Anda di halaman 1dari 7

TERMA DAN SYARAT

PERTANDINGAN-PERTANDINGAN
SEMPENA PROGRAM
WORLD CLEANUP DAY (WCD) 2022

 AGENSI TERBAIK WCD


 MOMEN WCD
 KUIZ WCD
AGENSI TERBAIK WCD
Organisasi anda aktif dalam aktiviti kesukarelawanan dan penjagaan alam sekitar? Sertai
Pertandingan Agensi Terbaik WCD dan jadi salah satu penganjur bersama untuk
mempromosikan World Cleanup Day! Penganjur dengan inisiatif pelaksanaan, kaedah
promosi dan jumlah penyertaan sukarelawan yang tinggi berpeluang memenangi hadiah
utama berupa wang tunai bernilai RM3,000!

Terma dan Syarat Penyertaan

i. Terbuka kepada semua Agensi Kerajaan, Agensi Swasta dan Badan Bukan Kerajaan
(NGO), Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Pendidikan Sekolah Rendah dan
Menengah

ii. Penyertaan adalah percuma.

iii. Tarikh pendaftaran agensi / persatuan / institusi sebagai penganjur bermula 15 Ogos
sehingga 9 September 2022. Manakala tarikh pelaksanaan aktiviti bermula 17 hingga
25 September 2022.

iv. Pertandingan terbahagi kepada 5 kategori iaitu:

 Kategori Agensi Kerajaan


 Kategori Agensi Swasta
 Kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO)
 Kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
 Kategori Institusi Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah

v. Kaedah penyertaan:

 Daftarkan agensi/persatuan/institusi anda sebagai penganjur World Cleanup


Day di sistem Sukarelawan Hero Kebersihan (sukarelawan.swcorp.my)
 Pilih lokasi dan tarikh melaksanakan aktiviti pembersihan
 Promosi dan dapatkan penyertaan sukarelawan untuk aktiviti pembersihan di
lokasi yang telah didaftarkan
 Laksanakan aktiviti pembersihan dan audit sisa bersama sukarelawan di
lapangan
 Muat naik gambar aktiviti dalam media sosial

| TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN PERTANDINGAN SEMPENA PROGRAM WCD


 Hantar laporan audit sisa di bahagian ‘Pelaporan Sisa’ dalam sistem
Sukarelawan Hero Kebersihan dan lengkapkan laporan pelaksanaan aktiviti
agensi (muat turun format laporan di sistem Sukarelawan Hero Kebersihan)

 Hantar laporan pelaksanaan aktiviti agensi

vi. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan agensi sekiranya wujud
penipuan dalam penyertaan yang didaftarkan.

vii. Pihak penganjur tidak akan menanggung segala kos yang terlibat serta tidak
bertanggungjawab atas segala bentuk promosi / kemalangan / kecederaan atau
kerugian yang berlaku.

i. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Pertandingan Agensi Terbaik


WCD, emelkan ke alamat: sukarelawan@swcorp.my

Hadiah
KATEGORI HADIAH
Wang Tunai RM3,000, surat penghargan dan sijil
Agensi Kerajaan penyertaan
Wang Tunai RM3,000, surat penghargan dan sijil
Agensi Swasta penyertaan
Wang Tunai RM3,000, surat penghargan dan sijil
Badan Bukan Kerajaan (NGO)
penyertaan
Wang Tunai RM3,000, surat penghargan dan sijil
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
penyertaan
Institusi Pendidikan Sekolah Wang Tunai RM3,000, surat penghargan dan sijil
Rendah dan Menengah penyertaan

*Nota: Setiap agensi yang menyertai akan menerima surat penghargaan

| TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN PERTANDINGAN SEMPENA PROGRAM WCD


MOMEN WCD
Sukarelawan Hero Kebersihan dan agensi yang menyertai WCD dan melaksanakan aktiviti
pembersihan kawasan adalah secara automatik dapat menyertai Momen WCD. Peserta
hanya perlu memuat naik gambar aktiviti pembersihan laman sosial berserta tanda pagar
(#) yang telah ditetapkan untuk berpeluang memenangi hadiah Touch n’ Go eWallet
bernilai sehingga RM500.00!

Terma dan Syarat Penyertaan

i. Terbuka kepada semua Sukarelawan Hero Kebersihan dan agensi penganjur yang
menyertai WCD2022

ii. Penyertaan adalah percuma.

iii. Tarikh penyertaan bermula 17 hingga 25 September 2021.

iv. Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

a. Kategori Individu
Gambar individu melakukan aktiviti pembersihan, gambar individu dengan
sisa yang terhasil daripada aktiviti pembersihan atau sebarang gambar
individu yang berkaitan World Cleanup Day.

b. Kategori berkumpulan / keluarga


Gambar melakukan aktiviti pembersihan, gambar dengan sisa yang terhasil
atau sebarang aktiviti berkaitan World Cleanup day bersama keluarga atau
rakan terdekat.

c. Kategori Agensi
Gambar melakukan aktiviti pembersihan, gambar dengan sisa yang terhasil
atau sebarang aktiviti berkaitan World Cleanup Day dalam kumpulan yang
besar di bawah anjuran agensi.

| TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN PERTANDINGAN SEMPENA PROGRAM WCD


v. Kaedah penyertaan adalah seperti berikut:
a. Log masuk ke laman Web Sukarelawan Hero Kebersihan.
b. Klik ‘World Cleanup Day 2022
c. Klik ‘Penyertaan Momen WCD’
d. Pilih kategori penyertaan
e. Muat naik gambar aktiviti pembersihan kawasan / sisa pepejal yang terhasil
daripada aktiviti pembersihan ke laman media sosial Facebook / Instagram.
f. Salin pautan (copy link) posting anda di media sosial dan tampal (paste) di
ruangan ‘Link Posting Media Sosial’. Seterusnya klik ‘Hantar’.

vi. Kapsyen gambar yang dimuat naik wajib disertakan dengan tanda pagar (#) berikut:
a. #MomenWCD
b. #WCD2022
c. #WeCleanTheWorld
d. #HeroKebersihan

vii. Pastikan tetapan posting berada dalam mode public.

viii. Pastikan gambar yang dimuat naik tidak menyentuh atau berkaitan dengan
sebarang isu keagamaan, politik, isu-isu sensitif dan aksi-aksi terlarang.

ix. Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak ke atas setiap gambar yang dimuat naik
serta berhak meminda, mengolah atau menyunting gambar bagi tujuan kesedaran
awam.

x. Pihak penganjur tidak akan menanggung segala kos yang terlibat serta tidak
bertanggungjawab atas segala kemalangan / kecederaan atau kerugian yang
berlaku sepanjang proses pembersihan kawasan dilaksanakan.

xi. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Momen WCD, emelkan ke
alamat: sukarelawan@swcorp.my

Hadiah

KATEGORI HADIAH
 1 Pemenang Hadiah Utama
Touch n’ Go eWallet bernilai RM100
Individu
 5 Pemenang Hadiah Saguhati
Touch n’ Go eWallet bernilai RM50
 1 Pemenang Hadiah Utama
Touch n’ Go eWallet bernilai RM300
Keluarga / Berkumpulan
 5 Pemenang Hadiah Saguhati
Touch n’ Go eWallet bernilai RM100
 1 Pemenang Hadiah Utama
Touch n’ Go eWallet bernilai RM500
Agensi
 5 Pemenang Hadiah Saguhati
Touch n’ Go eWallet bernilai RM100

| TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN PERTANDINGAN SEMPENA PROGRAM WCD


KUIZ WCD
Jom uji kepantasan dan kecerdasan anda dalam menjawab soalan mudah mengenai
budaya kebersihan dan penjagaan alam sekitar. Pemenang bertuah akan memenangi
hadiah utama Touch ‘n Go eWallet bernilai RM300!

Terma dan Syarat Penyertaan

i. Terbuka kepada semua pengikut (follower) Facebook Rasmi Perbadanan


Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

ii. Penyertaan adalah percuma.

iii. Terhad kepada satu (1) penyertaan sahaja bagi setiap sesi.

iv. Kuiz WCD akan diadakan sebanyak 2 sesi iaitu pada:

 19 September 2022 - Isnin (10.00 – 11.00 pagi)


 20 September 2021 – Selasa (10.00 – 11.00 pagi)

v. Kaedah penyertaan:
 Pautan (link) Kuiz WCD akan dipaparkan di Facebook Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
 Pautan (link) Kuiz WCD hanya akan dibuka pada tarikh dan masa yang telah
ditetapkan.
 Peserta perlu menjawab soalan dengan tepat dan paling pantas. Markah
dikira berdasarkan kepantasan dan bilangan jawapan yang betul.

xii. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Kuiz WCD, emelkan ke
alamat: sukarelawan@swcorp.my

| TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN PERTANDINGAN SEMPENA PROGRAM WCD


Hadiah

Pemenang bagi setiap sesi akan menerima:

PEMENANG HADIAH
Tempat Pertama Touch n’ Go eWallet bernilai RM300
Tempat Kedua Touch n’ Go eWallet bernilai RM200
Tempat Ketiga Touch n’ Go eWallet bernilai RM100
30 Pemenang Saguhati Touch n’ Go eWallet bernilai RM50

| TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN PERTANDINGAN SEMPENA PROGRAM WCD

Anda mungkin juga menyukai