Anda di halaman 1dari 7

TEKS MC MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN SK BAGAN TAHUN 2022

ATURCARA TEKS CATATAN


Murid dan MURID-MURID DIMINTA BERSEDIA DAN BERADA DALAM
guru KEADAAN YANG TENANG KERANA MAJLIS AKAN
berkumpul BERMULA SEBENTAR SAHAJA LAGI. TERIMA KASIH
di Dewan
Seri Irama beralun gendang dipalu
Budiman Langkah diayun berpasang-pasangan
6 dekad telah berlalu
Malaysia megah menyambut kemerdekaan

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih junjung buat hantaran
Hadirin hadirat selamat datang
Ke majlis penutupan bulan kemerdekaan.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum wbt.

Yang Berusaha
Cg Hamidon bin Mujirin
Guru Besar, Sek.Keb. Bagan

Yang berusaha Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah


Cg Norsiah binti Jumingan 
Guru Penolong Kanan  Pentadbiran.
Cg Shalihin bin Mohad Mahfoz
GPK Hal Ehwal Murid
Cg Siti Marianah binti Jami’an
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
rakan-rakan guru, dan seterusnya  murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Hati-hati membuka peti


Peti pusaka zaman berzaman
65 tahun bebas menikmati
Malaysia merdeka penuh keamanan

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi
yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk
sama-sama berkumpul bagi Majlis Penutupan Bulan
Kebangsaan SK Bagan bagi tahun 2022.

Sesungguhnya penutup bulan kebangsaan ini diadakan


sebagai satu konklusi, rangkuman tanda anugerah atas
keterlibatan setiap warga SK Bagan dalam memenuhi
tuntutan perancangan aktiviti. Masing-masing  sederap
melangkah, dengan semangat dan iltizam tinggi menjadi
warganegara yang patriotik dan bermotivasi tinggi.

Nyanyian Seterusnya, semua hadirin diminta berdiri untuk sama-


Lagu sama menyanyikan lagu Negaraku
Negaraku
Bacaan doa
Bagi memberkati majlis yang penuh bermakna pada hari
ini, marilah kita sama-sama menadah tangan
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh al fadil ustaz
mutakin bin mansor. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*BACAAN DOA*

Amiin, amiin ya rabbal a’lamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada al-fadhil Ustaz Mutakin bin Mansor
atas bacaan doa itu tadi.

Penilaian Tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu Pertandingan


pakaian Pakaian Beragam. Untuk makluman hadirin, pertandingan
murid ini akan diadakan sebanyak dua pusingan. Pusingan
pertama ialah peringkat saringan bagi mencari 20 orang
peserta terbaik yang akan dipertandingkan ke pusingan
kedua yang akan diadakan selepas pertandingan
nyanyian solo. Diminta semua murid bersedia.

Baiklah, tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan


para peserta yang memakai pakaian bertema baju
melayu atau kemerdekaan.

Seterusnya dijemput para peserta yang bertemakan baju


kurung atau kemerdekaan.

Mari kita saksikan pula para peserta yang bertemakan


pakaian tradisional kaum india.
Meneruskan Kelangsungan acara, Kita tampilkan pula
para peserta yang akan memperagakan pakaian-pakaian
yang bertemakan pakaian tradisional kaum cina.

Dan yang terakhir dijemput para peserta yang


bertemakan pakaian tradisional kaum …………………….

Begitulah tadi saringan pakaian beragam sempena bulan


kebangsaan yang bertemakan pakaian tradisional dan
kemerdekaan. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada
murid-murid SK Bagan yang kacak dan jelita
memperagakan pakaian masing-masing. Baiklah,
keputusan 20 orang peserta yang terbaik akan
diumumkan selepas Pertandingan Nyanyian Solo dan
peserta-peserta ini akan bertanding sekali lagi untuk
menentukan pemenang.

Pertanding Terbang tinggi si burung helang,


an Berkicau kenari sambil berterbangan;
Nyanyian Murid cemerlang Sekolah terbilang,
Solo Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Sebelum tirai persembahan dibuka, izinkan saya


memperkenalkan dan menjemput barisan hakim yang
akan mengadili pertandingan nyanyian solo kita pada hari
ini iaitu
Yang pertama Cg Norsiah binti Jumingan
Yang kedua Cg Shalihin bin Mohad Mahfoz dan
Yang ketiga Cg Kamaruddin bin Abd Kadir.

Majlis diteruskan dengan menjemput peserta pertama


iaitu Muhammad Akrami bin Afandi dengan pilihan lagu
yang bertajuk Gemuruh. Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang cukup menarik tadi.

Seterusnya dijemput Alya Nur Maisarah binti Mohd


Amiruddin dengan lagunya Bahtera Merdeka.

Terima kasih atas persembahan yang mendayu-dayu tadi.


