Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim
        
        Yang berusaha ………………………………………….
        Guru Besar SK Damak, En. Zulkarnain bin Mahiruddin..

Yang Berusaha………………………..
YDP PIBG SK Damak………………………………

Guru-Guru Penolong kanan, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan
kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di
Dewan ......................... ....untuk  meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat
sekolah bagi tahun 2022.

UCAPAN YDP PIBG


Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya YDP PIBG SK Damak
En. .............................................. bagi menyampaikan ucapan.. Dipersilakan..

UCAPAN GURU BESAR


Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi impit pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Guru Besar bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang
berusaha,  Guru Besar SK Damak En. Zulkarnain bin Mahiruddin untuk memberi ucapan.
Dipersilakan.

(Selepas Ucapan )
Terima kasih diucapkan atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis akan diserikan lagi dengan satu persembahan daripada murid-murid tahap 1 yang
dipimpin oleh Pn. Siti Nazirah. Dipersilakan...

Terima kasih atas persembahan sebentar tadi.


Seterusnya majlis diteruskan pula dengan penyampaian sijil penghargaan. Sijil ini
diberikan pihak sekolah sebagai tnda penghargaan kepada para penyumbang yang banyak
membantu sekolah.Bagi pihak seluruh warga sekolah, jutaan terima kasih atas kesudian
pihak tuan memberikan sumbangan..

Dijemput ....................................... bagi mengiringi ............................. untuk


menyampaikan sijil penghargaan.
................Senarai nama penerima sijil....

Majlis mengucapakn terima kasih atas penyampaian sijil itu tadi....

 
Ketupat lemang rendang laksa
Nasi impit kuah kacang tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom semua...

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah
sedia dihidangkan.

Sambil kita menimati hidangan, apakata kita nikmati juga persembahan dari murid-murid
tahap 2..

PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan
oleh pelajar.

{1}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}
[Che Faridah]

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan
kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.
(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu
di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat
sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada
semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Anda mungkin juga menyukai