Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

Saya Nur Erina Sarah


Binti Mohd Hairul. Berdirinya saya disini adalah unntuk menyampaikan sebuah cerita
tauladan yang bertajuk Batu belah batu bertangkup. Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang
tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-fikirkan.

(pantun)
Asap berkepul gelapnya cuaca,
Pasang pelita malam terjaga
Telur tembakul menjadi punca
Bermula cerita mak tanjung sekeluarga

Di dalam sebuah kampung , Mak Tanjung tinggal bersama anaknya melur dan pekan
di kaki Bukit Berapit. Sejak suaminya meninggal dunia, mak tanjung menjadi muram dan
pendiam. Mak tanjuung sentiasa bersedih hati sehingga kerjanya mencari akar kayu untuk
dibuat ubat telah diabaikan.

Pada suatu hari, mak tanjung teringin makan telur ikan tembakul. Dia pun pergi ke
sungai untuk menangguknya. Bukan main suka hatinya apabila dapat menangguk seekor ikan
tembakul.

Sampai di rumah, Maak Tanjung terus menyiang ikan itu. Dia pun memberikan
kepada Melur untuk digoreng telurnya dan ikannya dibuat gulai.

“Masaklah gulai ikan tembakul ini dan gorenglah telurnya. Mak ingin memakannya.
Jika mak lambat pulang, kamu makanlah dahulu bersama pekan tetapi jangan lupa untuk
tinggalkan telurnya untuk mak ya”. Pesan Mak Tanjung.

Kemudian dia keluar mencari akar kayu. Selepas siap memasak gulai dan mengoreng
telur, Melur pun mengasingkan separuh ikan tembakul. Diletakkan di atas para. Pekan makan
gelojoh sekali. Apabila habis, dia minta lagi.

“kakak, Pekan nak lagi.”


Tak boleh pekan, Itu ibu punya.” Jawab Melur.
“Pekan tidak peduli, Pekan nak juga.” Kata pekan sambil menangis.
(syair irama Hiasan)
Pulang Mak Tanjung dengan harapan,
Telur tembakul dapat dimakan,
Lapar dahage tidak tertahan,
Mencari rezeki jauh di hutan.

Tidak lama kemudian, Mak Tanjung pulang dalam keadaan letih dan lapar. Dia mahu
makan. Dia memanggil-manggil anaknya Melur.

“Melur, Oh…Melur mak pulang ni. Hidangkan mak nasi dan telur ikan tembakul nak. Mak
lapar ni”

“Ampunkan Melur mak , Telur tembakul sudah habis emak, Pekan makan semuanya.” Jawab
Melur.

“Sampai hati kamu berdua.” Kata mak Tanjung kecil hati.

Sedih benar hatinya kerana anak-anak sampai terlupa kepadanya. Mak Tanjung
merajuk lalu pergi ke dalam hutan.

Di dalam hutan ada batu belah, batu itu berpuaka. Kalau dia lapar dia akan terbelah.
Kalau sudah dapat mangsa dia akan bertangkup.

Mak Tanjung melangkah laju ke arah batu berpuaka itu sambil menyeru. “ Batu belah
batu bertangkup,tangkuplah aku , telanlah aku. Aku kempunan telur ikan tembakul.” Batu
berpuaka itu bersuara dengan kuatnya.

Melur dan Pekan mengejar dari belakang. Kedua-dua anaknya itu berteriak sambil
menangis . Melur dan Pekan mahu ibu mereka pulang.

“ Emak, maafkan Melur dan Pekan.” Rayu mereka.

“Groom..Grommmm” bunyi batu berpuaka itu lagi.


Melur dan pekan berlari sekuat hati. Namun, apabila sampai di batu berpuaka itu, ia
sudah tertangkup. Bayangan ibu mereka sudah tiada. Mereka berasa sangat sedih. Kini,
mereka tidak mempunyai ibu lagi.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Pengajaran daripada kisah
Batu Belah Batu Bertangkup ini, janganlah kita derhaka kepada ibu bapa dan bersikap
mementingkan diri sendiri. Kerana Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Iya kawan-kawan semoga cerita ini dapat memberi pengajaran dan inspirasi kepada
kita semua. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai