Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Sudah terang lagi bersuluh. Semakin hari, kita semakin menghampiri ambang
2020. Keadaan ini menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang
bakal menghambat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran
didefinisikan sebagai hasil mencabar iaitu mempersoalkan dan mempertikaikan
sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan dan ketabahan seseorang
atau sesuatu organisasi. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud
sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang
yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan,
profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan
seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam bilik darjah
namun di sekolah secara amnya. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir telah
mengesyorkan Wawasan 2020 bagi membolehkan negara Malaysia menjadi salah
satu negara yang moden pada tahun 2020. Antara cabaran Wawasan 2020 kepada
guru adalah menwujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri, menwujudkan dan membangunkan
masyarakat demokratik yang matang, mewujudkan masyarakat yang bermoral etika,
liberal dan bertolak ansur, saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi
dan memandang ke depan, masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
Dengan itu, guru memainkan peranan yang penting dalam mencapai hasrat
Wawasan 2020 dalam menghasilkan insan modal yang berakhlak mulia. Pelbagai
kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
guru dalam profesion tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran-
cabaran tersebut.
CABARAN
Dalam keadaan masyarakat sedang mengalami proses pembangunan yang
kian pesat kini , golongan guru juga tidak dapat dikecualikan daripada menghadapi
pelbagai cabaran. Salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah
guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang
guru atau mengajar subjek yang tidak berkaitan dengan opsyen yang dibelajar. Hal
ini mungkin menyebabkan kualiti pengajaran menurun jika guru tidak mahir dalam
subjek tersebut. Selain itu, tanggungjawab seseorang guru pada masa kini bukan
sahaja mengajar beberapa subjek yang tertentu tetapi seseorang guru juga terpaksa
memegang beberapa portfolio dalam sesuatu jawatankuasa atau memegang
sesuatu jawatan yang tidak berkaitan aktiviti pengajaran dalam kelas. Para guru juga
terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat dan
menyediakan minit mesyuarat. Guru juga memegang jawatan seperti penyelaras
papan notis, penasihat persatuan, kelab dan sukan. Kerja-kerja ini telah
menyebabkan para guru menghadapi tekanan yang amat besar dan ini akan
menjejaskan kualiti pengajaran seseorang guru. Jelaslah bahawa guru pada era ini
menghadapi pelbagai cabaran dalam memikul tanggungjawab yang tidak berkaitan
dengan pengajaran dalam kelas.
Seterusnya, seseorang guru juga menghadapi cabaran dalam menyesuaikan
diri dalam perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatan
yang semakin canggih dalam sesi pengajaran. Bertitik tolak daripada itu, guru-guru
pada masa kini perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang setaraf
dengan perkembangan era globalisasi yang dihadapi. Dahulu, teknologi dalam
bidang pendidikan tidak berkembang pesat seperti hari ini. Oleh itu, kebanyakkan
guru-guru tidak berpeluang untuk mendedahkan diri kepada teknologi dalam bidang
pendidikan. Hal ini menyebabkan sebahagian guru tidak mahir dalam menggunakan
teknologi pada hari ini untuk pengajaran. Mereka juga menganggap penggunaan ICT
yang semakin canggih pada hari ini merupakan sesuatu yang komplex dan tidak
mudah untuk dipelajari. Hal ini haruslah dibendung kerana guru seharusnya
mengikut perkembangan semasa dan mengajar teknologi ini kepada pelajar.
Sebagai contohnya, guru perlu memahirkan diri dengan pengetahuan ICT agar dapat
mendapatkan maklumat terkini untuk mengajar pelajar dan memudahkan proses
pengajaran. Dalam bidang pendidikan masa kini, interactive board telah
diperkenalkan di Intitusi Pendidikan Guru dan pada masa hadapan mungkin akan
diperkenalkan kepada sekolah-sekolah rendah. Oleh itu, guru haruslah mempelajari
teknologi ini agar dapat mengajar dengan lebih berkesan dalam kelas pada masa
hadapan. Tuntasnya, guru perlu menghadapi cabaran dalam usaha memajukan diri
agar dapat mengikut perkembangan semasa.
Selain itu, para guru juga harus menimbangkan tentang kelayakan akademik
mereka sendiri. Seorang guru yang berkualiti haruslah mementingkan
profesionalisme dan berusaha untuk mempertingkatkannya. Hal ini demikian kerana
profesionalisme guru adalah berpusatkan kepada ilmu pengetahuan.
Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara,
sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan
akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa
perkhidmatan. Guru perlulah sentiasa mengemaskini kemahiran dan pengetahuan
dalam aspek pendidikan serta berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran
