Anda di halaman 1dari 33

BAB 3 :

ALGORITMA
3.1 Pembangunan Algoritma

by Cikgu Asma
Standard Pembelajaran :
3.1.1 Mengenal pasti ciri-ciri search (linear, binary) dan
sort (bubble, bucket)
3.1.2 Menulis pseudokod dan melukis carta alir yang menunjukkan
i) linear search
ii) binary search
3.1.3 Menulis pseudokod dan melukis carta alir yang menunjukkan
i) bubble sort
ii) bucket sort
3.1.4 Mengesan dan membaiki ralat dalam pseudokod dan melukis
carta alir bagi menyelesaikan masalah
i) search
ii) sort
3.1.5 Mambandingkan algoritma search dan sort melalui
pengecaman corak.
Pembangunan Algoritma
Algortima ialah satu set langkah-langkah yang perlu dilaksanakan
untuk menghasilkan output yang dikehendaki.

Pembangunan algoritma merupakan teknik pengitlakan yang


mengandungi langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang
diwakili oleh pseudokod dan carta alir.

Tujuan dan kepentingan algoritma dibangunkan adalah :


i) memahami proses yang perlu dilakukan oleh komputer.
ii) menulis algoritma dengan teratur, cekap dan mudah
difahami.
iii) Melakukan penambahbaikan kepada algoritma.
Search
Search adalah proses untuk mendapatkan suatu
item atau mencari item yang terkandung dalam
satu senarai dengan lebih cepat.
Terdapat 2 jenis search iaitu :
i) Linear search
ii) Binary search
Linear Search
Linear Search
Adalah teknik mencari nilai dengan membandingkan nilai
carian dengan item dalam senarai satu persatu dari awal
sehinggalah item yang hendak dicari dijumpai. Jika item
yang dikehendaki tiada dalam senarai, carian akan
ditamatkan.
Item tidak perlu di isih mengikut urutan.
Teknik ini tidak berapa efisian dan menggunakan masa
yang panjang untuk memprosesnya jika senarai terlalu
panjang.

#contoh boleh rujuk buku teks m/s 63-6)


Algoritma bagi Linear Search
Algoritma bagi proses linear search adalah seperti berikut :
Bandingkan item carian dengan item pertama dalam
senarai.
Jika item pertama carian sama dengan nilai item pertama,
carian akan dihentikan.
Jika nilai item carian tidak sama dengan nilai item pertama,
ulang langkah (ii) hingga selesai carian.
Carian tamat apabila item carian ditemui atau semua item
telah disemak.
Binary Search
Binary Search
Adalah teknik membandingkan nilai carian dengan item
yang berada ditengah senarai. Jika carian lebih besar
dari item tengah maka semua item di sebelah kiri akan
diabaikan. Jika nilai carian lebih kecil maka semua item di
sebelah kanan akan diabaikan. Perbandingan diteruskan
sehinggalah nilai carian yang hendak dicari ditemui.
Item dalam senarai perlu diisih dalam urutan menaik.
Binary search lebih efisien kerana tidak perlu menyemak
semua senarai dan sesuai untuk item yang banyak.
Algoritma bagi Binary Search
Algoritma bagi binary search adalah :
i. Pastikan item dalam senarai telah diisih mengikut urutan menaik.
ii. Lihat item yang berada ditengah-tengah senarai.
iii. Bandingkan item carian dengan item yang berada ditengah senarai.
iv. Jika nilai item carian sama dengan nilai item yang berada ditengah
senarai, carian akan dihentikan.
v. Jika item carian kurang daripada nilai item yang berada ditengah senarai,
abaikan item ditengah dan item selepasnya kemudian lihat pada senarai
yang tinggal.
vi. Jika item carian lebih daripada nilai item yang berada ditengah senarai,
abaikan item ditengah dan item sebelumnya kemudian lihat pada senarai
yang tinggal.
vii. Ulang langkah (ii) - (vi) sehingga item dijumpai atau apabila selesai tanpa
menjumpai item carian.
Sort
Sort adalah proses mengisih atau menyusun item-
item dalam suatu senarai linear mengikut urutan
tertentu.
Terdapat 2 jenis search iaitu :
i) Bubble Sort
II) Bucket Sort
Bubble Sort
Bubble Sort
Adalah teknik pengisihan untuk mengisih item-item mengikut
urtan menaik atau menurun.
Teknik ini akan mula mengisih dua item pertama dalam
senarai. Item pertama dan kedua akan menukar tempat untuk
menyusun item mengikut urutan menaik atau menurun.
Perbandingan dengan item bersebelahan akan berterusan
sehingga satu set susunan akan dihasilkan samaada secara
menaik atau menurun.
Algoritma bagi Bubble Sort
Algoritma bagi bubble sort adalah sepert berikut:
i. Semak item pertama dengan item kedua dalam senarai.
ii. Bandingkan kedua-dua item tersebut
iii. Jika kedua-dua item tersebut tidak mengikut urutan, tukarkan
kedudukan kedua-duanya.
iv. Ulang langkah (ii)-(iii) dengan item kedua dan ketiga,
seterusnya sehingga item terakhir.
v. Semak senarai untuk melihat sama ada semua item berada
pada kedudukan yang betul.
vi. Ulang langkah (i)-(v) sehingga semua item dalam senarai
telah diisih mengikut urutan.
Bucket Sort
Bucket Sort
ialah teknik yang mengasingkan item-item dalam senarai tertentu ke
dalam baldi (bucket), seterusnya item-item di dalam baldi akan di isih
dan disusun semula ke dalam senarai.

4 langkah bagi proses isihan iaitu (Sedia, asing, susun dan cantum):
i) sediakan bucket kosong dengan julat tertentu
ii) Asingkan item-item ke dalam bucket
iii) Susun item-item pada bucket guna bubble sort
iv) Cantum semua item dari setiap bucket ke senarai.

Bilangan baldi yang digunakan bergantung kepada pengaturcara dan


bilangan item dalam senarai yang perlu di isih.
Algoritma bagi Bucket Sort
ialah suatu isihan yang menyusun item-item dalam suatu senarai
mengikut kategori, kemudian menyusun semula mengikut susunan yang
betul.

Bucket sort melakukan proses isihan sebanyak 2 peringkat iaitu:


i) Peringkat pertama - mengasingkanitem mengikut kategori ke
dalam baldi dan mengisihkan dalam baldi
ii) Peringkat kedua - mengisihkan item-item bagi setiap baldi
mengikut urutan yang betul.
Algoritma bagi Bucket Sort
Algoritma bucket sort adalah seperti berikut:
i) Wujudkan beberapa buah baldi untuk menyimpan item-item
daripada senarai secara sementara.
ii) Tentukan julat bagi setiap baldi supaya item-item dapat
dimasukkan ke dalam baldi.
iii) Masukkan setiap item secara sementara ke dalam baldi
berdasarkan julat yang ditetapkan.
iv) Isih item-item di dalam setiap baldi
v) Setelah item-item dalam semua baldi diisih, cantumkan item-item
tersebut dan masukkan ke dalam senarai.

Anda mungkin juga menyukai