Anda di halaman 1dari 15

UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN MENORA


33000 KUALA KANGSAR, PERAK

Dimaklumkan bahawa pekeliling ini hendaklah dianggap


panduan untuk dipatuhi oleh semua murid sekolah Kebangsaan
Menora. Buku panduan ini diharapkan boleh membantu semua
murid dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang murid
dengan teratur dan sistematik. Kerjasama dari semua murid adalah
sangat diperlukan untuk melicinkan pentadbiran di sekolah ini.

1.PERIBADI
1.1 Mematuhi Peraturan dan Undang – Undang
Setiap murid hendaklah mematuhi undang – undang dan
peraturan sekolah serta bekerjasama setiap masa dengan pihak
sekolah dan pengawas. Murid – murid diminta melaporkan kepada
pihak sekolah sekiranya terdapat rakan – rakan yang mengingkari
atau melanggar undang – undang dan peraturan sekolah ini.

1.2 Berusaha
Semua murid perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan
prestasi diri dengan belajar bersungguh – sungguh, berdisiplin dan
menjaga nama baik diri, ibu bapa dan sekolah.

1.3 Bersopan-santun
Sentiasa bersopan santun dan menghormati semua warga SK
Menora dan sentiasa mewujudkan perasaan berbaik – baik antara
satu sama lain.

1.4 Menghormati Tetamu / Pelawat


Semua murid perlu menghormati pelawat atau ibu bapa yang
datang ke sekolah dan bersedia bekerjasama serta membantu
mereka jika perlu.
1.5 Kemalangan
Jika berlaku kemalangan pada diri sendiri atau rakan – rakan
dalam kawasan sekolah, maka segeralah mendapatkan bantuan
dengan melaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan
selanjutnya.

1.6 Harta Benda Sekolah


Semua warga sekolah hendaklah sentiasa melindungi semua
harta benda dan menjaga keselamatan dan kebersihan sekolah.
Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Elakkan
pembaziran air dan elektrik.

1.7 Alamat Sekolah


Menggunakan alamat sekolah untuk surat peribadi adalah
dilarang. Surat – surat peribadi beralamat sekolah akan dibuka oleh
Guru Besar atau Penolong Kanan.

1.8 Pekerja Sekolah


Semua murid tidak dibenarkan mengganggu pekerja sekolah
yang sedang bekerja kecuali ada arahan atau perkara yang
mustahak. Jauhi pekerja sekolah yang sedang menggunakan mesin
rumput untuk mengelakkan kemalangan.

1.9 Terjumpa Barang


Sekiranya terjumpa barang berharga atau wang, sila serahkan
kepada guru bertugas, guru lain atau pejabat sekolah.

1.10 Kelakuan
Semua murid hendaklah berkelakuan baik, berperibadi mulia
dengan perbuatan dan percakapan yang tidak menyakiti mana –
mana pihak.
2. KEHADIRAN
2.1 Waktu Persekolahan
Semua murid wajib sampai ke sekolah selewat – lewatnya pada
pukul 7.30 pagi pada setiap hari persekolahan.

2.2 Keluar Kawasan Sekolah


Semasa waktu persekolahan, semua murid tidak dibenarkan
keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran dari Guru Besar /
Penolong Kanan / Guru Bertugas.

2.3 Keluar Kelas


Murid tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kelas semasa
pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan kecuali mendapat
kebenaran dari guru yang sedang mengajar dengan memakai pas
kebenaran keluar.

2.4 Masuk Kelas


Setiap kali loceng pertama dibunyikan, semua murid hendaklah
berbaris di dataran perhimpunan dalam situasi senyap di hadapan
guru bertugas. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah
guru waktu pertama hadir untuk membawa murid ke kelas.

2.5 Alat Belajar


Semua alat tulis mestilah cukup dan lengakap semasa hadir ke
sekolah.

2.6 Berdisiplin
Semua murid perlu mematuhi jadual waktu persekolahan dan
member tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang sedang dijalankan.

2.7 Kerja Rumah


Semua kerja rumah yang diberikan oleh guru mestilah
disiapkan atau disempurnakan sebelum hadir ke sekolah pada hari
berikutnya.
2.8 Masa Rehat
Murid – murid adalah dilarang berkeliaran di kawasan sekolah
terutama di hadapan pejabat sekolah semasa rehat dan sebelum
waktu persekolahan bermula.

