Anda di halaman 1dari 1

Jelaskan secara ringkas konsep pembelajaran bermakna dan kaitkan dengan

bilik darjah yang kondusif.

Konsep asas pembelajaran bermakna ini boleh difahami sebagai suatu proses
pembelajaran iaitu maklumat ataupun informasi baharu yang boleh dihubungkan
dengan struktur pengertian yang sudah dimiliki murid yang sedang melalui proses
pembelajaran itu sendiri. Pada masa yang sama, pembelajaran bermakna ataupun
NDPL ini terjadi apabila murid menghubungkaitkan fenomena baharu ke dalam
struktur pengetahuan mereka. Justeru, guru perlu peka dengan pemilihan kaedah
atau pendekatan supaya pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat diwujudkan
semasa menjalankan aktiviti Pdp bersama-sama murid supaya objektif pengajaran yang
dirancang tercapai seperti melibatkan perkongsian pembelajaran “antara pelajar
dengan pelajar dan antara pelajar dengan guru”.

Pembelajaran bermakna ini dapat dikaitkan dengan suasana bilik darjah yang
kondusif melalui penglibatan “antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar
dengan guru” tadi yang memastikan keterlibatan kedua-dua belah pihak secara dua
hala dan holistik. Penglibatan ini secara tidak langsung akan menghasilkan suasana
kelas yang aktif dan sihat. Selari dengan itu, perkaitannya juga boleh dilihat dari aspek
perancangan yang rapi iaitu keinginan guru untuk mengubah bentuk pendidikan
bagi menyediakan pelajar yang lebih baik untuk dunia persekitaran mereka. Jadi,
konsep pembelajaran bermakna dengan bilik darjah yang kondusif dapat meningkatkan
murid dalam pencapaian akademik mereka.

Anda mungkin juga menyukai