Anda di halaman 1dari 19

Terlebih dahulu kami ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kami dapat menyiapkan

tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak -kanak ini dengan baik. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi -tinggi penghargaan dirakamkan khas kepada pensyarah kami iaitu Puan Salina binti Mokhtar atas

segala nasihat, dorongan, nasihat dan keprihatinan dalam menjayakan tugasan ini. Beliau telah memberi pelbagai p endapat dan pandangan kepada kami dalam proses menyiapkan tugasan ini. Bimbingan,pandangan dan tunjuk ajarnya telah banyak membantu kepada kejayaan tugasan ini. Di samping itu, kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah yang lain yang sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka bukan sahaja memberi pendapat yang bernas terhadap topik tugasan kami, malah memberi sedikit pengenalan dan pendapat mengenai beberapa teori - teori dan terapi yang kami gunakan dalam menangani isu yang dinyatakan dalam tugasan ini. Sementara itu, tidak lupa juga dengan ahli keluarga dan rakan seperjuangan yang sentiasa memberikan sokongan moral kepada kami dalam menyempurnakan tugasan bimbingan dan kaunseling kanak -kank ini. Sesungguhnya tugasan ini dikatakan amat ringkas, akan tetapi kegigihan dan usaha yang telah dicurahkan dalam menyelesaikan tugasan ini boleh dikatakan setinggi gunung. Tugasan ini juga telah menerapkan beberapa nilai murni dalam diri kami. Misalnya, sikap berkerjasama dan nilai saling tolong -menolong telah membolehkan kami menyiapkan tugasan ini dengan lancar dan berjaya. Secara tidak langsung, ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pensya rah dan rakan-rakan seperjuangan kami yang lain. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menolong kami secara langsung mahupun tidak langsung bagi menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

1.0 PENGENALAN ISU

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh

menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak -kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Ke menterian Pendidikan Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid -murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah. Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak -kanak supaya ia dapat menghasilkan satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.
Mohd Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Menurut Robert H Wo ody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour

Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekola h dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak -kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.
(sumber internet : www.scribd.com/doc/46305047/tingkahlaku -bermasalah1)

Tingkah laku bermasalah di kalangan kanak-kanak boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu tingkah laku bermasalah negatif dan positif. Sehubungan dengan itu, kami telah memilih satu tingkah laku bermasalah negatif iaitu tingkah laku yang menghalang/ bergantung. Lebih jelas adalah murid -murid sentiasa mengasingkan atau mengundurkan diri daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku ini merupakan salah satu tingkah laku yang boleh

membahayakan diri murid berkenaan. Kami mengesan masalah ini d engan tertonjolnya beberapa ciri -ciri yang luar biasa di kalangan segelintir murid. Antaranya adalah ciri kebimbingan di mana murid berkenaan akan sentiasa berasa takut terhadap guru, menunjukkan reaksi bimbang di dalam kelas dan akan menunjukan sikap tiada keyakinan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan kawan-kawan yang lain dan bersikap rendah diri yang terlalu tinggi serta berperasaan malu terhadap kawan . Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. Murid yang suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna, merasai kekurangan dari segi material berbanding rak an-rakan lain, sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah peribadi atau dalaman. Kemungkinan, murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal a tau bilangan adik beradik yang kecil. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak berinteraksi. Selain itu, murid yang suka mengasingkan diri juga akan terlalu

mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama daripada ibu bapa atau orang yang rapat dengannya. Ini membolehkan mereka terlalu manja dan tidak boleh hidup berdikari dalam apa jua keadaan. Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah keluarga, kewangan dan kurang perhatian dari kawan -kawan , kebiasaannya berwajah murung, tidak ceria dan kurang senyum. Murid sebegini juga kurang memberi penumpuan atau perhatian di dalam kelas. Murid ini lebih banyak berkhayal atau mengelamun ketika belajar. Sesetengah pula,menunjukkan sikap tidak berminat langsung untuk belajar serta

malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak -agak memberi pendapat atau idea dan sering menggangap orang lain lebih baik daripada dirinya.