2.9 Peraturan Kelas


Semasa pertukaran Kelas, ke Pusat Sumber, Surau, Makmal
Komputer, Padang Permainan, Bilik j-Qaf atau pada waktu akhir
persekolahan, semua murid hendaklah berbaris dan berjalan
dengan tertib dan senyap tanpa mengganggu kelas lain.

2.10 Tinggal Dalam Kelas


Semua murid tidak dibenarkan berada dalam kelas sebelum
persekolahn bermula dan pada waktu rehat kecuali murid yang
bertugas atau menjalankan tugas.

2.11 Hadir Ke Sekolah


Semua murid dimestikan hadir ke sekolah pada setiap hari
persekolahan atau sebarang aktiviti yang dijalankan oleh sekolah.
Murid yang tidak hadir dikehendaki memberi surat akuan doktor,
surat keterangan daripada ibubapa / penjaga, kepada guru kelas
masing – masing.

2.12 Pulang Dari sekolah


Murid tidak dibenarkan berkeliaran tanpa urusan di mana –
mana tempat ketika hendak ke sekolah atau pulang dari sekolah.
Murid perlu terus pulang segera ke rumah.

2.13 Beg Sekolah


Murid hendaklah memastikan beg sekolah diisi dengan
peralatan dan buku sekolah. Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa
keluar dari kelas ketika rehat atau keluar mendapatkan rawatan
kesihatan dan sebagainya.

3. KESALAHAN BERAT
Pelajar yang melakukan kesalahan berat boleh dihukum :
A. ROTAN
B. GANTUNG PERSEKOLAHAN
C. BUANG SEKOLAH

3.1 Membawa Senjata Berbahaya


Murid dilarang sama sekali membawa senjata yang berbahaya
dan bahan letupan (mercun) ke sekolah dalam sebarang bentuk.

3.2 Mengancam
Murid dilarang keras mengancam, memeras ugut dan membuli
murid lain atau menjalankan dasar diskriminasi dalam sebarang
bentuk.

3.3 Bahan Khayal


Semua murid dilarang menghisap rokok, meminum minuman
keras, menghisap ganja/dadah, menghidu gam atau membawa
bahan – bahan tersebut ke sekolah.

3.4 Undang – undang


Murid tidak boleh melanggar peraturan dan undang – undang
sekolah dan setiap arahan dari PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran
Malaysia.

3.5 Pertubuhan Haram


Semua murid dilarang daripada memasuki, membantu, atau
menjadi ahli pertubuhan haram atau pakatan haram untuk
menentang peraturan atau undang – undang yang telah ditetapkan.

3.6 Mencuri
Murid dilarang mencuri dalam sebarang bentuk atau benda
sekali pun. Murid juga dilarang menyimpan atau menyorok barang
– barang curi.

3.7 Menentang
Murid tidak boleh melawan secara lisan atau perbuatan
menggunakan kekerasan terhadap semua warga SK Menora.

3.8 Perjumpaan
Murid – murid dilarang mengadakan perhimpunan atau
perjumpaan berkumpulan dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran
pihak sekolah.

3.9 Bahan Lucah


Semua murid dilarang membeli, memiliki, membawa, melihat,
membaca dan mendengar bahan – bahan lucah dalam apa jua
bentuk sama ada bahan cetak atau elektronik.

3.10 Berjudi
Semua murid dilarang berjudi dengan apa cara sekali pun yang
menggunakan sebarang bentuk pertaruhan walaupun dalam
sesuatu permainan atau perlawanan.

3.11 Politik
Murid dilarang sama sekali memasuki, menjadi ahli, menjadi
penyokong atau bekerja dengan mana-mana parti politik.

3.12 Kenyataan Akhbar


Murid tidak dibenarkan membuat apa – apa kenyataan
mengenai dengan sekolah di dalam akhbar, sebaran am atau
menulis kepada mana – mana jabatan tanpa kebenaran pihak
sekolah.

3.13 Tidak Hadir Sekolah/Ponteng


Murid yang tidak hadir sekolah lebih dari tiga hari berturut –
turut dengan tidak member sebab secara bertulis kepada Guru
Besar – Penolong Kanan atau Guru Kelas akan menerima surat
amaran pertama dan jika masih berulang, surat amaran kedua akan
diberikan. Nama murid akan dipotong dari daftar sekolah selepas
surat amaran ketiga dikeluarkan.
Pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit atau uzur
pada hari peperiksaan akan dibenarkan mengambil peperiksaan
pada hari berikutnya. Manakala murid yang sengaja tidak
hadir/ponteng pada hari peperiksaan tidak akan dibenarkan
memduduki peperiksaan.

