Anda di halaman 1dari 72

MAJLIS

SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD


SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM

Hari Sabtu
13 Rabiulawal 1439 Hijrah
bersamaan
2 Disember 2017M

Bertempat
Di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien
Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam

1
‫اجنوران‬
‫مکنرتين حال احوال اݢام‬
‫نݢارا بروين دارالسالم‬

‫‪2‬‬
3
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
ATURCARA
MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD
SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
TAHUN 1439 HIJRAH

(Perhimpunan dan Perarakan)

6
6.45 pagi : Ahli Jawatankuasa dan pasukan-pasukan yang
mengambil bahagian hadir.

7.00 pagi : Para Jemputan mulai hadir.

7.30 pagi : Ketibaan Pembesar-Pembesar Negara.

8.00 pagi : Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia


Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam berserta Kerabat Diraja,
dijunjung oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Ugama serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan
Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1439 Hijrah.

: Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

: Sembah Alu-Aluan oleh Yang Berhormat Menteri


Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa
Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun
1439 Hijrah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri


:
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar
‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
dijunjung oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Ugama untuk berangkat bersalam-salaman dengan
ketua-ketua pasukan.

: ‘DIKIR MARHABAN’ dibawakan oleh Pasukan Dikir


Jabatan Perdana Menteri. Sebaik-baik sahaja sampai
kepada ‘Ya Habibi’ tembakan meriam sebanyak 21 das
mula dilepaskan.

: Bacaan Do’a Selamat.

: Bacaan Salawat (sebanyak tiga kali).

7
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
:
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar
‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
dijunjung oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal
Ugama untuk mendahului perarakan.

: Perarakan bermula.

: Semasa perarakan berjalan, pasukan Sekolah Arab


dan Sekolah-Sekolah Ugama membuat persembahan
Salawat.

: Sebaik-baik sahaja keberangkatan tiba Kebawah Duli


Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke
Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, nasyid
“Tala’al Badru ‘Alaina” akan dibawakan oleh pasukan
Sekolah-Sekolah Arab dan Sekolah-Sekolah Ugama.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri


:
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar
‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
berangkat meninggalkan majlis dengan diikuti oleh
Kerabat Diraja dan Pembesar-Pembesar Negara.

: Ketibaan pasukan-pasukan yang berarak.

: Majlis bersurai.

8
ATURCARA
MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD
SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
TAHUN 1439 HIJRAH

(Perhimpunan Tanpa Perarakan)

9
6.45 pagi : Ahli Jawatankuasa dan pasukan-pasukan yang
mengambil bahagian hadir.

7.00 pagi : Para jemputan mulai hadir.

7.30 pagi : Ketibaan Pembesar-Pembesar Negara.

8.00 pagi : Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia


Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam berserta Kerabat Diraja, dijunjung
oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama serta
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari
Kebesaran Islam Tahun 1439 Hijrah.

: Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

: Sembah Alu-Aluan oleh Yang Berhormat Menteri


Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa
Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun
1439 Hijrah.

: Ceramah Khas.

: Persembahan Salawat dari pasukan Sekolah-Sekolah


Arab dan Sekolah-Sekolah Ugama.

: ‘DIKIR MARHABAN’ dibawakan oleh Pasukan Dikir


Jabatan Perdana Menteri. Sebaik-baik sahaja sampai
kepada ‘Ya Habibi’ tembakan meriam sebanyak 21 das
mula dilepaskan.

: Bacaan Do’a Selamat.

10
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
:
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar
‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
berangkat meninggalkan majlis dengan diikuti oleh
Kerabat Diraja dan Pembesar-Pembesar Negara.

: Majlis bersurai.

11
KATA -KATA ALUAN

‫بسم هللا الرمحن الرحمي‬

‫امحلدهلل رب العاملني والصالة والسالم عىل أ�رشف ا ألنبياء‬


‫واملرسلني �سيدان محمد وعىل �آهل وحصبه أ�مجعني‬

‫السالم عليمک ورمحة هللا وبراکته‬


Alhamdulillah dan syukur, kita di negara ini sama-sama diberi
kesempatan mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Sesungguhnya acara tahunan ini telah membudaya kepada kita.


Tentunya, acara ini merupakan wasilah dan wadah untuk menanam
dan menyuburkan fahaman hidup berugama dan bernegara,
khasnya pada memertabatkan Islam sebagai Ugama Rasmi serta
mendaulatkan Raja sebagai Ketua Ugama.

Kelazimannya, kita memeriahkan Sambutan Maulud Nabi


Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan gema Dikir
Marhaban selama 12 malam berturut-turut di masjid-masjid seluruh
negara. Kemuncak acaranya adalah perhimpunan dan perarakan
di seluruh negara dengan tumpuan utama di Taman Haji Sir Muda
Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dengan menjunjung
keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
mengepalai perarakan.

Acara yang juga sangat bersignifikan ialah Majlis Perhimpunan


Khas Wanita dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha

12
Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha
binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed
Alam menyerikannya.Keunikan sambutan ini sejak sekian lama
ialah ianya mendapat naungan dan dukungan pemimpin tertinggi
negara dan kerajaan dan dengan penyertaan segenap lapisan
masyarakat. Di sana membuktikan persefahaman dan perpaduan
kita yang sangat kita hargakan. Itulah tanda betapa kita bercontoh
tauladan kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Semoga
dengan berkat bertauladankan Baginda itu, Allah Subhanahu wa
Ta’ala akan terus melimpahi rahmat keamanan dan kesejahteraan
kepada kita dan kita akan diizinkan menikmatinya dalam ketaatan
kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, dan seterusnya kepada Raja selaku Wali al-Amri kita
dalam bernegara dan berpemerintahan.

Lalu dalam konteks inilah kita telah menetapkan tema sambutan


tahun ini dengan ungkapan: “Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil”.
Antara tujuannya ialah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan
berlaku adil sama ada dalam kehidupan berkeluarga, bermasyarakat
dan bernegara. Kerana berlaku adil itu akan membentuk pemikiran,
sikap dan tingkah laku yang positif dalam memenuhi tuntutan
keduniaan dan tuntutan akhirat secara bersepadu yang akhirnya
sudah tentu akan mendatangkan kesejahteraan.

Dengan demikian, semoga kita semua tergolong ke dalam umat


yang sentiasa diberi petunjuk, seperti yang Allah Ta'ala sebut dalam
Surah al-A’raaf ayat 181:

َ ُ‫ون ِابلۡ َح ّ ِق َو ِب ِه ي َ ۡع ِدل‬


﴾١٨١﴿ ‫ون‬ َ ُ‫َو ِم َّم ۡن َخلَ ۡقنَآ ُأ� َّم �ة يَهۡد‬

13
Tafsirnya:
(Dan antara orang-orang yang Kami ciptakan itu ada umat yang
memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka
menjalankan keadilan).

Demikianlah.

.‫وابهلل التوفيق والهداية والسالم عليمك ورمحة هللا وبراكته‬

Yang Berhormat
Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia
Ustaz Awang Haji Badaruddin bin
Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman,
Menteri Hal Ehwal Ugama

Selaku Pengerusi
Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran
Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran
Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan
Tahun 1439 Hijrah

14
OPEN REMARKS

‫بسم هللا الرمحن الرحمي‬

‫امحلدهلل رب العاملني والصالة والسالم عىل أ�رشف ا ألنبياء‬


‫واملرسلني �سيدان محمد وعىل �آهل وحصبه أ�مجعني‬

‫السالم عليمک ورمحة هللا وبراکته‬


Praises be to Allah, we are given the opportunity to celebrate the
birthday of our Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be
upon him).

This year’s event is indeed has cultivated us. This event is a platform
for us to inculcate and enrich our understanding towards manifestation
of religion and state, especially in uplifting Islam as the official
religion as well as elevating our King as the religious leader.

Usually, we enliven the birthday celebration of the Prophet


Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) with
reverberation of ‘Dikir Marhaban’ for 12 consecutive nights in all
mosques in the country. The highlight of the event is the nationwide
congregation and parade, mainly at the Taman Haji Sir Muda Omar
‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan with His Majesty the Sultan
and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam in the lead.

Also one of the significant events to commemorate Prophet


Muhammad’s birthday is the Special Women’s Assembly graced
with the presence of Her Majesty Raja Isteri Pengiran Anak Hajah

15
Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji
Mohamed Alam.

The uniqueness of this celebration is that it has the support from the
highest state and government leaders, as well as the participation
of all members of the society. This proves that we possess the
understanding and unity of which we value very much. This shows
much we exemplify Prophet Muhammad (peace and blessings of
Allah be upon him). May Allah the Almighty continuously bless
us with peace and prosperity, and may we be given the opportunity
to benefit from it through obedience to Allah and His Messenger,
Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him), and
consequently obedience to our King as the ‘Wali al-Amri’ in state
and governance.