Dalam konteks bimbingan dan kaunseling, murid -murid yang suka mengasingkan diri adalah murid-murid yang mempunyai masalah dari segi emosi. ( Suradi Salim , 1996 )

Faktor emosi boleh dikaji meliputi beberapa aspek seperti berikut :  Kemungkinan berlaku pergaduhan di antara ibu bapa, leteran, perbalahan tentang perkara kecil di antara murid dengan ibu bapa.  Penceraian atau perpisahan menghadkan keupayaan untuk berusaha dalam pelajaran  Hubungan yang tidak baik di antara adik beradik dan keluarga  Keadaan keluarga yang sering berpindah randah sehi ngga murid tidak merasa selesa dengan perubahan tempat baru  Keadaan situasi tempat tinggal atau rumah kediaman yang tiada

keseimbangan dari segi saiz, kemudahan, bilangan ahli yang terlalu ramai atau kedudukan kawasan.

(sumber internet : www.scribd.com/doc/46305047/tingkahlaku -bermasalah1)


Masalah yang dikenal pasti :

Seorang pelajar, Raja(bukan nama sebenar) darjah tiga suka mengelamun dan menconteng buku latihan, meja dan dinding di sekelilingnya. Guru -gurunya cuba menegurnya tetapi tidak dilayan oleh Raja. Raja juga tidak ingin bercakap dengan rakan-rakan sekelasnya. Pada mulanya guru -guru merasakan masalah

mengasingkan diri ini adalah kerana Raja baru berpindah dari sekolah lain semasa sedang belajar darjah 2. Tetapi lama kelamaan dia mula tidak menumpukan perhatiannya kepada P&P yang dijalankan dan mula menconteng. Dia dirujuk kepada guru kaunseling untuk mengubah tingkah lakunya.

2.0 PENGENALAN TEORI YANG DIPILIH

TEORI BEHAVIORIS

Teori Behavioris terbahagi kepada dua iaitu pelaziman klasik dan pelaziman operan. Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitan. Misal kata, anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan makanan dan bunyi loceng. Manakala, dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan (makanan) yang diberikan.

Modifikasi Tingkah laku :

Langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip -prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Antara langkah -langkah sistematik ialah : Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah Menetapkan matlamat Menentukan strategi bertindak Merancang prosedur atau plan bertindak Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

Modifikasi tingkah laku ini merupakan cara menguruskan bilik darjah. Ia sesuai untuk mengatasi masalah mengasingkan atau mengundurkan diri daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Objektif modifikasi tingkah laku murid ialah : -

a. Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini b. Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini.

3.0 KENAPA PILIH TEORI TERSEBUT

Setelah berbincang beberapa teori kami memilih teori behavioris kerana ia merupakan satu teori yang lebih sesuai dikaitkan dengan masalah yang kami pilih di atas. Kami berasa modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku murid yang suka mengasingkan atau mengundurkan diri mereka daripada proses pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi pelaziman. Berikut ialah huraian pelbagai teknik yang sesuai digunakan untuk perlaksanaan program modifika si tingkah laku murid-murid tersebut.
1. Peneguhan

 Positif dan peneguhan Negatif Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif.  Peneguhan Positif Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang -ulang.  Peneguhan Negatif Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.
2. Denda dan Peneguhan

Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata lain ialah mengehentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daraipada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut. Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya.

3. Reverse Psychology

Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif.

4. Shaping

Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur -ansur.

5. Token Economy

Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit, markah, peratus. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah -sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin muri d.

6. Kontrak ( Lisan atau Bertulis )

Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara perjanjian lisan atau bertulis.

7. Kawalan Kendiri

Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Ia dilakukan seperti berikut : a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan b) Mengumpulkan data c) Merancang program tindakan d) Menilai program e) Menamatkan Program

Daripada senarai teknik teori behavioris di atas, kami bercadang untuk mengaplikasikan kaedah Shaping dalam mengatasi masalah yang kami telah dikenal pasti di sekolah yang kami berpraktikum ketika sesi kaunseling. Sepertimana kita tahu, kaedah Shaping merupakan satu proses dalam pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur -ansur. Teknik Shaping digunakan apabila murid yang berkenaan tidak melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini. Oleh demikian, bagi masalah murid yang suka mengasingkan diri, kami menggunakan kaedah shaping supaya dapat membentuk tingkah laku yang positif iaitu murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya mereka akan lebih mudah berkomunikasi dengan orang lain serta berani menampilkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah. Tambahan pula, dalam sesi kaunseling berkenaan, kami ingin menggabungjalinkan terapi bermain dalam kaedah shaping untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan dan efektif dalam pembentukan tingkah laku murid yang diingini . Ini kerana, klien kami iaitu Raja suka mengasingkan diri daripada melibatkan diri dalam P&P di bilik darjah tetapi dia suka matapelajaran Pendidikan Jasmani. Dia suka bermain dan menunjukkan minat untuk bergerak.

