Anda di halaman 1dari 7

CADANGAN USAHASAMA PERUSAHAAN KUARI DI MUKIM PADANG PELIANG,

DAERAH PENDANG, KEDAH DARUL AMAN.

Pemilik YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH (YIKED)


Usahasama JENIANG QUARRY SDN BHD (NO. 786369-W)

Lokasi Sebahagian Kompartment 43, Kawasan Hutan Simpan


Bukit Perak, Mukim Padang Peliang,
Daerah Pendang, Kedah Darul Aman.

Keluasan 80.9372 Hektar = 200 Ekar

Tempoh Pajakan Berakhir 2045 (Permohonan lanjutan sehingga 2075)

Konsesi 30 Tahun + 30 tahun + 30 tahun (90 tahun)

Kegunaan Tanah Perindustrian

Syarat Nyata Perusahaan (Kuari Batu)

Kelulusan Operasi Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED)


Jeniang Quarry Sdn Bhd (No. 786369-W) JV

CADANGAN TAWARAN PELABURAN / PERNIAGAAN

ITEM PERKARA CATATAN

01 PEMEGANG SAHAM – PELABURAN KOMITMEN

Nilai Tawaran Pelaburan RM 5 JUTA

Nilai Tawaran Saham Pegangan 50%

Lembaga Pengarah Ahli


+- 70 JUTA TAN METRIK
Penilaian Potensi Sumber Kuari Batu
estm.(x RM 15.00/tan)
(Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia)
= RM 1,1 BILLION
3 – 6 BULAN
Pulangan Pelaburan (ROI)
(komitmen operator)
Saham 50%
Jaminan Pelaburan
Konsesi 30 + 30 tahun
RINGKASAN EKSEKUTIF
Perusahaan kuari ini mempunyai permintaan tinggi pada masa sekarang dan sangat berpotensi
di masa akan datang. Berdasarkan sumber terkini, berapa projek mega melibatkan pembinaan
prasarana akan dibangunkan di Negeri Kedah dan Pulau Pinang sepertimana yang disenaraikan
di dalam Jadual di bawah. Pembangunan prasana ini sudah semestinya memerlukan bekalan
pelbagai jenis produk bahan-batuan (kuari) yang semakin meningkat bagj menampung
keperluan ini.
Manakala pengeluaran sedia ada masih dalam kerangka yang perlu di tambahkan lagi. Oleh itu
perusahaan kuari ini amat diperlukan dan mempunyai pasaran serta permintaan yang semakin
bertambah. Sekaligus, harga bahan batuan ini akan melonjak kepada suatu harga yang bernilai
tinggi dimasa akan datang. Tambahan pula, berdasarakan tinjauan awal yang dilakukan oleh
pihak kami mendapati bahawa permintaan pengelauaran produk ini senntiasa berterusan dan
ada kalanya tidak mencukupi.
Ringkasan Projek Akan Datang tempoh 06 Bulan hingga 01 tahun

BIL PROJEK KOS PROJEK

01 Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pendang, Kedah RM 420 Juta


02. Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) RM 1.6 Billion
03. Hab Industri Pembuatan dan Logistik di Sidam, Kedah RM 300 Juta
Lebuh raya baru Sungai Petani ke Bandar Baharu dan
04. RM 1.7 Billion
ke Jambatan Kedua Pulau Pinang
05. Pembangunan hartanah di Langkawi oleh Widad Group RM 40 Billion
06. Open Road International Circuit di Langkawi, Kedah RM 1.3 Billion
07. Pembangunan di Penang South Island (PSI) RM 7.0 Billion
08. Pembangunan Pelabuhan Antarabangsa Yan, Kedah RM 1.5 Billion
*Sumber dari www.data.gov.my
Ringkasan Perusahaan Kuari Sedia Ada:-
BIL. PENGUSAHA KUARI NEGERI
JENIS TARIKH
DAERAH
KUARI LUPUT
KEDAH

01 Kemelong Engineering Sdn. Bhd.(Oscar Quarry Sdn Bhd) Pendang GRANITE AKTIF
02 Cemara Bina Sdn. Bhd. (Hanson Bukit Perak Sdn. Bhd.) Pendang GRANITE AKTIF
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
03 Pendang GRANITE AKTIF
(BDB Infra Sdn. Bhd.)
04 Cemara Bina Sdn. Bhd. (Pati Bukit Perak Sdn. Bhd.) Pendang GRANITE AKTIF
05 Dawanis Jaya Sepakat (DKLS) Sdn. Bhd. Sik GRANITE AKTIF
06 TAHB Construct SB (MDC Concrete SB) Sik GRANITE AKTIF
07 Sankojaya Sdn Bhd Sik GRANITE TAK AKTIF
08 Kedah Cement Sdn Bhd Langkawi BATU SYEL AKTIF
09 Alor Setar Gemilang Sdn Bhd Langkawi GRANITE AKTIF
10 Hosna Granite Sdn Bhd Langkawi GRANITE AKTIF
11 Pekan Kuah Quarry Sdn Bhd Langkawi GRANITE AKTIF
12 Yayasan Islam Negeri Kedah (Fahim Quarry Sdn Bhd) Padang Terap GRANITE AKTIF
13 YIKED Quarry Sdn Bhd (Bumimas (M) Sdn Bhd) Padang Terap GRANITE AKTIF
14 Equity Corporation Sdn. Bhd. Kulim GRANITE AKTIF
15 Sasmax Sdn Bhd Kulim GRANITE AKTIF
16 Nusa Potensi Sdn Bhd Yan GRANITE AKTIF
17 Kuari Tunjang Sdn Bhd Kubang Pasu GRANITE AKTIF
18 Nada Muhibbah Sdn Bhd Baling LIMESTONE AKTIF
19 Indah Sejagat Sdn Bhd (Lime & Lime Products Sdn Bhd) Baling LIMESTONE AKTIF
20 Greengage Sdn Bhd (Buntar Quarry Sdn Bhd) Bandar Baru GRANITE AKTIF

BIL PULAU PINANG DAERAH


01 Asas Dunia Berhad (Andesite Quarry SB) Seb. Perai Selatan
02 Welepeq Sdn. Bhd. (Hanson Quarry Products Sdn. Bhd.) Seb. Perai Selatan
03 Pakatan Protim Pro. SB & Sterling Cons SB Seb. Perai Selatan
04 Foo Yen Soo & Sons Sdn. Bhd. Seb. Perai Tengah
05 Kuad Sdn. Bhd. Seb. Perai Tengah
06 Sharikat Barkat SB (Batu Tiga Quarry SB) (Penanti) Seb. Perai Tengah
07 Perbadanan Bekalan Air P. Pinang (Amasser Contruc. SB) Seb. Perai Tengah
08 Saw Chong Teok Quarry Sdn. Bhd. (BTQ SB)(Juru) Seb. Perai Tengah
09 Teik Granite Quarry Sdn. Bhd. (Penanti) Seb. Perai Tengah
10 PPH Resorts (Penang) SB (Lai Min Sung Construction) Barat Daya
Sofinaz Holdings (Hanson Quarry Products (Northern)
11 Barat Daya
Sdn.Bhd.)
12 Teik Granite Quarry Sdn. Bhd. (Tg.Bungah) Timur Laut
 Sumber dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) – www.data.gov.my 2019
1) Tajuk : PROJEK USAHASAMA KUARI DI SEBAHAGIAN KOMPARTMENT 43,
KAWASAN HUTAN SIMPAN BUKIT PERAK, MUKIM PADANG PELIANG,
DAERAH PENDANG, KEDAH DARUL AMAN.

Pelawaan kepada mana-mana syarikat yang berminat ke atas Cadangan Usahasama (JV) bagi Perusahaan Kuari
yang terletak di Mukim Padang Peliang, Daerah Pendang, Kedah Darul Aman seluas lebih kurang 200.00 ekar.

2) Latarbelakang/Pengenalan

Tawaran Usahasama ini adalah memberi peluang perniagaan kepada pelabur / operator yang berminat untuk
berkerjasama dalam perniagaan hasil kuari di Malaysia. Ini sebagai menampung permintaan produk hasil kuari
yang tinggi pada masa sekarang selaras dengan beberapa projek bersaiz mega yang sedang dan akan di
laksanakan di utara Semenanjung Malaysia.

3) Kajian sedia ada

Kajian potensi sumber batu dimensi Daerah Pendang, Kedah ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan
Geosains, Malaysia dalam Projek Mineral Perindustrian di bawah Rancangan Malaysia Ke-Lapan (RMK-8). Dua
tapak kawasan mempunyai sumber rizab bahan batuan yang banyak dan berkualiti serta berpotensi untuk
diwujudkan perindustrian pengkuarian yang baharu terletak di Kampung sungai Siput dan Kampung Titi Akar di
dalam Daerah Pendang, Kedah Darul Aman telah dikenalpasti.

