Anda di halaman 1dari 4

PROPOSAL PEMBENTANGAN

BAHAN PEMBELAJARAN DIGITAL DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

1. PENGENALAN
Teknologi pendidikan di Malaysia bukan suatu perkara yang baharu memandangkan
penggunaan teknologi itu sendiri sudah mula berkembang sejak tahun 1972 menerusi
penubuhan TV Pendidikan oleh Kementerian Pendidikan pada ketika itu. Perkembangan
teknologi diteruskan pada tahun 1980 dengan pengajaran dan pembelajaran
bersumberkan komputer dan sehingga ke hari ini, kemudahan teknologi telah
dipelbagaikan mengikut aliran terkini seiring dengan situasi pandemik Covid-19 yang
menyebabkan berlakunya proses pembelajaran dan pengajaran di rumah(PDPR). Hal ini
menyebabkan para pendidik perlu bersifat lebih kreatif dan kritis dalam menyampaikan
pengajaran untuk menjadikan pembelajaran di dalam talian lebih menarik perhatian
pelajar untuk terus menerima ilmu yang disampaikan oleh guru.

2. PERNYATAAN MASALAH
Hari ini, seluruh dunia masih bergelut dalam membendung penularan wabak virus Covid-
19 demi memastikan kesejahteraan manusia terpelihara. Dalam konteks pendidikan,
semua pelajar dikehendaki untuk berada di rumah dan meneruskan pembelajaran di atas
talian. Hal ini menyebabkan berlakunya pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid dan
antara faktor yang paling utama adalah penyampaian maklumat yang tidak jelas, yang
mana sebahagian besar murid tidak dapat menguasai dan memahami isi kandungan
pembelajaran yang disampaikan oleh guru dengan baik dan jelas dan hal ini
menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk meneruskan pembelajaran di dalam
talian dan kurang bermotivasi untuk menongkah ke hadapan. Dalam dunia pendidikan
abad ke-21 menerapkan penggunaan komputer dan pembelajaran kendiri sebagai ciri-
ciri utama dalam memastikan penyampaian maklumat dan pengetahuan terhadap pelajar
dapat dijalankan dengan berkesan. Perkembangan antara murid dari generasi lama dan
generasi baru kian berbeza, menyebabkan banyak perubahan secara mendadak
termasuklah kaedah PDP itu sendiri dan gaya hidup generasi baru ini mengkehendakkan
banyak perkara baru yang perlu dilaksanakan termasuklah menerapkan unsur-unsur
teknologi yang baru dalam Pendidikan agar seiring dengan aliran semasa dan terkini.

3. KELEBIHAN DAN KELEMAHAN


Rentetan daripada masalah tersebut, saya memilih media yang dapat digunakan untuk
proses PDP di dalam kelas ialah media tayang kaku. Media tayang kaku merupakan
saluran maklumat yang ditayangkan secara statik dan sekali gerak. Antara contoh media
tayang kaku seperti slaid, tranperansi dan mikrofilem. Namun, penggunaan media tayang
kaku yang sering kali diguna pakai di dalam kelas adalah slaid kerana penggunaannya
lebih banyak manfaat dan kelebihan yang ada serta masih digunakan sehingga hari ini.
Umum mengetahui, sudah banyak aplikasi dibangunkan dalam membina sebuah slaid
pembentangan yang baik dan menarik seperti Microsoft Power Point dan Canva. Jika kita
dapat lihat di sini, penggunaan slaid di dalam bilik darjah banyak membantu perjalanan
guru dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar dan antara kelebihan yang dilihat
dalam jenis media ini ialah;

a) Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.

b) Menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka


bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian.

c) Menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan bila-bila sahaja.

d) Dapat melahirkan animasi slaid.

e) Sesuai untuk membina kemahiran menulis pelajar terutamanya dalam merumuskan


karangan.

Walau bagaimanapun, dalam setiap pemilihan media itu sendiri sudah semestinya wujud
kelemahan-kelemahan terhadap pelaksanaan PDP itu sendiri dan antara kelemahan
yang dapat dilihat di dalam slaid ini ialah;

a) Perlu mempertimbangkan keperluan penggunaan kesan animasi dalam menyediakan


slaid supaya pelajar tidak hanya tertarik kepada animasi slaid.
b) Memerlukan kemahiran dan pengetahuan dari segi peruntukan wang, pengawalan
masa pembelajaran sebenar, tempat yang sesuai serta kemudahan teknologi komputer
yang lengkap.

c) Perlu mempertimbangkan kesan penglihatan pelajar terhadap slaid yang disediakan.

d) Dari segi pengawalan dan pengurusan kelas, perlu sentiasa peka dan menggunakan
‘eye contact’ dalam pengajarannya supaya hubungan dan interaksi dua hala dapat
dilakukan di antara guru dengan pelajar.

Pada akhirnya, kita dapat melihat bagaimana penggunaan slaid tersebut memberi
kekuatan dan kelemahan yang tersendiri dalam memastikan bagaimana pengajaran
yang disampaikan oleh guru dapat dijalankan dengan baik dan menarik perhatian pelajar
untuk terus mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

5. POTENSI KOMERSIAL
Apabila menyebut tentang potensi yang ada terhadap suatu produk, sudah tentu kita
akan melihat hasil akhir daripada pengeluaran produk itu sendiri sama ada memberi
pulangan yang baik atau buruk kepada pengguna itu sendiri. Dalam hal ini, penggunaan
slaid sebagai medium dalam saluran pendidikan sudah tentu memberikan nilai tambah
terhadap pengguna itu sendiri kerana reailiti pada hari ini, masih terdapat ramai pendidik
menggunakan kaedah slaid sebagai cara dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada pelajar. Bukan guru sahaja yang menggunakan slaid, malahan pelajar juga turut
diberi peluang untuk membangunkan produk mereka sendiri dengan cara yang tersendiri.
Media yang dipilih ini juga boleh dipasarkan dan dikomersialkan dengan pelbagai cara
yang menjadikannya setanding dengan aplikasi yang lain. Buktinya, penggunaan Canva
telah berjaya mencatat pertumbuhan yang pesat apabila penggunanya telah mencecah
40 juta setiap bulan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Menurut Canva sendiri,
seramai 8 juta pelajar dan guru turut mengakses aplikasi ini dari hampir 90000 institusi
pendidikan. Bukan itu sahaja, malahan Microsoft Power Point yang dibangunkan sejak
tahun 1990 turut mempunyai pengikutnya sendiri yang mana aplikasi ini merupakan
pelopor kepada penggunaan slaid itu sendiri dan sehingga hari ini, Microsoft Power Point
digunakan oleh sebahagian besar para pendidik untuk kegunaan pengajaran harian.

6. KESIMPULAN
Penggunaan media tayang kaku seperi slaid merupakan medium yang selalu digunakan
oleh para guru untuk melakukan PDP di dalam kelas. Sudah semestinya pemilihan media
yang dilakukan oleh guru memiliki kekuatan dan kelemahan yang akhirnya memberi
kesan positif terhadap pelajar itu sendiri. Seterusnya, pembangunan aplikasi yang
memberi banyak kemudahan kepada pengguna untuk membangunkan dan
menghasilkan produk mereka dengan lebih giat dan berkembang seperti penyediaan
template slaid yang pelbagai dan menarik minat untuk terus menghasilkan dengan lebih
baik.

Akhir kata, slaid juga turut memberi potensi yang besar terhadap teknologi pendidikan
khususnya yang memberi nilai tambah besar kepada pengguna dan seterunsya
dikomersialkan setanding dengan aplikasi-aplikasi yang lain.

Anda mungkin juga menyukai