4.0 TEKNIK TERAPI BERMAIN

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis terapi yang boleh digunakan dalam intervensi kaunseling kanak-kanak. Berikutan dengan itu, kami telah memilih terapi bermain untuk menangani isu yang kami pilih di atas iaitu murid suka mengasingkan diri daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Terapi Bermain

Main merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan semata mata untuk kepuasan. Sepertimana kita tahu, main merupakan satu aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, intelek, sosial dan emosi. Maka, main hendaklah dipilih secara bebas mengikut kehendak murid dan tidak paksa. Selain itu, teknik bermain juga mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan dan kepuasan pemain kerana main membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan. Pendekatan terapi bermain merupakan suatu pendekatan rawatan iaitu penggunaan proses desensitizasi secara sistematik atau pembelajaran semula untuk mengubah gangguan tingkah laku kanak -kanak. Oleh itu, terapis biasa mengg unakan bermain untuk menilai atau memahami aktiviti bermain kanak-kanak di mana mengaplikasikan pendekatan terapi bermain untuk menolong mereka mengadaptasikan gangguan mental dan mengenal pasti penyelesaian masalah mereka. Melalui kawalan masalah dalam kl inik terapi bermain, kanak-kanak mendapat penyelesaian yang berkesan dan seterusnya mengubah dengan cara mereka berfikir sesuai. Dalam kes ini, kami telah memilih main asosiatif. Main asosiatif merupakan sejenis pola main yang mana dua atau sekumpulan kan ak-kanak yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti main secara berasingan dan mainan ini juga melibatkan kerjasama dan komunikasi di antara satu sama lain. Di bawah situasi main asosiatif ini, kebanyakan masa adalah tertumpu kepada perkongsian dan pinjam -meminjam alatan main, bergilir -gilir menjalankan aktiviti main, berkomunikasi serta saling membantu di antara mereka. Melalui aktiviti bermain, terapis dapat membantu kanak-kanak belajar tingkah laku positif apabila

mereka mengalami defisit kemahiran emosi-sosial. Yang pentingnya ialah hubungan positif dijalinkan antara terapis dengan kanak -kanak semasa sesi terapi bermain membawa pengalaman emosi positif yang perlu untuk pemulihan. Di samping itu, terapi bermain pula boleh digunakan untuk memperkembang kog nitif dan memberikan persepsi untuk menyelesaikan konflik dalaman pemikiran negatif kanak-kanak. Dalam sesi kaunseling ini, kami memilih terapi main asosiatif kerana aktiviti mainan tersebut boleh memberi pendedahan positif kepada murid -murid yang suka mengasingkan diri daripada proses P&P. Dalam terapi main, aktiviti aktiviti yang bermotivasi intrinsik yang dilaksanakan dalam sesi kaunseling adalah semata -mata untuk memenuhi kepuasan para murid dan ini boleh meningkatkan semangat atau motivasi diri murid yang bermasalah untuk berani menampilkan diri dalam sepanjang proses P&P dengan melibatkan diri secara keseluruhan.

5.0 Cara Pelaksanaan Teknik

TARIKH

AKTIVITI YANG DIRANCANGKAN / CADANGAN AKTIVITI

CATATAN

13.1.2011

Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah Klien suka mengasingkan diri daripada guru dan rakan kelasnya ketika P&P dijalankan mahupun di luar bilik darjah.

16.1.2011

Menetapkan matlamat Merujuk modifikasi tingkah laku untuk mengubah tingkah laku negatif kepada positif.

20.1.2011

Menentukan strategi bertindak


-

Mengubah tingkah laku negatif kepada positif dengan menggunakan kaedah shaping melalui terapi bermain dalam sesi kaunseling.

21.1.2011

Merancang prosedur atau plan bertindak


-

Memanggil klien dan memberi bimbingan secara individu. Perbincangan bersama ibu bapa Memberi pendedahan tentang kepentingan komunikasi.

Dua kali dalam seminggu, klien dikehendaki menghadiri sesi kaunseling di mana terapi main diaplikasikan. Sesi kaunseling berlanjutan (jika perlu).

22.1.2011 26.1.2011 27.1.2011

Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak

Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu

28.1.2011

Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

6.0 HARAPAN

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran khasnya di dalam bilik darjah. Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh

menyesuaikan dirinya dengan kelakuan -kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain. Di dalam bahasa Inggeris, tingkah laku bermasalah disebut sebagai abnormal behavior iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengenalpasti murid murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lan car serta berkesan. Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru -guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid -murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul . Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan murid -murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru.

Sehubungan dengan itu, seseorang guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. Guru hendaklah sentiasa cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut. Guru juga boleh menggunakan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau berpasangan. Contohnya , menyoal murid yang pasif, meminta pendapat atau respon, mendekati murid, membimbing murid dan memberi semangat jika perlu. Secara tidak langsung, proses bimbingan dan kaunseling telah berlaku di sini. Oleh itu, melalui bimbingan dan kaunseling, murid yang suka memencilkan diri aka n dicuba diterokai oleh guru bimbingan seterusnya mengenalpasti punca -punca masalah atau ketidakselesaan yang sedang dihadapi oleh murid. Guru bimbingan akan cuba memberi nasihat atau cara mengurangkan ketidakselesaan yang sedang dialami.

7.0 RUMUSAN

Masalah tingkahlaku iaitu murid suka mengasingkan diri daripada guru dan murid merupakan perkara yang perlu diberi perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya berterusan akan

menjadikannya satu kebiasaan. Kemudian ianya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat diubah lagi.

Bagi mengatasi masalah murid mengasingkan diri dalam bilik darjah sebagai seorang kaunselor kami telah membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar . Bahan pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik minat mu rid tersebut untuk membuat tugasan dan juga mudah difahami oleh murid tersebut. Tujuannya adalah untuk merangsangkan klien supaya dia dapat memberikan tumpuan dan minat terhadap P&P yang diajar. Di samping itu, murid tidak akan berasa bosan dan sebaliknya dia merasa sangat bangga sekiranya berjaya menyelesaikan tugasan .

Melalui sesi kaunseling, kami telah memanggil murid bermasalah itu dan memberi bimbingan secara individu. Kemudian, kami berbincang bersama ibu bapa untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Selepas

perbincangan bersama ibu bapa murid tersebut kami memberi pendedahan tentang kepentingan komunikasi. Dua kali dalam seminggu, klien telah menghadiri sesi kaunseling di mana terapi main diaplikasikan. Selepas menghadiri sesi ka unseling, murid tersebut menunjukkan satu peningkatan yang amat ketara di mana dia mula berkomunikasi dengan rakan rakannya dan guru guru yang mengajarnya. Dia juga berani menampilkan diri dan memberi pendapat, pandangan dan aktif melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan semasa P&P.

Untuk memahami dan menyelesaikan masalahmasalah murid ini, kami juga telah mengadakan perbincangan serta kolaborasi dengan kedua dua orang guru pembimbing dan juga pensyarah pembi mbing. Selain daripada itu, kami juga cuba membuat pemerhatian dan kajian dengan sendiri, iaitu mengkaji maklumat

maklumat murid melalui borang soal selidik dan rekod anekdot yang telah disediakan untuk menyelesaikan masalah murid di dalam kelas ini.

Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri samada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawas an selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan.

8.0 BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng. (2000). Bimbingan dan Kaunseling III (Semester V): Penerbit Fajar dan Bakti Sdn. Bhd

Zulkifli Yusuf. (1990). Panduan Khidmat Bimbingan (Untuk Guru dan Bakal Guru): Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. (2011). Bimbingan dan Kaunseling Kanak -kanak, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Muhd. Mansur Abdullah. (1986). Kaun seling Teori, Proses dan Kaedah. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Petaling Jaya.

http://www.scribd.com/doc/6242419/Teori -Pembelajaran

www.scribd.com/doc/46305047/tingkahlaku -bermasalah1

Nama A it a A/P Xavi

P lati :

lasi ani A/P

nuyandi

syen :

PIS P P / P / P

atapelajaran : EDU Nama Pensyarah : Pn. Salina Binti ari h antar : anuari thar

ISI KANDUNGAN
BIL
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

PERKARA
BORANG KOLABORASI PENGHARGAAN ISU / MASALAH TEORI YANG DIGUNAKAN KENAPA PILIH TEORI TERSEBUT TEKNIK TERAPI YANG DIGUNAKAN CARA PELAKSANAAN TEKNIK HARAPAN RUMUSAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA BIBLIOGRAFI

M/S
i 1 2-4 5 6-8 9 - 10 11 12 -13 14 -15 16 17

Anda mungkin juga menyukai