Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI

KRAF TANGAN

(BINAAN)Industri kraf tangan di negara kita sewajarnya


dihidupkan dalam erti kata sebenar-benarnya kerana kraf
tangan merupakan cabang seni yang tinggi nilainya. Malah,
produk industri kraf tangan turut berkait rapat dengan
keunikan budaya di negara kita kerana setiap negeri
mempunyai produk kraf tangan yang tersendiri.
(SEJARAH)Dahulu, generasi nenek moyang kita memiliki
kemahiran yang tinggi dalam menghasilkan produk kraf
tangan yang berseni. Malah setiap hasil kraf tangan yang
dihasilkan pada ketika itu mempunyai falsafah tersendiri.
(SEMASA)Hari ini, industri kraf tangan di negara kita ibarat
hidup segan mati tak mahu. Lebih malang lagi, ramai yang
hanya memandang sepi hasilan seni yang sebenarnya berkait
rapat dengan aspek kebudayaan negara kita.
(TANYA)Persoalannya, apakah langkah-langkah yang wajar
diambil untuk memajukan lagi industri kraf tangan di negara
kita?
(JAWAPAN)Antara prakarsa yang sangat signifikan dalam
memajukan industri kraf tangan adalah dengan membina
lebih banyak pusat kraf tangan di negara ini.(HURAIAN)
Institusi seperti ini memainkan peranan besar dalam
memajukan dan menggiat perkembangan bidang kraf tangan.
Lebih penting, pusat kraf tangan juga berperanan untuk
memelihara standard perusahaan kraf tangan dengan cara
mengadakan perkhidmatan penyelidik. Malah aspek
kemahiran dan ketukangan tradisional juga turut diberi
perhatian. (CONTOH)Misalnya, antara peranan pusat kraf
tangan Sabah yang terletak di Keningau ialah memandu,
mengorientasi dan membantu tukang-tukang yang ada
sekarang berkenaan penggunaan cara-cara moden
pengeluaran, pengurusan dan sebagainya.(SIMPUL)
Tegasnya, pembinaan lebih banyak pusat kraf tangan yang
benar-benar berfungsi akan melonjakkan lagi kemajuan
industri kraf tangan di negara kita.
Selain itu, inisiatif untuk mempromosikan produk kraf
tangan secara giat juga perlu disentuh dalam lensa
perbincangan ini. Promosi yang berkesan sudah pasti dapat
meningkatkan jualan produk kraf tangan kerana info
terperinci tentang produk dapat disebarluaskan. Malah, hari
ini promosi menggunakan medium digital memberikan
sangat banyak kelebihan kepada pengusaha kraf tangan.
Misalnya,promosi efektif secara digital dapat dilakukan
melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram,
Twitter dan sebagainya. Melalui kaedah promosi seperti ini,
segala info berkaitan produk dapat dilakukan dengan
pantas dan diakses tanpa batas bukan sahaja oleh
masyarakat tempatan tetapi masyarakat global. Jelaslah,
hal ini sudah pasti memberikan impak yang cukup besar
terhadap kemajuan industri kraf tangan negara.

Dalam menyelusuri konteks perbincangan ini, peranan


kerajaan dalam memberi bantuan kepada pengusaha
industri kraf tangan juga perlu diketengahkan. Tanpa
bantuan daripada pihak yang berautoriti, pengusaha
tempatan yang bermasalah akan menemui jalan buntu dan
situasi ini menjejaskan potensi industri kraf tangan di
negara kita. Sewajarnya pelbagai bantuan diberikan kepada
pengusaha-pengusaha ini agar perusahaan mereka dapat
berkembang dengan lancar tanpa halangan. Malah bantuan
seperti ini sangat signifikan maknanya lebih-lebih lagi
kepada pengusaha kecil-kecilan yang baru berkecimpung
dalam bidang ini. Contohnya, kerajaan boleh memberikan
bantuan dalam bentuk modal, latihan kemahiran,
penyediaan lokasi dan banyak lagi. Keprihatinan dan
kepekaan kerajaan dalam hal ini mampu memberikan
anjakan paradigma dalam usaha memajukan industri kraf
tangan negara kita. Sudah terang lagi bersuluh, dokongan
daripada pihak kerajaan kepada pengusaha-pengusaha ini
mampu merealisasikan hasrat negara untuk melihat industri
kraf ini terus maju dan bermanfaat kepada masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai