Anda di halaman 1dari 1

Bincang secara berpasangan, berikan idea anda sendiri tentang strategi anda

membina hubungan positif antara guru dengan murid. Jelaskannya.

I. Wujudkan komuniti di dalam bilik darjah. Bilik darjah yang kondusif akan
menghasilkan murid yang berkualiti. Justeru, saya akan memastikan interaksi murid
dengan murid dan interaksi guru dengan murid dapat dilakukan dalam suasana yang
selesa. Atas kesedaran inilah saya akan cuba sebaik mungkin untuk mengenali
setiap murid saya.
II. Perhatikan dan perbaiki elemen komunikasi bukan lisan. Ketika mengajar, saya
perlu menerapkan aspek paralinguistik untuk mengukuhkan penyampaian ilmu saya
agar murid lebih faham dan mudah untuk menterjemahkan perkara yang hendak
disampaikan.
III. Menerima keindividualan murid. Sebagai seorang guru yang profesional, saya
sewajarnya mengetahui bahawa setiap murid itu berbeza-beza dari aspek personaliti
dan kognitif, maka saya seharusnya tidak melakukan suatu persepsi bahawa semua
murid boleh cuba memahami dan menerima maklumat yang disampaikan.
IV. Tunjuk keprihatinan terhadap murid. Mengetahui bahawa setiap murid datang dari
latar belakang keluarga yang berbeza, saya akan cuba membantu murid-murid yang
memerlukan bantuan saya sama ada dari aspek fizikal atau mental, misalnya
sokongan kewangan jika murid saya dalam serba kekurangan dan sokongan moral
jika murid saya kesedihan.

Anda mungkin juga menyukai