Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Definisi Konsep
Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep
berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita
memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari
pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

1.1 Konsep Moral


Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang
membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan
masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati,
merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti
tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang,
norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.
Secara etimologi istilah moral berasaldaripada bahasa Latin mos, moris
(adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) mores (adat
istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak).Banyak ahli menyumbangkan
pemikirannya untuk mendefinisikan kata moral secara terminologi.

Dagobert D. Runes
Moral adalahhal yang mendorongmanusiauntukmelakukantindakan-tindakan
yang baiksebagai “kewajiban” atau “norma”

Helden (1977) dan Richards (1971)


Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan
dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa
kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan.

Atkinson (1969)
Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa
yang dapat dan tidak dapat dilakukan.
Contohnya Siva menjumpa isebuah beg yang mengandungi sebuah
komputer riba di atas bangku stesyen bas. Sebagai seorang pelaja rkolej
sudah pasti Siva memerlukan sebuah komputer riba, untuk memudahkannya
membuat kerja-kerja kolej. Tetapi sebagai seorang yang bermoral Siva telah
membawa komputer riba itu ke balai polis untuk diambil tindakan yang
selanjutnya.

Rumusannya ‘moral’ ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada


peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti
demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat
menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang
yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah
mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral ialah
insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral
kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi
ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

1.2 Konsep Etika

Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau
cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral,
perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan
ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis
panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas
persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .

Contoh 1

Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam


bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang
didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai
masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu
seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami
tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu
sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang
perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau
dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.
1.3 Konsep Akhlak
Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak
dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan
kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan
dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum
akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang
melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya.
Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak
jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan
dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan
dan menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh
memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan
menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat
dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya
berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong
manusia mencuri, menipu dan membunuh.

Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap


peminum arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat
sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.

Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi:

i) memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani


ii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah
iii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara
iv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas
v) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu
perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak
tetapi baik pada setengah orang dewasa. Bagaimanapun, seseorang yang
minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika
seseorang berada dalam keadaan mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan
kemalangan. Hakikatnya akhlak dan moral memang berbeza kerana akhlak
bersumberkan al-Quran dan hadis manakala moral berpiawaikan tanggapan
dan budaya masyarakat setempat.

Anda mungkin juga menyukai