Anda di halaman 1dari 4

PUSAT TINGKATAN ENAM, MOD 2,

SMK ST. GEORGE,


TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
‘KUIZ MARILAH SUKAN”
PERINGKAT SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH:

KELAB PENTAQUE
1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan kuiz ini ialah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Kelab
Pentaque Sekolah Menengah Kebangsaan St George, Taiping. Penyertaan pertandingan ini
adalah terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 6 Atas dan 6 Bawah Sekolah Menengah
Kebangsaan St George, 2021. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum.
Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap
sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman
yang ditimba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam
era teknologi kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat pertandingan kuiz ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan. Ia
bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji pengetahuan dan kefahaman
pelajar mengenai isu-isu semasa dan sukan negara. Pelbagai soalan kuiz disusun dalam
pertandingan ini agar kemahiran dan kefahaman dapat ditonjolkan serta dapat diaplikasi
dalam menempuh cabaran yang mendatang.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektifnya adalah untuk:


3.1 Meningkatkan pengetahuan dalam kalangan pelajar dalam bentuk riadah dan rekreasi,
3.2 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan,
3.3 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan, dan
3.4 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN


4.1 Tarikh : 17 November 2021
4.2 Tempat: Kelas masing-masing
4.3 Waktu : 12:40 tgh - 2:00 pm

5.0 TENTATIF PROGRAM

Tentatif program adalah seperti berikut:

12.40 : Pelajar berkumpul di kelas masing-masing.

01.00 : Pertandingan Kuiz

01.30 : Pertandingan kuiz teka silang kata

2.15 : Bersurai
6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

Semua pelajar yang tidak terlibat dengan kursus kepimpinan.

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : CHUAH TEONG RUN


Naib Pengerusi : TAN KAI LING
Setiausaha : CHUAH SENG PIN
Naib Setiausaha : NG MEI SHUEN
Bendahari : YEONG YEN SHIN
Naib Bendahari : CHUA SHI QING

8.0 PERBELANJAAN
Pembelian hadiah

Kategori 1: Pelajar 6 Atas

Tempat pertama RM20


Tempat kedua RM15
Tempat ketiga RM10
Saguhati (7) RM5x7 = RM35
Jumlah RM80

Kategori 2: Pelajar 6 Bawah

Tempat pertama RM20


Tempat kedua RM15
Tempat ketiga RM10
Saguhati (7) RM5x7 = RM35
Jumlah RM80

Jumlah keseluruhan = RM 160.00

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti pertandingan kuiz
ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………….. …………………………….
(CHUAH SENG PIN) (ZURANI BINTI MUKAPIT)
Setiausaha Kelab Pentaque, Penolong Kanan Tingkatan 6,
SMK St. George, Taiping, Perak. SMK St. George, Taiping, Perak.

Disokong oleh, Diluluskan oleh,

…………………… …………………..……
(ZYREAN BIN EZANI) (TAN TEONG GHEE)
Penolong Kanan Kokurikulum, Pengetua,
SMK St. George, Taiping, Perak. SMK St. George, Taiping, Perak.

Anda mungkin juga menyukai