Sungguh merdu suaranya.

Peserta seterusnya ialah Mohd Fatih Athar bin Roslan


yang akan menyampaikan lagu ciptaan asal Allahyarham
Sudirman Hj Arsyad iaitu Tanggal 31. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu


bersemangat sekali.

Peserta seterusnya Muhammad Firas Rifqy bin Ezal yang


bakal menghangatkan lagi pentas pertandingan kita
dengan judul lagunya Saya Anak Malaysia. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas nyanyian sebentar tadi.

Tanpa melengahkan masa dijemput peserta seterusnya


Khairul Akmal bin Hairul Zin dengan tajuk lagunya Si Baju
Hijau. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang cukup


menarik.

Peserta terakhir kita pada hari ini telah memilih untuk


menyampaikan lagu bertajuk Warisan yang pernah
dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Oleh
itu, dipersilakan peserta cilik kita, Ameena binti AdiFazrun
untuk naik ke pentas pertandingan.

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka


tamatlah sudah pertandingan nyanyian Lagu Solo
Peringkat Sekolah Kebangsaan Bagan. Terima kasih
diucapkan kepada para peserta dan hakim pertandingan.

 Acara pada hari ini diteruskan lagi dengan Pertandingan


Pakaian Beragam.
1.
Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Pakaian beragam memeriahkan majlis,
Semua hadirin terhibur di hati.

Baiklah, sekarang diumumkan 20 orang peserta terbaik


yang dipilih dari peringkat saringan. Diminta nama yang
diumumkan bersedia di tepi kanan dewan.

Sebelum pertandingan dimulakan, izinkan saya


memperkenalkan para hakim yang akan mengadili
pertandingan iaitu:

Yang pertama Cg Norsiah binti Jumingan


Yang kedua Cg Shalihin bin Mohad Mahfoz dan
Yang ketiga Cg Kamaruddin bin Roslim
Untuk itu, majlis mempersilakan peserta pertama untuk
membuka tirai pertandingan. Dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan peserta kedua untuk naik ke


pentas. (sambung sehingga peserta ke-20)

Selingan semasa peragaan


Kelihatan segak dengan baju yang
Gagah perkasa Langkah yang diatur oleh peserta itu tadi
Tampil sopan molek
Tampil ayu si anak dara
Susun Langkah santunnya mengenakan baju yang

Begitulah indah dan berwarna-warninya peragawati dan


peragawan cilik dari SK Bagan dalam memperagakan
busana patriotik. Terima kasih diucapkan kepada para
peserta dan para hakim.

Rehat Majlis berhenti  seketika untuk memberi laluan rehat


kepada semua murid dan guru dan majlis akan
bersambung semula pada jam …… Terima kasih.
Penyampai MURID-MURID DIMINTA BERSEDIA DAN BERADA DALAM
an Hadiah KEADAAN YANG TENANG KERANA MAJLIS AKAN
BERMULA SEBENTAR SAHAJA LAGI. TERIMA KASIH

Tak akan megah empayar Melaka.


Tanpa kelibat, laksamana Hang Tuah
Kita redakan debar seketika
Dengan upacara penyampaian hadiah.

Hadirin dan hadirat sekalian, kini tibalah masa yang


ditunggu-tunggu iaitu acara
penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap 
pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang
sambutan bulan kemerdekaan . -GPK KOKU
Pertandingan
bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan 
Yang Berusaha
Cg Siti Marianah binti Jami’an -GPK HEM
Guru Penolong Kanan Kokurikulum pertandingan
Bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

Bagi pertandingan
-GPK 1
Tempat pertama pertandingan
Tempat kedua
Tempat ketiga
Saguhati -GB
pertandingan
Seterusnya bagi pertandingan

Tahniah kepada para pemenang dan terima kasih kepada


_______________________________________________
___________________
Kerana sudi menyampaikan hadiah.

Ucapan Adat berbahasa menyampaikan pesan


GPK Koku Adat upacara menyampaikan ucapan aluan

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan


alu-aluan. Dijemput yang berusaha Cg Siti Marianah binti
Jami’an, GPK Koku SK Bagan untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


Cg Siti Marianah binti Jami’an atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan GB Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang


Berusaha Cg Hamidon bin Mujirin  Guru Besar SK Bagan
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan
peringkat sekolah kebangsaan bagan bagi tahun 2022.
Dipersilakan.

Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas


ucapan yang dititipkan  dan sudi merasmikan Penutup
Bulan  kebangsaan sebentar tadi.

Nyanyian Mengakhiri acara penutup bulan kebangsaan SK Bagan


Lagu bagi tahun 2022,
Patriotik marilah sama-sama kita menyanyikan lagu-lagu patriotic.

Terima kasih

Bersurai Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

 Wabillahi Taufik Walhidayah.


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai