Anda di halaman 1dari 5

TATABAHASA – PENYUNTINGAN

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PENYUNTINGAN (SOALAN 3)

1. Baca keseluruhan petikan dengan teliti.

2. Anda boleh menggarisi kesalahan bahasa yang dikenal pasti pada bahagian petikan.

3. Kesalahan bahasa yang terdapat dalam bahan adalah lebih daripada arahan soalan.

4. Anda dinasihati agar mengenal pasti kesalahan bahasa mengikut arahan soalan.

5. Tuliskan kesalahan bahasa tersebut dan betulkan.

6. Antara kesalahan yang kerap diuji adalah seperti berikut:

1. ejaan
2. imbuhan
3. tatabahasa JENIS-JENIS KESALAHAN
4. kata atau istilah
5. tanda baca

JENIS-JENIS KESALAHAN TATABAHASA:


1. kata pemeri (ialah dan adalah)
Ialah - kata nama / frasa nama (…. ialah ibu saya, …..ialah piza)
Adalah - kata sendi nama / frasa sendi nama (…adalah untuk kakak, …adalah seperti ...)
Adalah - Kata adjektif / frasa adjektif (…adalah benar, …..adalah palsu)

2. Ayat pasif
Ayat pasif kata ganti nama pertama dan kedua
Buku itu dibaca oleh saya. (x)
Buku itu saya baca. (/)

Ayat pasif kata ganti nama diri ketiga


Tugasan itu telah mereka siapkan. (x)
Tugasan itu telah disiapkan oleh mereka. (/)

3. Imbuhan ber… dan imbuhan ter….

Ber ….. dengan ( berkenaan dengan, berkaitan dengan, bersama dengan, berbincang dengan)
Ter… oleh (terpengaruh oleh, terpedaya oleh, terpesona oleh, tertipu oleh, terpegun oleh)
4. Imbuhan mem…per / di…per dan memper….kan / diper…kan

Memper ….. / diper… - kata sendi nama (memperuntuk, memperoleh, diperdalam)


Memper….. / diper - kata adjektif (memperbesar, memperlebar, diperlekeh, diperindah)

Memper….kan / diper…kan - kata nama (memperjudikan, mempertingkatkan, memperkotakan)


Memper….kan / diper…kan - kata kerja (mempermainkan, mempergunakan, mempertimbangkan)

5. Imbuhan di… dan kata sendi nama di

Nota: imbuhan di… - dieja bersambung / bercantum


Kata sendi nama di - dieja terpisah

Imbuhan di… - untuk kata kerja / perbuatan (ditendang, ditahan, dipergunakan)


Kata sendi nama di - untuk tempat / ruang ( di dalam kotak, di sekolah, di sana)

6. Penggunaan antara dengan di antara


Antara – menunjukkan bilangan atau keadaan / situasi / perbandingan
Di antara – menunjukkan ruang / tempat / jarak / di tengah-tengah

Contoh:
1. Anisah antara pelajar cemerlang yang dipilih untuk ke luar negara.
2. Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu.

7. Hukum D-M
Contoh : goreng pisang (x) fiksyen sains (x)
pisang goreng (/) sains fiksyen (/)

8. membincangkan tentang (x) sesuatu perkara


berbincang tentang (/) sesuatu perkara

9. penggunaan kata tanya dalam ayat perlulah digandakan.


Makanlah apa yang kamu suka di atas meja itu. (x)
Makanlah apa-apa yang kamu suka di atas meja itu. (/)
Petikan ini mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti lapan kesalahan tersebut dan
betulkannya. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan tersebut sebelum membetulkannya.

Novel adalah cerita dalam bentuk prosa yang berkaitan dengan pengalaman kehidupan.
Novel Sains Angkasa merupakan karya yang menggunakan tema bersangkutan oleh bidang
sains angkasa di pesada kesusasteraan. Karya sastera berunsur sains penting di dalam
mendidik dan membangunkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dengan menyediakan
bahan bacaan kreatif yang merentas pelbagai-bagai bidang, kursusnya dalam bidang sains dan
teknologi. Novel-novel fiksyen sains ini memiliki plot yang mudah, tertumpu pada adegan aksi
dan menjurus kepada gabungan di antara elemen fantasi dan realiti. Novel bercorak sains
fiksyen ini sesuai dijadikan bahan bacaan untuk meningkatkan minat semua murid-murid
terhadap bidang sains terutamanya dalam era dunia tanpa sempadan ini.

JAWAPAN:

1. adalah – ialah
2. kehidupan - hidup
3. bersangkutan oleh – bersangkutan dengan
4. pesada – persada
5. di dalam – dalam
6. pelbagai-bagai – pelbagai
7. kursusnya – khususnya
8. pada - kepada
9. di antara – antara
10. semua murid-murid – semua murid
Petikan ini mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti lapan kesalahan tersebut dan
betulkannya. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan tersebut sebelum membetulkannya.

Penularan wabak Covid-19 menyebabkan semua bergerak terbatas. Sejak dari awal
tahun, ramai yang tidak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman walaupun semasa
sambutan Aidifitri dan Aidiladha termasuklah penulis. Masakkan bonda sangat dirindui
terutama daging rendang yang menjadi hidangan wajib setiap kali sanak- saudara
berkumpul. Namun begitu, keenakannya masih dapat dirasai di salah sebuah restaurant di
Suria KLCC. Rasa rendang yang pekat dan kaya dengan rempah ratus membuatkan penulis
seolah-olah berada di kampung halaman. Lebih menyelerakan bila dimakan ketika masih
panas kerana daging yang dihidang tidak liat dan lembut mengunyah. Sesuai dengan slogan
‘Kampung Kravers’, setiap menu yang disediakan menepati citarasa ‘kampung’ khususnya
minuman yang mengutamakan khasiat. Pelanggan seharusnya menikmati makanan tanpa
rasa bimbang tentang kandungan di samping mendapat kasiat yang sepatutnya.

SOALAN SET 3

Petikan ini mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti lapan kesalahan tersebut dan
betulkannya. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan tersebut sebelum membetulkannya.

Permainan video ialah antara aktiviti masa lapang yang popular di dalam kalangan
masyarakat dan sesuai untuk segenap lapisan umur. Kini, permainan video seolah-olah
sudah sebati dalam diri mereka ditambah pula sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu yang mentutut masyarakat duduk di rumah. Ketagih
terhadap permainan video tidak boleh dipandang remeh atau dirasai tidak penting
terutamanya golongan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, selain pemainnya kurang
bergaul, perkara yang lebih membimbangkan ialah ketagihan ini mendorong mereka
bersikap ganas, kurangnya rasa kasihan belas dan tidak berminat untuk membantu orang
lain. Jika kanak-kanak taksub terhadap permainan video, dikhuatiri perangai mereka akan
berubah apabila dewasa nanti. Masyarakat tidak dapat melihat kesan negetifnya dalam
jangka masa pendek. Namun permainan video boleh mendatangkan manafaat jika sekadar
untuk membuangkan stres atau sesuai pada waktunya serta meningkatkan daya kretiviti.

[8 markah]

Anda mungkin juga menyukai