Therefore, it is from this context that we have set the theme for
this year’s celebration with the phrase: ‘Rasulullah Qudwah
Pimpinan Adil’ (‘The Messenger of Allah an Example of Righteous
Leadership’). The objective of the theme among others is to increase
the awareness of the importance of justice, be it in among family,
society and nationally. This is because justice will form a positive
mindset, attitude and behavior towards fulfilling the demands of this
world and the Hereafter cohesively, which surely will lead to well-
being.

May we all belong to the ummah who are always given guidance, as
Allah The Almighty decreed in Surah al-A’raaf, verse 181:

َ ُ‫ون ِابلۡ َح ّ ِق َو ِب ِه ي َ ۡع ِدل‬


﴾١٨١﴿ ‫ون‬ َ ُ‫َو ِم َّم ۡن َخلَ ۡقنَآ ُأ� َّم �ة يَهۡد‬

16
“And of those whom We have created, there is a community who
guides (others) with the truth, and establishes justice therewith.”

.‫وابهلل التوفيق والهداية والسالم عليمك ورمحة هللا وبراكته‬

His Honorable
Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia
Ustaz Haji Awang Badaruddin bin
Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman,
Minister of Religious Affairs

As Chairman of Executive Committee of the Islamic


Glorification Days Celebration National Level and Quran
Reading Competition Adult Level
For Year 1439 Hijrah

17
HURAIAN TEMA
MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD
SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
TAHUN 1439 HIJRAH

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21,


tafsirnya: “Demi sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh
yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan)
Allah dan (kebahagiaan) hari Akhirat serta banyak berzikir mengingat
Allah”.

Dan dalam Surah Al-Qalam, ayat 4, Allah Subhanahu wa Ta’ala


berfirman, tafsirnya: “Dan sesungguhnya engkau benar-benar
mempunyai akhlak yang sangat mulia”.

Manakala, dalam Surah An-Najm pula Allah berfirman, ayat 2-3,


tafsirnya: “Rakan kamu (Nabi Muhammad) itu tidak sesat dan tidak
pula keliru. Dan dia tidak memperkatakan sesuatu menurut hawa
nafsunya.”

Ketiga-tiga ayat ini menyatakan bahawa jika seseorang itu


mengharapkan pemeliharaan dan keredhaan Allah Subhanahu
wa Ta’ala serta balasan yang baik di akhirat kelak, hendaklah ia
mengikuti dan mencontohi akhlak Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.

Suatu ketika, seorang sahabat, Hisyam bin Amir bertanya kepada


Sayidatina Aisyah Radhiallahu ‘Anha tentang akhlak Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Sayidatina Aisyah Radhiallahu ‘Anha
menjawab, “Sesungguhnya akhlak Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam itu adalah Al-Qur’an”. (Riwayat Imam Muslim)

Tema Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi


Wasallam pada tahun 1439 hijrah ini ialah ‘Rasulullah Qudwah
Pemimpin Adil’.

Qudwah bermaksud teladan yang baik. Apakah yang dikatakan


teladan yang baik? Iaitu teladan yang boleh dicontohi oleh orang lain.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah teladan yang paling baik untuk

18
kita contohi. Kredibiliti yang ada pada Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam menjadi ikutan para sahabat dan pengikutnya
dalam segala aspek kehidupan.

Seorang pemimpin merupakan khalifah yang memegang amanah


Allah di muka bumi ini harus terlihat sebagai seorang contoh yang
baik. Setiap keputusan yang dibuat oleh pemimpin hendaklah
sentiasa bersesuaian dengan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala
agar kita mendapat berkat.

Rasulullah adalah contoh terbaik untuk dijadikan ‘role model’ dan


ia adalah satu kewajipan dan tuntutan agama yang perlu dicontohi
oleh umat Islam. Seperti apa yang tercatat dalam sejarah Islam,
ketika Rasulullah sedang membangun Kota Madinah, Rasulullah
terlebih dahulu membangunkan masjid sebagai wasilah untuk
menyatukan umat Islam yang pada ketika itu sentiasa hidup dalam
pertelingkahan, perselisihan, perkauman dan perbezaan.

Mengimbas kembali kisah peperangan Khandaq atau Al-Ahzab


di mana hasil kepimpinan Rasulullah yang begitu menyerlah
sehinggakan kepimpinan Baginda itu telah membuka mata para
musuh Islam bahawa kesucian Agama Islam sama sekali tidak
dapat digoncang dari kedudukannya.

Dalam peperangan ini, pelbagai agenda diatur oleh Baginda dan


Kaum Muslimin dalam merancang strategi dari segi pertahanan
dalam Kota Madinah. Baginda sedaya upaya mengumpulkan
tentera kaum Muslimin yang hanya terkumpul sebanyak tiga ribu
orang sahaja berbanding jumlah besar tentera musuh dianggarkan
seramai sepuluh ribu orang. Namun bilangan tersebut mampu
menumpaskan tentera musuh dengan mudah atas bantuan dari Allah
Subhanahu wa Ta’ala jua.

Sifat Baginda Rasulullah yang sangat menerima baik pandangan


dan cadangan yang dikemukakan oleh Salman Al-Farisi untuk
menyarankan agar membuat parit di sekitar Kota Madinah itu
sedikit sebanyak telah memberi jalan kejayaan yang mudah untuk
menjatuhkan tentera Quraisy.

19
Rasulullah selaku ketua dan sebagai tempat merujuk bagi para
sahabat, Baginda begitu teliti dan efisyen dalam mengatur rancangan-
rancangan yang telah mereka perbincangkan. Di samping itu,
mengenal pasti akan kekuatan serta kelemahan pada setiap sesuatu
perkara yang diputuskan. Dengan menerima pandangan para sahabat
lain itu, baginda sendiri menimbang terima dan mengguna pakai
cadangan berkenaan.

Walaupun para sahabat mengenali Baginda sebagai ketua,


namun Rasulullah sendiri juga turut turun padang dan ikut
sama mengusahakan apa yang mereka sepakati bagi sama-sama
menggali parit yang bertujuan untuk menghalang tentera berkuda
dari memasuki kawasan terjaga. Tambahan pula ketika itu telah
mengalami musim yang sangat dingin dan banyak di kalangan
mereka tidak mencukupi bekalan makanan akan tetapi dengan
kekuasaan Allah melalui mukjizat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, kerja-kerja penggalian begitu mudah dan bekalan
makanan yang sedikit dapat mengenyangkan orang ramai dan
mencukupi seluruh pasukan yang ada.

Sifat berganding bahu dan bekerja keras yang ditunjukkan oleh


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu telah dijadikan sebagai
kayu pengukur bagi Kaum Muslimin bahawa dengan merasai dan
mengalami kepayahan serta kesukaran yang mereka pikul ketika
itu telah menjadi mudah dan senang jika mewujudkan ‘teamwork’
sesama pasukan.

Rasulullah juga tidak kendur-kendur memberikan nasihat kepada


kaum Muslimin di samping kata-kata semangat yang tidak putus-
putus telah menjadikan tentera muslimin ketika itu jiwa mereka
berkobar-kobar demi menegakkan syiar Islam yang sekian lama
sudah mekar di hati mereka.

Natijahnya kepimpinan selaku ketua pasukan yang ditunjukkan


baginda itu telah meraih kejayaan yang luar biasa sehingga telah
merubah sekaligus menambah perkembangan yang baik pada Kota
Madinah. Manakala di hati para tentera muslimin, iman mereka
semakin kental dan menebal serta yakin bahawa mentauhidkan

20
Allah Subhanahu wa Ta’ala itu adalah benar, bertawakkal kepada
Allah itu juga benar dan kejayaan serta kemenangan itu adalah atas
pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala juga benar.

Oleh itu, seharusnya kisah ini bolehlah dijadikan sebagai ‘platform’


kepada masyarakat Islam kini bawah kepimpinan Baginda itu layak
dicontohi dan diteladani kerana Baginda diutus untuk menjadi
cerminan kepada umatnya yang taat lagi jujur. Tidak syak lagi
keperibadian Baginda itu tiada tolok bandingnya dan kehebatan
Baginda memimpin akan menjadi ‘Qudwah Hasanah’ kepada
penduduk alam maya.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah memperlihatkan


bagaimana sepatutnya melaksanakan tanggungjawab untuk hidup
menatang keadilan dalam bersosialisasi, kewajipan semua pihak
terhadap kedamaian bermasyarakat, berkeluarga dan bernegara di
dalam pentadbiran Baginda. Baginda telah memperkenalkan satu
pentadbiran yang unggul sehingga digalati oleh rakan dan lawan.

Untuk merealisasikan tema pada tahun ini, marilah kita bersama-


sama meneladani cara kepimpinan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, agar dapat melahirkan masyarakat yang harmoni,
bertakwa, beriman dan beramal soleh. Bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas masing-masing, jujur dan amanah agar
kehidupan kita mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu
wa Ta’ala jua.

21
TITAH PERUTUSAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Sempena Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad
Sallallahu 'Alaihi Wasallam
Tahun 1438 Hijrah

22
‫السالم عليمک ورمحة هللا وبراکته‬
‫بسم هللا الرمحن الرحمي‬
،‫ وبه ن�ستعني عىل أ�مور ادلنيا وادلين‬،‫امحلدهلل رب العاملني‬
،‫ �سيدان محمد‬،‫والصالة والسالم عىل أ�رشف املرسلني‬
‫ وبعد‬،‫وعىل �آهل وحصبه أ�مجعني‬

Marilah kita sama-sama bersyukur, kerana dapat lagi menyambut Maulid


Ar-Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, iaitu suatu detik bersejarah untuk
dunia dan manusia.

Al-Quran sendiri telah memberitahu, siapa dia Nabi Muhammad


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu. Baginda adalah lampu yang terang
benderang dan rahmat bagi seluruh alam.

Apakah yang lebih bermakna dari lampu untuk menerangi keadaan gelap
gelita dan rahmat untuk mengeluarkan manusia dari azab sengsara?

Andainya tanpa Baginda, dunia ini memang akan terus gelap. Sementara
rahmat pula akan tetap jauh daripada kita.

Tetapi Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, diutus-Nya Nabi dan
Rasul terakhir, Sayyidina Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk
menjadi suluh dan rahmat bagi alam semesta.

Tidak diragukan lagi, Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam


adalah benar-benar kekasih Allah, dengan Baginda itu dikurniakan banyak
kelebihan dan keistimewaan yang tidak pernah diberikan kepada orang
lain.

23
Di antara kelebihan dan keistimewaan tersebut, terdapat dalam lafaz
“syahadah”, di mana nama Baginda telah disebut beriringan selepas
Nama Allah sendiri : “Asyhadu An Laa llaha lllallah, Wa Asyhadu Anna
Muhammadar Rasulullah”.

Selain daripada itu, Allah dan para malaikat-Nya juga adalah berselawat
ke atas Baginda, sebagaimana disebut oleh Al-Quran, Surah Al-Ahzab,
ayat 56.

Kemudian, yang sangat-sangat kita hajati, Baginda itu juga pada hari
akhirat kelak, akan diizinkan oleh Allah, untuk memberi syafaat kepada
kita umat Islam. Syafaat ertinya, ialah pertolongan Nabi untuk meringan
atau melepaskan kita daripada kesusahan.

Walaupun Baginda sudah tiada, namun hubungan intim dengan


Baginda itu tetap saja wujud. Ini berlaku, ketika kita melakukan azan atau
mendirikan sembahyang atau berselawat ke atas Baginda di luar
sembahyang. Semua ini membawa makna, bahawa hubungan kita dengan
Baginda itu adalah tidak putus.

Inilah untungnya kita orang Islam, di setiap ketika dapat mengaut pahala,
hanya dengan menyebut-nyebut nama Baginda sahaja. Sekali berselawat
ke atas Baginda, Allah akan membalas selawat kita itu dengan sepuluh
selawat.

Maka memang wajarlah bagi kita memperingati Maulid Ar-Rasul itu


sebagai tanda kasih kita kepada Baginda, dan sambil itu kita juga dapat
memperbaharui azam untuk lebih kuat lagi berpegang kepada Islam yang
telah dibawa oleh Baginda.

Di zaman yang serba rosak ini, banyak anasir yang suka memprovok
Islam dan umat Islam, supaya Islam dan umatnya lemah. Provokasi itu
pula pelbagai bentuknya, bukan satu dua tetapi banyak.

24
Pada ketika ini, kita mendengar laporan-laporan mengenai
tindakan-tindakan yang diambil ke atas orang-orang Islam yang menjadi
penduduk minoriti kepada negara tersebut.

Beta berharap pihak-pihak yang berkenaan akan mencari resolusi aman


bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan bagi semua penduduk.

Atas nama Islam ugama rahmat dan atas nama kemanusiaan


serta semangat solidarity serantau, maka kita berharap isu ini akan segera
ditangani dengan seadil-adilnya.

Pada hemat beta, untuk umat Islam ini selamat, mereka mestilah
menguatkan akidah, iaitu ajaran yang dibawa oleh Nabi kita, Sayyidina
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Umat Islam di zaman keemasan dahulu lebih mengutamakan akidah


daripada yang lain-lain. Kerana itulah mereka selamat dan bahkan kuat,
digeruni oleh kawan dan lawan.

Maka bersukut dengan Maulid Ar-Rasul yang sedang kita sambut


kini, beta berseru terutama kepada pihak-pihak berkenaan yang sedia
dibebankan dengan tanggungjawab dakwah, supaya mengambil
pendekatan lebih bersungguh-sungguh ke arah memperkukuh dan
memperkasa akidah. Kita tidak boleh menunggu lama-lama, kerana jika
kita lambat, anasir akan mengambil kesempatan daripada kelambatan kita
itu.

Sekian,

‫وابهلل التوفيق والهداية والسالم عليمك ورمحة هللا وبراكته‬

25
IMBAS KEMBALI
SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD
SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
TAHUN 1438 HIJRAH

26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Daerah Belait

37
38
39
Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Daerah Tutong

40
41
42
Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Daerah Temburong

43
44
45
JAWATANKUASA KERJA
SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD
SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
TAHUN 1439 HIJRAH

46
47
AYAT-AYAT AL-QURAN DAN HADIS
BAGI SEPANDUK PERARAKAN DAN PERBARISAN
MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU
‘ALAIHI WASALLAM TAHUN 1439 HIJRAH

48
“RASULULLAH QUDWAH PEMIMPIN ADIL”

• Allah Memerintahkan Kepada Hamba-Nya Untuk


Menegakkan Keadilan

‫لَ َق ْد َأ� ۡر َسلۡنَا ُر ُسلَنَا بِ�ٱلۡ َب ِ ّين َ ٰ� ِت َو َأ� َنزلۡنَا َم َعهُ ُم �ٱ ۡل ِكتَ ٰ� َب َو�ٱلۡ ِم َزي َان ِل َي ُقو َم‬
‫�ٱلنَّ ُاس بِ�ٱلۡ ِق ۡسط ۖ َو َأ� َنزلۡنَا �ٱلۡ َح ِديدَ ِفي ِه بَ�ۡأ س َش ِديد َو َمنَ ٰ� ِف ُع ِللنَّ ِاس‬

ِ
‫نص ُهۥ َو ُر ُس هَلُۥ بِ�ٱلۡ َغ ۡي ِب ۚ � َّن �ٱ هَّ َلل قَ ِو ّ ى َع ِز يز‬ ‫ٱ‬
ُ ُ‫َو ِل َي ۡع مَ َل � هَّ ُلل َمن ي َ ر‬
‫ِإ‬
﴾25﴿
Tafsirnya:
Demi sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami
dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata (mu’jizat),
dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab
dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat menegakkan
keadilan. Dan Kami telah menciptakan besi yang padanya
terdapat kekuatan yang hebat serta berbagai-bagai manfa’at bagi
manusia dan supaya Allah mengetahui siapakah yang menolong
agama Allah dan rasul-rasul-Nya sekalipun dia tidak melihat-
Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
(Surah al-Hadid ayat: 25)

• Hendaklah Berlaku Adil Ketika Memberikan


Keterangan/ Menjadi Saksi

ۡ ُ‫ي َ ٰـٓ�َأيهُّ َا �ٱ ذَّ ِل َين َءا َمنُو ْا ُكونُو ْا قَ َّ ٰو ِم َني بِ�ٱلۡ ِق ۡسط ُشهَدَ ا ٓ َء للِهَّ ِ َولَ ۡو عَلىَ ٰ ٓ َأ�ن ُف ِسكم‬
ِ

‫َأ� ِو �ٱلۡ َ ٰو لدِ َ ۡي ِن َو�ٱ ۡ َأل ۡق َر ب َِني‌ۚ �ن يَ ُك ۡن غَ ِن ًّيا َأ� ۡو فَ ِقي را فَ� ٱ هَّ ُلل َأ� ۡو ىَ ٰل ِبهِ َما‌ ۖ فَلاَ تَت َّ ِب ُعو ْا‬
‫ِإ‬
49
‫ون َخ ِب ريا‬ُ ‫ل‬ ‫م‬ ‫ع‬ َ ‫ت‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ب‬
ِ ‫ن‬ َ‫كا‬ ‫لل‬ ‫�ٱلۡهَو ٓى َأ�ن تَع ِدلُوْ‌ا ۚ و �ن تَلۡوۥ ْا َأ�و تُعرضُ و ْا فَ�ن �ٱ‬
َ َ َ َ ۡ َ َّ‫ه‬ َّ ِ ۡ ۡ ُۤ َ ۡ ٰ َ
‫ِإ‬ ‫ِإ‬
﴾135﴿
Tafsirnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu yang benar-
benar penegak keadilan (serta) menjadi saksi kerana Allah
walaupun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum
kerabat kamu. Jika dia (yang diberikan kesaksian itu) kaya atau
pun miskin maka Allah lebih mengetahui hal kedua-duanya.
Oleh itu, janganlah kamu menurutkan hawa nafsu kerana ingin
menyimpang dari keadilan. Dan jika kamu memutarbelitkan
keterangan atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah
adalah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Surah an-Nisa’ ayat: 135)

‫ض َأ� َحدَ مُ ُك �ٱلۡ َم ۡو ُت ِح َني‬ ‫ٱ‬


َ َ‫ي َ ٰـٓ�َأيهُّ َا � ذَّ ِل َين َءا َمنُو ْا َشهَ ٰـدَ ُة بَيۡ ِنكمُ ۡ � َذا َح ر‬
ُ‫م‬ ‫ِإ‬ ‫ٱ‬ ‫ٱ‬
َ َ‫�لۡ َو ِص َّي ِة �ثۡنَ ِان َذ َوا عَدۡ ل ِّمنكمُ ۡ َأ� ۡو َءاخ ََر ِان م ۡن غَيرۡ ِك � ۡن َأ� مُ ۡنت ر‬
‫ضبۡ مُ ۡت ف‬ ۡ ِ
‫ِإ‬ 
﴾106﴿ ... ‫ت‬ ۚ‌ِ ‫�ٱ ۡ َأل ۡر ِض فَ�َأ َص ٰـ َب ۡتكمُ ُّم ِصي َب ُة �ٱلۡ َم ۡو‬
Tafsirnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang antara
kamu menghadapi kematian sedang dia hendak berwasiat maka
hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil
antara kamu atau dua orang yang berlainan (agama) dengan
kamu jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu
ditimpa bencana (yang membawa kepada) kematian...
(Surah al-Maidah ayat: 106)

50
• Adil Menjatuhkan Hukuman

ُ‫َو � َذا َح مَ ۡك مُت بَينۡ َ �ٱلنَّ ِاس َأ�ن حَ ۡت مُكُو ْا بِ�ٱلۡ َعدۡ ِ ۚ‌ل � َّن �ٱ هَّ َلل ِن ِع َّما ي َ ِع ُظكم‬
‫ِإ‬ ‫ٱ‬ ‫ِ ِإ‬
ِ ِ َ‫م‬ َ‫كا‬
﴾58﴿ ‫ِبه ۤ ۗۦ � َّن � هَّ َلل َن سي َعۢا بَص �ريا‬
‫ِإ‬
Tafsirnya:
Dan jika kamu menjalankan hukum antara manusia (hendaklah)
kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah (dengan
suruhan-Nya itu) memberi pengajaran yang sebaik-baiknya
kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi
Maha Melihat.
(Surah an-Nisa’ ayat: 58)

ٰ َ ّ ِ‫فَ� ٱ ۡحكمُ ب َ ۡينَنَا بِ�ٱلۡ َح ّ ِق َو اَل ت ُ ۡش ِط ۡط َو�ٱ ۡه ِدناَ ٓ � ىَ ٰل َس َوا ٓ ِء �ٱ ر‬...


‫لص ِط‬
‫ِإ‬
﴾22﴿
Tafsirnya:
...Maka tetapkanlah hukum antara kami dengan adil, dan
janganlah engkau menyimpang daripada kebenaran serta
tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.
(Surah Shad ayat: 22)

‫َو َأ� ِن �ٱ ۡحكمُ بَيۡنهَ ُم ِب َما ٓ َأ� َنز َل �ٱ هَّ ُلل َو اَل تَت َّ ِب ۡع َأ�ه َۡوا ٓ َء مُ ۡه َو�ٱ ۡح َذ ۡر مُ ۡه َأ�ن‬
ُ‫ي َ ۡف ِت ُنوكَ َع ۢن ب َ ۡع ِض َما ٓ َأ� َنز َل �ٱ هَّ ُلل �لَ ۡي َ ۖك فَ�ن ت ََول َّ ۡو ْا فَ� ٱ ۡع مَ ۡل َأ�ن َّ َما يُ ِريد‬
‫ون‬ ‫ق‬ُ ‫س‬ِ ‫ـ‬ َ
‫ف‬ َ ‫ل‬ ‫اس‬ ِ ‫ن‬ ‫ل‬‫�ٱلل َأ�ن ي ِصيبهُم ِببع ِض ُذنُو ِبهِم ‌ۗ ِإو�ن َك ِث ِإريا ِمن �ٱ‬
َ ٰ َّ َ ّ ً َّ َ ۡ ۡ َ َ ُ ُ َّ‫ه‬
‫ِإ‬ ﴾٤٩﴿
51
Tafsirnya:
Dan hendaklah engkau menetapkan hukum antara mereka
mengikut apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah
engkau mengikut hawa nafsu mereka serta berwaspadalah
terhadap mereka supaya mereka tidak memesongkan engkau
daripada sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu.
Jika mereka berpaling maka ketahuilah bahawa sesungguhnya
Allah hendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan
sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya
kebanyakan daripada manusia itu ialah orang fasiq.
(Surah al-Maidah ayat: 49)

• Hendaklah Berlaku Adil Semasa Memutuskan Sesuatu

‫ط � َّن �ٱ هَّ َلل حُ ِي ُّب �ٱلۡ ُم ۡق ِس ِط َني‬ۚ‌ ‫و� ۡن َح مَك ۡ َت فَ� ٱ ۡحكمُ بَيۡنَهُم بِ�ٱلۡ ِق ۡس‬...
‫ِإ‬ ‫َ ِإ‬
ِ

﴾٤٢﴿
Tafsirnya:
...Dan jika engkau menghukum maka hukumkanlah antara
mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang adil.
(Surah al-Maidah ayat: 42)

• Adil Dalam Segala Perkara Dan Urusan

‫ي َ ٰـٓ�َأيهُّ َا �ٱ ذَّ ِل َين َءا َمنُو ْا ُكونُو ْا قَ َّ �و ِم َني للِهَّ ِ ُشهَدَ ا ٓ َء بِ�ٱلۡ ِق ۡسط‌ۖ َو اَل جَ ۡي ِر َمنَّڪ ُۡم‬
ِ

ۚ‌َ َّ‫َشنَـَٔ ُان قَ ۡو ٍم عَلىَ ٰ ٓ َأ� اَّل تَ ۡع ِدلُو ْا ۚ‌ �ٱ ۡع ِدلُو ْا ه َُو َأ� ۡق َر ُب ِللتَّ ۡق َو ٰى ۖ‌ َو�ٱت َّ ُقو ْا �ٱ ه‬
‫لل‬

52
‫ٱ‬
َ ُ‫� َّن � هَّ َلل َخ ِبري ِب َما تَ ۡع َمل‬
﴾٨﴿ ‫ون‬
‫ِإ‬
Tafsirnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu sentiasa
menjadi orang-orang yang menegakkan kebenaran kerana Allah,
menjadi saksi dengan adil, dan jangan sekali-kali kebencian
kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak
berlaku adil. Berlaku adillah kerana sifat adil itu lebih dekat
kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya
Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Maidah ayat: 8)

• Hendaklah Berlaku Adil Semasa Menimbang Dan


Mengukur

ۖ ‫َو َأ� ۡوفُو ْا �ٱلۡڪَ ۡي َل َو�ٱلۡ ِم َزي َان بِ�ٱلۡ ِق ۡسطۖ اَل نُ لَ ِكّ ُف ن َ ۡف ًسا � اَّل ُو ۡس َعهَا‬
‫ِإ‬
ِ

َ ‫َو � َذا ُقلۡ مُ ۡت فَ� ٱ ۡع ِدلُو ْا َولَ ۡو‬


‫ڪ َان َذا ُق ۡر ىَ ٰ ۖب َو ِب َعهۡ ِد �ٱ هَّ ِلل َأ� ۡوفُو ْاۚ َ �ذ ِلڪ ُۡم‬
‫ِإ‬
﴾152﴿ ‫َو َّص ٰٮكمُ ِب ِهۦ لَ َعل َّ ُك ۡم ت ََذكَّ ُرون‬
ِ

Tafsirnya:
Dan sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami
tidak membebani seseorang (dengan kewajipan) melainkan apa
yang terdaya olehnya. Dan apabila kamu mengatakan sesuatu
(atau menetapkan hukum) maka berlaku adillah kamu sekalipun
(terhadap) orang yang ada hubungan kerabat (dengan kamu)
dan tepatilah perjanjian dengan Allah. Demikian itulah Allah
memerintahkan kamu supaya kamu beringat.
(Surah al-An’am ayat: 152)

53
﴾9﴿ ‫َو َأ� ِقميُ و ْا �ٱلۡ َو ۡز َن بِ�ٱلۡ ِق ۡسط َو اَل تُخ ِۡس ُرو ْا �ٱلۡ ِم َزي َان‬

ِ
Tafsirnya:
Dan tegakkanlah timbangan dengan adil serta janganlah kamu
mengurangi timbangan itu.
(Surah ar-Rahman ayat: 9)

• Hendaklah Berlaku Adil Semasa Mentadbir Dan


Mengendalikan Sesuatu

‫� َّن �ٱ هَّ َلل يَ�ۡأ ُم ُر بِ�ٱلۡ َعدۡ ِل َو�ٱ ۡل ۡح َس ٰـ ِن َو�ي َتآى ِذى �ٱلۡ ُق ۡر ىَ ٰب َويَنهۡ َ ٰ�ى َع ِن‬
َّ َ َّ ِٕ َ ‫ِإ�ٱلۡ َفحشَ ا ٓ ِء و�ٱلۡمنڪَر و�ٱلۡ ِإ ِ ُ كمُِۡإ‬
﴾90﴿ ‫ون‬ َ ‫ۡ َ ُ ِ َ َبغ ِ‌ۚۡى يَعظ ل َعلڪ ُۡم تَذك ُر‬
Tafsirnya:
Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya (kamu) berlaku
adil dan berbuat kebaikan serta membantu (dan mengukuhkan
silaturrahim) kepada kaum kerabat, dan Allah melarang daripada
perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi
pengajaran kepada kamu supaya kamu sentiasa beringat.
(Surah an-Nahl ayat: 90)

ٓ ‫نت ِب َما‬ ُ ‫ڪ َما ٓ ُأ� ِم ۡر َ ۖت َو اَل تَت َّ ِب ۡع َأ�ه َۡوا ٓ َء مُ ۡهۖ َو ُق ۡل َءا َم‬ َ ‫فَ ذِ َ �ل كِ َل فَ� ٱ ۡد ُع ۖ َو�ٱ� ۡس َت ِق ۡم‬
‫ڪتَ ٰـ ٍب‌ۖ َو ُأ� ِم ۡر ُت ِ َأل ۡع ِد َل بَيۡنَكمُ ُ ۖ �ٱ هَّ ُلل َربُّنَا َو َربُّ ُك ۡم‌ۖ لَنَا ٓ َأ� مۡ َع ٰـلُنَا‬
ِ ‫َأ� َنز َل �ٱ هَّ ُلل ِمن‬
‫َولَكمُ ۡ َأ� مۡ َع ٰـلُڪ ُۡم ۖ‌ اَل ُح َّج َة ب َ ۡينَنَا َوبَيۡنَكمُ ُ ۖ‌ �ٱ هَّ ُلل جَ ۡي َم ُع ب َ ۡينَنَا ۖ َو �لَ ۡي ِه �ٱلۡ َم ِص ُير‬
‫ِإ‬
﴾١٥﴿

54
Tafsirnya:
Oleh kerana itu, maka serulah (mereka kepada agama Allah)
dan hendaklah engkau (wahai Nabi Muhammad) sentiasa
beristiqamah (tetap teguh di atas jalan yang benar) sebagaimana
yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau mengikut
kehendak hawa nafsu mereka, dan katakanlah: “Aku beriman
kepada kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan
supaya berlaku adil antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan
Tuhan kamu. Bagi kami amalan kami dan bagi kamu pula amalan
kamu. Tidak ada sebarang hujah antara kami dan kamu (kerana
kebenaran telah nyata). Allah akan menghimpunkan kita semua
(pada hari Kiamat) dan kepadaNya jualah tempat kembali.”
(Surah asy-Syura ayat: 15)

﴾9﴿ ‫و َأ� ۡق ِس ُط ٓو ْا ۖ � َّن �ٱ هَّ َلل حُ ِي ُّب �ٱلۡ ُم ۡق ِس ِطني‬...


َ
‫ِإ‬
Tafsirnya:
...Dan hendaklah kamu berlaku adil (dalam semua perkara),
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang adil.
(Surah al-Hujuraat ayat: 9)

• Hendaklah Berlaku Adil Semasa Membuat Pembelaan

ۚ‌ُ َّ‫�ناَّ ٓ َأ� َنزلۡنَا ٓ �لَ ۡي َك �ٱ ۡل ِكتَ ٰـ َب بِ�ٱلۡ َح ّ ِق ِل َت ۡحكمُ َ بَينۡ َ �ٱلنَّ ِاس ِب َما ٓ َأ� َ ٮرٰ َك �ٱ ه‬
‫لل‬
ِ
‫َص‬ ‫خ‬ ٓ ۡ ّ ‫ِإ اَ ُ ِإ‬
﴾105﴿ ‫َول تَكن لل َخا َين مي�ا‬ ِ
‫ن‬ ‫ٮ‬ ِ
ِٕ
Tafsirnya:
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Nabi
Muhammad) Kitab (al-Qur’an) dengan membawa kebenaran

55
supaya engkau menetapkan hukum antara manusia menurut apa
yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya). Dan
janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
(Surah an-Nisa’ ayat: 105)

• Pemimpin Yang Adil Dilindungi Allah

‫الل عَلَ ۡي ِه َو َس مَّ َل قَا َل َ�س ۡب َع �ة يُ ِظلُّهُ ُم‬ ُ َّ‫َع ۡن َأ� يِب ه َُرۡي َر َة َع ۡن النَّ يِ ِ ّب َصلىَّ ه‬
‫اب نَشَ �َأ ِب ِع َبا َد ِة‬ � ّ ‫الل يِف ِظ هِ ّ ِل ي َ ۡو َم اَل ِظ َّل � اَّل ِظ هُّ ُل ۡال َما ُم الۡ َعا ِد ُل َو َش‬ ُ َّ‫ه‬
‫ِإ‬ ‫ِإ‬
ِ َّ‫الل َو َر ُجل� قَلۡ ُب ُه ُم َعلَّق� يِف الۡ َم َس ِاج ِد َو َر ُجلاَ ِن حَ َتاباَّ يِف ه‬ ِ َّ‫ه‬
‫الل ا ۡجتَ َم َعا‬
‫عَلَ ۡي ِه َوتَ َف َّرقَا عَلَ ۡي ِه َو َر ُجل� َد َع ۡت ُه ا ۡم َر َأ�ة� َذ ُات َمنۡ ِص ٍب َوجمَ َالٍ فَ َقا َل � يِ ّن‬
‫ِإ‬
‫الل َو َر ُجل� ت ََصد ََّق ب َِصدَ قَ ٍة فَ�َأ ۡخ َفاهَا َح ىَّت اَل تَ ۡع مَ َل ي َ ِمي ُن ُه َما‬ َ َّ‫َأ�خ َُاف ه‬
‫الل خَا ِل ًيا فَ َفاضَ ۡت َع ۡينَا ُه‬ َ َّ‫تُ ۡن ِف ُق مِ َشالهُ ُ َو َر ُجل� َذ َك َـر ه‬
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam baginda bersabda: Ada tujuh macam orang yang bakal
bernaung di bawah naungan Allah, pada hari tiada naungan kecuali
naungan Allah; (iaitu) imam (pemimpin) yang adil, dan pemuda
yang rajin beribadat kepada Tuhannya, dan orang yang hatinya
selalu condong pada masjid, dan dua orang yang saling berkasih
sayang kepada Allah baik waktu berkumpul atau berpisah, dan orang
lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan yang cantik, dia
menolak dengan berkata; sesungguhnya aku takut kepada Allah,
dan orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi hingga
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan

56
kanannya, dan orang berzikir ingat kepada Allah bersendirian hingga
mencucurkan air mata.
(Hadits Riwayat Imam Muslim)

• Pemimpin Yang Adil Akan Mendapat Keistimewaan Di


Akhirat

‫الل عَلَ ۡي ِه َو َس مَّ َل � َّن‬ُ َّ‫الل َصلىَّ ه‬ِ َّ‫ول ه‬ُ ‫يث ُز َهيۡ ٍر قَا َل قَا َل َر ُس‬ ِ ‫َو يِف َح ِد‬
‫ِإ‬ ِ َّ‫الۡ ُم ۡق ِس ِط َني ِع ۡندَ ه‬
‫الل عَلىَ َمنَا ِب َر ِم ۡن ن ٍُور َع ۡن ي َ ِمنيِ َّالر ۡح َم ِن َع َّز‬
‫ون يِف ُح ۡك ِمه ِۡم َو َأ� ۡه ِل ِهي ۡم َو َما َولُوا‬ َ ُ‫َو َج َّل َو لِ ۡك َتا يَدَ يۡ ِه ي َ ِم ٌني ذَّ ِال َين ي َ ۡع ِدل‬
Maksudnya:
Dalam hadits Zuhair katanya: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil,
kelak di sisi Allah ditempatkan di atas mimbar dari cahaya; disebelah
kanan Allah ‘Azza Wajalla; ialah mereka yang adil dalam hukum
dan terhadap keluarga dan apa saja yang diserahkan (dikuasakan)
kepada mereka.
(Hadits Riwayat Imam Muslim)

• Hendaklah Adil Dalam Menghukum Dan Menimbangkan


Sesuatu Perkara

‫سقَ ۡت فَ َقالُوا َم ۡن‬ َ َ‫الل َع ۡنهَا َأ� َّن ا ۡم َر َأ�ة� ِم ۡن ب َ يِن َمخ ُۡزو ٍم ر‬ َ ِ‫َع ۡن عَائِشَ َة َر ي‬
ُ َّ‫ض ه‬
‫الل عَلَ ۡي ِه َو َس مَّ َل فَ مَ ۡل جَيۡترَ ِ ۡئ َأ� َحد� َأ� ۡن يُ لَ ِكّ َم ُه فَ لَكَّ َم ُه‬
ُ َّ‫يُ لَ ِكّ ُم ِفهيَا النَّ يِ َّب َصلىَّ ه‬
‫الش ُيف تَ َر ُكو ُه‬ ِ َّ‫س َق ِف ِهي ۡم ر‬ َ َ‫ُأ� َسا َم ُة ۡب ُن َزيۡد� فَ َقا َل � َّن ب َ يِن � ۡس َرائِي َل كاَ َن � َذا ر‬
‫ِإ‬ ‫ِإ ِإ‬
57
‫س َق ِف ِهي ۡم �ٱلضَّ ِع ُيف قَ َط ُعو ُه لَ ۡو كاَ ن َۡت فَا ِط َم ُة لَ َق َط ۡع ُت يَدَ هَا‬
َ َ‫َو� َذا ر‬
‫ِإ‬
Maksudnya:
Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anhu bahawasanya seorang perempuan
dari banu Makhzum telah mencuri, berkatalah kaum itu, siapakah
yang akan memberitahu kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam? Tetapi seorang pun tidak berani memberitahunya. Lalu
Usamah bin Zaid memberitahukan hal ini kepada baginda lalu
baginda bersabda: Sesungguhnya bani Israel apabila orang mulia
di kalangan mereka mencuri mereka tidak hiraukan tetapi apabila
orang miskin hina yang mencuri mereka potong tangannya, kalau
Fatimah (anakku mencuri) nescaya akan ku potong tangannya.
(Hadits Riwayat Imam al-Bukhari)


• Pemimpin Yang Adil Dicintai Allah

‫ول �ٱ هَّ ِلل َصلىَّ �ٱ هَّ ُلل عَلَ ۡي ِه َو َس مَّ َل � َّن‬


ُ ‫َع ۡن َأ� يِب َس ِعي ٍد قَا َل قَا َل َر ُس‬
‫ِإ‬
�‫َأ� َح َّب �ٱلنَّ ِاس � ىَل �ٱ هَّ ِلل ي َ ۡو َم �ٱلۡ ِق َيا َم ِة َو َأ�دۡناَ مُ ۡه ِمنۡ ُه َم ۡج ِل ًسا � َمامٌ عَا ِدل‬
‫ِإ‬ ‫ِإ‬
ِ‫َو َأ�بۡغ ََض �ٱلنَّ ِاس � ىَل �ٱ هَّ ِلل َو َأ�بۡ َعدَ مُ ۡه ِمنۡ ُه َم ۡج ِل ًسا � َمام� َجائ ٌر‬
Maksudnya:
‫ِإ‬ ‫ِإ‬
Dari Abu Sa’id katanya: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam: Sesungguhnya orang yang paling dicintai oleh
Allah pada hari kiamat dan paling hampir tempat duduknya ialah
ketua (pemimpin) yang adil, dan orang yang paling dibenci oleh
Allah dan paling jauh tempat duduknya ialah ketua (pemimpin)
yang zalim.
(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi)

58
DIKIR
SYARAFIL ANAM
DAN
SALAWAT

60
‫أ�شرق البدر علينا‬
‫َصلَّى �ٱ هَّ ُلل عَلَى ُم َح َّم ٍد َصلَّى �ٱ هَّ ُلل عَلَ ۡي ِه َو َسل َّ ۡم‬
‫ول َسلاَ �م عَلَ ۡي َك‬ ‫اَي َر ُس ُ‬ ‫اَينَبِ�ى َسلاَ مٌ عَلَ ۡي َك‬
‫َصلَ َو ُات �ٱ هَّ ِلل عَلَ ۡي َك‬ ‫ِيب َسلاَ مٌ عَلَ ۡي َك‬ ‫اَي َحب ُ‬
‫َم ۡر َح ًبا َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا‬ ‫َأ� ۡش َر َق �ٱلۡ َبدۡ ُر عَلَ ۡينَا‬
‫َم ۡر َح ًبا َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا‬ ‫فَا ۡختَ َف ۡت ِمنۡ ُه �ٱلۡ ُبدُ ُور‬
‫َم ۡر َح ًبا َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا‬ ‫ِمثۡ َل ُح� ۡس ِن َك َم َ‬
‫ار َأ�يۡنَا‬
‫َم ۡر َح ًبا َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا‬ ‫قَ ُّط اَي َو ۡج َه �ٱ ُّلس ُر ِور‬
‫َم ۡر َح ًبا اَي ن َُور �ٱلۡ َعيۡ ِن َم ۡر َح ًبا َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا‬
‫َم ۡر َح ًبا َج َّد �ٱلۡ ُح َسيۡ ِن َم ۡر َح ًبا َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا‬

‫‪61‬‬
‫اَي ُهو َأ�ن َۡت َش ۡم ٌس َأ�ن َۡت بَدۡ �ر‬
‫َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا اَيهُو َم ۡر َح ًبا‬

‫اَي ُهو َأ�ن َۡت ن �ُور فَ ۡو َق ن ٍُور‬


‫َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا اَيهُو َم ۡر َح ًبا‬

‫اَي ُهو َأ�ن َۡت ِا ۡک ِس �ير َوغَ ِ‬


‫الى‬
‫َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا اَيهُو َم ۡر َح ًبا‬

‫اح �ٱ ُّلصدُ ِور‬ ‫اَي ُهو َأ�ن َۡت ِم ۡص َب ُ‬


‫َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا اَيهُو َم ۡر َح ًبا‬

‫اَيهُو َم ۡر َح ًبا اَين َُور�ٱلۡ َعيۡ ِن‬


‫َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا اَيهُو َم ۡر َح ًبا‬

‫اَيهُو َم ۡر َح ًبا َجدَّ�ٱلۡ ُح َسيۡ ِن‬


‫َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا اَيهُو َم ۡر َح ًبا‬
‫‪62‬‬
‫َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا‬ ‫اَي َحبِيبِ�ى اَي ُم َح َّمدۡ َم ۡر َح ًبا‬
‫َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا‬ ‫وس �ٱلۡخَا ِف َقيۡ ِن َم ۡر َح ًبا‬ ‫اَي َع ُر َ‬
‫َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا‬ ‫اَي ُم َؤيَّدۡ اَي ُم َم َّجدۡ َم ۡر َح ًبا‬
‫َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا‬ ‫يآَ� َما َم �ٱلۡ ِق ۡبلَ َتيۡ ِن َم ۡر َح ًبا‬
‫ٱ‬ ‫ِإ‬
‫َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا‬ ‫ۡ‬
‫َم ۡر َح ًبا اَين َُور�ل َعيۡ ِن َم ۡر َح ًبا‬
‫َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا‬ ‫َم ۡر َح ًبا َجدَّ�ٱلۡ ُح َسيۡ ِن َم ۡر َح ًبا‬
‫َم ۡن َّر َأ�ى َو ۡجه ََك ي َۡس َعدۡ َم ۡر َح ًبا‬
‫َم ۡن َّر َأ�ى َو ۡجه ََك ي َۡس َعدۡ َم ۡر َح ًبا‬
‫اَي کَ ِر َيم �ٱلۡ َوا ِلدَ ۡي ِن َم ۡر َح ًبا‬
‫اَي کَ ِر َيم �ٱلۡ َوا ِلدَ ۡي ِن َم ۡر َح ًبا‬
‫َح ۡوضُ َك �ٱ َّلصا ِفى �ٱلۡ ُم َب َّـر ۡد َم ۡر َح ًبا‬
‫َح ۡوضُ َك �ٱ َّلصا ِفى �ٱلۡ ُم َب َّـر ۡد َم ۡر َح ًبا‬
‫ِو ۡردُناَ ي َ ۡو َم �ٱلن ُّ ُش ِور َم ۡر َح ًبا‬
‫ٱ‬
‫ور َم ۡر َح ًبا‬ ‫ِو ۡردُناَ ي َ ۡو َم �لن ُّ ُش ِ‬
‫َم ۡر َح ًبا اَين َُور�ٱلۡ َعيۡ ِن َم ۡر َح ًبا‬
‫َم ۡر َح ًبا اَين َُور�ٱلۡ َعيۡ ِن َم ۡر َح ًبا‬
‫‪63‬‬
‫َم ۡر َح ًبا َجدَّ�ٱلۡ ُح َسيۡ ِن َم ۡر َح ًبا‬ ‫ ‬
‫َم ۡر َح ًبا َجدَّ�ٱلۡ ُح َسيۡ ِن َم ۡر َح ًبا‬
‫ ‬
‫َر ِ ّب فَ� ٱ ۡر َح ۡمنَا َج ِمي ًعا َو�ٱ ۡم ُح َعنَّا �ٱ َّلسيِّـئَ ِ‬
‫ات‬
‫َر ِ ّب فَ� ٱ ۡر َح ۡمنَا َج ِمي ًعا ِب َج ِميع �ٱ َّلصا ِل َح ِ‬
‫ات‬
‫ِ‬

‫الل عَلَ ٰى ُم َح َّم ٍد َصلَّى �ٱ هَّ ُلل عَلَ ۡي ِه َو َسل َّ ۡم‬ ‫َصلَّى هَّ ُ‬
‫الس ُط ِ‬
‫ور‬ ‫الل عَلَ ٰى َا ۡح َمدۡ عَ َّدتَ ۡح ِري ِر ُّ‬ ‫َو َصلاَ ُة هَّ ِ‬
‫َأ� ۡح َمدُ �ٱلۡهَا ِدى ُم َح َّمدۡ َصا ِح ُب الۡ َو ۡج ِه الۡ ُم ِني ِر‬
‫الص ِّد ِيق‬‫الل اَي ُم َح َّمدۡ اَي َأ�باَ بَ ۡک ِر ّ ِ‬
‫اَي هَّ ُ‬
‫ۨ‬
‫ِ‬

‫ان َوعَل ُِّى اَيفَا ِط َم ُة ِبن ۡ ُت �ٱ َّلر ُس ِ‬


‫ول‬ ‫اَي ُع َم ُر ُعثۡ َم ُ‬
‫�ٱللَّهُ َّم َص ِ ّل َو َس ِل ّ ۡم َوباَ ِركۡ عَلَ ۡي ِه‬

‫‪64‬‬
‫َصلُّوا عَلَى ه ََذا �ٱلنَّ ِب�ى‬
‫َاش ِمى �ٱل ُم َّط ِل ِب‬‫َصلُّوا عَلَى ه ََذا النَّ ِب�ى �ٱله ِ‬
‫ُ‬ ‫ٱ‬ ‫ٱ‬
‫ِ‬ ‫ُ‬
‫َمن َوصف ُه فى �لك ُت ِب‬ ‫َّ‬ ‫َأ�ح َمدۡ َز ِ ِ ّ‬
‫كـي �لن َسبِ ‬
‫تَحلُو ُص ُن ُوف �ٱ َّلط َر ِب‬ ‫ِب َمدح ٰط َه الۡ َع َر ِ ‬
‫ب‬

‫ِ‬
‫دَو ًما تَ ُفز بِ� ٱ َأل َر ِب‬ ‫فَالهَج ِب ِه اَي ُمط ِربِ�ى ‬
‫ِمن ِذك ِر ِه َو َأ� ِبش ُروا‬ ‫اَيا ٓ َل ُو ِ ّدى َأ�ك ِث ُروا‬
‫ُك َّل ُم ِح ٍ ّب ِللنَّب ِّ�ى‬ ‫ِب ُك ِ ّل َخيۡ ٍر ب َ ِ ّش ُروا‬
‫َو َعن َط ِري ِق ِه َسلُوا‬ ‫ِب َما َأ�تاَ ُكم فَاع َملُوا‬
‫فَ�ن َّ ُه َخيۡ ُر نَبِ�ى‬ ‫َو َعن ِس َوا ُه فَاع ِدلُوا ‬
‫ِإ‬
‫ِمن َم ۡش ِر ٍق َأ� ۡو َم ۡغ ِر ِب‬ ‫َم ۡن لَم يَ ُزر ه ََذا النَّبِ�ى‬
‫ُم َع َّر �ض ِللغَضَ ِب‬ ‫تَ ًّبا لَ ُه ِمن ُم ۡذ ِنبٍ ‬
‫َج َعل َت ُه ُم َك َّر ًما‬ ‫اَي َر ِ ّب � ۡك َرا ًما ِل َم ْن ‬
‫َ ِإ‬
‫الص َح ِب‬ ‫َوا ٓ ِل ِه َو َّ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫َص ِ ّل عَل ۡيه دَائ ًما ‬
‫‪65‬‬
‫اَي َأ�ر َح َم �ٱ َّ �لر ِحـ ِمني‬
‫الر ِحـ ِمني فَ ّ ِرج عن �ٱلـ ُمس ِل ِمني‬ ‫اَي َأ�ر َح َم َّ �‬
‫ير ِحمي‬‫يربنا َ‬ ‫يربنا اَي کريم‬
‫َو َأ�ن َۡت ِن َعم �ٱل ُم ِعين‬ ‫َأ�ن َۡت ال َج َوا ُد ال َحليم‬
‫ِس َواكَ اَي َحسبَنَا‬ ‫َو َملَنَا َربَّنَا‬
‫َو اَيقَ ِوى اَي َم ِتين‬ ‫ال َوال ِغ ِنـى‬ ‫اَي َذا �ٱل ُع َ‬
‫فَاد ِرك �لَهِ�ى د ََراك‬ ‫َولَ َيس نَر ُجو ِس َواكَ‬
‫ِإ‬
‫ِ‬
‫ي َ ُع ُّم دُن َيا َودين‬ ‫قَب َل �ٱل َفنَاء َو�ٱلهَ َالك‬
‫ُجد َربَّنَاباِ ل َق ُبول‬ ‫ِب َجا ِه ٰط َه �ٱ َلر ُسول‬
‫َر ِ ّب ا�س َت ِجب ِلى َأ� ِمين‬ ‫سول‬ ‫َوهَب لَنَا ُك ُّل ُ‬
‫َواستُر ِل ُك ِ ّل �ٱل ُع ُيوب‬ ‫َواغ ِف ِرل ُك ِ ّل �ٱ ُّلذن ُوب‬
‫اكف َا َذى �ٱل ُمؤ ِذين‬ ‫َو ِ‬ ‫اكشف ِل ُك ِ ّل �ٱل ُك ُروب‬ ‫َو ِ‬
‫ِا َذا َدناَ �ٱ ِال ِنص َرام‬ ‫حسن ِختَام‬ ‫َ‬ ‫َواخ ِتم باِ َ‬
‫شح �ٱل َجبِين‬ ‫َو َزاد ََر ُ‬ ‫َو َحان ِح ُين �ٱل ِح َمام‬
‫عَلَى َش ِفيع ِ �ٱ َالناَ م‬ ‫الم‬ ‫ال ِة َو�ٱ َّلس َ‬ ‫ثُ َّم �ٱ َّلص َ‬
‫حب َو�ٱلتّا ِب ِعين‬ ‫الص ِ‬ ‫َو َّ‬ ‫َو�ٱالٓ ِل ِن َعم �ٱل ِك َرام‬
‫‪66‬‬
‫اَي َر ِ ّب َص ِ ّل عَلَى �ٱلنَّب ّ ِِ�ي ُم َح َّم ٍد‬
‫اَي َر ِ ّب َص ِ ّل عَلَى �ٱلنَّب ِ ِّ�ي ُم َح َّم ٍد َخيۡر�ٱ ۡ َألناَ ِم َو َمن ِب ِه يُتَشَ فَّ ُع‬

‫اَي َمن يَ َرى َما ِفي �ٱلضَّ ِمي ِر َوي َۡس َم ُع‬
‫َأ�ن َۡت �ٱلۡ ُم َعدَّ ِل ُك ِ ّل َما ي ُ َت َوقَّ ُع‬ ‫ ‬

‫اَي َمن يُ َر َّجى ِل َّ‬


‫لشدَ ائِ ِد ُك ِل ّهَا‬
‫اَي َمن �لَ ۡي ِه �ٱلۡ ُم�ش َت ىَك و�ٱلۡ َم َفز ُع‬ ‫ ‬
‫ِإ‬
‫اَي َمن خ ََزا ِئ ُن ُمل ِك ِه ِفي قَ ۡو ِل ُكن‬
‫ُأ� نُمن فَ� َّن �ٱلۡ َخيۡ َر ِع ۡندَ كَ َأ� ۡج َم َع‬
‫ِإ‬
‫ٱ‬ ‫ثُ َّم �ٱ َّلص َ‬
‫ال ُة عَلَى �لنَّب ّ ِ‬
‫ِ�ي ُم َح َّم ٍد‬
‫َخيۡ ِر �ٱ ۡ َألناَ ِم َو َمن ِب ِه يُتَشَ فَّ ُع‬