4. PAKAIAN
4.1 Pakaian Seragam Sekolah
Murid lelaki – baju kemeja putih, berseluar biru tua, bersarung
kaki putih dan berkasut kanvas putih. Seluar jeans adalah dilarang.
Murid perempuan – baju kurung putih, berkain biru tua, bersarung
kaki putih dan berkasut kanvas putih. Gaun pendek adalah dilarang.
Semua murid hendaklah serntiasa berpakaian seragam sekolah
yang bersih dan kemas semasa ke sekolah.

4.2 Pakaian Pendidikan Jasmani


Murid lelaki – baju T warna putih (baju T sekolah digalakkan)
dan berseluar (Track bottom) berwarna gelap.

4.3 Lencana
Semasa berada di sekolah dan selagi berpakaian sekolah
mestilah memakai lencana rasmi sekolah. Lencana sekolah
hendaklah dipakai di sebelah kiri badan paras dada (saku sekolah).
Murid perempuan hendaklah memakai lencana sekolah di sebelah
kiri bahagian bawah tudung kepala.

4.4 Kasut Sekolah


Murid hendaklah memakai kasut kanvas berwarna putih dan
mestilah sentiasa bersih. Murid dilarang memakai selipar semasa ke
sekolah kecuali dengan kebenaran pihak sekolah.

4.5 Sarung Kaki.


Semua murid diwajibkan memakai sarung kaki berwarna putih.

5. PERHIASAN
5.1 Rambut
Murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Murid
perempuan yang berambut panjang perlulah mendandan atau
mengikat rambutnya dengan kemas. Rambut mestilah sentiasa
kemas, bersih dan disisir rapi pada setiap masa. Murid dilarang
mewarnakan rambut.

5.2 Tudung Kepala


Murid perempuan Islam adalah diwajibkan memakai tudung
kepala berbentuk mini telekung bewarna putih. Anak tudung
mestilah bewarna putih dan hitam sahaja.

5.3 Alat Solek


Semua murid (terutama murid perempuan) dilarang memakai
alat solek ke sekolah atau semasa mengikuti aktiviti yang dijalankan
oleh sekolah.

5.4 Barang Kemas dan Telefon Bimbit


Semua murid dilarang memakai barang kemas dan membawa
telefon bimbit. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas
sebarang kehilangan barang kemas atau telefon bimbit tersebut.

6. KEBERSIHAN
6.1 Kebersihan dan Keselamatan
Semua murid bertanggungjawab atas kebersihan dan
keselamatan bilik darjah masing – masing serta peralatan di
dalamnya.

6.2 Berada Di Bilik Darjah


Semua murid tidak dibenarkan berada dalam bilik darjah
sebelum waktu persekolahan, semasa rehat dan selepas waktu
persekolahan kecuali dengan kebenaran guru.

6.3 Papan Putih


Semua murid tidak dibenarkan menconteng papan putih di
kelas. Papan putih hendaklah dibersihkan pada akhir waktu
persekolahan.

6.4 Pintu Dan Tingkap


Semua pintu dan tingkap bilik darjah hendaklah ditutup dan
dikunci semasa hendak meninggalkan bilik darjah. Kebersihan
tingkap cermin hendaklah dijaga.

6.5 Kerusi Dan Meja


Murid hendaklah duduk di atas kerusi dengan cara yang betul.
Keselamatan dan kebersihan kerusi dan meja hendaklah dijaga dari
dirosakkan atau diconteng.

6.6 Mengubah Peralatan


Semua peralatan yang berada di bilik darjah tidak dibenarkan
diubah kedudukannya tanpa kebenaran guru kelas.

6.7 Pertukaran Waktu


Semua murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa
pertukaran guru. Sekiranya perlu sila minta kebenaram daripada
Ketua Kelas atau guru mata pelajaran sebelumnya.

7. KANTIN / TEMPAT MAKAN


7.1 Pembelian Makanan
Barang makanan hanya boleh dibeli dari kantin sekolah sahaja.
Murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah. Murid
juga dilarang menjual makanan kepada rakan – rakan dalam
kawasan sekolah.
7.2 Tempat Makan
Makanan yang dibeli di kantin sekolah atau dibawa dari rumah
hanya boleh dimakan di kawasan kantin sahaja.

7.3 Beratur
Semasa membeli makanan di kantin, murid patutlah beratur
dengan tertib, tidak berebut-rebut atau berbuat bising.

7.4 Sisa Makanan


Apabila selesai makan, semua sisa makanan, pembalut
makanan atau botol minuman hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah.

7.5 Tempat Pembelian


Semua murid hendaklah berurusan di bahagian kaunter jualan
sahaja dan tidak dibenarkan masuk ke dalam ruangan dapur atau
tempat rehat guru – guru / staf sokongan.

7.6 Waktu Makan


Semua murid dilarang sama sekali membeli makanan atau
minuman semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
Pembelian makanan hanya boleh dibuat pada waktu rehat sahaja.

7.7 Disiplin Ketika Makan


Semua murid hendaklah duduk dengan tertib semasa makan.
Sebelum makan hendaklah membaca doa dan pastikan makanan
tidak bersepah di lantai atau di atas meja.

8. BASIKAL
8.1 Menyimpan Basikal
Semua basikal hendaklah disusun rapi di tempat letak basikal
yang telah disediakan oleh pihak sekolah dengan keadaan dikunci.
Pelajar yang berbasikal ke sekolah dilarang meletakkan basikal di
tempat lain.
8.2 Kelengkapan Basikal
Basikal hendaklah dilengkapi dengan brek yang berfungsi,
lampu, loceng, kunci dan berada dalam keadaan baik serta selamat
digunakan.

8.3 Peraturan Berbasikal


Semua murid tidak dibenarkan menunggang basikal dalam
kawasan sekolah. Murid yang berbasikal hendaklah meletakkan
basikal di tempat yang telah disediakan.
Semasa berbasikal untuk datang atau balik dari sekolah, murid
dilarang bersaing atau membawa penumpang. Keselamatan ketika
berbasikal hendaklah dijaga dan setiap peraturan jalanraya
hendaklah dipatuhi.

8.4 Berjalan Kaki


Murid yang berjalan kaki ke sekolah hendaklah menjaga
keselamatan ketika di jalanraya. Murid tidak boleh berjalan dalam
keadaan bersaing ketika di jalanraya.

8.5 Dihantar Oleh Ibu Bapa


Ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak dengan
motorsikal atau kereta tidak dibenarkan memasuki kawasan
sekolah. Mereka perlu menurun atau mengambil anak di luar pintu
pagar sekolah.

9. TANDAS
9.1 Mengikut jantina
Murid hendaklah menggunakan tandas mengikut jantina
masing – masing. Murid dilarang sama sekali memasuki tandas
berlainan jantina.

9.2 Cermat
Tandas yang telah digunakan hendaklah ditarik pamnya dengan
cermat. Paip air mestilah ditutup selepas digunakan.
9.3 Kebersihan
Kebersihan tandas hendaklah sentiasa dijaga. Murid dilarang
menconteng dinding, merosakkan peralatan dalam tandas dan
membuang sampah di dalam tandas terutamanya mangkuk tandas.

9.4 Disiplin Dalam Tandas


Semua murid dilarang membuat bising dan bermain air semasa
berada dalam tandas. Murid hendaklah keluar dengan segera
setelah selesai menggunakan tandas.

10. PERALATAN DAN PERKAKASAN SEKOLAH


10.1 Kebenaran Guru
Semua peralatan sekolah tidak boleh digunakan tanpa
kebenaran guru.

10.2 Ubah Mengubah


Semua murid tidak tidak dibenarkan mengambil, mengubah
atau membawa peralatan sekolah tanpa kebenaran guru.

10.3 Tempat Asal


Semua peralatan atau perkakas sekolah mestilah diletakkan
atau dipulangkan semula ke tempat simpanannya setelah
digunakan. Peralatan tersebut hendaklah disusun dan disimpan
dengan baik agar mudah digunakan semula.

10.4 Kerosakan Peralatan


Sebarang kerosakan peralatan hendaklah dilaporkan kepada
guru. Jangan menggunakan peralatan yang telah rosak. Murid yang
merosakkan peralatan sekolah dengan sengaja atau cuai mestilah
menggantikan atau membayar jumlah nilai barang.