Logistik (pelan kawasan)

Kedua-dua kawasan ini di dasari oleh Pluton yang sama iaiu granit Bukit Perak. Batuan yang terdapat di kawasan
ini dikelaskan sebagai granit biotit berporfir kelabu berbutoran sederhana-kasar dengan kandungan kuartza (35%),
feldspar (50%) dan biotit (15%). Tekstur dan warna batu dikedua-dua kawasan ini adalah seragam dan menarik
serta sesuai untuk cadangan industri batu dimensi.

Anggaran rizab bahan batuan bagi lokasi kawasan di Kampung Sungai siput dan Kampung Sungai titi akar ini
masing-masing 51.2 dan 28 juta tan metrik. Ketebalan lapisan tanah beban atas dianggarkan mencapai sehingga
9m bagi lokasi di Kampung Sungai Siput dan 7.5m bagi Kampung Titi Akar.

Satu kajian ujian juga telah dijalankan ke atas bahan batuan di kawasan ini. Kajian ini digunakan bagi menentukan
tahap kekuatan, ketahanan, keporosan dan boleh diukir. Disamping itu, satu kajian sampingan juga telah
dilaksanakan bagi menentukan tekstur dan kandungan mineralogi bahan batuan tersebut. Keputusan ujian
piawaian juga menunjukkan bahawa batu dimensi dari Pluton Bukit Perak ini memenuhi spesifikasi piawaian batu
dimensi granit mengikut standard piawaian American Society of Testing Material (ASTM, C615) dan standard
piawaian ini diterima pakai oleh National Building Granite Quarries Association (NBGQA, 2003)

4) Anggaran Nilai Projek

Anggaran keseluruhan nilai hasil projek melebihi RM 1,1 Billion seperti penilaian kandungan batu oleh pihak
Jabatan Mineral dan Geosains serta padanan harga pasaran semasa yang terdapat di kawasan tersebut.

5) Anggaran Penilaian Pasaran

Kajian Pasaran semasa produksi di tapak-tapak kuari sedia ada menunjukkan pengeluaran tidak mencukupi ke
atas permintaan yang tinggi pada masa sekarang. Di tambah pula dengan beberapa projek berskala besar yang
akan dilaksanakan di utara Malaysia dalam beberapa tahun ini, memerlukan produk kuari yang sangat banyak
kuantiti nya.
CATATAN CARIAN PERSENDIRIAN HAK MILIK MAKLUMAT TIDAK
BERKUATKUASA

Jenis dan No. Hakmilik HSD 783 Nombor PT PT 18

Bandar/Pekan/Mukim MUKIM PADANG PELIANG Tempat Hutan Simpan Bukit Perak

Keluasan 80.9372 Hektar Daerah PENDANG

Nombor Syif Piawai 100-C & D Nombor Pelan Akui Tiada

Taraf Pegangan Pajakan 30 tahun Tarikh Luput Pajakan 13 September 2045


(Selama-lamanya atau Pajakan) (Jika Berkenaan)

Tarikh Daftar 14 September 2015 Cukai Tanah RM80,938.00

Kawasan Rizab PENGISYTIHARAN REZAB MELAYU


(Jika Berkenaan)

Kategori Kegunaan Tanah


PERINDUSTRIAN
Syarat Nyata

Perusahaan (Kuari Batu)

Tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah semata-mata bagi mengambil bahan batuan dan tidak boleh
didirikan sebarang bangunan selain daripada bangunan yang berkenaan dengannya sahaja. (Mengikut pelan yang
diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

SYARAT-SYARAT KHAS

a. Perusahaan kuari ini dibuat secara usahasama (JV) di antara Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) dan
Jeniang Quarry Sdn Bhd (JQSB).

b. Hendaklah tuan tanah membayar cukai di atas semua pengeluaran bahan batuan yang diambil keluar dari
tanah ini menurut kadar-kadar yang ditetapkan dibawah Peraturan Tanah Kedah 1966-37(62).

c. Tuan Tanah hendaklah membayar cukai di atas semua bahan batuan yang hendak dikeluarkan dari tanah ini
kepada Pentadbir Tanah Pendang pada genap 1/4 tahun (suku tahun) iaitu tidak lewat daripada hari yang
ketujuh (7) dalam bulan yang berikutnya. Pembayaran cukai ini hendaklah disertai dengan satu penyata yang
menunjukkan jumlah tiap-tiap jenis batu-batuan yang dikeluarkan dalam masa 1/4 tahun itu dan juga dengan
semua salinan resit penjualan.

d. Hendaklah tuan tanah bayar dan selesaikan segala cukai bayaran hasil dan apa-apa perbelanjaan yang kena
dibayar berkenaan dengan tanah yang dibenarkan ini sama ada dituntut oleh Majlis Daerah Pendang atau
lain-lain jabatan kerajaan termasuk didalam kawasan mereka.
e. Satu penyata bulanan yang menunjukkan jumlah pengeluaran bagi tiap-tiap bahan batuan hendaklah
disediakan tiap-tiap bulan dan dihantar kepada Pentadbir Tanah Pendang serta salinannya kepada Pengarah
Tanah dan Galian Negeri Kedah tidak lewat dari hari ketujuh bulan berikutnya.

f. Aktiviti pecah batu dengan cara bedilan/lain cara hendaklah dilakukan dengan cara terbaik seperti yang
diamalkan dalam perusahaan – perusahaan yang seumpama dengannya tanpa mendatangkan sebarang
gangguan kepada orang ramai atau kerosakan pada harta benda lain di sekitarnya.

g. Tuan tanah hendaklah menyimpan beberapa buku kira-kira seperti buku stok, rekod jualan atau apa-apa buku
kira-kira yang difikirkan mustahak yang diarahkan oleh Pengarah Tanah dan Galian dari semasa ke semasa.

h. Tuan tanah hendaklah menggunakan tenaga buruh Melayu mengikut peratus seperti berikut :-
(i) Buruh tidak mahir (Unskilled labourers) - 100%
(ii) Buruh mahir (Skilled labourers) - 50% sekurang-kurangnya dan lain-lain pekerja.

i. Tuan tanah hendaklah memelihara jalan keluar masuk dan jalan-jalan yang dilaluinya dan bertanggungjawab
atas kerosakan yang dilakukan oleh lori-lori.

j. Tuan tanah hendaklah menghantar penyata buruh kepada Pegawai Daerah Pendang pada tiap-tiap
penghujung bulan bagi menjamin syarat diceraian ini.

k. Tuan tanah hendaklah mengguna dan membekalkan alat-alat yang tidak boleh mendatangkan kekotoran
udara (air polution) dengan sepuas hati Penguasa Perubatan dan Kesihatan Negeri.

l. Ditegah membawa pindah keluar bahan batuan dari jam 6:00 petang hingga 6:00 pagi esoknya tiap-tiap hari.

m. Semua bayaran imbuhan atau gantirugi yang dituntut akibat dari bedilan dan sebagainya yang terbit dari
operasi perusahaan pecah batu ini adalah tanggungjawab tuan tanah.

n. Tuan tanah dikehendaki menyimpan wang deposit di Pejabat Tanah Pendang mengikut peraturan Seksyen
74 KTN yang dituntut oleh Petabdir Tanah Pendang.

o. Semua kerja-kerja letupan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Polis Di Raja Malaysia
(PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Majlis Daerah Pendang dan lain-
lain jabatan teknikal yang berkaitan.

p. Kaedah letupan hendaklah menurut kaedah yang ditetapkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains(JMG) atau
lain-lain jabatan yang pakar berkenaannya.

q. Hendaklah memastikan kerja-kerja letupan tidak menyebabkan kerosakan kepada rumah-rumah penduduk.

r. Pentadbir Tanah Daerah berhak untuk menghentikan operasi pengkuarian jika pemilik gagal mematuhi syarat-
syarat yang ditetapkan di bawah syarat khas ini.

s. Lain-lain yang akan dikenakan oleh Pentadbir Tanah jika perlu dari semasa ke semasa.

Sekatan Kepentingan

Perusahaan kuari ini dibuat secara usahasama (JV) di antara Yayasan Islam Negeri Kedah dan Jeniang Quarry
Sdn Bhd DAN ditegah membuat sebarang perkiraan kecuali pajakan atau gadaian melainkan dengan kebenaran
Pihak Berkuasa Negeri.
PROPOSAL – JOINT VENTURE STRUCTURE

INVESTOR STATE
GOVERNMENT OF
KEDAH

KOMITMEN
RM 5 MILLION = 50% SHARE

JENIANG YAYASAN
QUARRY JOINT VENTURE ISLAM KEDAH
SDN BHD AGREEMENT (YIKED)

JENIANG
QUARRY SDN
BHD & YIKED JV

QUARRY
OPERATOR

SITE MANUFACTURER LOGISTICS


OPERATION OPERATION OPERATION

Anda mungkin juga menyukai