Anda di halaman 1dari 2

Pada mayapada yang mendepani ombak globalisasi ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling

di sekolah telah memikul obligasi yang vital untuk memastikan perkembangan mental dan
rohani pelajarpelajar sejajar dengan perkembangan fizikal bagi memacu kejayaan Malaysia ke
ambang 2020. Hal ini dikatakan sedemikian kerana pelajar-pelajar yang masih berdarah muda
setampuk pinang memerlukan bimbingan daripada guru-guru untuk menghadapi kehidupan
yang penuh dengan ranjau ini. Dengan adanya Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah,
mestilah para pelajar dapat mengecap kemaslahatan yang dibawa oleh unit tersebut. Persoalan
yang bermain-main dalam gawang minda kita ialah apakah peranan Unit Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah? Persoalan ini akan dibincangkan secara terperinci hingga ke akar umbi
sebentar lagi.
Marilah kita capahkan lensa perbincangan dengan menghuraikan peranan Unit
Bimbingan dan Kaunseling dalam menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar yang
menghadapi masalah. Pelajar-pelajar yang masih muda merupakan insan yang kurang
berpengalaman bak kata orang tua-tua kurang makan garam dalam meniti kehidupan. Oleh itu,
mereka memerlukan nasihat atau saranan yang bernas daripada guru-guru kaunseling yang
banyak makan garam. Sebagai tamsilannya, pelajar-pelajar yang menghadapi masalah tentang
pergaulan mereka dengan kawan atau masalah pembelajaran boleh merujuk guru bimbingan
dan kaunseling. Menurut kata-kata Richard Nixon, “Anda memerlukan pengalaman getir untuk
menzahirkan keunggulan anda.” Jelaslah di sini bahawa dengan adanya nasihat, bimbingan dan
dorongan daripada guru-guru kaunseling, tentulah para pelajar dapat mengembangkan sayap
mereka dengan keberanian, kepintaran dan jiwa besar mereka untuk mencari resolusi bagi
segala kemelut yang dihadapi oleh mereka.
Seterusnya, marilah kita luaskan perspektif dengan mendalami peranan Unit
Bimbingan dan Kaunseling dalam memberikan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar yang
bakal menjejaki alam pembelajaran yang baharu. Disebabkan para pelajar bakal menjadi modal
insan yang menggerakkan transformasi negara kita pada masa hadapan, guru-guru kaunseling
memainkan peranan yang signifikan untuk membimbing para pelajar mengenal pasti bakat dan
potensi dalam diri mereka. Dengan uslub ini, para pelajar dapat mengasah lagi potensi dan
kemahiran mereka dan seterusnya menyerlahkan kehebatan mereka dalam bidang-bidang
profesional. Sebagai evidensnya, kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak universiti untuk
mengadakan pameran pendidikan dan kerjaya, dapat menghasilkan sinergi bagi membimbing
pelajar-pelajar untuk meneroka minat mereka dalam bidang-bidang baharu. Sementelahan
pula, ceramah-ceramah tentang peluang melanjutkan pelajaran membolehkan para pelajar
untuk memahami jurusan dan kursus-kursus pelbagai yang ditawarkan oleh universiti. Aforisme
Melayu ada menyatakan bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
Maka, bantuan daripada guru-guru kaunseling dapat membimbing mereka supaya tidak
tersalah pilih kerjaya yang menjadi idaman di hati pelajar.
Jika ditinjau dari skop yang lain, Unit Bimbingan dan Kaunseling berperanan penting
untuk meningkatkan motivasi murid. Allahyarham Profesor Hamka berpendapat bahawa
biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, namun cita-cita mansia tidak pernah karam.
Ungkapan ini jelas membuktikan betapa pentingnya jiwa besar untuk menggapai bintang
kecemerlangan. Lantaran itu, bagi mengelakkan semangat dan cita-cita pelajar daripada luntur,
Unit Bimbingan dan Kaunseling senantiasa berpenat lelah memerah idea untuk mengobarkan
jiwa besar dalam diri pelajar. Sebagai justifikasinya, unit tersebut sering mengadakan kem
motivasi untuk meningkatkan semangat pelajar untuk menghadapi pancaroba dalam
kehidupan. Bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ini adalah seperti PT3, SPM
dan STPM, minhaj ini adalah amat drastik agar para pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri
mereka bagi menongkah arus dalam kehidupan mereka. Izharlah, Unit Bimbingan dan
Kaunseling dapat memastikan perkembangan mentaliti pelajar agar tidak terjerumus ke dalam
lembah kehinaan.
Sebelum pena diskusi melabuhkan noktahnya, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah
menjamin pembentukan modal insan yang sempurna dari segi mental, iman dan rohani untuk
menerajui negara 3 Malaysia pada persada antarabangsa. Justeru, para pelajar seyogia
menghargai nasihat dan bimbingan daripada guru-guru kaunseling supaya tidak menjadi insan
yang bobrok dan terlibat dalam kebejatan moral. Pihak sekolah juga perlu proaktif dalam
menggiatkan peranan unit ini demi kemaslahan para pelajar. Anak-anak umpama permata yang
perlu digilap sehingga bersinar. Oleh hal yang demikian, marilah kita bersama-sama
mengimplementasikan strategi-strategi yang pragmatik, efektif dan efisien bagi
mengembangkan lagi peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling supaya dapat melahirkan modal
insan yang berkaliber untuk menerajui cerucuk kepimpinan negara kita ke arah yang lebih maju.
Biarlah pepohon terus menghijau, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah Malaysia terus
gemilang. [654 patah kata]

Anda mungkin juga menyukai