‫‪67‬‬
‫قَ ِصيد ُة الۡ ِق َيام‬
‫َم ۡر َح ًبا اَين َُور َع ْي ِنى َم ۡر َح ًبا َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا َأ�لۡ ِفى َم ۡر َح ًبا‬
‫َم ۡر َح ًبا َج َّد الۡ ُح َسيۡ ِن َم ۡر َح ًبا َم ۡر َح ًبا اَي َم ۡر َح ًبا َأ�لۡ ِفى َم ۡر َح ًبا‬
‫َالنَّب ِّ�ى اَي َم ۡن َحضَ ر اَي َم ۡن َحضَ ر‬
‫ َخيۡ ُر �ٱلۡبَشَ ر‬ ‫َالنَّب ِّ�ى َخيۡ ُر �ٱلۡبَشَ ر‬
‫ لَ ُه �ٱلۡ َق َم َر‬ ‫َم ۡن َدناَ ل َ ُه �ٱلۡ َق َمر‬
‫ َصلَّى �ٱ هَّ ُلل عَلَ ۡي ِه‬ ‫َوالۡغ ََزال َسلَّم عَلَ ۡي ِه‬
‫َذاكَ �ٱلۡ َع ُروس‬ ‫َالنَّب ِّ�ى َذاكَ �ٱلۡ َع ُروس ‬
‫يُ ۡحي �ٱلنُّ ُفوس‬ ‫ِذ ۡك ُر ُه يُ ۡحي �ٱلنُّ ُفوس ‬
‫ارى َو�ٱلۡ َم ُجوس ُق ۡل ‪َ :‬و�ٱلۡ َم ُجوس‬ ‫َالنَّ َص‬
‫ِ‬

‫ َصلَّى �ٱ هَّ ُلل عَلَ ۡي ِه‬ ‫ِ‬ ‫َ‬


‫َأ� ۡسلَ ُموا عَلَى يَدَ يۡه‬
‫ َذاكَ �ٱلۡم ِل ۡيح‬ ‫َالنَّب ِّ�ى َذاكَ �ٱلۡ َم ِل ۡيح‬
‫ قَ ۡو �ل فَ ِص ۡيح‬ ‫قَ ۡولُ ُه قَ ۡو �ل فَ ِص ۡيح‬
‫َوالۡ ُق ۡر َءآن َش ۡي �ء َص ِح ۡيح َش ۡي �ء َص ِح ۡيح‬
‫ َصلَّى �ٱ هَّ ُلل عَلَ ۡيه‬ ‫َال َّ ِذي ُأ� ۡن ِز ۡل عَلَ ۡيه‬
‫ َصلُّوا عَلَ ۡيه‬ ‫َالنَّب ِّ�ى َصلُّوا عَلَ ۡيه‬
‫ َصلَّى �ٱ هَّ ُلل عَلَ ۡيه‬ ‫َصلَ َو ُات �ٱلل عَلَ ۡيه‬
‫ �ٱلۡبَ َر َكات‬ ‫ال �ٱلۡبَ َر َكات‬ ‫َويَنَ ُ‬
‫ُك ُّل َم ۡن َصلَّى عَلَ ۡيه َصلَّى �ٱ هَّ ُلل عَلَ ۡيه‬
‫‪68‬‬
‫الصلَ َو ُات �ٱل َبدۡ ِر ِي ّة‬
‫َّ‬
‫عَلىَ ٰط َه َر ُس ۡو ِل هٰ ّ ۡ‬
‫الل‬ ‫الل‬ ‫َصلاَ ُة هٰ ّ ُ‬
‫الل َسلاَ ُم هٰ ّ ۡ‬
‫عَلىَ ي ٰۤس َح ِب ۡي ِب هٰ ّ ۡ‬
‫الل‬ ‫الل َسلاَ ُم هٰ ّ ۡ‬
‫الل‬ ‫َصلاَ ُة هٰ ّ ۡ‬
‫ٱ‬
‫َوب�لۡهَا ِد ۡى َر ُس ۡو ِل هٰ ّ ۡ‬
‫الل‬ ‫ت ََو َّسلۡنَا ِبب ِۡس ِم هٰ ّ ۡ‬
‫الل‬
‫باِ َ هۡ ِل �ٱل َبدۡ ِري َا هٰ ّ ۡلل‬ ‫اه ٍد للِ هٰ ّ ِ ‬
‫ک ُم َج ِ‬
‫َو لُ ِ ّ‬
‫ات َو�ٱل ِنّ ۡق َم ۡه‬‫ِم َن �ٱ اۡ َلفَ ِ‬ ‫ِا ٰله ِۡ�ى َس ِ مّ ِل اۡ ُ‬
‫ال َّم ۡة‬
‫باِ َه ِۡل �ٱلۡ َبدۡ ِر اَي َاللۡ‬ ‫َو ِم ۡن مَ ٍّه َو ِم ۡن مُ َّغ ۡة‬
‫اص ۡف‬ ‫جمَ ِ ۡي َع َا ِذي َّ ٍة َو رۡ ِ‬ ‫اوا ۡک ِش ۡف‬ ‫ِا ٰله ِۡ�ى نجَ ِ ّنَ َ‬
‫باِ َ هۡ ِل �ٱل َبدۡ ِر اَي َاللۡ‬ ‫َم اَکئِدَ �ٱلۡ ِعدَ َاو�ٱلۡ ُط ۡف‬
‫ِم َن �ٱلۡ َع ِ‬
‫اصينۡ َ َوالۡ َع ۡط َبا‬ ‫ر‬
‫َ باَ‬ ‫ُ‬
‫ک‬ ‫ـ‬‫ۡ‬ ‫ل‬‫ِا ٰلهِ�ى ن َ ِفّ ِس �ٱ‬
‫ۡ‬
‫ٱ‬ ‫ک بــ َ ِليَّــــ ٍة َو َوبــَا ‬
‫باِ َ هۡ ِل �ل َبدۡ ِر اَي َا هٰ ّ ۡ‬
‫لل‬ ‫َو لُ ِ ّ‬
‫‪69‬‬
‫َطلَ َع �ٱلۡ َبدۡ ُرعَلَ ۡينَا‬
‫ات �ٱلۡ َودَا ۡع‬
‫ِم ۡن ثَ ِنيَّ ِ‬ ‫َطلَ َع �ٱلۡ َبدۡ ُرعَلَ ۡينَا‬
‫َما َد َعـاللِهَّ ِ دَا ۡع‬ ‫الش ۡک ُرعَلَ ۡينَا‬
‫َو َج َب ُّ‬

‫ِج ۡئ َت بِ� ٱ ۡ َأل ۡم ِر�ٱلۡ ُم َطا ۡع‬ ‫َايُّهَا�ٱلۡ َم ۡب ُع ُ‬


‫وث ِفينَا‬
‫ي َ ۡو َم َح ۡش ٍر َو�ٱ ۡج ِت َما ۡع‬ ‫کُ ۡن َش ِفي ًعا اَي َحبِيبِ�ي ‬
‫َح َّل ِفى َخيۡ ِر �ٱلۡ ِب َقا ۡع‬ ‫اص ِ ّل عَلَى َم ۡن‬ ‫َربَّنَ َ‬
‫اَي ُم َج َّم َل �ٱلۡ ِّط َبا ۡع‬ ‫َان َۡت غَ ۡوثُنَا َج ِمي ًعا‬
‫ب َ ۡعدَ تَلۡ ِف ِيق �ٱ ّ ِلرقَا ۡع‬ ‫ ‬ ‫َولَ ِب� ۡسنَاثَ ۡو َب ِع ّ ٍز‬
‫اَي ُم ِجي ًباکُ َّل دَا ۡع‬ ‫َأ�� ۡسب ِِل �ٱ ِ ّلستۡ َرعَلَ ۡينَا‬
‫عَدَّ ت َۡح ِر ِير�ٱ ّ ِلرقَا ۡع‬ ‫َو َصلاَ ُة �ٱ هٰ ّ ُلل عَلَى �ٱ ۡح َمدۡ ‬
‫اس َعى للِهَّ ِ َسا ۡع‬
‫َم َ‬ ‫َوکَـــ َذا ۤالٍ َو َصـ ۡح ٍب ‬
‫‪70‬‬
Penghargaan dan Terima Kasih
Kepada

Pegawai-Pegawai dan Kakitangan-Kakitangan


dari Kementerian-Kementerian dan
Jabatan-Jabatan Kerajaan,
Syarikat Jati Transport,
Telekom Brunei Berhad,
Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD),
Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB),
Takaful Brunei Darussalam,
Ideal Multifeed Farm (Brunei) Sdn Bhd,
Yusof Holdings Sdn Bhd,
Hanafi Konsultan,
Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB),
Abdul Razak Holdings,
Ayat Restaurant Sdn Bhd,
TGT Sdn Bhd,
SABLI Beverages Industries Sdn Bhd,
Haji Ibrahim Sawmill Pte Ltd,
Borneo United ENT Sdn Bhd,
PDO Chartered Architects,
IBIC Sdn Bhd,
Fadhil Enterprise,
BAG Network,
Hua Ho Department Store,

Serta Semua Pihak Yang Terlibat Mengendalikan


Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Tahun 1439 Hijrah
Peringkat Negara

Sama-Samalah Kita Berdoa Semoga


Allah Subhanahu wa Ta’ala Melimpahkan
Pahala dan Rahmat-Nya Kepada Kita Semua

71
‫دچيتق اوهل‬
‫جباتن فرچيتقنئ کراج�أن‬
‫جباتن فردان منرتي‪،‬‬
‫نݢارا بروين دارالسالم‬

‫‪72‬‬

Anda mungkin juga menyukai