dan pendidikan terkini. Oleh itu, pihak berwajib telah menganjurkan kursus-kursus
pendidikan untuk mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi
mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Sebagai contohnya, langkah KPM
dalam menggalakkan guru untuk meningkatkan kelayakan akademik melalui
pelbagai program untuk membangunkan kerjaya guru. Tetapi program-program
seperti ini telah mendatangkan kesan negatif kepada guru. Hal ini demikian kerana
para guru tidak dapat menumpuhkan segala perhatiannya atas pengajarannya dan
pembelajaran murid-muridnya. Guru yang belajar sambil mengajar menyebabkan
mereka tidak dapat menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih berkesan kepada
pelajar. Beban para guru juga akan menjadi lebih besar dan menyebabkan para guru
berasa tertekan dengan keadaan hidup mereka. Mereka bukan sahaja perlu
menyediakan aktiviti pengajaran seharian malah mereka juga perlu menyediakan diri
untuk menghadapi peperiksaan sendiri. Nyatalah bahawa guru menghadapi cabaran
dalam meningkatkan kelayakan akademik sendiri.
Para guru pada era ini juga menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-
dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebagai
contoh, Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
yang telah dilaksanakan mulai tahun 2002. PPSMI merupakan nama rasmi bagi
salah satu Dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris
menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar mata pelajaran Sains
dan Matematik di semua peringkat pendidikan. PPSMI dilaksanakan dengan
matlamat supaya murid dapat menguasai ilmu Sains dan Matematik yang pesat
berkembang dan kebanyakannya didedahkan dalam bahasa Inggeris. Tetapi, jika
guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran ini tidak dapat menguasai
Bahasa Inggeris dengan baik akan menyebabkan proses pengajaran tidak dapat
berjalan dengan lancar dan berkesan. Kajian pihak tertentu untuk menilai tahap
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru Sains dan Matematik juga
menunjukkan peratusan yang kurang memberangsangkan. Lebih merunsingkan
apabila ada sebahagian dalam kalangan guru-guru berkenaan yang tidak mencapai
kredit dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Walaubagaimanapun, guru –guru ini dihadapkan lagi dengan Dasar Memartabatkan
Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di mana Bahasa
Melayu mengambil alih tempat Bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains dan
Matematik secara proses ‘soft landing’. Dasar ini dilaksanakan atas faktor yang
dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa
Inggeris oleh Kementerian Pelajaran yang merasionalkan perubahan tersebut kerana
berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari
pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris
guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Jelaslah bahawa
guru menghadapi cabaran yang berasal daripada dasar-dasar yang ditetapkan oleh
kementerian bagi memperbaiki kualiti pelajar.
Guru pada masa kini juga menghadapi cabaran dalam menyeimbangkan
keperluan perkembangan minda pelajar dan melahirkan masyarakat yang bersatu
padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing bagi menyahut cabaran Wawasan
2020 untuk membentuk Negara yang bersatu padu dengan matlamat kongsi
bersama Malaysia sebagai sebuah Negara yang aman, berintergrasi di peringkat
kaum dan wilayah, hidup harmoni, berkerjasama sepenuhnya serta didokong oleh
satu bangsa Malaysia yang setia dan berdedikasi. Selain itu, guru juga penting
dalam membentuk sebuah masyarakat yang makmur dan menpunyai ekonomi yang
dinamik, berdaya saing, giat dan kental. Malah menurut Falsafah Pendidikan Negara,
pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
penting untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan bekeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keamanan dan kemakmuran.
Jelaslah bahawa, falsafah Pendidikan Negara telah menberikan matlamat yang jelas
mengenai jenis rakyat yang Negara kita ingin lahirkan. Oleh itu, guru perlu menyahut
cabaran ini agar dapat membentuk masyakat kita yang aman dan berdaya saing
serta mencapai kemajuan dalam Wawasan 2020.
Profesion keguruan adalah sama sejak dulu, kini dan pada masa hadapan
iaitu mengajar, mendidik serta menjadikan pelajar daripada keadaan yang tidak
mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan berjaya dalam
kehidupan. Oleh itu, guru turut menghadapi cabaran sebagai seorang pemudah cara,
seorang pembangun negara dan seseorang yang memberikan arah kepada orang
yang ingin bertanya. Guru perlu sentiasa sedia dan peka dalam melahir dan
menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan agar murid-
murid dapat digerakkan untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Pengajaran yang
berkesan akan membantu murid-murid dalam mempelajari sesuatu. ‘Setiap kejayaan
dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru’. pujangga Usman Awang
jelas mengatakan kepentingan guru untuk mengasuh dan mendidik pelajar agar
menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan berguna. Hal ini kerana
pengeluaran tenaga kerja Negara di semua sektor bermula daripada sekolah di
mana jasa dan khidmat guru diperlukan. Guru juga perlu bersikap proaktif dan
berfikiran terbuka serta mesra dengan sikap keterbukaan. Guru perlu sentiasa
prihatin dan menolong pelajar yang yang menghadapi masalah. Justeru, guru pada
masa kini menghadapi cabaran sebagai pemudah cara , pembangun Negara dan
orang yang dirujuk apabila pelajar menghadapi masalah.
Cabaran profesion guru di sekolah rendah juga termasuk penyampaian dalam
pengajarannya dalam bilik darjah. Kini, guru dikehendaki menggunakan cara
penyampaian yang terbaru untuk membolehkan pelajar dapat memahami sesuatu
idea atau proses yang rumit dengan mudah. Guru mesti menguasai kaedah
pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat
homogenius,iaitu menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Apabila
bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini
dengan sumber kewangan yang terhad. Alat bantu mengajar yang digunakan
selalunya mahal. Dengan kewangan yang terhad guru-guru tidak dapat membeli alat
bantu mengajar yang berkualiti. Oleh itu, guru terpaksa membuat atau mencipta alat
bantu mengajar dengan bahan yang lain. Ini telah menurunkan kualiti dalam
penyampaian pengajaran. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam
pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan.
Guru bukan sebagai pendidik yang menimpa ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai
seorang mentor atau pembimbing yang membimbing pelajar dalam pembelajaran
sendiri dan mencari ilmu dengan sendiri. Pencapaian objektif mesti berbentuk
eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian
secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem
penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk
stereotaip tetapi berbentuk proaktif.
Cabaran yang dihadapi oleh guru pada zaman kini juga termasuk isu disiplin
dan salah laku pelajar. Masalah disiplin di sekolah pada hari ini semakin hari
semakin merosot dalam kalangan murid. Disiplin merupakan peraturan atau undang-
undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak
agama ,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun
peraturan ini tidak mudah diterima oleh sebahagian pelajar dan pelajar ini dikenali
sebgai pelajar yang bermasalah disiplin. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan
guru, bersikap antisosial, bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya wujud di
dalam kalangan pelajar. Masalah disiplin pelajar sekolah bukanlah masalah baru
dalam era yang sereba moden ini. Namun, isu kemerosotan disiplin di kalangan
pelajar sering diperkatakan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilaksanakan untuk
membendung masalah ini. Tanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin
pelajar sekolah ini terletak di atas bahu guru-guru. Terbuktilah bahawa guru
menghadapi cabaran dalam menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Di samping itu, guru juga menghadapi cabaran dalam
usaha untukmemperkembangkan potensi pelajar secara bersepadu bagi
mewujudkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Keempat-empat unsur ini diterapkan melalui proses pembelajaran dan pengajaran
semasa di sekolah.Guru adalah tenaga penggerak yang berperanan membangunkan
jasmani pelajarnya. Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah imu pengetahuan serta
kemahiran dalam bidang jasmani tidak mencukupi. Guru yang tidak mempunyai ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang lengkap dalam bidang jasmani akan lebih sukar
membantu pelajar memperkembangkan potensi dalam sukan dan permainan. Guru
juga tidak dapat memberikan latihan yang profesional kepada mereka untuk
memantapkannya lagi. Oleh itu, guru haruslah memberi perhatian kepada bidang
jasmani juga bagi membantu pelajar mencungkil bakat mereka dalam bidang
sukan.Seorang guru yang ceria, penyayang dan riang akan menghasilkan pelajar
yang ceria, penyayang, riang dan sebaliknya. Guru haruslah tidak membawa
perasaan negatif dari tugas ke dalam kelas bagi memastikan semua pelajarnya akan
terus gembira dan berasa seronok semasa waktu pengajarannya. Ini kerana emosi
guru akan mempengaruhi niat dan keinginan belajar pelajar. Guru juga menghadapi
cabaran dalam usaha membentuk unsur kerohanian dalam jiwa setiap pelajarnya.
Antaranya adalah menanamkan asas keagamaan yang kukuh dalam kalangan anak
didik, menanam minat beragama, kasih dan sensitif kepada agama dan membasmi
kejahilan beragama berasaskan Pendidikan Islam. Tugas guru bukan sahaja
mengajar, tetapi juga mendidik, membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia. Guru
perlu bertindak sebagai pemberi galakan dan bimbingan kepada pelajarnya untuk
mencapai kemajuan. Guru juga harus lebih banyak memberi pendedahan dan
penekanan mengenai pelbagai aspek pemikiran agar pelajar-pelajar ini dapat
berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Guru terpaksa mengorbankan masa, wang
ringgit dan tenaga yang tidak ternilai dalam mengembangkan bakat dan potensi
pelajar.
LANGKAH-LANGKAH
Pihak sekolah harus mengurangkan beban para guru dengan mengalihkan
kerja-kerja perkeranian atau jawatan-jawatan dalam sesuatu jawatankuasa daripada
guru-guru. Pihak sekolah juga harus mengupah kerani dalam membantu melakukan
kerja-kerja perkeranian bukannya memberi tugas ini kepada guru. selain daripada
kerani, pihak sekolah juga boleh mengupah penyelia untuk menjaga dan menyelia
sesebuah jawatankuasa atau tugasan. Hal ini akan dapat mengurangkan bebanan
para guru dan membolehkan mereka menggunakan masa yang lebih banyak untuk
menyediakan bahan untuk pengajaran yang berkesan. Para guru haruslah diberikan
masa dan ruang yang mencukupi agar dapat menggurangkan tekanan dalam
pekerjaan ini. Sekiranya kualiti pengajaran seseorang guru itu dapat ditingkatkan,
maka penguasaan seseorang murid dalam sesuatu subjek itu dapat ditingkatkan.
Pendek kata, kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan pengajaran mesti dikurangkan
untuk meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru dan juga menjamin prestasi
seseorang murid.
Pihak kerajaan harus menyediakan pelbagai kursus yang berfokus kepada
cara-cara penggunaan teknologi yang berkaitan dengan pengajaran seseorang guru
dalam kelas. Setiap guru perlu diwajibkan untuk menghadiri kursus-kursus tersebut
supaya mereka dapat memahirkan diri dan menggunakan kemudahan ICT yang
sedia ada dalam sekolah untuk mengajar. Kerajaan perlu menyediakan sebuah
komputer riba dan LCD untuk para guru memastikan kelancaran kerja seorang guru
dan sesi pengajaran dalam kelas. Dengan mendedahkan guru kepada teknologi
yang semakin canggih, proses pengajaran akan menjadi lebih mudah dan menarik
kepada pelajar. Selain itu, mereka juga dapat melengkapi diri sendiri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan yang terkini berkaitan dengan opsyen masing-masing
dengan melalui internet. Ini secara tidak langsung, dapat membantu para guru dalam
meningkatkan kualiti pengajaran mereka dalam kelas. Murid-murid juga dapat
didedahkan kepada isu-isu dan maklumat yang terkini melalui pengajaran daripada
guru. secara logiknya, krusus-krusus tentang teknologi yang diperkenalkan dalam
bidang pendidikan perlu diberikan kepada setiap guru agar pengajaran berkesan
dapat dilaksanakan.
Selain itu, pihak kementerian harus merangka krusus-krusus untuk guru-guru
yang sedang mengajar dengan lebih sistematik. Sebagai contohnya, mengadakan
krusus sepenuh masa untuk guru-guru iaitu guru dikehendaki berhenti daripada
mengajar apabila menghadiri kelas atau mengadakan krusus semasa cuti sekolah.
Dengan ini, para guru dapat menumpuhkan segala perhatian atas pembelajarannya
dan memberikan lebih banyak perhatiannya atas keluarganya, terutamanya bagi
para guru yang telah berkhawin. Topik-topik dalam kursus harus lebih fokus kepada
cara penyelesaian pengajaran atau cara pengajaran. Dengan ini, para guru tidak
perlu membazirkan masa dalam topik-topik yang tidak berkenaan dengan
pengajaran mereka. Setiap guru hanya perlu menumpuhkan perhatiannya dalam
opsyen masing-masing dan topik-topik kursus harus berkaitan dengan opsyen
masing-masing. Dengan ini, diharap kualiti guru-guru pada masa kini dapat
dipertingkatkan lagi untuk melahirkan pelajar yang lebih bermutu.
Dalam mengatasi cabaran tentang dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak
kementerian, pelbagai buku rujukan yang berkualiti perlu disediakan. hal ini dapat
membolehkan guru-guru merujuk kepada buku-buku tersebut jika menghadapi
masalah dalam pengajaran. Sebagai contohnya, buku mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Melayu dan Bahasa inggeris perlu disediakan. Walaupun
mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu semasa sekolah
rendah dan sekolah menengah pelajar perlu menggunakan bahasa Inggeris dalam
mata pelajaran tersebut apabila melanjutkan pelajaran ke tahap Universiti. Hal ini
kerana Sains dan Matematik akan diberikan kuliah dalam Bahasa Inggeris pada
tahap tersebut. Guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran ini juga
didedahkan ilmu pengetahuan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik semasa zaman Universiti. Ini dapat
meringankan beban guru daripada mempelajari semula kosa kata saintifik dan
matematik dalam Bahasa Melayu. Pihak kementerian juga perlu menberikan krusus-
krusus yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran
tersebut agar guru dapat menguasai dan mengajar subjek tersebut dengan baik.
Pihak kerajaan perlulah memartabatkan profesion perguruan melalui Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) agar guru-guru pada masa kini dapat
menghadapi cabaran-cabaran dalam proses pengajaran. Antara usaha yang telah
dilaksanakan ialah menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan
Guru (IPG). Institusi ini melahirkan guru yang berkualiti dan guru berijazah melalui
Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG),Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP), Program Berkembar Praperkhidmatan (B.Ed TESL) dan
Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Selain itu, Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan juga menggariskan usaha pemantapan latihan perguruan, memantapkan
kerjaya guru, penambahbaikan persekitaran kerja dan kebajikan guru sebgai langkag
untuk memperkasakan kerjaya perguruan. Dengan program-program yang
disediakan, guru-guru pelatih akan menerima latihan daripada pelbagai segi agar
dapat mengharungi cabaran yang bakal dihadapi. Antara latihan yang diberikan
adalah dari aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan sebagainya untuk
memastikan kualiti seorang guru yang cemerlang. Latihan-latihan ini penting untuk
menyediakan guru pelatih dalam menghadapi cabaran.
Sebagai seorang guru, seseorang itu hendak sentiasa kreatif dalam cara
penyampaian. Penyampaian yang digunakan haruslah menarik dan membolehkan
pelajar menumpukan perhatian terhadap penyampaian guru dalam jangka masa
tertentu. Guru seharusnya diberikan kewangan yang cukup dalam melaksanakan
amanah dalam pengajaran kerana wang yang digunakan akan membawa kebaikan
kepada pelajar. Alat bantu mengajar yang lengkap akan membantu guru dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan dan pelajar akan lebih mudah memahami ilmu
yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, had kewangan untuk guru dalam penggunaan
pengajaran dan pembelajaran harus ditingkatkan. Kata orang Cina selalunya,
biarpun miskin dari kewangan tetapi tidak boleh miskin dari segi pendidikan. Oleh itu,
masalah kewangan tidak seharusnya menjadi halangan bagi para guru dalam
pengajaran.
Pihak sekolah perlu mewujudkan undang-undang dan peraturan-peraturan
yang sistematik di sekolah. Peraturan-peraturan ini hendaklah merangkumi dendaan
bagi setiap kes disiplin atau kes jenayah di sekolah. Kes yang serious hendaklah
dilaporkan kepada pihak polis. Penguatkuasaan undang-undang ini akan
membolehkan berfikir sebelum membuat tindakan yang dianggap sebagai melanggar
disiplin. Pihak polis juga boleh mengadakan kempen anti-jenayah , anti-dadah dan
kempen lain yang berkaitan untuk mendedahkan pelajar kepada kesan-kesan
melanggar disiplin dan melakukan jenayah. Selain itu, pihak polis juga boleh
membuat pemeriksaan mengejut di sekolah untuk memastikan pelajar tidak
melakukan hal-hal yang melanggar peraturan seperti mengedar dadah, mengambil
pil khayal dan sebagainya. Di samping itu, guru kaunseling juga boleh mengambil
tindakan dalam memahami sebab-sebab pelajar melanggar disiplin. kaunselor-
kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman amat diperlukan dalam sesebuah
sekolah untuk membantu pelajar yang bermasalah. Sekiranya masalah seseorang
pelajar itu tidak wujud, maka seseorang pelajar itu tidak akan melanggar peraturan.
Kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu diperkasakan agar
dapat mengatasi masalah disiplin di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan
guru-guru supaya dapat menyelesaikan masalah seseorang pelajar yang mempunyai
masalah disiplin. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru
perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya
menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. Jelaslah bahawa
pihak sekolah, pihak polis ,pihak kaunselor dan ibu bapa perlulah berkerjasama
dengan pihak guru agar guru-guru dapat menangani masalah disiplin di sekolah
dengan baik dan meringankan lagi bebanan guru.
Di samping itu, seseorang guru itu haruslah bersikap positif dalam
menghadapi cabaran-cabaran yang ada pada masa kini. Guru juga perlu
menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi
meningkatkan kualiti kerja. Seseorang guru yang berjaya menghayati
tanggungjawabnya akan dapat menangani cabaran dalam dunia pendidikan pada
hari ini. Guru-guru yang mempunyai etika guru yang baik akan sentiasa menjalankan
tugasnya dengan baik dan ini merupakan semangat untuk seseorang guru dalam
menangani cabaran profesion. Sebagai contohnya, guru perlu bersyukur kepada
tuhan dan menghindari larangan tuhan serta sentiasa beriltizam semangat berbakti.
Guru yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan seharusnya memahami kekuatan
dan kelemahan diri supaya dapat memanfaatkan kekuatan tersebut dan
memperbaiki kelemahan yang ada. Selain itu, guru perlu sentiasa ingat
tanggungjawabnya terhadap profesion guru. Oleh itu, guru haruslah mendidik dan
mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna,
jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek dan
akademik. Guru perlulah bertindak laku baik agar dapat menjadi contoh yang baik
kepada pelajar. Tuntasnya, guru perlulah menghayati etika guru dalam mengatasi
cabaran yang dihadapi pada masa kini.

JAMINAN Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bahawa guru di negara ini bakal bebas
daripada beban tugas perkeranian yang akan direalisasikan selewat-lewatnya awal tahun
depan, pastinya satu kelegaan buat seluruh warga pendidik tanah air.
Sudah sekian lama, kita mendengar rungutan mereka bagaikan semakin hilang fokus terhadap
tugas hakiki kepada pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah, disebabkan pelbagai
beban tambahan yang ada kalanya dilihat bukan menjadi keutamaan.

Mungkin ada yang beranggapan kerja pentadbiran yang perlu dilakukan guru bukan berat
manapun, tetapi jangan kita lupa semua tugas terpaksa diuruskan menuntut sebahagian besar
masa mereka.

Ads by

Bayangkan jika waktu yang diambil bagi melakukan tugas tambahan itu sepatutnya
diperuntukkan kepada mengajar dalam kelas, pasti akan menyebabkan kerugian
kepada murid. Belum lagi mengambil kira masa peribadi mereka untuk bersama
keluarga di rumah, termasuk pada hujung minggu.

DISYORKAN UNTUK ANDA


Jika diimbas mengenai janji bahawa guru tidak lagi akan dibebani tugas perkeranian
sebenarnya sudah sering dilakukan Menteri Pendidikan yang silih berganti sejak
sekian lama, sehingga bertukar tampuk pemerintahan kerajaan. Namun, isu ini
belum benar-benar menampakkan penyelesaian sebenar.

Kita mengharapkan jaminan kali ini biarlah yang terakhir dan tidak menerima nasib
sama seperti mana janji yang pernah dibuat sebelum ini.

Tugas sampingan jadi keutamaan

Timbalan Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia


Cawangan Johor, Datuk Jemale Paiman, menjelaskan ada banyak lagi tugas lain
perlu diberikan keutamaan oleh guru dalam membuat persiapan PdPc seperti
rancangan pengajaran harian.

Malah, masalah bebanan tugas ini seharusnya sudah lama menemui jalan
penyelesaian kerana kajian demi kajian sudah dilaksanakan kementerian terbabit
yang diterajui beberapa menteri terdahulu, namun belum ada pengakhiran kepada
masalah itu.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan perlu ada pembantu guru yang ditempatkan
di sekolah sebagai tambahan kepada kakitangan sokongan sedia ada dalam
membantu menyelesaikan tugas tambahan yang wujud.

Persatuan itu pernah mencadangkan supaya pembantu guru dilantik dalam kalangan
bekas guru sendiri supaya tugas membantu menjadi lebih mudah, memandangkan
kebanyakan mereka berpengalaman dan tahu apa yang perlu dilakukan.

“Jika mahu ditawarkan kepada lulusan sekolah atau universiti pun perlu pastikan
mereka diberikan latihan jangka pendek supaya lebih faham dengan tugas yang
akan dilaksanakan,” katanya.
Beliau mengakui tugas tambahan yang terpaksa dilakukan kebanyakan guru hari ini
nampak agak remeh dan tidak terlalu berat, sebaliknya menuntut waktu mereka yang
sepatutnya ditumpukan kepada mengajar di kelas atau meluangkan masa bersama-
sama keluarga.

Kurangkan hal remeh

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengharapkan


Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan lebih banyak perkara remeh dalam
hal membabitkan tugas perkeranian seperti pengisian borang secara dalam talian,
selain pengendalian program tertentu yang dianggap tidak perlu.

Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berpendapat dengan meminimumkan


borang yang perlu dikendalikan golongan pendidik, diharapkan beban tugas mereka
dapat dikurangkan dalam usaha memperkasa kerjaya keguruan dengan memastikan
guru mampu memberi fokus tugas mendidik dan mengajar di kelas.

Beliau menjelaskan memang menjadi keperluan untuk menempatkan pembantu


guru, terutama di sekolah terpilih yang memiliki bilangan pelajar yang ramai atau
melebihi 2,000 murid, biarpun kementerian seboleh mungkin turut melihat alternatif
lain yang tidak akan membabitkan soal kewangan.

Sebagai cadangan awal, pihaknya berasakan sekurang-kurangnya dua pembantu


guru diperlukan bagi jika sekolah memiliki bilangan murid yang agak ramai, sebagai
tambahan kepada kakitangan sokongan sedia ada.

Cadangan untuk menambahkan bilangan kerani di sekolah juga antara usaha


diharapkan mampu mengatasi masalah bebanan tugas perkeranian guru, tetapi
pihaknya tidak melihat keperluan untuk menawarkan peranan itu kepada bekas guru.

Masalah dihadapi kebanyakan guru ialah terlalu banyak dokumentasi yang dianggap
sebagai remeh dan perlu diselesaikan di sekolah.

Kamarozaman berkata, itu belum termasuk pelbagai program yang dilihat bertindih
dan perlu disertai guru terbabit sehingga mengabaikan tugas hakiki mereka mendidik
di kelas.

Hilangkan tekanan guru

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam


(CUEPACS) berharap jaminan menteri pendidikan itu bukan sahaja dilihat mampu
meningkatkan mutu PdPc di sekolah, tetapi lebih penting dapat membantu
menghilangkan banyak tekanan dihadapi golongan pendidik.

Presidennya, Datuk Azih Muda menyatakan CUEPACS pernah menyuarakan beban


dan tekanan yang terpaksa ditanggung kumpulan pendidik di negara ini, selain
keperluan pembantu guru dalam usaha menangani pelbagai urusan tambahan
sehingga mengabai tumpuan tugasan hakiki.
Seperti kata Maszlee sendiri, amat merugikan apabila kemahiran dan kepakaran
guru tidak dioptimumkan bagi tujuan mengajar, sebaliknya dibebankan dengan tugas
perkeranian.

Zaman kegemilangan guru perlu dikembalikan supaya mereka bukan sahaja boleh
dianggap ‘wira’ dalam kalangan murid dan pelajar, tetapi terus berada di tempat yang
cukup mulia serta menjadi sanjungan anak didik mereka.

Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang
penting dan sangat memerlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu manusia
memudahkan melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat
dilihat semakin melaus sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang
menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan
kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan
melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh
mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan
berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier.
Everyday tasks are simplified”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat
mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk
kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.

Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan komputer dan justeru itu,
penggunaan komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakan
berada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa
sempadan, IT, ICT, e-siber, global, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi istilah
yang sekiranya gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain.
Justeru itu, penggunaan teknologi maklumat seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang
asing dalam pendidikan. Menurut Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks
pendiidkan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari,
mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif,
pantas dan banyak untuk membbantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu
juga, kejayaan ICT dalam pendidikan khususnya bukan hanya terletak pada teknologi tetapi
juga melibakan faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar,
tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Pendekatan
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu
dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari maklumat.

Dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan


pembelajaran memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun pihak
masyarakat. Di sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan
kepentingan penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga perlu mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan
peralatan ICT secara cekap dan efektif. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-
guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap ‘perlu
belajar’ dan ‘perlu bimbingan’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.
Keupayaan seseorang untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran bukan
berlaku secara automatis, tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang penuh
dengan minat. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya
dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk memuat
persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk
menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu
mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

(a) Definisi Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin
terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang
penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk.

Teknologi maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang
diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu berkenaan
dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan
mudahnya, penggunaan computer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira
tempat dan waktu.

(b) Pengintegrasian Teknologi Maklumat dalam Pengajaran Bahasa

Pengintegrasian teknologi malkumat dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang


melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar
berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan korpus berkomputer untuk
mencari perkataan dan ayat yang berkaitan.

PERNYATAAN MASALAH
Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di
bawa ke dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat pelbagai kekangan yang timbul akibat
daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Antara-antara kekangan-
kekangan yang perlu dititikberatkan adalah:-

1) Tahap Kemahiran Guru dalam Bidang Teknologi Maklumat.


Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru guru.

Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan


kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran
dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan
oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui komputer,
internet dan sebagainya.

Dapat kita perhatikan bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu
perkara, oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di
sekolah rendah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru
terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang
bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT, oleh itu,
guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian
menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan
membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di kalangan
pelajar.

2) Penerimaan Guru Terhadap Proses P&P Menggunakan Teknologi Maklumat

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru
menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat
segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka.
Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkidmat dalan
dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang
mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu
kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternatif
kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah
pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan di dalam bilik darjah.

Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini
menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat.
Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan
guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-
guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka.
Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi
maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru
yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai
bidang teknologi maklumat.

3) Kemudahan Teknologi Yang Berkaitan Tidak Mencukupi

Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan


prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan
penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang
mencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang
tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak
mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah
tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.

Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam
pengajaran. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering
digunakan oleh kumpulan pelajar lain. Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel
kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan
komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian.

Kesimpulannya, bidang bahasa juga sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi
pandangan umum terhadap kepentingannya. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu
diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan.
Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa berupaya meningkatkan lagi
keupayaan pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa itu dengan lebih baik. Oleh itu, aspek
latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan juga
penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan
keperluan semasa perlu diberikan perhatian.  
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi mengatasi masalah-masalah ini, kami telah membincangkan beberapa cara berdasarkan
peranan semua pihak.

1) Peranan Kerajaan

Kerajaan memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer untuk mempercepatkan


penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mahathir
Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977.
Kerajaan juga memastikan setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal
komputer yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar
bandar. Selain itu juga, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-
guru yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun kursus-kursus
semasa. Kerajaan haruslah peka terhadap keperluan semasa masyarakat dan sentiasa peka
terhadap perubahan teknologi global.

2) Peranan Sekolah

Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya
semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan
pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja
perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT
dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di
sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan.

Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan
pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi
perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan
terdapat perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT
dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa
dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang
pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan
Mohd Jasmy, 2002). Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah
harus menyediakan pelan pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi
aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang
pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan
perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara berterusan.Program
pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan
pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.

Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan
secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah
mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan
tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantausupaya budaya
menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan.
Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi
dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut
kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Pemberian komputer daripada
pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklahdilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya
makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru
semasa proses P&P.

Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin sekolah.
Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu
penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid.
Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru
adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk
mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program
perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan
yang diperlukan untukmenggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu
pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT
dan pelan pembangunan sekolah.
3) Peranan Guru

Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku


apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi
pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran merupakan satu proses
maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini
menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell,
1990). Di bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai
maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu
segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.
Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah
pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran.
Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman
web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran
ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial
direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang
memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill,
1996).

Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya
dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum
menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan
ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru
membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang
berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk pengayaan. Kesilapan
dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta
menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.

Teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh individu.
Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau menginterpretasi ilmu serta
mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981; Brunner, 1990). Dengan kata lain teori ini
memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran
yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Melalui pendekatan teori
pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan
menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakan untuk menjana idea
serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan maklumat yang telah dikumpul.
Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru untuk menghubungkan antara teori
konstruktivisme dengan P&P. Kaedah pembelajaran ini membolehkan murid-murid mencari dan
mengakses maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet
(Haynes & Holmevik, 1998). Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat akan digunakan
untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah.

Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah pembelajaran
penerokaan. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang diperolehi
tanpa memanipulasi (mencari, membanding dan menilai). Dalam proses pembelajaran ini guru
perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran murid-murid dan
menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote learning). Peranan guru dalam memantau
penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu
ntuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Guru perlu
memastikan bahawa penggunaan ICT adalah untuk membantu proses P&P seperti menganalisis
maklumat dan bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian
maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk
menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk
membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan
berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio
video dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di
samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu guru perlu menyediakan garis
panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail,
chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh
guru dan kumpulan pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan
menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi
murid-murid. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi
kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan
berdasarkan tahap murid.

4) Peranan Pelajar

Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan laporan-laporan aktiviti


untuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek. Pelajar boleh mengulangi tutorial mengikut
keperluan, kemampuan dan kadar sendiri. Aktiviti dijalankan sama ada secara individu dengan
akses kendiri atau dalam kumpulan kecil. Pelbagai projek di sediakan dalam muka indeks laman
web untuk membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada ‘World Wide Web’ seperti
tugasan mencari jurubina-jurubina terkenal di dunia, bangunan-bangunan bersejarah yang
menarik, mencari URL laman berkaitan dengan Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 pelan dan dongakan serta menulis satu sinopsis tentang bahan -
bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan yang lain. Pelajar
berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah yang lain melalui e-mail
untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan perbincangan atau memberi
cadangan pelaksanaan tugasan /projek .Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses
oleh pelajar yang lain. Misalnya dalam pautan e-mail Pelajar dan Cadangan Pelajar.

5) Peranan Masyarakat

Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai
perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti
setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan
untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. Teknik
perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk
meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan
peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk
tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara
berkesan.
PENUTUP
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar
yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa,
kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan.
Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada
terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun
pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku
kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila
menggunakan teknologi canggih ini.

BIBLIOGRAFI

 Ahmad Fauzi bin Mohamed. Pengintegrasian teknologi Maklumat dalam


Pengajaran. Diperolehi pada 21 Ogos 2008 daripada - http://72.14.235.104/custom?
q=cache: XKIubNnHofEJ:www.sahc.kedah.edu.my/esei_karya/Microsoft%2520Word
%2520%252 0PENGINTEGRASIAN%2520KOMPUTER%2520DALAM%2520
PENDIDIKAN.pdf+pengintegrasian+teknologi+maklumat+dalam+
pengajaran&hl=en&ct=clnk&cd=4&client=google-coop

 Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062.

 Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062. Goh Ying Soon, Azman bin Che
Mat, Tey Meng Kar. Cabaran, Peluang dan ancaman Penggunaan Teknologi dalam
Pengajaran Bahasa. Diperolehi pada 28 Ogos 2008 daripada
http://www1.tganu.uitm.edu.my/sitma06/PDF/sessi%204/s4b8.pdf

 Mohd Feroz Abu Bakar, 1999. IT dalam Pendidikan. Diperolehi daripada


http://www.apdip.net/projects/miu/press/BeritaHarian_16081999.pdf

 Mohd Feroz Abu Bakar. IT dalam Pendidikan. Diperolehi pada 24 ogos 2008 daripada
http://www.apdip.net/projects/miu/press/BeritaHarian_16081999.pdf60

 Nazri Bin Abu Bakar, Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh, Norizillah Bt.
Mohd. Rodzes, Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak. Penggunaan Komputer dalam
Pengajaran Bahasa.Diperolehi pada 25 ogos 2008 daripada
http://compapplicationinlangandlit. wikispaces.com/space/showimage/Penggunaan
%2520Komputer%2520dlm%2520 pengajaran%2520bahasa.pdf

 Noraini Attan (2002). Tahap Kesediaan Guru dalam Penggunaan Teknologi


Maklumat Berasaskan Komputer bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Master
Of Ed. Thesis. Universiti Kebangsaan Malaysia.

 Rosnaini Mahmud (2008). Factors Influencing Ict Integration In The Classroom:


Implications To Teacher
Education. http://www.cluteinstitute.com/Programs/Salzburg_Austria_2008/ Diperolehi
pada 20 ogos 2008 daripadaArticle%20169.pdf

 Sejauh manakah keberkesananan penggunaan teknologi maklumat dalam


pendidikan di Malaysia. Diperolehi pada 24 ogos 2008 daripada
http://www.geocities.com/gardner02_8/ilmiah5.html

 Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan


Bahasa,7(2), 32-35.

 Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran bahasa:


Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan. Diperolehi pada 22 ogos 2008
daripada http://eprints.utm.my/5968/ 1/08-yahya.pdf

Anda mungkin juga menyukai