak,
membasuh pakaian, menganjurkan
sesuatu majlis dan menyelesaikan sesuatu
masalah.
• Jika langkah-langkah dalam algoritma yang
telah dibina tidak diikuti dengan betul,
hasil atau output yang diperoleh
berkemungkinan tidak seperti yang
dikehendaki.
MENULIS PSEUDOKOD DAN MELUKIS
CARTA ALIR BAGI LINEAR SEARCH
• Algoritma boleh diwakilkan dalam
bentuk pseudokod atau carta alir.
• Pseudokod ialah perwakilan algoritma
dalam bahasa yang boleh difahami
manakala carta alir adalah perwakilan
algoritma dalam bentuk grafik.
MENULIS PSEUDOKOD DAN MELUKIS
CARTA ALIR BAGI LINEAR SEARCH
• Oleh itu, sebelum menyelesaikan sesuatu
masalah khususnya dalam bidang
pengkomputeran, pseudokod dan carta alir
perlu dibina supaya set langkah yang dihasilkan
jelas dan mudah difahami.
• Pembinaan algoritma juga memudahkan
seseorang untuk mengesan ralat yang ada
sekiranya output yang diperoleh mempunyai
kesilapan selain dapat memastikan output yang
dihasilkan adalah output yang diingini
MENULIS PSEUDOKOD
DAN M E L U KIS C AR TA
ALIR BAGI BINARY
SEARCH
MENULIS PSEUDOKOD DAN
MELUKIS CARTA ALIR BAGI
BINARY SEARCH

• Pembelajaran tentang teknik binary


search adalah penting kerana situasi harian
yang dilakukan kadangkala
mengaplikasikan binary search.
• Antara situasi yang mengaplikasikan
binary search ialah carian nombor telefon
berdasarkan nama dalam buku panduan
telefon, carian makna bagi perkataan
tertentu dalam kamus, carian kad rekod
pesakit di klinik mengikut nombor kad
pengenalan serta c arian fail penuntut di
kolej.
MENULIS PSEUDOKOD
DAN M E L U KIS C AR TA
ALIR BAGI BUBBLE
SORT
MENULIS PSEUDOKOD DAN MELUKIS
CARTA ALIR BAGI BUBBLE SORT
• Sort merupakan satu tugas (task) yang
sering digunakan untuk menyelesaikan
masalah sama ada dalam
pengaturcaraan atau dalam kehidupan
seharian.
• Sort dalam bidang pengkomputeran
merujuk kepada penyusunan data
seperti nama, nombor, rekod dan fail
dalam tertib tertentu.
MENULIS PSEUDOKOD DAN MELUKIS
CARTA ALIR BAGI BUBBLE SORT
• Data yang telah diisih menjadikan
carian lebih cekap, percantuman lebih
efisien dan memudahkan pemprosesan
data dalam tertib yang dikehendaki.
• Dalam set data yang besar, adalah
lebih efisien untuk menghapuskan atau
mencantumkan data duplikasi.
• Apabila data telah diisih, pengesanan
data yang berulang lebih mudah untuk
dihapuskan atau dicantumkan.
MENULIS PSEUDOKOD DAN MELUKIS
CARTA ALIR BAGI BUBBLE SORT
• Bubble sort boleh diaplikasikan dalam pelbagai
jenis situasi seperti menyenaraikan markah-
markah yang diperoleh murid mengikut urutan
menaik atau menurun.
• Sebagai contoh, markah murid yang paling tinggi
akan sentiasa bergerak menuju ke permulaan
senarai diikuti dengan markah kedua tertinggi
dan seterusnya.
• Selain itu, bubble sort juga boleh digunakan
untuk mengisih umur peserta-peserta yang
mengambil bahagian dalam acara larian amal
supaya peserta-peserta boleh dikategorikan
mengikut peringkat seperti peringkat remaja,
belia dan warga emas.
MENULIS PSEUDOKOD
DAN M E L U KIS C AR TA
ALIR BAGI BUCKET
SORT
MENULIS PSEUDOKOD DAN MELUKIS
CARTA ALIR BAGI BUCKET SORT
• Bucket sort ialah suatu isihan yang
menyusun item-item dalam suatu
senarai mengikut kategori.
• Item-item akan dimasukkan ke dalam
baldi mengikut kategori yang ditetapkan.
• Kemudian, item-item di dalam setiap
baldi akan diisih mengikut urutan menaik
atau menurun.
• Item-item di dalam setiap baldi yang
telah diisih akan dicantumkan semula ke
dalam senarai.
B E R S AM B U N G .
.

Anda mungkin juga menyukai