11. KEGIATAN KOKURIKULUM


11.1 Jadual Waktu
Semua murid hendaklah sentiasa peka dengan pengumuman dan
notis yang diletakkan pada papan kenyataan kokurikulum sekolah.
Sentiasa merujuk jadual aktiviti di papan kenyataan.

11.2 Penglibatan
Semua murid Tahap 2 dan Tahun 3 diwajibkan menyertai
semua kegiatan kokurikulum. Setiap murid diwajibkan menjadi ahli
Unit Beruniform, Sukan / Permainan dan Kelab / Persatuan.
Pengecualian hanya dibenarkan kepada murid jika ada surat
keterangan doktor.

11.3 Menepati Masa


Semua murid dikehendaki hadir pada semua aktiviti pada hari
dan masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Murid mestilah
berpakaian seragam yang lengkap seperti yang dikehendaki oleh
pertubuhan masing – masing.

11.4 Kehadiran
Semua murid dikehendaki hadir dalam semua perjumpaan
dan aktiviti pada hari dan masa yang telah ditetapkan.
Ketidakhadiran hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu dengan
alasan yang munasabah.

11.5 Mewakili Sekolah


Murid yang dipilih mewakili sekolah dalam sebarang aktiviti
atau acara tidak dibenarkan menolak sewenang-wenangnya.
Sebaliknya berbangga kerana terpilih serta menyiapkan diri untuk
menghadapi sebarang pertandingan dan persembahan.

12. KEGIATAN LUAR


12.1 Pasukan Luar
Semua murid tidak dibenarkan masuk atau mewakili pasukan
luar tanpa kebenaran daripada Guru Besar.

12.2 Nama baik Sekolah


Semua murid dimestikan menjaga nama baik sekolah dan
berpakaian yang sesuai di khalayak ramai dan menunjukkan imej
yang terbaik.

12.3 Kegiatan Sosial


Semua murid tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam
majlis sosial yang berunsur negatif atau melibatkan diri dengan
pertandingan atau seumpamanya.

12.4 Pergerakan Sosial


Semua murid tidak dibenarkan melibatkan diri dengan mana –
mana badan sosial tanpa kebenaran Guru Besar.

13. UPACARA RASMI


13.1 Perhimpunan Mingguan
Semua perhimpunan sekolah adalah rasmi. Semua murid
diwajibkan menghormati danm menghadiri sepenuhnya setiap
perhimpunan mingguan tersebut. Semasa dalam perhimpunan
semua murid hendaklah berbarid dalam dua barisan mengikut kelas
masing – masing.
Murid – murid hendaklah mematuhi arahan guru bertugas dan
pengawas – pengawas agar perhimpunan dapat dijalankan dengan
lancar dan teratur. Berikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya
terhadap semua laporan, pengumuman, nasihat dan teguran yang
diberikan oleh guru bertugas mingguan dan Guru Besar. Murid –
murid dilarang berbuat bising, bergurau, bermain dan sebagainya.

13.2 Perhimpunan Harian


Perhimpunan harian pada waktu pagi bermula tepat jam 7.30
pagi. Semua murid diwajibkan berada di surau bagi mengikuti
aktiviti yang telah ditetapkan. Semua murid dilarang berbual – bual
atau membuat bising. Semua murid diwajibkan mengikuti arahan
guru bertugas dan menjalankan aktiviti – aktiviti yang telah
dirancang.
13.3 Lagu Rasmi
Semua murid diwajibkan menyanyi lagu – lagu rasmi dengan
penuh semangat. Semua murid semestinya menunjukkan kesetiaan
dengan menghormati lagu – lagu rasmi tersebut.

13.4 Bertepuk Tangan


Untuk tujuan memberi galakan, dorongan dan sokongan
murid, murid – murid seharusnya bertepuk tangan dengan
bersopan. Murid – murid dilarang mengejek ketika memberikan
dorongan atau sokongan.

13.5 Keuzuran
Jika sekiranya uzur atau kurang sihat sewaktu perhimpunan,
sila beritahu pengawas sekolah untuk dibawa keluar dari
perhimpunan dan diberikan rawatan jika perlu.

13.6 Selesai Perhimpunan


Setelah selesai perhimpunan murid dikehendaki bergerak
dalam dua barisan mengikut kelas masing – masing dalam keadaan
senyap dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai