Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ


1443H/ 2022M

MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM


MASJID DAERAH KUALA SELANGOR
1. PENDAHULUAN

Isra’ ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w.dari Masjidil Haram ke Masjid


Aqsa di Palestin. Manakala Mi’raj pula perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil
Aqsa naik ke langit. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Menyedari hakikat
inilah , maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran
malam tersebut. Oleh itu ia memberi peluang untuk meningkatkan ketakwaan
dan keimanan kepada Allah Taala.

2. OBJEKTIF

2.1. Menggalakkan jemaah yang hadir untuk mengingati dan mengambil


pengajaran dari peristiwa tersebut.
2.2. Menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang
penuh sejarah.
2.3. Mengimarahkan masjid dengan program-program peristiwa bulan islam.

3. SASARAN

Semua ahli kariah dan orang awam yang hadir.

4. TEMPAT

Dewan solat utama Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

5. TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 3 Mac 2022 ( Khamis )

Masa : Selepas solat maghrib

6. PENCERAMAH

Imam Muda Hasan


7. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Muhammad Najwa Bin Mohd Sarif


Ketua Program : Muhammad Hafiz Bin Azarha
Pengacara Majlis : Samsul Imraq Bin Mohd Thani
Teknikal : Muhammad Salihin Bin Abdullah
Jamuan : Hj Mohd Puad Bin Yunus
Petugas Khas : Hj Ghazali Bin Ariffin
: Hj Sahar Bin Dol Ghani

8. ATURCARA

MASA PERKARA
Kehadiran jemaah dan tetamu
7.00pm
Solat maghrib
7.40pm
Ceramah Israk Mikraj
8.00pm
Solat Isyak
9.00pm
Jamuan & bersurai
9.15pm

9. SUMBER KEWANGAN

Kewangan masjid sepenuhnya.

10. IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1. Bayaran Penceramah
700
RM 700.00 x 1 Orang

2. Jamuan Makan ( berbungkus )

RM 12.50 x 20 Orang ( vip ) 250.00

RM 4.5 x 200 Orang 900.00


3. Imam jemputan
150.00
RM 150.00 x 1 Orang

JUMLAH KESELURUHAN ( RM ) 2000.00

11. PENUTUP

Diharapkan majlis isra’ dan mikra’ ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar
sepanjang ianya berlangsung. Kerjasama dan perhatian yang diberi amat dihargai
dan diucapkan terima kasih.

Disediakan oleh :

..........................................................
(MUHAMMAD HAFIZ BIN AZARHA)
Ketua Program Ceramah Perdana Isra’ Mi’raj 1443H
Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor

Diluluskan / Tidak Diluluskan oleh :

..........................................................
(MUHAMMAD NAJWA BIN MOHD SARIF)
Pengurus
Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor

Anda mungkin juga menyukai